Cuti tanpa gaji aka cuti menjaga anak lagi

Salam isnin semua. . Keje ke korang. Mesti ramai yang cuti straight sampai tahun baru bagi yg sambut krismas. Ada juga yg cuti sebab balik kampung lihat sanak saudara yg alami banjirkan. Aku cuti lagi. ekeke. Pagi ni nak pi checkup airis tiga bulan. Sepatutnya hari ni aku dah kena start kembali bekerja lepas bersalin. Jumaat lepas airis genap 90 hari.

Well u no me kalau tak cuti tanpa gaji (ctg) mmg tak sah. My trademark. Aku ambil ctg dua bulan. I know ramai yang geramss kat aku but ramai jugak yg dah jangkakan. Udahlah hujung tahun nak closing akaun. Nasib ler korang .  Akak tetap nak ctg. Nasib tahun ni tak ada AKB.

Aku tak sure aku akan ctg dua bulan sahaja atau akan sambung dan sambung sampai setahun dua tahun maybe. Hurmmm. Tapi kali ni macam tak leh cuti sampai dua tahun sebab rugi. Kalau ctg dua tahun dah jadi keseluruhan empat tahun aku ctg. Tahun keempat dah tak ada kenaikan gaji tahunan. Aku setakat tak naik jadi cc ok tp tak dapat kenaikan gaji tahunan rasa rugi sangat.

Kali ni aku for sure kalau aku amik cuti lelamaa diorang akan kick aku dri kdn. Sapa yang sanggup simpan orang yg asyik cuti like me kan? Hari tu pun diorang dah cuba nak poolkan aku tp nasib baik AG cakap tak cukup orang nk ganti tempat aku.

Actually aku kat kdn ni dah lebih kurang lapan tahun plus minus. Disudut hati aku yang paling dalam aku sayang ngan kdn ni tau. Ecewah ayat. . Walau pun selalu aku berchit chat ngan my sister kata kdn tak best. Tapi kalau kena keluar off course sedih itu pasti. Banyak kenangan suka duka aku di sini. Aku bermula dalam perkhidmatan awam sebagai pekerja sambilan di kdn. Nanti aku cerita pasal kehidupan seorang pekerja sambilan. Ada ke yg nk tahu? huhuhu. Yang paling tak best kat kdn ni parking payah nau. Kemek kemek keta i dibuatnya. .


Agar agar nata de coco

Hari isnin hari tu aku buat agar agar nata de coca. My favrite agar agar tau. Rasa lain mmg aku cannot go. Lebih lebih lagi agar agar koktail. Buah buahan dlm tin tu rasa dia tu aku kurang gemar. Kalau buat air ok skit la. Eh agar agar ngn puding sama ker? (^.^)

Kalau buat agar agar ni aku guna yg jenis tali tu. Tak reti nk guna yg serbuk punya. Hari tu pernah buat yg guna serbuk terlembik pulak. Kalau yg tali dlm plastik tu senang satu plastik agar agar bersamaan dengan satu setengah air dlm plastik tu. Setakat ni hasil agar agar i tak pernah mengecewakn klu guna sukatan ni. Pernah buat agar agar oreo milo pun menjadi. Tp agar agar oreo milo bukn favrite keluarga aku so bye bye tak yah buat lg. Leceh pun leceh. Buat hari tu sbb nk bawak utk sambutan raya kt opis.

Lagi satu aku klu beli agar agar mmg loyal kt satu brand ni je. What the brand biarla rahsia. Kahkahkah. . . Macam dato siti plak. Takut nnti ada yg komen kata agar agar tu tak halal ke apa sebb plastik terang terangan penuh tulis cha ya nun alif. Tp sbb daku jenis setia katanya sekali beli yg tu menjadi terus beli yg tu jer. Tak bertukar tukar.

Nampak x permainan perkataan di situ bukan setia tp takut beli cap lain tak jadi pulak agar agar ku. Tangan tak berbedung katakan. 


Geng Mengemas

Ini cerita minggu lepas. Ntah apa mimpi pia mintak nk kemas kt luar rumah. Fyi pia ni nk buat apa apa pun mesti mintak kebenaran dari kitaorang tau. Tak kira apa. Nak kencing nk berak pun "mama nk terberak". Hakeem pun sama. Selagi kita tak respon selagi tu tak masuk tandas. Kadang mak ko ni rasa bored jugak. . muahaha. .

