22 July 2014

Jualan baju raya terpakai

Kalau keyword jual baju terpakai tu memang banyak orang yang dah tersesat ke blog ni. Ini jualan baju raya terpakai offcourse waktu raya sahaja. Terkejut jugaklah ada yang search pasal baju raya terpakai. Sammaada dia nak beli baju terpakai untuk raya atau dia nak jual tak tahu la kan. Tapi my instinct orang ni nak beli. 


Iyelah bukan semua orang berkemampuan nak beli/buat baju baru. Zaman sekarang ni satu baju nak tempah dah dekat RM80. My tailor lah tu... Ur tailor bape? Nak sedap pakai punya pasal redha jer lah. Kalau beli yang dah siap punya taste aku semua yang 150 keatas. Nafsu sangat perempuan mengandung ni tau. 

Ni kalau kita beli yang terpakai, kalau pandai cari boleh dapat dua tiga kali ganda murah. Pastu diorang pakai pun bukan lama. Dua tiga kali jer. Ok lah kan. Tapi kalau nasib tak baik ada jugak dengar dapat jahitan dah tetas tetas. Haishh korang ni nak jual biarlah yang masih elok. Even jual murah jangan jual yang dah boleh buat kain buruk. 

Tahun ni aku dah tk aktif jual prelove item. Agak sibuk menjahit pulak. Maybe pas raya or pas keluar baby sebulan dua kita aktif balik antiqueshopp tu.

Kopiah Kait Izarie Craft

Semalam aku terima kopiah kait dari rakan FB IzarieCraft. Dah nama kopiah tentulah untuk hakeem. Nak buat untuk mr. mama rasanya tak sanggup kot dia nak pakai yang bernama camgini. 

Actually aku buat pertukaran kopiah ni dengan beg jeans dan benang-benang kait bundle aku. So aku tak tahu ler harga dia berapa. My friend ada pernah tempah online dari onlineshop yang lain harga dalam 25 keatas. Maybe that rate lah kot ....

Kita request colour maroon for tema raya this year. Tapi warna maroon untuk laki laki kat rumah tu je lah yang pakai. Yang pompuan tak ada baju color maroon. So tema kita tahun ni tema rojak. Lelaki lain perempuan lain.

Kalau uolls berminat nak tempah for hari raya haji ke, raya posa tak sempat dah bolehlah ke pages Izarie Crochet.


18 July 2014

Gambar di usia kandungan 6 bulan

Aku takut takut jugak nak letak gambar pregnant ni. Kat facebook hari tu kecoh ada satu pages yang share gambar gambar perempuan mengandung dengan komen komen lucah dari followers diorang. Seram banyak gambar maternity photoshoot pun diorang komen lucah-lucah. Tapi tetap jugak nak masukkan gambar dalam ni hah... hee...


Masa enam bulan. Dekat sebulan lepas. Next week dah nak masuk tujuh bulan. Tak lama lagi nak bersalin. Seram... Nampak sarat tak?. Actually pregnant kali ni berat jauh lebih ringan dari yang terdahulu. Dulu 25++ weeks dah 60kg keatas. Ni dah nak tujuh bulan pun belum cecah 60 kg lagi. Rabu hari tu timbang 58.6kg. Gambar je nampak cam besar. Tapi ramai yang kata kecik.

Ramai yang tanya jantina apa? Aku tak scan lagi. Patutnya mmg kena scan lagi sekali sebab due scan ngan kiraan doktor tak sama.

17 July 2014

Baru tempah Baju Raya

Oiii malasnya nak update blog dihujung hujung ramadhan... Konon tawaduk sangat berpuasa... Padahal tiap hari 10minit tunggu depan punch card nak mengejar jalan tak jem. Tau je lah kompleks D ni lambat seminit setengah jam baru dapat keluar dari bangunan.

Semalam anggota RELA bagi bubur lambuk dengan kurma jemnya tak usah kata. Langsung tak bergerak kereta. Sib baik laki dah berenti kerja dengan orang bolehlah amik anak-anak kat taska ngan tadika. Dan nasib baik ada kredit nak call kannnn....

