21 August 2010

Perancangan balik raya tahun ini.

Macam tahun sebelum ini raya kali tetap akan beraya di kg. suami di Tanah Merah, Kelantan. Kalau nak beraya kat kampung aku alamat menangisla suami, KL apa ada.

Tapi tahun ini rancangnya nak bertolak pagi raya sebab suami hari terakhir Ramadan still keje lagi.  Aku pulak cuti dah nak habis sejak lama jaga sofea masa sofea demam campak. Lagipun kalau balik malam raya mesti jem giler. Pastuh perancangan balik KL samaada raya ke-3 atau ke-4. Raya ke-5 aku dah start keje. Suami pulak cuti seminggu.

Memula ingat nak gak cuti lama, nak cari MC pas raya, malas ar nak masuk keje awai-awai, tapi tengahari tadi ada meeting tergempar kat opis BOS dah siap sound sape-sape yang amik MC pas raya tetap akan ditolak cuti rehat. Kira MC tak dilayan even MC kerajaan. Huh..boleh plak gitu..takpe takpe

Bila dah jadi gitu terpaksa ke plan asal takleh cuti lelama. Then, masa layan perasaan dengar lagu-lagu raya membuatkan suami pulak dah tak sabar-sabar nak balik kampung. Macam-macam la plannye kat kampung nanti. ermm...nampaknya perancangan kali ini untuk memendekkan cuti tak pasti berjaya atau tidak.

note: Korang raya mana tahun ni? Lama ke cuti?

No comments:

 
Copyright by Aziazidah