Contest

Beg jerut / Drawstring bag

Kerja menjahit masih diteruskan. Walaupun order hidup segan mati tak mahu... hik hik...

Kali ni try buat beg jerut@drawstring bag. Bukan teringin nak buat sangat. Asalnya nak buat untuk diri sendiri macam beg yang kat SINI.

Tapi sebab malas nak jahit zip terus tukar finishing guna tali. Aku tak prefer nak guna snap button sebab boleh mengundang perompak dengan mudahnya menyeluk beg. Aku dah pernah kena beg di seluk masa sedang enak membeli belah kat kamdar. Time tu pakai beg tak de zip...


Beg jerut pertama yang aku buat. Terus ada yang berkenan nak order. Kalau bukan sebab tali beg tu recycle punya dah lama aku juai yang nih...

Yang ni beg kedua aku wat. Kecik je beg ni. Pakai lebihan kain jeans yang ada. Yang ni aku bagi kat kakak aku. Actually beg yang first tu aku amik tali beg kakak aku so aku ganti yang ni... Tak adalah amik free... heheheh...

Dah siap pun beg yang orang order. Guna tali warna pink. Aku beli kat Daiso. Cantik pulak aku rasa. Siap pakej dengan biji butang lagi. Hope customer suka... 

6 comments:

Myra Jay said...

Beg macam ni cantik dan senang dibawa..

Berapa RM ye kak? :D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

cantik gak pattern ni

Anonymous said...

Nk jugak

Anonymous said...

akak. tali tu kat daiso ad yang panjang tak? untuk bag jerut besar.

Anonymous said...

akak. tali tu kat daiso ad yang panjang tak? untuk bag jerut besar.

Azi Azidah said...

daiso area rumah sy dah xjual tali macam ni. yang panjang mmg xde. daiso ni bermusim. kalau ada kena rembat cepat takut dtg sekali lg dah xde

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY