29 September 2012

Pengalaman indah bercuti dua tahun tanpa gaji

Aku tak pastilah apa yang bakal dicoretkan disini adalah sebuah pengalaman atau sekadar satu perkongsian cerita yang bersifat recall.

Sebenarnya aku berkira-kira samada nak publish atau tak entry ini tapi disebabkan ada yang berminat nak tahu tentang pengalaman percutian indah aku menjaga anak selama dua tahun jadi aku taipkan jugak dalam kemalasan.

Buat pengetahuan semua, setakat ini percutian aku masih berbaki enam bulan. Selepas itu mungkin aku akan kembali semula bekerja sebagai 'goverment servant'. Can't imagine that day. Tak sanggup rasanya.



Individu yang bertanya semestinya bukan seorang blogger. Aku pun tak kenal. Alang-alang dah ada yang bertanya aku pun naik syok sendiri nak recall kisah singkat hidup aku. Harap maklum entry ini panjang dan memerlukan kesabaran dalam pembacaan. Diharap kamu semua sudi membaca hingga ke akhir okey.

Percutian aku bermula pada 27 April 2011. Hari kelahiran Hakeem tu. Sehari sebelum Hakeem lahir  aku tetap jejak kaki ke opis tau. Aku memang workaholic.. :-p. Pengalaman melahirkan hakeem boleh rujuk di SINI.

Aku decide amik cuti bersalin selama tiga bulan. Bukan senang nak mengandung dan beranak. Rugi kalau pilih dua bulan, buatnya lepas ni tak ada rezeki, sayang cuti tu....

Masa sofea dulu belum ada option cuti bersalin selama tiga bulan. Jadi aku tambah cuti sendiri, cuti tanpa gaji dua bulan. Jadi aku sempat jaga sofea sepenuhnya selama empat bulan sahaja. Bila hakeem ni aku decide nak tambah cuti enam bulan lagi. Jadi dapatlah jaga selama lapan bulan penuh.

Nak tahu kenapa aku berkeputusan begitu?

Satu : Aku tak ada kekuatan nak tinggalkan hakeem. Kali ni aku berjaya menyusukan hakeem sepenuhnya. Masa sofea awal-awal dah topup FM. Kalau aku kerja aku tak pasti samaada aku sekuat ibu-ibu yang lain mampu menyusung breastpump kehulu kehilir, pumping 4 5 kali sehari, bangun malam-malam, manage EBM. Owh aku sangat tabik kat ibu-ibu bekerja yang mampu buat semua tu selama dua tahun. Aku tahu aku tak mampu...

Kedua : Cost. Actually cost reason utama. Tapi saje aku letak di sini sebagai nombor dua supaya tak nampak sangat sebab utama aku cuti tanpa gaji adalah disebabkan kekurangan budget (",).

Cost menghantar anak ke nursery sahaja untuk dua orang paling kurang lima ratus. Belum termasuk perbelanjaan seperti pampers, susu, keperluan asas yang lain. Dua anak ada mahu satu ribu. Pastu dengan aku yang kerja kat Putrajaya, tiap hari kena hadap dua tol. Belum masuk minyak kereta. Parah-parah... Baiknya duduk rumah jaga anak dari kerja.

Ketiga : Nak jugak merasa jaga anak sendiri.... Semua ibu menginginkan yang ini.


Dipendekkan cerita sebab dah lama sangat duduk rumah dan target nak menyusukan anak sehingga dua tahun aku lanjutkan cuti dari enam bulan ke satu tahun dan akhirnya mohon dua tahun terus. hihihi... Ini dah masuk campuran kes malas kerja. Sedap menternak lemak di rumah. (",)

Dalam pada duduk rumah tu, aku bukan duduk ternak lemak saje-saje tau. Aku ada target dan aim nak buat apa selama dua tahun ni.

First year cuti tanpa gaji memang aku nak duduk rumah goyang kaki jaga hakeem dan sofea serta nak mendalami ilmu masakan. hehe...

Pasal apa aku nak belajar masak?

