08 June 2012

Rezeki dapat Sofa dan Almari

Minggu lepas sehari sebelum balik kampung mr. edy pulang bawak balik sofa dan almari. Sofa ni dapat dari satu company. Manakala almari pulak dapat dari sorang customer yang guna lori kitaorang untuk pindah rumah.


Sofa yang kitaorang dapat ni 3 + 2 seater. Balik jer dari kampung terus aku kemas letak kat bahagian dapur. Sebab bahagian dapur rumah aku pun ada TV so bolehlah duduk kat sofa ni sambil tengok TV. 

Yang 3 seater tu masih letak kat bahagian luar rumah. Rumah kecik tak muat nak bawak masuk. Biar kat luar nak mengundang si pencuri la tu... :p. Store yang baru buat tu pulak dah penuh dengan barang-barang pelamin. 

Aku suka sangat dapat sofa ni sebab bantalnya empuk compare dengan sofa yang aku beli hari tu. Sofa murah memanglah tak sedap. huhuhu...



Yang ni boleh buat almari baju kot. Almari ni memang idaman aku dari dulu. Tapi sebab bila survey kat kedai macam mahal tu sampai sekarang tak beli-beli. 

Aku suka almari jenis ni sebab minat dengan lacinya yang boleh ditarik ditutup. Bahagian atas sekali tu siap ada kunci. Leh letak dokumen-dokumen penting. I like i like......... :-)


*Alhamdulillah masih diberi rezeki yang tak putus-putus.

4 Comment:

Pink Lavender said...

kite pon suka dgn almari tuh tau..
mahal tuh kalau beli..xdpt 100..
untungla dpt free jer

Pink Lavender said...

kite pon suka dgn almari tuh tau..
mahal tuh kalau beli..xdpt 100..
untungla dpt free jer

Pupel Liyana said...

tak nak jual ke sofa tu :) kalau nak jual roger2 la

IntaNBerliaN said...

seronoknya.. rezeki tu.. :-)


kalu camni, xyah beli perabot byk2.. tp free je.. cantik2 lak tu :-)