21 June 2012

Kebaikan membela ikan dalam rumah

Semalam pas mr. edy habis driving driving (bawak lori), balik jer rumah aku tengok mr. edy  menjinjing satu beg plastik. 

Tak lama pas tu mr. edy keluar masuk keluar masuk rumah. Cari itu ini. Bukan main bz sampai nak tegur bini pun tak sempat. Kemudian mr. edy angkat aquarium yang ada kat luar rumah. 

Rupa-rupanya mr. edy sibuk nak menghias aquarium. Nak bela ikan. Inilah aquarium yang dah siap ditata hias oleh mr. edy. Cantik kan?


Aquarium ni dapat daripada seseorang masa buat job pindah rumah. Kat rumah aku ni semua barang orang bagi, barang recycle. huhuhu...

Sebenarnya aku tak suka sangat bela-bela binatang ni. Tapi tak nak lah complaint complaint, biarlah mr. edy nak buat apa pun. Janji dia happy. Aku takut bising bising kang jadi macam kes kucing itu hari. Tak suka tak suka last last mati.

Bila mr. edy perasan yang aku buat tak tahu jer pasal hobi baru dia ni terus dia bagitau apa tujuan sebenar dia nak bela ikan tu. 

Kata mr. edy kalau kita bela ikan dalam rumah, ada orang cuma nak sihirkan kita, sihir tu takkan menjadi sebab ada benda hidup dalam rumah. Ini kes berjaga-jaga akibat kejadian aneh dan mimpi yang aku  bagitau hari tu lah. (Boleh baca entry tu kat SINI).

Kata mr. edy lagi, ikan yang dia bela dalam aquarium ni jenis ikan yang tak tido. Ntah betul ke tidak aku tak sure. Ikan tido ke tak sebenarnya haaa????

Yang pasti ikan ni mr. edy sauk kat dalam longkang depan rumah aku tu. hahahaha... Longkang umah aku tu pulak ya ampun kotor nak mampus. Hitam pekat airnya...

Mr. edy kata dia dah cuci 3 4 kali ikan ni kasi bersih semua bau longkang tu. kih kih kih...

4 comments:

Riena Haiqal said...

bagus juga tu kan, ada gak haiwan yang dapat dipelihara.. tak tahu la kan ikan ni leh tidur ke tak.. sebab tengok jer ikan ni macam berenang2 jer kerja dia.. tak penah pula nampak dia tidur.. hehehehehehhe

IntaNBerliaN said...

ikan ada yg tido ke ek.. hihi.. sy pun xtau.. sbb sy slama ni duk pk ikan xreti tido.. hehhe

baguslah berjaga2 gitu..

emm sy xpnh tau pulak psl klebihn bela ikan dlm umah ni

Eca Dwinky Asha said...

ikan tido xtutup mata la kak.hehehe....eh,betul eh klu pelihara binatang tu leh elakkan sihir...family eca pelihara kucing je

akak,novel adam hawa tu eca da ada..jap jap eca survey dlu novel dlm senarai akak.nnti eca text akak je la ye. :)

Anonymous said...

Janganla nak percaya sangat, semuanya ketentuan Allah. Org kata utk menjauhi rumah dari sihir dan makhluk halus, bukannya ikan dalam gambar tu tapi bela ikan puyu.

Kalau nak lebih elok lagi bela ikan arowana, memang ikan tu akan respond kalau ada kelibat org,kucing or apa2 yg lalu berdekatan aquarium. Ikan puyu cuma berenang kiri kanan aje tapi tak respond macam ikan arowana.
Sekali lagi jangan percaya sangat benda2ni, bela ikan sekadar hobi dan ketenangan melihat aquarium.

 
Copyright by Aziazidah