20 March 2015

First aktiviti 2015 - Ke Hulu Yam

Ini pun entry yang wajib ditulis jugak  walau pun dah berkurun pergi ke ulu yamnya. Rasa bersalah pulak tak tulis sebab mr. mama beria-ia suruh amik gambar time jemlah, time ada accident.. Ma nanti boleh tulis dalam blog aktiviti pertama kita dengan anak anak untuk tahun 2015. Tahun 2015 family first.. Sibuk camna keluarga tetap didahulukan. 

Tahu mr. mama tak pernah baca pun blog ni tapi sebagai isteri mithali aku tetap rasa bersalah kalau tak tulis. Hihi... Maybe one day dia akan baca who knows. Berdoa je lah. Maybe bila aku dah tak de ke kan. (~.-).

Pergi ulu yam ni hari ahad dua hari sebelum thaipusam mana tak jem. Banyak jalan tutup. Pastu ada accident pulak 100 meter sebelum sampai. Budget sampai kul 5, dekat kul 6 baru sampai. Sekejap je lah mandinya. Lagi pun pia ngan akeem tak suka mandi air terjun. Mandi air biru lagi best katanya. Haipp nak yang berbayor saje. Akeem tak sampai 5 min berendam terus naik tak nak turun turun dah. Aku cam biasa mmg tak mandi ler jaga airis wlpn mr. mama nak gilir jaga airis aku malas nak salin salin baju.

Jem + accident. 
Masak mee goreng je sbb trip ni pun unplan. Tetiba kul 3 tu mr. mama ngajak. Siap masak mee terus cecepat gerak takut lambat. Tu pun lambat jugak sbb accident tu.

Indahnya ciptaan Allah. Damai je lepak kat sini.



Last tepek gambar tuan blog satu. Mr. mama suruh rendam kaki aku yang asyik gatal gatal bagi hilang gatal dan parut tu. Memang berkesan. Kalau rumah dekat ngan air terjun tiap minggu kalau boleh nak ajak mr. mama pergi. Biar hilang parut dan daki daki kat badan ni ha..

Ok itu je cerita ulu yam. Gambar sebenarnya byk tp mls nak upload lama sangat loadingnya. 

Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.















16 March 2015

Ensurvey penipu?

Ada tak sape sape yang masih lagi menjawab survey survey dari ensurvey ni baik rentikanlah. Jangan jadi bodoh like me. Orang lain duk pang pung pang pung kata ensurvey ni penipu, tak bayar daku masih setia menjawab hingga ke hari terakhir 11hb tu hari tu ha. Sedih!

Ceritanya begini aku daftar ensurvey sebab terpikat lepas baca kat blog sorang blogger ni. Siapa tak perlulah disebutkan. Ramai je blogger yang buat entry pasal ensurvey di awal awal kemunculan laman web ni. Tujuannya tak lain tak bukan kalau kita klik link tu duit dalam akaun diorang akan bertambah. Dapat duit dari referrel kata orang. Tapi aku jahat selalu lepas klik kat link yang diorang kasi aku akan klik home web tu baru daftar. Haha.. Situ je dah tak betul padan muka kena tipu ye dak. Eh kita kaji dulu la. Mana boleh main daftar sebarang sebarang. Kaji kaji pun tetap terkena jugak. Korang yang ada promote ensurvey ni baiklah korang delete entry tu. Buat lagi ramai orang tertipu nanti. Ensurvey ni makan duit hasil keringat orang. Penat penat kita jawab survey bukan nak bayar. Denai hati kalau tak silap aku pun ada tulis pasal ensurvey ni jugak.

Aku berminat nak mendaftar dengan ensurvey ni mula mula sebab cara nak collect duit tu senang. Rajin jawab survey cepat je amaun meningkat. Biasa survey yang aku pernah buat ada yang separuh jalan baru nak bagitau yang kita tak layak nak jawab survey tu. Buang masa betul. Dah lah panjang panjang soklan. Pastu nak tebus sikit punya lama ke. Bila dah cukup point pulak boleh redeem baucer je. Hoh alloh. Sape yang tak teruja bila ensurvey tawarkan cash. Last year mmg aku duk pulun jawab soalan2 pool dari ensurvey. Satu soklan dapat 50sen. Survey yang bayar byk tu tetiba kurang lepas web tu tak leh bukak utk certain period. Apsal ntah tak leh bukak that time pastu boleh bukak semula. Agaknya masa tu ramai dah tau kot ensurvey ni menipu. Tu yang close sekejap. Aku je yang tak tahu. Huhu malang.. Aku pulun jawab masa tu dapat kumpul rm98. Sikit lagi dah nak boleh cashout. Time tu dah nak bersalin. Memang despritelah nak cash out. Tiap hari bukak laman web ensurvey dengan harapan ada soalan pool atau survey baru. Di takdirkan sampai bersalin non ada.