Syukurlah harap sikap ni berkekalan sampai bila bila. Iyelah bila anak anak mintak nk buat apa apa atleast kita tahu dan boleh pntau pergerakan diorang.

Oh ya bercakap pasal mintak ni teringat ada satu petang waktu aku pia n hakeem main bola kt luar segerombolan budak dalam 5 6 orang duk jerit dari luar pintu pagar kitaorang cakap "nak rambutan nak rambutan". Dengan tak bagi salam tak panggil aku makcik ke apa aku diam jer sebab terkejut budak dalam baya sofea je kot tp berani mintak macam tu.

Budak budak ni terjerit jerit selagi aku tak bagi. Bila aku kata amik yg kt luar je tepi longkang tu macam tak reti nk ambil buat lepas teringin. Amik dah rupa org nk berniaga pastu bila aku nk tegur terus lari tak ucap terima kasih ke apa.

Nauzubillah mintak mintak dijauhknlah anak ank aku perangai mcm tu. Tak berkenan betul aku perangai mcm tu. Terus terfikir anak siapalah ni. Sampai rasa nk tahu sapa mak bapak budak tu. Berani betul biarkn anak anak jln dgn kawan kawan umur kecik mcm tu pastu siap mintak mintak kat orang.

Eh menyimpang dah cerita. . . Jom layan skit gmbr pia kemas kawasan rumah aku dan mak ngah dia.



Yeaayyy finally aku dah ada geng mengemas. Sekarang ni asal ajak mengemas laju je bangin. Asal nmpk smpah laju je angkat penyapu terutama kt luar rumah. Bukan rumah kitaorang je dia kemas umah mak ngah dia pun dia kemas jugak. Mr. mama pun cakap pia ni dah jadi sebijik cerewet mcm azidah. Tak boleh nmpk brg kat luar bersepah sikit terus suruh angkat. Sebijik macam mama dia ler. . hihi

Tempahan beg jeans

Lama dah tak cerita pasal beg jeans. Kat ig, fb sentiasa je upload gmbr cuma kt blog je baru nk publish. So sila follow my fb n ig klu nk update terkini ye. Chewah mcm ko retis org nk follow follow. .

Alhamdulillah walau pun berhenti menjahit sekejap sbb bersalin hari tu order tak putus putus. Terharu akak tau ada yg snggup tunggu smpi habis pantang. Mana tak putus putus, nk siapkn satu order sikit punya lama, dtg order baru bari hegeh hegeh nk siapkn. Maaf la aku ni mmg slow skit. hihihi.

Jom tengok picture. . .

Sling beg ni aku buat beberapa jam sebelum bersalin. Tak sempat nk siapkn tali dah datang tanda nk bersalin. Keluar darah. Gelabah time tu terus siap siap pi spital walaupun tak rasa sakit pun. Tak sempat nk siapkn talinya. Padahal nk buat tali tu perlukn sikit masa je lagi. Peram ler sampai pas abis pantang baru sambung jahit tali. Takpelah dah selamat smpai kt owner.



Backpack customer order untuk ank dia. Ni pun customer sanggup tunggu sampai aku habis pntg. Terharu. .


Yang ni order dari customer backpack td. Kawan dia yg nk katanya. Simple hand bag. Nak design luar tu guna kain love love. Last kopek kain tu. Cecukup tuk luar dalam guna kain corak lain. heee. . Memacam tau my customer punya feel. But i enjoy it. Challenging. .




Ni kakak aku nombor 2 yg request. 2 in 1 function. Boleh jadi sling beg atau pendekkan tali tu jadi la handbag.

Ok. Sekian show. Kalau nk tgk detail beg boleh jengok fb gallery jeans airis. for order mcm biasa email edyeda@gmail.com. :)


Majlis kecemerlangan dan graduasi sofea

Majlis kecemerlangan dan graduasi ni berlangsung pertengahan november hari tu. Baru hari ni nk update. Sejak update pakai tab ni mmg tak mmpu nk up to date. Taip pun tak leh pnjg2. Nmpknya kena juga beli laptop baru. Nak baiki yg rosak tu tak worth it rasanya. Ada ke yg tau mana kedai juai laptop murah second pn xpe jnji condition tip top. hehe. . 

