07 August 2011

Juadah berbuka

Tahun ini ramadan rasanya tak semeriah ramadan sebelum-sebelum ni. Selalu pabila ketibaan ramadan mesti juadah berbuka hangat diperkata sepanjang hari. Jadi terasa suasana ramadan tu serba sedikit. Since dah jadi housewife sepenuh masa nampaknya tiada lagi nak borak-borak kosong di pejabat tentang juadah apa yang bakal dimasak apabila petang menjelma. Tiada lagi pemandangan indah penjual penjaja di sepanjang jalan sebelum pulang ke rumah. Ditambah lagi dengan internet yang dah kondem. Nak post kat FB pun tak boleh. Ditambah plus plus dengan anak  yang masih bayi. Mati kutu dibuatnya. Duk diam-diam kat rumah je lah.



Masa zaman hingusan dulu masa nak buka selalu cedok nasi dan lauk sampai penuh pinggan sebab nafsu lapar nak mampus mula bermaharajalela. Pastu takut kalau amik sikit-sikit orang lain kebas tak dapat makan pulak. Sekarang ni bila dah jadi mak orang berbuka hanya setakat makan tuk alas perut dah. Bak kata berhenti sebelum kenyang. Kengkadang berbuka dengan air je dulu then terus uruskan hal anak-anak. Diorang ni pun bukan main demand lagi, nak meragam mesti time orang tengah berbuka.



Menu berbuka tidak lagi mengidam nak ayam golek, ayam percik dan segala macam resepi ayam. Cukup dengan ayam goreng je {ayat orang yang berpantang menyusu, padahal...}. Kih kih kih. Lagi kata orang apa standart makan ikan bilis sambal dengan udang salut tepung. Menu bodoh tu. Menu orang malas. Memang tapi itu menu pembangkit selera kata my husband. Kalau aku masak ala kadar tu yang ditambah-tambah, kalau masak heavy-heavy mesti tak dimakan. Kalau bab kueh pulak tak ada lah nak makan puding caremel, tepung pelita cukup kueh buah melaka atau kueh sagu. Back to zaman kecik-kecik. Juadah ini yang mak selalu buat. Senang, cepat tapi sangat sedap.

Seminggu Berpuasa

Update laju-laju pagi hari..

Dah seminggu umat islam berpuasakan..Rasanya belum terlambat nak ucap SELAMAT BERPUASA semua. Alhamdulillah setakat ini masih mampu berpuasa walaupun menyusukan baby.


Menyusu bukan halangan untuk berpuasa ya walaupun kita dibolehkan untuk berbuka kalau tak larat. Pastikan kita ambil minuman dan makanan yang berkhasiat serta boleh menambah tenaga. Yang pasti setiap pagi sahurku adalah dengan minuman Ho ho ho horlick {macam dalam iklan TV Liza Hanim ngan anak dia tu}. Memang berkesan minuman ni. Aku sampai ke petang masih ada tenaga.


Mesti ada yang tanya nape dah lama tak bersiarankan. Ada ke? Sebenarnya SIM CARD maxis broadband ni buat hal. Tak boleh detect. Nak tukar Sim baru ntah bila sebab pakai nama kakak ipar. Hanya tuan punya badan je yang boleh tukarkan. Nak balik kampung ntah bila-bila. Setakat hari ni husband masih kukuh dengan pendirian tak nak balik raya di kampung. Macam mana nak kelentong maxis supaya dapat tukar sim baru ni ha... any idea friend? Ni pun just pakai free HOT TICKET.



26 July 2011

90 Days

Malam semalam lepak-lepak kat Nilai {lepak dalam kereta je}.  Ngikut husband ada member meeting. Angkutlah Hakeem dan Sofea berkampung dalam ecar.

Actually Hakeem dah 90 days. Ikutkan hari ini aku dah kena start kerja.

Perkembangan terkini Hakeem, dia dah boleh senyum-senyum. Senyum banyak tau. Kalau sofea main muka dia, menari depan dia, lagilah Hakeem suka senyum. Tapi yang paling dia suka sebenarnya ialah berDUKUNG sambil mengadap depan. Adui hai lenguh tangan ni. Badan dah lah sangat bam bam.




Sejajar dengan peningkatan usia Hakem, semakin merdeka lah aku.


24 July 2011

"RM338 ROOM CASH VOUCHER EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND"





Hati ini meronta-ronta nak join this GA. Harap tangan Cik Kyra select my name as a winner. 


GA berlangsung selama seminggu shj dari 22hb - 29hb Julai 2011


Tarikh tutup ~30 Julai 2011~
 
Nak Tag :
1. HANY

Detail GA boleh klik HERE

23 July 2011

Day 88 : First Time Hakeem Sakit/Demam


Kalau boleh di katakan demam....rasanya cuma panas badan.

Semalam Hakeem dah mula resah sebab selsema dan batuk. Hari ini ada sedikit panas badan. Normal kan bagi baby selalu selsema. Bagi Hakeem tidak. Ini first time dia selsema. Berjangkit dengan aku la tu. Ikutkan tak teruk mana, hanya sekali sekala air hingus keluar tapi batuk memang mengganggu tidur malam Hakeem. Rasanya tekak dia perit. Walaupun tak menangis mana tapi dari pandangan mata aku, dia memang sedikit menderita. Kesian anak mama. Sabar ye anak mama.



Tak Pergi klinik ke?
Tak perlu. Dua anak sudah mematangkan aku samaada patut pergi atau tidak. Kalau temperature tak tinggi tak payah bawak. Cuma husband yang cuak. Wajiblah dia cuak sebab sejak sofea kecil penjagaan anak-anak terletak di bahu aku sepenuhnya.



Jadi Apa Solution Aku?
My husband suggest bagi air putih. Kalau ikutkan kata doktor baby tak perlukan apa-apa air selain air susu ibu. Since dia menyusu badan sepenuhnya air putih memang tak perlu diberi. Tapi kalau ikutkan mak mertua dan orang tua-tua baby juga manusia seperti kita yang perlukan air untuk hidup. My husband pulak cakap aku suka dengar cakap orang. {Ada sesiapa boleh detailkan hal ini}. Ntah mana satu aku nak ikut. Malas nak dengar husband membebel aku ikut kata suami {taat konon}. Dan off course aku bagi ubat demam yang masih belum digunakan. Ubat yang dapat time cucuk 2 bulan hari tu. Urut-urut dada hakeem, letak sikit minyak Yuyi di hidung.



Bila aku comparekan Hakeem dan Sofea, totally different. Off coursela sebab sofea perempuan, hakeem lelaki kan. Sofea selalu selsema masa kecik-kecik tapi jarang berak. Hakeem tersangat jarang selsema tapi terlalu kerap berak.