Korang dah dapat ke baju raya yang ditempah tu?. Atau beli readymade? Aku tahun ni ingat nak beli ready made je. Pregnant kan... Kata insyaallah ini yang last. Kalau buat cam rugi je pastu dah tak pakai. Moh ler kita beli dress yang boleh pakai tuk pregnant n time tak pregnant jugak. Banyak dekat poplook tu... Tema tahun kaler maroon. Mr. mama nak warna ni.. Ingat senang ke nak cari dress calor maroon nih.!

Jambu anak jantan aku ni. Serupa bapak dia asyik nak bergaya. Dalam kereta pun tak nak bukak beg tu. Dudukla ko sempit sempit dengan beg tu...

Sabtu hari tu pi umah ahsoo. Teman makngah nak buat baju lagi. Aku tertempah pulak dress. Kain buat baju melayu yang aku bagi mr. mama masa hantaran tu mr. mama tak berbuat-buat. Enam tahun kain ni terperam. So cukuplah tuk buat dress aku ngan baju kurung sofea. Yang pasti bukan kali maroon la...


Hebat tak? Lagi dua minggu nak raya baru nak tempah. Tailor lain dua bulan sebelum puasa dah tak terima tempahan. Itulah pentingnya kita ni jadi loyal customer. Aku siap buat blouse pregnant. Kain blouse ni beli sejak mula aku kerja. Makngah punya kain. Dia tak mo sebab kainnya nipis. Dekat sepuluh tahun kot kain ni. Tengoklah sabtu depan nanti macam mana jadinya kain-kain yang berkurun tu. 

Lepas tempah baju kat Bukit Tinggi Klang, larat ke Putrajaya. Sikit punya jauh melencong. Nak pergi tengok Poney Clearance Sales kat Perbadanan Putrajaya tu jer. Yang Metrojaya Sales kat PICC tu i is tak minat. Tahun ni tak balik kampung insyaallah. Kalau laki tak menangis ler di pagi raya... So barang nak beli pun macam tak banyak. Berjimat... Bulan lapan roadtax mati.. heee.. Raya ke empat aku dah masuk kerja. Nanti aku tunjuk barang apa yang ku beli kat Poney tu ye... 


11 July 2014

Free Gift dari Neutrogena for Skin Angel

Semalam aku sakit perut, balik keje awal tengok ada slip dari Pos Malaysia bagitau ada bungkusan berdaftar yang tak dapat dihantar kerumah. Dulu semalam ada posmen call kata nak hantar barang. Aku kan kerja camna nak terima barang kat rumah tu. So memang dah tahu ada barang kat pos malaysia yang nak kena amiklah kiranya. Penasaran jugak nak tahu apa bendanya sebab posmen panggil Azi Azidah. My fb name. Ni mesti aku mintak free sample kot... Hihihi.. My new hobby...

Free gift dari neutrogena (^_~) Suka...

Tak sangka neutrogena hantar guna pos daftar. Kalau tau bagi alamat opis. Sebelum ni diorang ada email kata nak kasi free gift tanda menghargai pelanggan setia mereka. 

Neutrogena dapat tahu aku guna produk diorang sebab aku ada komen kat FB diorang. Lama dah. Tak ingat pun. Saja saja tak expect pun diorang nak kasi free gift. Tapi dah diorang nak kasi 5 item lak tu, sape tak suka.  

Selama ni aku hanya guna Foaming cleanser jer. Ada ada bagitau kan yang pakar dermatologi kat HKL yang suggest aku guna produk ni masa muka aku bermasalah. Lepas pakai foaming cleanser dengan lotion dari farmasi HKL tu terus muka aku ok. Kiranya aku pengguna setia neutrogena  dari tahun 2006 sampai sekarang laa.. 

Neutrogena ada invite aku datang ke Healthy Beauty Hang Out session. Program ni macam best. Tapi memandangkan kena gi sengsorang plus aku tak reti jalan so tak dapatlah nak join. 

Sekarang neutrogena tengah celebrate ulangtahun ke-60, banyak contest yang diorang anjurkan sebagai tanda terima kasih diorang pada pengguna setia neutrogena. 60 tahun? Lama dah rupanya..... Banyak gift yang diorang nak bagi. Jom terjah FB Neutrogena ---> KLIK