Dah bila cerita basi ni nak karang ayat pun rasa malas. Meh tengok apa gambar yang ada. Bnyak gmbr sebenarnya tp nk upload guna tab ni bercinta. Ini je yg mampu.

Ni time sofea nyanyi. Tak nmpk pulak mana satu sofeanya. Cuaca panas main snap je ni.

"Sayonara sayonara. . . Ingat ingat dicuri members. Jangan lupa itu tudung fongge"

Lagu apa ni uolls. Tak pernah dgr pn sblm ni. Tapi mybe sebutan sofea pn ada yg tak betul. Takknla tudung fongge. Apa kebenda tu. Hari tu perigi pia sebut beligi. Vokal disebutnya wofers. 

Ustazah Aizara nur sofea at that day. Sejuk perut mama mengandung. Moga berkekalan begini. Amin. .

Gambar ustajah lagi. Cikgu lin yg makeup. Mama mana ada blusher lipstik. Amukan papa kau nnti.




Alhamdulillah berjaya habiskn pengajian tadika 5tahun. Setahun lg sblm masuk sekolah rendah. Besar dah ank dara aku. Itu sebelah kanan tu cikgu tuang air panas kat kaki pia tu.


Baju terlajak murah

Shoping online ni bestkan uolls. Klik klik je barang pn sampai depan pintu. I is kemaruk.

Dua minggu lepas aku soping online kt nile.com.my. Ni kali kedua soping kt sini. Teringin nk beli blouse.  Dah lama akak tak ada baju baru tau. Sejak mengandung terus stop membeli. Eh seblm mengandung pn tak membeli juga. huhu. .  Ni dah lepas bersalin, shape pun dah kembali pada bentuk asal lets soping.



Inilah hasil soping di nile. 7 barang ni hanya 67++ jer campur dengan postage. Murah kan. 2 tops 2 penyendal pintu dan 2 set ketip kuku dan penyepit mknn. Jangan terkejut ketip kuku pn aku beli online skrg. haha. . Mana nk dpt kat tmpt lain harga macam ni untuk semua benda ni kan. Berkualiti



Suka sgt blouse ni sbb ada lace kt tgn sama mcm blouse kat teeett. .  Yang top brand tu 67 hinggit baru dpt satu blouse. Ni akk dpt 7 barang. 7 tau!.

Mr.mama masih kt kg lagi senang aku nk menyoping. Barang sampai, memlm pas ank tido akk diam diam try baju sensorang. Takde sape kacau. hihi. Haaa dah tau ni kt mana nk beli baju murah apa lgi cepat terjah sblm kehabisan. Dengar sekarang tgh ada sale kt nile tau.



Birthday wishes dan free sample lagi


Thank u libresse ingat birthday akak.  Anda org pertama yg wish kt akak tau. hihihi. Akak suka laki akk pun tak sepnts ini. Entah kn tak ingat. huhuhu. . .

Pagi ni pulak dpt ucapan tahniah atas kelahiran bby airis dan wish dari ex boifreng. Matik akak ni klu mr.mama tahu. Bini bukn nk selingku waktu laki tak de ye. Dia pn dh kawin. Unexpected. Dah bertahun tak berhubung tetiba dpt call nombor tak bernama. Macam tak mo angkat tp terangkat camna. Jodoh ler tu. kuikui. . Reason ex boifreng call sbb nk wish birthday dpt reminder dari email. Boleh caya ke? Rindu akak ler tu. . hahaha.

16/12 ni genap umur akak 33 tahun. Akk tak de nk sembunyi sembunyi umur. Berbangga apa adanya gitu.. hehe. Bila laki nk balik nih? Sebulan seminggu dah kt kg. Taknak sambut ke?



Terima kasih dentalpro and sanofi. Free sample dpt masa pi opis urus ctg hari tu. Seram akak tgk berus gigi warna hitam. Eh ibu menyusu boleh ke mkn vitamin sebarang sebarang?

