06 February 2013

Mai Mai Tengok Beg Jeans

Kalau korang tengok tajuknya pun dah tahu aku nak show gambar beg kan.. Tanpa melengahkan masa jom kita cuci mata tengok beg yang aku jahit dengan penuh kasih sayang. hew hew... Semua ni orang order. Bertungkus lumus buat sebelum raya cina.

Batu2 tu i design bentuk love. Uolls tengok jadi ke tak?
Measurement : 10" width X 6.5" height X 4"

Beg lenggang kangkung nak letak h/p ke, purse ke, buku nota ke & etc. Sangat selamat sebab atasnya berzip. Bahagian belakang customer mintak bubuh poket berzip. Nasib aku dah sempat study cara jahit poket berzip sebelum ini. (Tekan SINI untuk baca bagaimana membuat poket berzip)

Yang bawah ni pulak sling beg. Ada dua version. 

Measurement : 8" height X 7.5" width X 2.5

Satu jenis zip atas. Tak boleh adjust sebab tali tak panjang. Beg ni dah penah buat sebelum ni. Ubah design sesikit je. My sister kata macam kap lam ya nga. *sedih*. Customer yang sama order lagi untuk adik dia.

Measurement : 8" height X 6.5" width X 1

Satu lagi jenis butang ketip. Boleh adjust. Customer nak letak tab katanya. Suruh buat tali letak bahagian tepi kat luar dan buat panjang sikit dari beg yang atas tu dan suh letak adjuster. Senang anak beranak dari yang kecik ke yang besar semua boleh pakai. 

Beg ni kira limited edition sebab nak buat beg yang bertali kain jeans dan boleh adjust memang payah sebab orang malaysia tak tinggi mana. Susah aku nak jumpa seluar labuh-labuh. Jeans ni aku beli kat Kelantan. (^.~)


Berminat dengan hasil kerja tangan saya? Email edyeda@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

3 Comment:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah cantik la kak

Nora Karim said...

mmg cantik la... wow!

Mohd Danial said...

Saya nk tanya besi yg dok udjust tali beg too admin ada jual x...apa2 admin whatsapp saya 0195926432