Showing posts with label beg telekung. Show all posts
Showing posts with label beg telekung. Show all posts

19 June 2014

Projek Telekung

Projek telekung la sangat. Macam biasa apa lagi lah projek yang aku boleh buat. Projek jahit beg jeans lorr. Bos mr. mama order nih. Nak sekali lima. Nak letak telekung anak beranak sedara sepapat buat pergi terawih katanya. Eh i agaklah. Dah nak puasa. Nak letak telekung pi terawih ler kennn. Semua orang sibuk beli telekung baru... Terlupa ke nak beli beg telekung nyer... Tak banyak yang jual telekung dengan beg sekali. Eh uolls pi terawih pakai terus ke telekung tu ker camna...


Semua design lelebih kurang sama dengan beg cam NI.

Rezeki anak-anak dan rezeki bulan ramadhan. Walaupun tak banyak tapi alhamdulillah tempahan sentiasa berterusan. Pada yang order mohon bersabar aku jahit memang lambat. But before raya insyaallah yang dah order tu aku siapkan. Aku buat pun on weekend jer. Itu pun ada waktu-waktu tertentu. Mak busy...

Duit beg telekung ni aku dah reserve tuk beli baju pia & hakeem. Kesian betul aku tengok hakeem tiap kali balik dari taska menggelitai bukak beg keluarkan seluar panjang pagi tadi. Aku pun tak faham apasal dia tak mahu betul pakai seluar pendek. Pagi petang siang malam nak berseluar panjang. Kalau cuti sampai tiga empat helai seluar panjang dia tukar. Hari ketiga dah licin seluar panjang. Tak dapat pakai seluar kesukaan mengamuk. Alahai.. Minggu ni nak tak nak kena beli jugak... 

Macam biasa kalau berminat dengan beg jeans or nak tanya apa-apa boleh email edyeda@gmail.com. Tapi tak mau cerewet sangat ye. As i dah mention kalau nak beg yang sama macam contoh memang tak kan dapat due to color/design seluar jeans yang aku guna. Aku bukan guna kain denim tau. Guna betul betul seluar jeans. 

So pepaham ler seluar jeans ni bukan aku ada sepuluh yang sama pattern. Setiap satu berbeza. Like as kalau beg yang warna merah tu memang rare. Sebab susahkan nak dapat seluar jeans warna merah. Wrangler lagi jenama. So kalau tetiba korang berkenan dengan sling beg yang first tu ada besi besi kat poket, nak beg serupa ada besi besi jugak memang ler tak dapat. Mana akak nak carikan seluar jeans yang sama tu dik oi....

Lagi satu limitation tali kalau buat sling beg, jangan harap dan mintak nak tali pepanjang sebab panjang seluar jeans tu panjang mana jer. Kalau nak fully jeans memang tak leh nak terlalu panjang tali sling beg tu. Orang gemuk memang sengkak kat perutlah ye... Ini zone orang cute cute jer... kihkihkih...

19 September 2012

Order Second Customer : BEG TELEKUNG

Alhamdulillah, ada rezeki tuk aku. Walau pun baru bertatih belajar jahit, ada jugak yang menaruh kepercayaan nak suruh aku buat beg.

Kat luar sana berlambak dah orang jual beg-beg macam gini. Murah-murah pulak tu. Sepuluh hinggit dah boleh dapat. Tapi maybe sebab aku guna kain jeans, levis lagi tu... Itu yang unik dan lain dari yang lain. That why orang nak tempah. Kot la yea ( >_< ). Perasan....

Cuba korang survey harga beg jeans kat KLCC tu. Ratus-ratus tau....



 Full view. Kawan kakak aku suruh buat beg nak isi telekung.


Close up. Aku letak tiga butang, reben dan yang paling aku suka tag levis tu. Memang material daripada jeans levis.

Kellass kawan kakak aku nak simpan telekung. Beg telekung kenalah cantik kan. Takkanlah beg jalan jer nak lawa...




Bahagian dalam beg. Poket tu aku tampal poket belakang seluar je. Malas nak buat poket. Beg telekung tak ada poket pun tak apa.

Zip beg tu first time aku belajar buat. Berdoa sebenarnya kawan kakak aku tu tak nak beg ada zip. Nervous nak jahit. Tak berapa pandai.

Next time nak jahit zip pattern lain pulak. Sebab pattern ni memberi impak susah nak masukkan barang dalam beg. Slowly slowly la belajar. 

Macam mana, ok tak? Any comment please.... Harap-harap kawan kakak aku tu sukalah.