Masuk ni dah hampir dua bulan setengah hakeem duduk taska. Syukur sangat sepanjang tempoh dua bulan setengah ni segala-galanyanya Allah permudahkan. Dari bab cerita kena menyusu guna botol, kena tinggalkan dia seawal jam tujuh pagi semuanya berjalan secara smooth and steady.
Ada drama tangisan air mata pepagi tapi tak de sampai drama pegang memegang kaki mamanya ni :). Tak sampai seminggu dah ok dah. Now cuma bila datang angin kus kus dia, lalakan waktu pagi dia tak sanggup aku nak dengar. Alasan menangis nak pegi giant. Nak beli lori pasir. Sabau je lah mama. Mana de giant bukak pukul tujuh pagi nak oiii....
Perkembangan dari segi pembelajaran dan pergaulan makin bertambah baik. Terpaling gembira bila hakeem dah berjaya free pampers di rumah mahupun di TASKA. Eh bukan penuh sepenuhnya jugak actually, malam aku pakaikan hakeem pampers sebab dia susah nak bangun kencing tengah malam. Kalau kejutkan tak kuasa nak dengar dia menangis. But ikutkan dah berjaya sepenuhnya. Semua dah reti. Tak ada lah terkucil-kucil. Bab malam tu tak pe aku tak kisah sangat. Slow slow maybe abis stok pampers kita tak yah beli lagi time tu boleh train yang malam.
Nak tahu story cara free pampers hakeem kat sini ye..
Suka sangat tau. Minggu ni dah start tak pakai pampers kat taska pulak. Actually bukan rancang tak nak bagi akeem tak pakai pampers kat taska. Tapi setiap kali nak hantar kat rumah ustazah hakeem dah siap-siap suruh bukak pampers yang aku pakai waktu malam tu. Tak pun dia bukak sendiri dalam kete on the way pi umah ustazah.
Kebetulan isnin hari tu aku lupa nak masukkan pampers dalam beg. Iyelah dah biasa tak pakai pampers kat rumahkan jadi lupa nak letak. Bila bagitau kat cikgu diorang kata tak apa. Actually masa mula-mula try tak pakaikan pampers ada bagitau kat taska hakeem tengah belajar free pampers. Cikgu-cikgu pun bagi support kata diorang akan pakaikan waktu time tido jer kat taska kalau nak. Tapi time tu aku tak confident lagi. Still bawak jugak pampers. Now tak bawak dah.
Actually perkembangan setiap anak ni berbeza. Bagi ibu-ibu yang risau anak-anak lambat nak free pampers tu tak pe. Jangan paksa anak korang tu. Aku ni lagila mula-mula dulu hakeem apa itu kencing pun tak tahu. Memang rasa umur dia empat tahun nanti baru berjaya. Nak train time aku pantang nanti.
But dont give up. Kalau malas memang tak akan berjaya. Luckily hakeem pun dah memang tak nak pakai pampers. Pastu aku duk tiap hari cakap abang tak leh pakai pampers nanti adik baby tak ada pampers nak pakai. Ajak dia pi kencing sama-sama tanpa jemu walaupun hasil non ada. Kengkadang ternaik jugak temperature tu... hihihi.. Memang dia macam tak bagi respon pada mulanya. Macam tak faham apa kita cakap. Tapi tengoklah tak sampai seminggu train betul betul dah berjaya. Budak budak cepat belajar.
Ini masa malam pas aku balik dari kilang mamee (will update very2 soon) punyalah baik budak ni. Apa kita cakap semua dia ikut. Tak de nak merampus rampus. Rindu kat mama lah tu. Dia pi panjat duduk tempat rak tv yang aku duk letak selonggok barang bundle. Sepah giler rumah aku. Kemas tak sampai lima minit dah terabur balik. Baik anak bapak sama jer perangainya haihhh...
"hakeem duduk mama nak tangkap gambar" " hakeem sekali lagi". hakeem buat peace". Tergeliat geliat tangan nak peace. Geram je tengok tau. Yang sebelah tu carrier dengan car seat tuk baby dalam perut ni ha. Semua second hand punya...
2 comments:
kemain ceria hakeem :)
Yeayyyy dh berjaya....chaiyok2
Post a Comment