Antara Gdex dan pos laju

Hari ni nk cerita sikit pasal pengalaman aku menggunakan perkhidmatan Gdex dengan pos laju sebagai seorang pembeli. Sejak bersalin mood nak shopping online sgtlah macam penyakit. Setiap hari asyik usha mcm mcm blogshop, laman web, instagram. Pastu menggeletis nk membeli. Selagi tak beli selagi tu duk usha. Dah beli usha pulak yg lain. Pastu beli lagi. hahaha. Maafkan sy pa . ..

Minggu lepas aku shopping online kt nile.com.my. Story rembatan nnti dulu. Nak cerita dulu pasal servis kurier yg diorang guna. Ni second time aku shopping kt nile. Meroyan nk blouse yg sama blouse dari salah satu top online shop. Tapi yg itu mahal klu kat nile boleh dapat separuh harga dari yg sinun.

Kalau nk tahu jika kita beli di nile kita boleh pilih nk guna kuier yg mana satu. Sama ada gdex atau pos laju. Aku pilih gdex sbb murah. Flat rate rm6.60. Aku tak pasti yer charge sebenar gdex mcm mana sbb aku tak pernah guna gdex sbgi penjual. Tapi kt nile ni berat berapa pn hrga tetap rm6.60. Hari tu berat parcel aku 600gram nile charge rm11++ kalau nk guna pos laju. That why aku pilih gdex. Wlpn lmbt smpi tp asal smpi sudah. Masa first time shopping dgn nile, tiga hari baru parcel smpi. Suprisely kali ni aku byr pagi hari esok tghari smpi. Macam poslaju jugak kenn. Suka ler tak sabo nk melaram ngn blouse tu.

Actually hari tu shopping ngan nile aku tersalah taip nombor phone. Biasalah guna hp. Tertinggal salah satu nombor hp. Nasib baik perasan sblm parcel dihntr. Tp sbb parcel dh send out diorg suruh call gdex trus.  Aku pun callla customer service gdex. Ok phone pun cepat je angkat. Sejam lepas tu gdex subang pulak call aku bagitau diorg dah bgtau dh no phone aku kt orang yg akan hntr parcel. Alhamdulillah brg smpi dh kt tgn aku dgn selamat.

Selang dua hari pastu aku beli online lg. Kali ni beli dri individual. First time beli dri org perseorangan. Takut jugak tp berserah pd tuhan jer. Dah berkenan sgt dgn tudung yg dia jual. Murah dri biasa lak tu. Tengok fb mcm boleh percaya. Selalu promote kt group jual barang. Nk beli brg online ni kena selidik bebetul dulu. Kalau fb tu baru bukak pastu xpernah pulak letak status or gmbr sendiri baik ko jangan bermain dgn api. Walau pun kdg kita beli setakat sepuluh dua puluh ringgit duit jugak kn. Kalau individu ni mmg biasa diorg guna pos laju mcm aku pos beg jeans ler. . Aku beli hari jumaat. Isnin pagi baru dia pos. So patutnya parcel smpi selasa.

Hari selasa tu tunggu smpi petang tak de. Ok tak pe tunggu sehari lg. Sebab biasa kalau hari ujan pos laju postpone penghantaran esok paginya. Pagi tu pi aku pejabat pos sekejap pastu balik aku tunggu smpi ptg tak de jugak org hntr brg yg ditunggu. Kemudian ptg tu my sister bgi satu surat. Tengok dari pos laju. Surat tu bgtau tak dapat nk hntr parcel yg aku tunggu tu.  Surat tu dtg pukul 2.33pm. Masa aku dpt surat tu dh dkt pukul 5. Pelik aku,. Masa bila ntah posmen dtg. Pintu pagar my tak tutup rapat. Pintu rumah sentiasa aku bukak. Pastu hp mmg aku kelik kehulu kehilir takut posmen call kan. Tp hari tu xada pn no. tak bernama yg naik.



Off course aku nk buat penghantaran kali kedua sbb mr. mama tak de kt sini, aku nk pi ppl puchong tu susah dan klu pi kena caj tol 3.20. Rugi je aku byr postage tp kena self collect pulak. Terpaksala mak encik menggoogle no tepon ppl puchong. Aku ni jenis particular. Petang rabu dpt surat ptg tu jugak aku call ppl puchong. Nasib berangkat. Sebelum ni ada 2 3 orang pm aku mintak no hp abg pos laju ekoran entry aku sblm ni sbb nk tnya pasal parcel diorg yg tak sampai. Call ppl puchong sokmo tak berangkat katanya. Ppl puchong jnji kat aku akn buat penghantaran kali kedua esoknya kamis.

Hari kamis tu yakni semlm beria aku tunggu dr pagi smpi ptg. Pintu pagar seawal pukul 8pagi aku dh bukak luas luas. Pukul 1-3 ptg siap tunggu luar rumah. Sampai kul 4 jgn kata nk dpt parcel byg moto/van pos laju pn xnmpk. Kul 4 aku call ppl puchong skali lg tnya apsal xhntr parcel yg dijanjikn. Diorg boleh kata parcel ada kt ppl tak buat delivery pun. Aduhai padahal semlmnya beria kata akn note pnghntran kali kedua. Ni telefon kata tak tahu pulak.

Pagi ni jumaat awal awal lg pukul 9 aku dh call ppl puchong. Nak remind jgn lupa anta parcel tu. Kan hari ni hari jumaat rehat pnjg. Kang klu xdiingtkn tak hntr lg. Tp betulla mcm org yg pm aku tu dekat dua jam call tak berangkat rangkat. Iyelah sblm ni aku call ptg ni call pgi mesti ppl sibuk yer. Tp xkn xde org yg jaga phone yg nk amik aduan kn. Tak kn semua jaga kaunter. 

Entri ni aku tulis bukan nk menunjukkn pos laju tak bagus and gdex bgs. This time cuma aku tak bernasib baik. Selalu pos pgi esok smpi jer. Mcm customer beg jeans aku ada pos rabu hari tu, kamis smpi dh. Aku ni dh nk seminggu tak smpi2 lg parcelnya. Yang aku kecewakn dan terkilan kenapa posmen yg hntr parcel tu tak call lgsg. Lepas tu check dlm sistem tulis addresse not available. Not available apanya klu surat tak dpt serahkn serahan boleh letak dlm peti pos. 

La ni dh pukul 2.30ptg jumaat saat aku taip entri ni. Aku masih menunggu parcel yg dijanjikn nk hntr hari ni. Penantian penuh debaran okeh. Kalau hari ni tak anta jugak aku pasrah. Malas call ppl puchong lg. Next weekla pi self collect. Sob. . . Keciwa . 



Ke GM klang kali kedua

Kali pertama aku gi GM dengan kawan aku. Ala owner trendysite. Sila google sendiri. teetttt. . Kali ni pergi dengan adik beradik. Abang aku dri kg datang . So bawak ler jalan jalan. Hari tu dah pi one city ngan ioi mall kali ni kita pi gm pulak. Next? Alamanda? Ioi city mall? hehe.



Mr.mama tak ikut masih di kg. Laki aku ni bila semua orang berkumpul dia selalu tak de. Bz. .. Kalah menteri. Biorkan asal bini dapat shopping udah. kihkih. . Dah siap siap suruh mr mama bank in duit. Boleh pulak lupa bawak purse. Terpaksa pinjam ngan mak ngah.

Gm ni kalau nk murah kena beli banyak banyak. Kakak aku beli skirt satu rm38. Mintak kurang lg tak dapat. Nak kurang kena beli dua rm70. Kat tag harga rm49. Diorang siap siap dah bgi rega dulu sebelum kita tawar. Permainan diorang semua tu.

Coz pergi time belum gaji purse pulak tinggal aku just beli mainan akeem dan pia. Si cengeng hakeem tu apa lagi kalau bukan nak oteman. Selagi tak dapat dia punya berzikir sepanjang jalan. Pitam. . Kemudian beli beg sekolah pia. Udah ler pakai beg jeans yg aku buat setahun lepas kali ni kasi can pakai beg dora pulak. Beg hakeem belum decide samaada beg jeans atau ben10 kesukaan dia.



Dua tiga hari jugak tido ngan atomen tu. Taksub sgt.


Sebelum balik g makan kat foodcourt. Aku mkn nasi campur. Kurang sedap ditekak aku. Nasi lembik tp orang ramai je beli. Laparkn. .  Better klu korang nk mkn kt foodcourt tu belilah makanan panas. Pastu balik. Lebih kurang dua jam je kitaorang round dlm tu. Ok ok jr bagi aku gm ni.




Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY