07 October 2015

Airis : Checkup 1 tahun

Kebetulan tarikh checkup sama dengan tarikh lahir airis 28/9. Diam tak diam dah setahun berlalu. Tak ada buat apa-apa sambutan pun. Sofea dulu je buat. Hakeem pun tak. Tak apa lah tak penting, apa yang penting sekarang airis sihat. Itu yang paling diharapkan. Tak sampai sebulan lagi dah nak letak taska balik ni. Becintanya..... Susu botol dah tak mau. Macammana?

Rasanya mak mak yang datang check up ni tujuan utama lebih pada nak inject je kan. Pastu nak tahu berat berapa. Lebih lagi yang kecik kecik ni nak timbang sendiri payah nak dapat exact berat tu. Selain nak tanya tanya kat misi tu rasanya cari kat google/ masuk group lagi bagus, dapat banyak ilmu sebab misi pun kadang bukan advice apa sangat. 

Macam airis, misi dia orang yang sama dari awal check up. Orang kelantan. Comfortablelah dengan kak ani ni. Aku bagitau masalah airis yang berat kurang tu. Hospital putrajaya suruh follow up kat klinik desa. Dari last check up sampai 11 bulan hari tu berat cuma 6.9kg. Dah nak hampir paras kuning dah. 

Misi ada sarankan supaya makan 5 kali sehari. Pagi pukul 8am, 10am, tengahari, petang dan malam. Menu 8am, roti bakar salut telur/mentega/peanut dan susu. 10am biskut. Tengahari mee goreng/pasta dan seketul ayam. Petang biskut dan buah. Malam nasi dengan sayur, lauk dan buah. Nasi tu gaul dengan majerin. Pening kepala ni nak perah otak fikir menu nak masak macam ni....

Alhamdulillah timbang hari tu dah naik 7.3 kg. Aku rasa faktor ni lah menyebabkan airis lambat jalan. Ikutkan dari tujuh bulan lagi airis dah boleh meniti. Tapi dekat setahun masih tak boleh jalan. Waulahua'lam... 

Airis with her ball and handbag. Tak boleh belah nak pakai handbag tu. Budak ngikut jer apa yang kita ajar kan..... 

With spek mata pulak. 

06 October 2015

Shopping di zalora again and again

Ini kali ketiga shopping kat zalora. Ikutkan dh lama benar tak menyoping di zalora. Last masa kat kdn pastu macam dah lupa plak kewujudan zalora...Baru-baru ni ada dapat voucher free seratus dari zalora apa lagi laju je bukak zalora. Tak dan seminggu dalam simpanan dah guna.

Sebenarnya tak tahu nak beli apa. Minat tu lebih ke arah dress. Tapi sebab sekarang masih tengah bf airis jadi dress awal awal terkeluar dari senarai. Banyak dress yang tak bf friendly. Tak kan nak menyelak pulak sampai keatas dress tu. Nak outer aku tak tahu nak hantar ke sapa.

Kihkihkih. Dalam pada tak tahu nak beli apa tu kan.... Empat barang sekali hangkut. Eh semua ni cukup2 voucher seratus tu. Tapi sebab ada certain barang kat zalora tak boleh beli guna voucher jadi aku kena bayar rm4 untuk shawl pin tu. Aku pilih COD. Setakat empat ringgit malas nak transfer transfer. 
I'm donning AJ Green Label. Auw auw...

AJ green label keras dari black label eh. Patut harga green label murah. Kira aj ni macam bawal yang ada gred gred tu la rupanya. Aku bukan peminat AJ jadi memang sebelum ni tak tahu menahu pasal green label, black label semua. Ini ada kesempatan beli pakai voucher tu yang nak try. Baju muslimah tu pun kalau bukan sebab voucher tak beli jugak. Bukan my taste. Nasiblah pakai voucher sebab tak berapa cantik kat badan aku sebab aku rendah. Lagi satu baju tu labuh jd nak bf payah sikit nak selak ke atas sebab kain dia tebal tak macam baju kurung senang nak selak. 

But overall aku puas hati shopping kat zalora. Barang yang diterima semua sama macam aku punya expectation. Cuma kali ni delivery ada problem sikit. Aku order pagi isnin. Kata barang dah post out tenghari tu by zalora express, patut selasa sampai. Tak pun paling lewat kamis sebab rabu cuti malaysia day. Tapi last last dapat hari jumaat petang lepas diorang tukar servis penghantaran guna Gdex. 