Sebab sebelum aku duduk rumah sendiri aku duduk dengan kakak dan adik aku. Tugas aku hanya masak untuk makan tengahari dan malam. Jadi menu masakan pagi memang aku fail. Setakat buat air teh/milo, buat roti sardin/bakar/sandwich bolelah. Yang berat-berat macam nasi lemak, mee bihun memang aku tak pandai.

Second year, aku target  nak buat sesuatu yang berfaedah. Tahun 2012 juga bermula aku aktif berblog. Yang dimaksudkan berfaedah disini adalah aku nak belajar sesuatu. And i choose sewing. Korang boleh membaca kisah pencarian mesin jahit aku di SINI.

Aku juga mula start belajar buat business online dengan menjual koleksi novel peribadi dan prelove item. Fyi, novel terpakai hampir terjual semuanya. Manakala baju kurung kerja aku dah habis licin orang borong. Jadi aku kembangkan dengan menjual baju kakak dan adik ipar. Alhamdulillah walaupun kurang promosi blog Antiqueshopp | My Wardrobe tapi rezeki tetap ada. Duit tu bolehla beli cikedes anak-anak. (",)

Dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan. Chewah...

Disini aku link kan bukti-bukti kejayaan aku belajar memasak dan menjahit. Antaranya aku dah pandai masak mee goreng. Ye boleh baca ceritanya di SINI. Ada banyak lagi masakan yang aku tak pandai sekarang dah pandai. Bolehlah untuk makan seisi keluarga. hi3..

Aktiviti menjahit juga membuahkan hasil apabila ada insan yang sudi mengorder. Antara contoh beg orderan orang boleh tengok di SINI. Dan sekarang dalam proses menyiapkan orderan yang lain pulak.

Alhamdulillah walaupun bukan businesswomen yang berjaya tapi i'm happy what i'm doing. Terima kasih padaMU diatas perjalanan dan percutian indah yang diberikan dalam hidup aku...

Berbalik pada pertanyaan ok tak amik cuti tanpa gaji, (entri ni sebenarnya menyimpang dari soklan) ..hehehe. Semuanya bergantung pada kita sendiri. Kalau kita rasa itu yang terbaik, terusnya.

Sebenarnya banyak faktor yang nak kena fikir. Money, mental, fizikal... Isu nursery juga sangat subjektif. Jangan disebabkan masalah yang aku pernah bahaskan di SINI kita terus nak amik jalan mudah cuti tanpa gaji. Bukan mudah menjaga anak kecik tau.

Sebab itu aku sentiasa salute pada full time housewife yang mampu menjaga anak dengan baik expecially arwah mak. Penat woo.....



*kakitangan kerajaan bukan sewenang-wenangnya boleh cuti tanpa gaji tanpa reason tertentu, perlu mengikut pekeliling yang ditetapkan.

*Anda hebat kerana dapat membaca karangan ini hingga ke akhir tanpa skip. 
Entri tanpa gambar, bosan tak? 

Entri banyak link. Terima kasih sudi baca....

6 comments:

Riena Haiqal said...

klau la saya dapat ambik cuti selama dua tahun memang saya akan gunakan sepenuh masa utk jaga anak la kan... nasib la saya keja swasta so tak dapat nak ambik cuti kecuali resign jer la.. (^_^)

IntaNBerliaN said...

x bosan pun baca tapi seronok sbb tau pengalaman org.. hihi.. maklumlah, mcm sy ni xkeje, xyah apply cuti tanpa gaji.. mmg dah duk umah jaga ank.. :-)

Sha Mohamed said...

Assalammualaikum.. Tumpang tanya, awk pakai alasan apa ye nak mohon cuti tanpa gaji tuh??? Sebab saya dalam perancangan nak amik cuti tanpa gaji sampai ujung tahun nie... masa tanya pakcik google terjumpa blog awak.. seronok baca pengalaman awk...

Akmal said...

Boleh share.. mcm sis buat biseness online.. sy baru nak cuba2..

Unknown said...

Tq share...tgh cri tntg cuti tanpa gaji...jumpa

Nooroule said...

Tq share.. (",)