26 August 2010

Jom Beli Barang Raya di Putrajaya - terus dari kilang tau!

Hari ini rase letih sangat sebab semalam dah planning dengan Pn. Maznah nak pegi Jom Beli Barang Raya dekat KPDNHEP, Putrajaya.Jadi hari ini aku kena lunaskan tanggungjawab itu selama dua jam.

Act. hari ini dah tak berapa excited nak pegi cmpare ngan semalam sebab dapat tahu sales tu sampai kul 10 malam so leh pi ngan husband. Biasanya sales macam ni habis dalam pukul 7 petang je tapi mungkin sambutan kat putrajaya ni lain sikit diorang extend la sampai pkul 10 malam. Agak aku la. Lagipun semua sedia maklum kakitangan kerajaan dapat duit raya RM 500 sorang lagila seronok penganjur sales nih. Tahu kakitangan kerajaan pasti akan beli barang diorang.

Tadi dalam kul 11.30 Pn. Maz sms tanya jadi tak nak pegi. sebab semalam aku yang beria2 benar ajak so aku pun on je la walaupun dalam mood kemalasan. Kul 12.30 aku, pn. maz ngan cc gerak dari opis menuju ke presint 2. Kitaorang parking kat sebelah tapak pasar tani, nasib baik ada satu lagi parking kosong kalau tak mahu aku balik je. almaklumlah aku ni bukan expert bawak kete lebih2 lagi bab parking memaking.

Bila dah masuk kat dalam aku tengok keadaan punyalah sesak dengan manusia, macam ikan sardin dalam tin xpecially kat area makanan. Yang menjadi tumpuan orang ramai adalah gerai cadburay, dutch lady, nestle dan seangkatan dengannnya. Selain itu ada jugak gerai jual barangan seperti hanphone, kasut, baju dan tudung.

Sebab orang ramai sangat kitaorang decide terus tuju tempat baju baby jela..Tak larat wei duk lama-lama dalam tu, ngan bau hamis badan manusia lagi. Macamla aku tu wangi sangat. Tapi bila aku duk nengok-nengok baju baby banyak yang aku tak berkenan, pastu yang cun melecun, bombastik fantastik semua banyak untuk 2 3 tahun. Yang paling ralat sekali baju jenama Polka Dot tu comel sangat tapi besar la pulak. Selain tu ada jenama poney, savannah, disney dan etc. Banyak yang aku tak kenan.

Kebanyakan baju kat situ besar-besar tak berapa muat untuk sofea. Dalam dok tak berkenan tu aku berjaya gak rempat sepasang kasut warna oren, sesuai ngan tema raya tahun ni. Pastu beli tiga lai baju basahan sofea. Murah je jenama Disney RM5 sehelai.



Overal aku tengok warehouse ni sesuai untuk lelaki-lelaki sebab majoriti baju t-shirt dan kasut lelaki agak ok compare ngan barangan ladies. Dah penat ronda-ronda dalam tu kami pun balik sampai opis dekat kul 3 petang. Hi3...

p/s : Nasib baik orang JPA tak buat serbuan tangkap sape yang ke warehouse sales tu.


5 comments:

hans said...

nih tiba2 rasa nak pergi segera nih
hahahaha

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

aziazib said...

sila2...
pegi jangan tak pegi...

Ridhuan said...

comeynye anak akak ni.. sofea ke?

aziazib said...

Tq, aizara nur sofea namanya...

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

saya berada di tempat kejadian pada hari Jumaat lepas..

Pergh.. padatnya manusia...

ditambah ngan panas dan parking yang penuh.. sadis..

niat nak cari baju anak, tak dapat..