Sejak hakeem berusia setahun, dari dah boleh berjalan, aku dah mula ubah menu makanannya.
Dari bagi makan pelbagai jenis biskut then cuba pulak ajar makan nasi macam kita tapi berkuah. Masih lagi selang seli jugak dengan bubur.
Makin suka, seronok dan berseleralah aku tengok Hakeem makan. Dah boleh merasa banyak benda but still under control. Masih kecik lagi tu...
Hari ini tengahari aku bagi Hakeem makan ayam. Bab makan minum memang Hakeem ni laju jer ke depan. Asal nampak je dia punya mangkuk bubur mengekor je ke mana kita pergi.
Pas suap ayam dalam mulut, tetiba Hakeem angkat tangan sambil dongak kepala ke atas. Kemudian cakap dap dap sambil sengih sengih. Suka tau tengok Hakeem sengih. Sweet jer :-)
U all nak tahu tak kenapa Hakeem angkat tangan?
Hakeem angkat tangan tu sebab nak tunjuk ibu jari macam yang biasa kita kita buat bila nak nyatakan betapa bestnya sesuatu benda tu (faham ker ayat ni).
Dap dap tu pulak maksudnya cedap (sedap).
Dia ikut kakak dialah yang selalu buat macam tu. Tapi ajarannya offcourse dari mama diorang. Makin pandai anak mama.
2 comments:
hihii pandai.. mama masak sedap ek hakeem.. baguslah... banyak mkn ek.. :-)
dap dap yer Hakeem.. hehehehe
Post a Comment