28 January 2011

Aku dah pindah rumah baru


********
L.E.T.I.H

Letihkan kalau pindah masuk rumah baru kan, lebih-lebih bagi ibu mengandung macam aku. Ditambah pulak husband keluar ada urusan kerja. Jadi semua urusan mengemas rumah di serah pada sang isteri.

E.N.D
*******

 more story about my new house, next entry k.

i'm really tired.
bye.

27 January 2011

Bercerai susu badan


Suggestion my mom in law, sepatutnya 1 tahun 3 bulan adalah waktu yang tepat untuk bercerai susu badan dengan sofea. Kata beliau kalau nak pisahkan baby dengan susu badan kena pada bulan yang ganjil. Iye ke? Tak kisahla kan, memang hajat aku nak berhenti kan sofea susu padan pun. Aku takut nanti baby yang bakal lahir tak cukup susu pulak.


- ini bukti bahawasanya aku memang serius nak berhentikan susu sofea -


Walaupun berniat dan berhajat nak berentikan sofea susu, satu action pun masih belum dibuat. Tak sampai hati ar. Kalau sofea nyusu badan feeling rasa semacam, rasa rapat je dengan sofea (ibu-ibu yang menyusu baby sampai bertahun-tahun pasti tahula kan feelingnya macam mana). Dan kalau sofea still menyusu badan tak de la aku terhegeh-hegeh bangun memalam nak buatkan susu formula untuk sofea (hee..dasar mama yang malas).


Dan bila niat dah pasang, pasti akan ada anasir-anasir yang menghalang kita untuk teruskan hajat itu expecially rakan-rakan sebaya.  Bagi aku ibu-ibu muda zaman sekarang ni memang kalau bab anak sanggup berjuang habis-habisan expecially bab penyusuan. Memang aku tabik giler kat diorang ni. Cuma aku je yang macam ala-ala endah tak endah tentang kebaikan breast feed ni. Bukan apa sebab dari awal lagi semangat nak fully bf dah dihalang oleh mak mertua. Menghasut supaya mencampur dengan susu formula (heee..tetap nak salahkan mak mertua padahal....).


Memang banyak yang aku baca dalam blog, internet, ibu-ibu yang meneruskan penyusuan ke atas baby mereka walaupun dah mengandung. Aku pun mula-mula berkira begitu, tapi masalahnya susu badan dah makin banyak menyurut dan aku sangat takut jika baby yang akan lahir tak dapat merasa susu badan pulak. Takkan lah nak sayangkan sofea sorang je, mestilah fair dan square kan.. 


Nak dijadikan kisah, semalam aku pergilah klinik lunaskan rutin appointment aku yang terakhir sepanjang bulan Januari ini. Isu yang dibincangkan banyak berkisar pasal kandungan aku dan bukan pasal sofea pun. Nurse nasihat supaya aku berhenti menyusukan sofea sebab ada satu kes yang terjadi dimana seorang ibu menyusukan babynya sehingga melahirkan baby yang dikandung dan baby lelaki beliau tumbuh buah dada seperti perempuan. Sewaktu kita mengandung, hormon di dalam badan kita adalah berlebihan dan hormon tersebut telah diserap ke tubuh baby yang disusuinya : kata nurse semalam.


Aku tak pasti kebenaranya tapi kalau mak bapak, orang tua-tua memang depa tak bagi kita susu kan baby sewaktu mengandung. Kalau nak diikutkan kita selalu cakap dulu masa zaman mak pak kita mana ada istilah bersalin paksa, injek injek sebab kencing manis. Tapi bila part nak berhentikan menyusu kita tak nak pulak ikut kan? kan? kan?. Manusia memang pelik. Dan tambah nurse lagi kalau kita menyusukan baby sewaktu mengandung, keletihan dan kemarahan memang tahap melampau sikit. Itu aku tak nafikan.

Persoalannya perlukah aku berhenti menyusukan sofea?

21 January 2011

Suami ajak main





Apakah ini?? Apakah makna  semua ini?
Apakah yang dicari oleh insan ini??
Suami ajak main diam-diam sudahlah.
Keyword ini maybe ditaip oleh seorang wanita.
Kalau lelaki mesti taip isteri ajak main, ye tak?.
Tak pasal-pasal blog aku tersenarai dalam top 5 enjin carian google.


Malu i..
ini bukan belog lucah tau.
 

