Contest

Penyelesaian masalah nursery

Kalau dah dekat setahun hakeem duk bawah ketiak aku, memang payahlah kan dia nak ke orang lain. Makan, tido, mandi semua aku yang urus. Lagi satu, aku pun langsung tak ajar hakeem minum susu pakai botol.

Mama ti ada sound hari tu suruh ajar hakeem minum susu pakai botol mulai sekarang!. Memang aku dah mula tapi hangat hangat taik ayam. Sehari bagi empat hari kemudian duk kasi hakeem menetek jer. Hakeem sah-sah refuse. Kesian beb bila dia nangis-nangis nak menetek. Tu yang banyak skip.

Bila kenang hal nursery hari tu mulalah timbul dalam kepala otak aku ni macam-macam idea. Nak buat business online lah. Pada hal tak tau nak niaga apa. Kalau niaga ada ker orang nak beli. Erm..

Kemudian terfikir pulak nak cuti sampai hakeem dua tahun. Cuti menjaga anak kan ada lima tahun. Kalau amik dua tahun masih ada baki tiga tahun lagi. My planning nak anak empat orang. So next baby, sorang boleh cuti setahun setengah cukuplah kan. Ngam-ngam.

Itu pun kalau tuhan izinkan aku dapat anak sampai empat. Kalau tuhan nak kasi lima aku rasa macam banyak sangat. kih kih kih. Tapi kalau dapat tiga pun dah bersyukur sangat-sangat. Ini dah ada dua pun alhamdulillah. Sepasang pulak tu.

Tolong-tolong any idea nak selesaikan masalah nursery ni? Buntu buntu...

8 comments:

PUANSTOBERI said...

apa kata azi lak bukak nursery.. haa... harus settle masalah sekaligus terlibat terus dlm bidang perniagaan :)

Momma AA said...

kalo bab jaga anak ni mmg rumit skit.. gugurl momma masuk yg ni babysitter yg ke-5 jaga dia.. pheww... tp apa yg momma penting adalah kebersihan.. sbb pernah gugurl cirit birit n demam batuk selsema berulang kali.. pas tukar babysitter, baru la kesihatan dia ok..

IntaNBerliaN said...

sy jg alisha sendiri.. so, xtau nk komwen camne.. sbb xda pengalaman....

Lizzie Yasmin said...

susah nya bila fikirkan kebajikan anak, dan delema kerja. Apapun aku percaya pada penyesuaian diri. Dari awal lagi kene latih dorang, tak takut orang dan sebagainya.

Hazey said...

Salam kenal dan salam terjah..

http://hazey-2ndjanuary.blogspot.com

Azura Mendezz said...

Ramai juga ofizmate Cik Mendezz yg dok fikir canni bila baby xmo dgn pengasuh..
tp apa lan dayooo..dua2 penting...kene la pandai2.. :-)

Azi said...

pnstoberi: xtercapai dek akal lah nak bukak nursery tu...

mommaAA: momma banyaknya babysitter momma tukar. hantar kat orang eh?

intanberlian : intan bertuah dpt jaga anak sendiri.

lizzie yasmin: btul tu lizzie, tapi klu nak latih kena awal,mslhnya ibu dia ni syg sgt nak hantar ke orang. hihihi

hazey: salam kenal 2

azura mendezz: majoriti ibu2 fikir macam sy pk kan. tp kita kena fikirkan yang terbaik...

Anonymous said...

Salam Azi...
cm kju hr2 start hntr bby hannah kt nursery ms dia dh 9 months..mmg awal2 bby akan nangis je..dok keje kt ofis asyik teringt je kt dia..ok ke..nangis lg ke?..alhamdulillah lm2 bby hannah dh ok..cuma bab susu botol ni..kt nursery je dia minum but kt umah still breasfd...try bg susu botol kt umah mmg dia tolak tepi...insyallah hrp2 bby azi akan biasa nnti.. sofea dulu camne?

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY