Showing posts with label sling beg. Show all posts
Showing posts with label sling beg. Show all posts

23 September 2014

Beg Jeans For Sales

Jomlah cuci cuci mana tengok beg jeans yang aku buat. Mana tahu ada yang berkenan boleh email edyeda@gmail.com. Hari ni mood nak mengarang agak malas walhal banyak nak cerita...

Beg beg ni ada yang aku buat sebelum tak larat dan orang reqeust. Lepas dah siap aku wassap pm senyap.. Aku ni jenis yang tanya sekali je. Kalau lepas tu korang senyap, bagi aku korang dah tak berminat. Dengan laki je aku tanya puluh puluh kali sampai laki pun kengkadang bosan.. hehehe...


Sling Beg
Measurement : 7" width X 6" height X 2" tapak
SOLD

Sling beg bebudak
Measurement : 6.6" width X  7" height 
AVAILABLE
Price : RM 19.00



Simple Sling Beg
 Measurement : 8" width X 8" height 
*tak leh adjust tau talinya
AVAILABLE
Price : RM 25.00

 Sling Beg Bebudak
Measurement : 6.6" width X 7" height 
AVAILABLE
Price : RM 19.00


Tote Bag
 Measurement : 12.5" width X 12" height 
*finishing snap button. 
*Beza depan belakang. Depan ada butang 4 ketul tu...
AVAILABLE
Price : RM 28.00

Harga semua belum masuk postage ye...
More beg available boleh tengok kat MY LITTLE SHOP
Happy Shopping (^_^)

10 September 2014

Sling Beg Jeans

Tunjuk sikit pic sling beg jeans yang aku berjaya buat minggu lepas. Ada dua tiga lagi yang belum snap. Dah siap tapi malas nak tunjuk kat customer.. Dah kaya sangat ke tak nak duit ker... hehehe... Mood di third trimester ni agak tak stabil. Malas rajin bercampur baur... Tapi banyak malas... kihkihkih...


Beg ni actually customer repeat order. Bila dah siap kita pm dia duk senyap pulak. Tapi tak pe dah selamat jual dah kat kawan mr. mama. Up lagi itu harga...

Uolls berminat boleh email edyeda@gmail.com. 

26 August 2014

Order Orderan

Kan aku mengamalkan konsep email kalau nak order my beg. Lately banyak pulak email menderu masuk. Tapi akak tak layan. Maaflah kalau ada yang aku tak balas. Actually aku tak sampai hati nak tolak permintaan order korang. Perut dah sarat.

Lagi pun sejak aku terkena cirit birit hari tu aku sangatlah berhati hati dalam setiap tingkah laku. Sangat!. Menjahit kadang-kadang boleh buat perut rasa keras dan tengang.  Aku tak prepare if terbersalin awal. Selalu kata kat mr. mama " ma takutlah nak bersalin ni". Nanti mr. mama jawab "Tak apa papa kan ada".

Orang lelaki... Pandai je cakap. Sakit ke tak dia lagu tu jugak. Ingat masa bersalinkan hakeem keluar air ketuban masuk wad pemerhatian dan bersalin semua sepantas kilat sampai tak sempat nak bagitau husband sedar sedar mr. mama datang jinjit beg pakaian baby then masa tu aku tengah jahit. Kemahen lagi dia takut. "Tak sanggup lah papa nak anak lagi, nak bersama mama... bla bla bla... Kendian tak dan seratus hari lupa dah kisah tu.... Ngendeng ngendeng kat kita.. (^.^). Eh eh story apakah ni.. Aku nak story pasal beg jeans la oiii...


 Depan
 Belakang

Untuk letak fail katanya...

 Pencil box. For her and him.. :)

Semua ni order dari akak kat Melaka. Actually ada satu lagi beg ipad dia suruh buat tapi aku tak sempat. Akak ni nak balik saudi hujung bulan ni... Maybe lepas bersalin aku akan buat beg ipad tu ye kak... Kerlas customer i from international...



Ni sling beg order orang Pahang. Design ni aku main belasah cantum berdasarkan seluar jeans yang dah sedia ada. Jangan nanti ada yang mintak buat serupa gini pulak. Seluar seluar pattern cam ni satu dalam seribu. Ni aku tengah pening orang duk minat sling beg yang dulu dulu aku buat tu. Nak cari mana ler seluar jeans serupa gitu. Susah nak jumpa. 

So korang jangan susahkan kepala aku ye suh buat design yang sama. Ala-ala sama bentuk boleh tapi warna, poket, butang and material totally memang al different.

Btw thank pada semua customer yang repeat repeat order... Anything email edyeda@gmail.com. Whatsapp kadang-kadang dilayan kadang kadang tak layan ok.


19 June 2014

Projek Telekung

Projek telekung la sangat. Macam biasa apa lagi lah projek yang aku boleh buat. Projek jahit beg jeans lorr. Bos mr. mama order nih. Nak sekali lima. Nak letak telekung anak beranak sedara sepapat buat pergi terawih katanya. Eh i agaklah. Dah nak puasa. Nak letak telekung pi terawih ler kennn. Semua orang sibuk beli telekung baru... Terlupa ke nak beli beg telekung nyer... Tak banyak yang jual telekung dengan beg sekali. Eh uolls pi terawih pakai terus ke telekung tu ker camna...


Semua design lelebih kurang sama dengan beg cam NI.

Rezeki anak-anak dan rezeki bulan ramadhan. Walaupun tak banyak tapi alhamdulillah tempahan sentiasa berterusan. Pada yang order mohon bersabar aku jahit memang lambat. But before raya insyaallah yang dah order tu aku siapkan. Aku buat pun on weekend jer. Itu pun ada waktu-waktu tertentu. Mak busy...

Duit beg telekung ni aku dah reserve tuk beli baju pia & hakeem. Kesian betul aku tengok hakeem tiap kali balik dari taska menggelitai bukak beg keluarkan seluar panjang pagi tadi. Aku pun tak faham apasal dia tak mahu betul pakai seluar pendek. Pagi petang siang malam nak berseluar panjang. Kalau cuti sampai tiga empat helai seluar panjang dia tukar. Hari ketiga dah licin seluar panjang. Tak dapat pakai seluar kesukaan mengamuk. Alahai.. Minggu ni nak tak nak kena beli jugak... 

Macam biasa kalau berminat dengan beg jeans or nak tanya apa-apa boleh email edyeda@gmail.com. Tapi tak mau cerewet sangat ye. As i dah mention kalau nak beg yang sama macam contoh memang tak kan dapat due to color/design seluar jeans yang aku guna. Aku bukan guna kain denim tau. Guna betul betul seluar jeans. 

So pepaham ler seluar jeans ni bukan aku ada sepuluh yang sama pattern. Setiap satu berbeza. Like as kalau beg yang warna merah tu memang rare. Sebab susahkan nak dapat seluar jeans warna merah. Wrangler lagi jenama. So kalau tetiba korang berkenan dengan sling beg yang first tu ada besi besi kat poket, nak beg serupa ada besi besi jugak memang ler tak dapat. Mana akak nak carikan seluar jeans yang sama tu dik oi....

Lagi satu limitation tali kalau buat sling beg, jangan harap dan mintak nak tali pepanjang sebab panjang seluar jeans tu panjang mana jer. Kalau nak fully jeans memang tak leh nak terlalu panjang tali sling beg tu. Orang gemuk memang sengkak kat perutlah ye... Ini zone orang cute cute jer... kihkihkih...