Insyaallah ada rezeki akan ada shopping kali keempat kelima dan seterusnya. Ngidam baju jovian tuuu... Zalora pun jangan lupa kalau ada job boleh kasi free voucher lagi eh. ngeh3.. Bagi yang pertama kali nak shopping kat zalora, jangan lupa taip code ZBAPZiW semasa checkout untuk dapat 15% diskaun. Banyak tau baju baju cantik kat zalora....

05 October 2015

Join WOOP and get free Stuff

Nilai hebat, kuasa yang menakjubkan. 

Heheh... Last week posmen hantar dua sachet joy ni. Hasil meredeem di woop.my. Redeemtion yang pertama di woop.my. Aku tengok orang lain dah berkali kali redeem. Jelly i... 

Haaa... if korang jenis yang kaki kumpul sample, suka free2 stuff macam aku wajib daftar tau dengan woop.my (KLIK SINI). Best memacam boleh dapat. Horlick, tumble, barangan tefal & etc. Klik je kat link tu dan daftar. Pastu selesaikan tugasan yang diberi.

Tak yah risau, mudah mudah je tugasannya. Main klik2 jer confirm dapat point. Actually ada dua task. Daily mission and big mission. Nak point banyak buat yang big mission. Aku buat yang daily mission jer. Tu yang takat boleh redeem joy ni je. Big mission tu kena upload gambar. Aku lagi suka jawab menjawab dari snap mengsnap nih. Tapi bagi orang yang macam aku dapat setakat dua paket kecik joy ni pun dah cukup bahagia. Bukan tak boleh belikan... Tapi feel dia tu lain ko... 

Hada labo sample ni dapat sama hari dengan joy. Tak ingat mintak kat mana. Tapi tengok kat website freebis freebis ni la. Korang nak dapat sample sample free boleh tengok link kat sidebar under 'suka suka' tu...

23 September 2015

Jawab survey dapat voucher MC Donald percuma

Jawab survey kat internet, korang suka tak? Aku rasa hanya untuk orang yang bersabar sahaja kot. Yang tak bersabar bagilah reward apa sekali pun dah tak minat dan bersabar memang tak lah kan. Aku suka je benda benda macam ni. Mohon free free sample, jawab jawab survey, contest baru try nak berjinak. Contest memang aku tak minat tapi sedang memupuk minat. Sebab kalau survey sah sah akan dapat reward samaada ko rajin atau malas je nak dapatkan reward tu. Contest ada luck baru dapat. 

Mungkin bagi orang apalah sangat voucher dua puluh ringgit tu. But for me is satu kepuasan. Susahlah nak cakap dan gambarkan perasaan tu. Feeling dia macam dapat hadiah berjuta. Dah itu minat aku kan. Minat orang tak sama. Like tulis blog jugak, tak minat memang jadi bersawanglah blog tu.Pastinya usaha kita menjawab survey dihargai syarikat berkenaan. Banyak dah laman web online survey ni sebenarnya. Ada yang bayar dalam bentuk voucher dan duit samaada bayaran melalui cek atau pay pal. 

Baucar mcd 20hinggit ni, aku dapat dari AIP online survey. Baru je sampai semalam. Dihantar by pos daftar. Bagus company ni siap hantar email bagi tracking number. Aku daftar dengan aip online survey sejak 2010. Tapi tahun ni baru aku aktif menjawab. Ada banyak masa terluang pulak. hihi.. Korang yang ada masa terluang tu daripada main game online baiklah jawab survey ni. Tak rugi pun. Kalau rasa tak makan makanan fast food, my lecture kat uitm sampai sekarang terngiang ngiang kat telinga aku kata makanan fast food ni sampah. Kalau korang rasa bersalah makan sampah (^.~) boleh redeem baucar lain. Ada baucar AEON, parkson dan banyak lagi. Nak chariety pun boleh. 

