Nak kata aku mama yang rajin tak jugak tapi bukan juga dalam kategori pemalas yea. Sedang-sedang sahaja lorr. Ada masa rajin, ada masa penyakit M datang jugak. Tapi setakat nak mengajar 123 dan ABC kat anak-anak memang jarang miss.
Aku kurang guna buku. Kalau tak guna video aku guna melalui dua kaedah. Yang pasti cara santai-santai sahaja. Diorang kan kecik lagi.
Strectching/senaman.
Jangan tak tahu ye stectching/senaman mampu merangsang minda anak-anak. Aku dapat tahu melalui rancangan Wanita Hari Ini. Aku mula buat strectching kat anak-anak lepas aku dah tak buat urutan baby.
Iyelah masa anak kita baby kan kita selalu buat urutan. Bila diorang dah besar sikit aku beralih ke strectching pulak. Tak payah buat heavy-heavy. Pusing-pusingkan buku lali, kaki, tangan, pergelangan tangan dah cukup. Pastu sambil strectch sambil kira sampai sepuluh. Secara tak langsung itu kan dah mengajar anak kita mengira. Nak mengajar anak tak semestinya kena pegang buku.
Memang cara ni bagus bagi aku. Anak-anak mengekek suka bila aku strectch diorang. Hakeem pun kadang-kadang mengira sama masa aku buat strectch.
Berbual sebelum tidur
Masa aku dengar satu forum (tak ingat rancangan apa), penceramah ada bagitau supaya dalam sehari seboleh-bolehnya luangkanlah masa dengan anak-anak dalam lebih kurang 15 minit tanpa sebarang gangguan seperti tv, radio, h/p & etc. Bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
So aku pilih waktu sebelum tidur. Sebab waktu nak tido memang tv, lampu semua kita akan tutup. hihihi nak senang je aku ni... Apa yang aku buat, biasanya aku akan berbual dan tanya pasal apa yang diorang dah buat hari ni. Pastu aku tolong jawab balik sebab dah sah-sah 24 jam diorang dengan aku. (",).
Macam sofea yang dah faham sikit-sikit tu ada jugak dia cerita pasal cartoon totomen (ultraman) dia, pasal lagu. Kemudian aku suruh diorang nyanyi lagu seperti twinkle, abc, little indian. Baca ABC, bismillah, selawat, kira 123. Kira recall sebelum tidur supaya tak lupa.
*Sekarang tengah ajar baca Fatihah tapi separuh bacaan hakeem dan sofea tunjuk tangan suruh stop. Adehhhh....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...
4 comments:
saya kalau malam sebelum tido selalu bacakan buku cerita kat qalief
betul tu azi... sy pun lakukan yg senaman tu dekat aqilah n alisha... bila alisha dah besar lagi seronok buat... bukan pe, saya buat dekat aqilah, alisha pun nak buat gak kat aqilah... sambil saya mengira, sambil alisha pun mengira.. dah xpasal2 jd mengajar 2 org sekaligus... hahahh
sofea suh stop napa?...ngantuk sgt ke?hahaha
mmg bagus moment borak2 dengan anak sebelum tidur tu... tau2 depa dah lelap.. hehehe
Post a Comment