Hari isnin lepas aku dah selamat tukar duit-duit syiling aku. Aku tukar kat Bank Islam. Kira bukan tukar tapi aku cakap nak masukkan dalam akaun bank. Berat giler nak bawak ke bank duit tu...
My sis kata kalau kita saja-saja nak tukar ke RM kena caj. Betul ker? Sebagai langkah keselamatan baik cakap nak masuk terus dalam bank pastu gi cucuk jer kat ATM machine. hi3...
Masa aku ngan my sis kira semuanya RM 320. Sekali hantar ke bank dapat RM 318.90. Human error.. Customer Machine always right.. Haahhaa... Actually duit 50 sen ada yang kena reject dek machine. Setengah jam lebih jugak duk nunggu sesi pengiraan.
Siap urusan pertukaran syiling, lari pergi ke pejabat pos untuk urusan pengeposan novel sambil bawak anak-anak main kat playground yang ada dalam Giant tu. (pernah citer pasal taman permainan dalam giant kat SINI)
Esoknya, hari selasa selesai siap masak (masak sardin jer, kih kih kih) terus berkejar ke OTK untuk cari susu sofea dan lauk pauk. Semua barang rumah banyak dah habis.
Membeli belahlah aku bertiga ngan anak-anak. Nasib baik hari kerja, orang tak ramai. Masukkan diorang berdua dalam troli je senang.
First time ni beli barang dapur sorang-sorang. Rasa nak nangis jer, dah nangis pun... sob sob (sambil lap air mata).
Sepanjang hampir 4 tahun kawin memang aku tak pernah beli barang sengsorang. Mr. edy jenis peneman. Kata je nak gi mana, no hal. Tak adalah nak buat muka ke apa macam setengah laki. Tapi sebab sekarang mr. edy bz sesangat jadi aku kena independent. Kalau tak, tak makan anak-anak.
Malam hari pulak aku pergi ke Maybank bayar duit kereta. Ngangkut sekali lagi anak-anak. Orang tak ada maid macam ni lah. Diorang pun kecik lagi. Nak tinggalkan kat adik/adik ipar/kakak takut depa nangis pulak.
Aku dah lama kagum tengok ibu-ibu yang boleh berdikari sendiri. Pergi bank sendiri. Pergi shopping sorang-sorang. Pergi market ngan anak-anak. Now my turn....
* hari ni sampai sabtu mr. edy outstation ke terengganu :-(
4 comments:
kagum juga dengan isteri abg aku yang dah ada 3 orang anak semuanya masih kecil tapi kalau p beli belah dia angkut ketiga2 nya naik bas.. si kaka berumur 6 tahun, ke2 berumur 3 tahun dan yang ketiga berumur 6 bulan... baru2 ni pun kitorang balik kg, mak ai terkagum sekejap sebb dengan senang jer dia bawa anak2 dia dan barang2 anak dia.. yang aku baru 1 anak beg mak ai, macam dah 3 orang anak..hahahahaha
Salam Azi..k.atie biasa byr bil,antar-ambik anak g sekolah,uruskn hal2 MIL walaupon k.atie xtau bawak kete.
InsyaAllah,kita pompuan ni blh uruskn semuanya dgn sempurna...brtimbang rasa ngan HB yg sgt sibuk!
riena: bila dah terpaksa semuanya jd boleh dan senang....
k.tie : itulah hendak seribu daya, xnak seribu dalih
kira ada gak pengalamn beli sorg2 ek.. sy xpnh lg sejak kawen ni, mklumlah, nak kuar mesti dgn suami je.. hihiii
Post a Comment