Contest

Dari KL ke Dungun dan Setiu sebelum ke Tanah Merah dan singgah di Pahi sebelum pulang KL

Tajuk entri memang tak boleh blah, kih kih kih ... panjang giler. Tapi ini adalah kesinambungan entri first time balik kampung hari tu.


Balik hari tu kitaorang bertolak dari rumah pukul 11 malam sebelum sampai dungun dalam pukul 6.30 pagi. Kenapa nak pit stop kat dungun? Sebab nak melawat adik ipar yang baru 24 hari bersalin and off course nK tumpang mandi anak-anak. Menyelam sambil minum air. :P


Tak lama pun duduk kat sini. Dalam sejam kitaorang dah gerak nak Setiu. Second pit stop adalah Merang Beach Resort kalau tak silap. Bukan untuk cuti-cuti Malaysia. Tapi nak anta besi-besi yang ada dalam lori tu. Sampai sana dalam pukul 11 lebih. Sebelum tu dah sesat barat dalam bandar KT. Pusing-pusing tak jumpa jalan keluar. Last-last berenti tepi jalan tanya polis.


Penat memang penat giler, bayangkan dah berapa jam duduk dalam lori tu. Tak tido apa pun. Off course mr. edy lebih-lebih lagi penatnya drive. Sampai Merang otak memang rasa segar jer. Dekat pantai. Kalau bukan sebab kena balik kampung nak pergi kenduri kawin sepupu mr. edy, dah lama kitaorang stay je kat Merang resort ni. Kesian kat anak-anak muka dah macam belacan. What to do....


Perjalanan nak sampai  ke Tanah Merah dalam dua jam setengah lagi. Lebih kurang pukul 2 petang baru sampai Belimbing. Sepanjang jalan teringin lah pulak nak minum air kelapa cup yang singgit tu, tapi sampai ke tanah merah tak de satu habuk gerai yang jual air cam gitu. Kalau kat KL setapak jalan kedai, setapak lagi kedai.


Sampai kampung terus mil suruh makan. Lauknya aduh ikan patin. Memang segala jenis ikan sungai ni aku tak makan. Mr. edy lah suka. Sebelum balik request nak makan sup gear box tapi dapat ikan patin pun dah cukup baik. Aku tahan perut je lah tunggu malam.


Dalam pada badan letih-letih pun, malamnya kitaorang ke Bachok. Tumpang kete sepupu mr. edy. Kena gi jugak untuk tunjuk muka. Dah kawin kita diorang datang kenalah balas kan. Tapi best jugak, biasa pengantin dapat duit tapi ini anak-anak pulak dapat duit dari pengantin. Rezeki... Pas balik kitaorang tido bagai nak rak sampai tengahari esok. Kalau bukan sebab anak-anak dah bangun mau sambung sampai petang.


Petang jumaat tu kitaorang ready-ready nak balik KL dah. Cepat je kan. Memang rushing this journey. Apa nak buat, ini je peluang balik kampung yang ada. On the way balik KL, abang ipar nak tumpang balik umah dia kat Pahi. Naiklah lori kami berlima. Can u imagine??? Dah orang nak tumpang...


Last pit stop Pahi. Dah antar tu tak kan nak terus chow. Haruslah lepak-lepak, makan-makan dulu. Time tu dah pukul 6 petang. Sofea bukan main seronok datang ladang Pahi ni. Dapat main dengan sepupu-sepupu dia. Dah tak ingat nak balik dah.


Dalam pukul 8 malam masa kitaorang decide nak gerak balik KL. Drama yang memang aku paling tak suka. Apa lagi melolong-lolong lah sofea tak mahu balik. Abang ipar pun siap ikut menangis lagi.


Tapi balik tetap balik. Sebab esoknya mr. edy dah nak kena pusing satu malaysia until now. Terpaksalah tinggal kitaorang tiga beranak kat rumah. Pagi tu kitaorang tiba di KL pukul 4am. Penat sangat.


Ini adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Great moment, great journey but not great eastern..........


* entry panjang sama ngan tajuk but no picture. Tak ingat langsung nak snap sebab penat and enjoy bangat.

2 comments:

IntaNBerliaN said...

sy dulu balik trg dr utara.. penat jugak.. perjalanan spatutnya 6 or 7 jam jd 12 jam puncanya sbb jammed time raya.. adoiii.. tensen je time tu...

Azi said...

lalu grik ke? sy xpenah lg stuck dlm jem time raya. sy cuba sedaya upaya rancang perjalanan spya dpt elak dr jem..

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY