Usia kandungan dah masuk 37 weeks. Dah tak lama dah nak bersalin. Dalam 3 minggu lagi. Risau ni takut ada apa-apa masalah semasa nak deliver nanti.
Next week akan bermula check up tiap-tiap minggu kat klinik desa Puchong. Even dah decide nak bersalin kat spital swasta still masih teruskan pemeriksaan berkala kat klinik kerajaan nih. Tamak giler aku. Bukan apa sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau ada problem atau sebarang komplikasi, aku sure swasta akan refer ke kerajaan, jadi baik aku buat back up. Bak kata orang 'malang tak berbau kan?'
Semakin hampir tarikh bersalin makin banyak pulak masalah yang timbul. Walaupun makanan seperti Roti Bakar dan Roti Canai yang banyak masuk ke mulut aku tapi kenapa today timbang berat kat klinik desa nurse cakap berat aku naik 2kg+++ dalam tempoh dua minggu. Total berat sepanjang mengandung aku dah 14kg+++.
Kenaikan berat badan yang ideal sepanjang tempoh mengandung adalah dalam sekitar 12kg sahaja. Nurse Malaysia ni cakap belit-belit ah, masa aku check up sofea kat Kelantan dulu kata boleh naik sampai 15kg. Kalau lebih sikit-sikit tak pe.
Sib baik aku pandai cover kata last week masa aku scan kat KPMC, doktor ada cakap baby aku sekarang dalam 2.5kg je. Tapi bukti scan tak ada, diorang rekod dalam buku kat sana je. So hari ini terlepaslah aku dari berjumpa doktor. Kalau tak mahu nyer diorang suh aku tunggu doktor datang check atau tendang aku pergi ke klinik kesihatan Puchong.
Letih woo... sekarang ni, nak duduk lelama, nak jalan banyak-banyak. Tak larat. Tak macam anak first. Umur dah meningkat. Senang kata dah tua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...
3 comments:
take care dear...i pray for u & ur baby's healthness...
tq kak.
Salam Saja nak kongsi pengalaman check up perut kat sini.
Salam,
Shah Alam Specialist Hospital (SALAM)
No. 2-14 Jalan Nelayan 19/B, Shah Alam
Gynea - Dr. Siti Mariam Sh Ahmad ni memang ok. Cuma saya tak berapa berkenan ngan hal2 admin kat sini. Contohnya, procedure untuk urine test. Ada ke patut kita sebagai patient kena buat ujian itu sendiri. Asst doctor cuma kasi strip ujian, dan suruh kita buat kat toilet dan bawa benda tu n tunjuk result kat dia dan dia rekod dlm kad laporan. Imagine camna kita yang perut besar ni nak tunduk dan pastikan strip terkena urine kita. Berbeza dengan hospital swasta lain yg pernah saya pergi sebelum ini. FYI, ini kandungan saya yg ke-5. Even Sunway medical center pun tak buat pesakit dia macam ni, hatta sesetengah hospital kerajaan. Bila saya compare charge untuk sekali check up..lebih kurang sama jer, tapi service kat sunmed jauh lebih baik.
2nd, toilet kat salam yg kami guna untuk buat ujian juga tak berapa bersih/hygenic. dah le ada 1 bilik jer... kedudukan toilet agak terbuka mengadap kauter pendaftaran.
Actually byk lg yg saya tak puas hati ngan servis hospital ini. Tengah timbang2 nak pergi ke sunway balik kut.. lagipun rekod dah ada kat situ. Saya ke Salam sebab dekat dengan rumah yang baru kami diami dan atas recommendation seorang kawan.
Post a Comment