Search je aip online survey malaysia atau klik SINI terus. Soalan survey dari aip online ni aku suka sebab mudah dan simple. Tak delah meleret leret sangat. Ada tu 30 minit tak habis lagi. Ko sabar ke. Aku sabar je dah alang alang jawab biar habis. Lagi lama jawab lagi banyak point, lagi cepat boleh redeem. heheh. Actually aku ada join dua tiga survey online lagi tapi tak leh nak share dengan korang lagi sebab belum cukup point nak redeem. Tak de bukti itu online survey boleh dipercayai ke tidak. Tak nak lah share benda yang belum pasti takut takut kena tipu macam ensurvey hari tu. Menipu orang ramai especially blogger kan. Ada survey yang aku join boleh dapat USD. Hoi tak sabar tu nak tunggu cukup point..... 

Cuti dua bulan ni memang beri peluang aku jalankan aktiviti meredeem, mengcashout, menyopping dan banyak lagi yang me me.... lah. Sebab opis baru semua personal parcel/letter kena amik sendiri kat kaunter bawah. Haku malas..... Ni dah ada peluang surat sampai depan muka pintu. Lepas ni tak tau bila pulak boleh redeem lagi. Dasar..... Lepas ni tengah tunggu redeemtion dari drypers dan cek nuffnang pulak. Tak sabarnyaaa....

22 September 2015

Deco rumah anda : Beg letak charger hp, remote tv & etc

Bertemu kembali dengan cerita beg jeans sekali lagi. Sebab haku tak ada idea nak cerita pasal benda lain. Life akak setiap hari sama jer. As suri rumah sepenuh masa sekarang, bangun pagi basuh baju, masak sarapan, tak dan nak berehat teringat nak makan tengahari pulak, masak lagi. Pastu baru nak tengok sinetron dan telenovela, perut terasa lapar balik. Kedapur lagi akak mencari apa yang boleh dimasak untuk kudapan. Lewat petang kalau makanan tengahari ada selamatlah akak tak yah masak. Kalau tidak sekali lagi kita berkelentang kelentung kat dapur. Sape kata jadi surirumah tangga sepenuh masa ni seronok boleh berehat rehat. Lagi penat dari yang bekerja tau. Bestnya cuma kita tak terikat dengan masa dan jadual.

Malam baru aku boleh menjahit. Kalau letih alamat tak menjahitlah. Biasa aku akan tido dalam pukul dua tiga pagi. Tempahan so far so good. Alhamdulillah. Rezeki allah itu luas. hiks. Tapi kan sekarang susah nak dapat stock seluar jeans yang elok2. Yang elok2 semua mahal mahal belaka. Lining kosong dah habis. Kat kamdar, tewah tu semua jenis nipis nipis. Nak kena beli kat jakel jugak nampaknya. Yang tebal offcoursela mahal. Jadi andai kata ada yang tanya kenapa dulu post kat ig/fb harga lain sekarang bila tanya dah lain pulak sebab barang dah naik harga ye.

Sesiapa yang suka mendeko rumah ada satu produk keluaran bumiputera, aku nak suggest kat korang *terasa macam salesman pula*. "Poket jeans beg". Baru ni ada customer order poket beg jeans ni. Sebelum ni ada orang order sekali jer. Pastu aku dah tak buat buat lagi dah.Customer yang order ni kata nak letak bead kat poket tu. Dulu pun aku ada sekali letak bead memang unik dan cantik kalau kau tangan berseni. Boleh tengok yang aku letak bead kat SINI. Aku tak berapa seni + tak bersabar. Sekali tu je lah aku buat.




Beg ni sangat sesuai untuk letak hp time korang tengah charges. Kalau plug yang terletak kat tempat yang tak ada meja dan almari nak taruk mana hp tu. Taruklah kat dalam beg ni. Sangkut je beg tu kat plug charger tu. Atau pun boleh letak remote tv yang selalu hilang ntah mana anak main atau sangkut beg ni kat tepi almari boleh letak ketip kuku, kunci dan sebagai. Barang barang yang kecik yang selalu hilang dan tersembunyi di main oleh anak anak especiallynya kan.

Yang first time buat. Boleh request tali nk panjang pendek.

Harga beg jangan risau murah sahaja RM 8.00 tak masuk postage. Berminat korang boleh email edyeda@gmail.com. Nak tengok design beg yang lain lain boleh tengok kat ig/fb : aziazidah.

*buat-buat tak nampak jr rumah yang bersepah digambar itu*