Alhamdulillah.
Semalam aku terima satu surat. Nak tahu surat apa? Biasanya kalau posmen datang, surat yang aku terima mesti surat dari bank. Surat hutang. Tapi kali ni lain, surat dari SPA.
Rupanya surat panggilan temuduga. Temuduga jawatan Penolong Penguasa Kastam. Surat yang memang aku tak sangka langsung. Sebabnya borang permohonan online aku kalau tak silap dah luput lama dah. Bulan Ogos 2010 lagi.
Aku memang dah nekad tak nak renew (macam nak renew lesen pulak). Aku nak focus pada anak dan menikmati percutian yang berbaki tak sampai 6 bulan lagi. Sedap duk umah ngan anak-anak.
Actually, dah tiga kali aku isi borang spa ni, satu pun tak panggil. Inilah interview aku yang pertama selepas dua tahun aku grad Dip. in Bus. Transport dengan jayanya. Menyimpang langsung dengan interview jawatan yang di panggil.
Aku memang tak berapa berharap nak dapat jawatan ni. Tipulah kalau kata tak berharap langsung cuma tak menaruh harapan tinggi je. kih kih kih.
Bila dapat surat ni macam-macam aku fikir dan kena buat. Rasanya dah lapan tahun aku tak masuk bilik interview. Dah tak ingat dah macam mana nak berdepan dengan orang-orang spa.
Pasni mesti aku kena jadi macam student balik. Kenalah baca history kastam serba sedikit kan. Nanti interview nak jawab macam mana.
Pastu kena pulak beli kasut baru. Kalau temuduga kena pakai kasut bertutup kan?. Kena rajin, cepat-cepat perah susu badan bebanyak, nanti nak tinggalkan hakeem macammana?. Kena ajar dia minum guna botol dari sekarang ni.
Walaupun interviewnya setengah hari je tapi aku dah mula rasa kekusutan. Nak nak lagi memikirkan jawatan yang tak pasti macam manalah skop kerjanya.
Ini belum lagi dapat jawatan tu. Ada sesiapa yang tahu pasal jawatan penolong penguasa kastam ni tak?.
2 comments:
Alamak..lps ni bleh la jumpa u kat airport.. hikss.
gud luck by d way.. ai tak penah intebiu spa. tak penah sangkut walo exam nya lulus. ngeeee :D
Oh. Skang ni kena biasa2 kan dgn gred jawatan baru tu kan, agak kompius di situ :D
thank u...insyaallah nnti ada rezki pnstoberi plak...
Post a Comment