19 January 2011

Kandas ker aku?

Jom semua calon-calon Exam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan bukak mata dan minda untuk melayari Laman Web Jabatan Akauntan Negara Malaysia. 


Act. ada banyak info yang boleh korang dapat daripada laman web ini. Antaranya :-

  • Boleh Print Pay Slip (hanya kakitangan kerajaan)
  • Boleh lihat Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.
  • Boleh check payment bagi syarikat yang berurus niaga dengan kerajaan (e-maklum)
  • & etc. Sila lawat yea.

DAN
Hari ini aku surf laman web yang sangat berguna ini kerana result Exam KPSL yang aku amik last Ogos dah keluar.


Eh! Kandas ke?

Sob sob sob...

16 January 2011

30th | Muda lagi..

Macam tak percaya tahun ini usia aku dah 30 tahun, walhal aku adalah anak perempuan bongsu dalam keluarga. Tapi dari segi pembesaran keluarga aku yang paling advance. Anak pun dah nak masuk dua bulan 5 ni, insyaallah. Semua ahli keluarga pun dah membawa haluan masing-masing - masing-masing sudah berkeluarga.



time kandunganku berusia 4bulan


Kecik je aku kan. Orang sekeliling kalau aku keluar berdua atau naik motor berdua dengan husband aku pun mesti ingat kitaorang ni couple lagi. Siap ada yang pandang slack je kat aku bila aku peluk husband aku.



Kereta kancil tu bukan aku punya ok

Laki aku usah cakaplah, lagi nampak macam budak-budak. Kemudaan husband aku dikuatkan dengan mitos yang sentiasa dia pegang iaitu dia penah minum air pokok kayu yang boleh menyebabkan orang tengok dia muda sokmo. 

Ditambah pulak dengan sokongan dari makcik kedai makan di Seksyen 24 Shah Alam yang tetiba je menyapa masa time kitaorang makan kat kedai dia. 

Ayat makcik tu lebih kurang cam gini la : "Itu anak adik ke? Muda-muda dah ada anak....

Muda kebendanya makcik oi kami dah nak masuk 30thn dah. Lambatla tu baru ada sorang anak. Time makcik tu tegur pulak, time husband aku baru pas minum air pokok kayu tu. Yang aku tercogok kat sebelah tak ada la pulak dia tegur muda ke tua ke apa ke. Tapi kalau dah ditegur laki muda maksudnya bini pun muda sekali la kan??


15 January 2011

mzhany 1st GA

Jom join..



Tarikh Tutup : 21 January 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah...

Perkhabaran sedih dari kampung halaman suami terchinta mak sedara telah kembali kerahmatullah.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Amin.

13 January 2011

Masa yang berlalu terasa terlalu lambat

Hai...

rasa macam dah banyak sangat benda dan kerja dibuat dari petang tadi lepas amik sofea kat nursery. Dari memasak (hari ni belajar masak lauk pantai timur..ikan rebus goreng yang tak berapa menjadi) sampai siap makan , dari pusing-pusing kampung sampai husband menghilang dari pandangan, dari melayan kerenah sofea sampai dia tertido, dari membasuh kain sampai ke mandi, tetiba tengok waktu alahai baru pukul 8.53pm.

Kenapa masa yang berlalu terasa begitu lambat sekali?

Owh..kerana husband telah pergi jauh meninggalkan kami berdua....

Pulang ke kampung halaman terchinta.

Tak sempat nak tunggu esok. Takut keadaan mak sedara makin memburuk.

Husband, ini malam, malam jumaat tau...tega nya kamoo.. :P

Perkhabaran sedih, mungkin akan balik kampung esok

Cuma bayangkan kalau ibu bapa, adik, sedara mara kita berada dalam keadaan sakit tenat dan semakin nazak. Semua ahli keluarga sudah berada disisi menemani tapi anda....

1. Sekali pun tak datang menjenguk.
2. Lagi berusaha menyibukkan diri.
3. Buat-buat takecare, sedih padahal ......
4. And last waktu itula, hei saya tak dapat balik, esok dateline saya kena hantar changes gaji.


Ada rasa bersalah tak, bersalah tak?

Kalau tak balik hari ini tetiba dapat call dia dah tak ada macam mana?

Mesti orang kata memang jahatla itu anak sedara.

Mak mertuaku, memang aku tak dapat nak balik kampung hari ini kerana situasi yang ke-empat itu. Maybe tomorrow la kami sekeluarga akan sampai.

Harap-harap tidak terjadi apa-apa until tommorrow.

Tersepit! antara kerja dan keluarga mana lebih penting?

11 January 2011

Catatan khas untukmu misi

Appointment pukul 8am, 10am, 2pm & 8pm ku biar dan akan terus membiarkan masa berlalu pergi tanpa rasa bersalah.

 Misi,
  • Maafkan saya kerana hari ini saya tak dapat menghadirkan diri di klinik tempat misi berkerja.
  • Saya terpaksa out station selama seminggu. (ayat si penipu besar)
  • Appointment pertama saya masih belum cukup 2 minggu. Walaupun cukup 2 minggu saya tetap tak bercadang nak hadirkan diri di klinik minggu ini.
  • Saya akan datang ke klinik minggu depan, selasa dan kamis. Misi ingat misi aje yang boleh deal ngan patient, sekarang saya pulak nak deal dengan misi.
  • Misi jangan risau kalau kandungan gula dalam badan saya berlebihan, lebih-lebih pun saya tau misi akan cakap awak tanggung sendiri kalau jadi apa-apa dalam kandungan awak. Kan kan kan? Jadi saya akan bertanggungjawaban atas diri saya.
  • Minggu ni saya dah masak lauk tomyam, ikan bakar dan kacang botol bagi mendapatkan diet seimbang. Misi jangan risau next week kandungan gula dalam badan saya pasti diantara 4.2 - 5.8. Pasti tiada catatan merah atau diparas bahaya.
 Bye.

10 January 2011

Genap 15 bulan dah

Hari ini tak dapat pergi kerja sebab sofea demam. Wajib temani sofea sebab today hari ulang tahun sofea yang ke-15 bulan.

Huh alasan la ko, padahal pagi tadi dah tanya husband "boleh tak hari ni ma xpergi kerja, tak larat..petang kita gi klinik la yea". heh heh heh tapi sofea demam memang fakta ye. 

Ok, semalam kami dan kawan husband jalan-jalan ke subang sebab nak cari lorry tiga tan. Masa husband berbual dengan tuan kedai tetiba sofea duk mencanggung dengan mata merah-merah. 

Owh.. sofea uk uk rupanya. Masa nak cuci tetiba sofea canggung lagi halakan punggung kat paip. Hari ini sofea buat lagi aksi semalam. Happy la sofea dah pandai mencanggung masa uk uk. Dulu sofea berdiri je.




Makin bijak la dia...

04 January 2011

My January Schedule

Schedule pergi klinik this January...


o4.o1.2o11 - Check up perut
o6.o1.2o11 - Jumpa doctor untuk tengok result BSP
11.o1.2o11 - Amik darah 4X sehari @ buat BSP
13.o1.2o11 - Jumpa doktor sekali lagi untuk tengok result BSP
25.o1.2o11 - Amik darah 4X sehari @ buat BSP
26.o1.2o11 - Check up sofea
27.o1.2o11 - Jumpa doktor untuk sekian kali untuk tengok result BSP

WaaaAAA.... sangat benci dan malas untuk melalui semua ini..
inikah yang dinamakan pengorbanan seorang ibu...

Tuesday, 04.01.2011 : Ke klinik desa

Hari ini pegi klinik lagi...


Timbang Berat
Berat sudah naik 1.6kg dalam masa 2 minggu. Banyak kan? Sebab aku makan sedap tiap hari. Tiap petang masak ikut selera tekak that why la naik naik dan terus naik. Tapi tadi aku tipu misi aku kata berat aku 55.1kg naik 1.5kg je. Padan muka misi tertipu dan aku leh back to normal datang klinik sebulan sekali untuk check up.

Check air kencing
Function apa ntah ni. Lepas misi masukkan alat penyukat dalam air kencing kemudian misi suh buang air kencing tuh. Tiap kali pi klinik camtu la. Tak de maknanya.

Bermesra dengan misi
Check perut dengar-dengar degupan jantung baby. Misi kata tak berapa dengar sangat sebab baru 5 bulan. Tapi aku rasa kuat je bunyinya. Macam bunyi angin ribut taufan je. After that misi kasi schedule baru. Mati ni nak kena pegi klinik sepanjang bulan 1 ni.

Permulaan tahun baru yang membosankan.