Baru baru ni, minggu lepas ler aku dapat email dari ensurvey kata ada survey baru. Apa lagi gigih aku jawab by phone. Dapatlah tambah empat ringgit. Lepas dah kalau nak cashout. La la tu jugak aku tekan button cashout. Takut lambat lambat diorang tak nak bayar. Macam my survey yang aku pernah entrykan sebelum ni elok elok boleh dapat baucar kfc, mcd, pizza diorang tutup operasi pulak. Eh last week aku dapat baucar kfc rm10 dari my survey yang last aku redeem sblm my survey tutup. Sikit punya lama redeem dekat setengah tahun dah baru dpt.

Setengah tahun pun tak pe atleast diorang bagikan. Bukan macam ensurvey ni. Aku cash out 11hb kul 8mlm, kul 9mlm aku dah leh detect ensurvey ni penipu.. Sebab apa aku dapat tahu ensurvey ni syarikat penipu scammer dan bla bla bla. Sebelum aku bersalin aku dah siap siap tukar semua alamat surat menyurat aku. Sebelum ni semua letak alamat opis. Akaun nuffnang, akaun mysurvey, free free sample semua dah set alamat rumah. Tapi ensurvey ni aku tak sure tukar ke tak. So aku pi tengoklah kat setting akaun ensurvey aku. Ko tahu rupanya masa sign up dulu memang ensurvey tak pernah mintak alamat. Kalau tak ada alamat macam mana nak hantar cek yang akan diproceed dlm tempoh 45hari tu. Aku pergi baca komen kat fb ensurvey rupanya ramai yang dah terkena. Sejak pertengahan 2014 lagi ramai yang mengamuk kat pages ensurvey tu. Hantar email pun diorang tak balas. I je yang tak tahu. Tak baik betul buat macam ni. Pandangan akulah memang ensurvey ni kendalikan survey client client. Diorang dapat duit dari client tapi tak nak bayar kat penjawab survey like me. Kalau tak buat apa diorang create survey tu semua. Waulahualam.





Dapat email ni lepas cash out. Ingat aku percaya. Biasa orang mesti tulis camna nak contact jika ada problem apa apa kan. Satu lagi bukti nyata ensurvey memang penipu



Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.

10 March 2015

Story check up airis 5 bulan

Rabu lepas pi klinik check up airis 5 bulan. Pergi berdua jer. Malam sebelum tu pia ngan hakeem tido lambat jd diorang tak bangun lagi, kebetulan pagi tu airis bangun awal sebab eyak. Mandi mandi laju start enjin kereta tinggalkan diorang berdua ngan mr. mama sekejap. Senang pi berdua. Duk klinik tu bukan sekejap. Kang mama nak air kotak, mama lapar, mama nak balik... #pitam.

Tak sabar tau nak checkup airis sebenarnya. Sebab byk hal nak tnya kat misi. Walau pun anak dah tiga tp byk benda yang masih tak tahu. Yang dah lupa pun ye. Airis ni dah hampir sebulan batuk tak renti renti. Asal malam je mesti membatuk. Pernah sekali dua tu batuk sampai termuntah susu. So risau. Misi kata mybe sebab sejuk kalau bukan sebab habuk. Kitaorang tak pakai aircond. Kipas dah bersih tapi still batuk. Maybe sejuk kata misi. Aku syak pun yer. Sebab bila selimutkan airis mesti nak bangun menyusu lagi tengok selimut dah ntah kemana. Ganas mek ni tido. Lagi satu kalau mandi misi kata kena mandi badan dulu baru kepala. Pas mandi kena cepat cepat keringkan rambut katanya. Takut baby sejuk. Boleh jadi penyebab selsema. Eh ini batuk... Susah susah bawak je lah pi klinik. Haha bukan sekarang saya berada di klinik ke nurse?

Update perkembangan airis @5bln:
Berat : 6.3 kg naik 300g dari sebelum.




Yang lain lain perkembangan tak yah tulislah. Berat tu yg selalu ditunggu tunggu kan. Malas pulak aku nak membelek buku pink tu. Sian airis demam pas kena cucuk. Nangis je kejenya...


Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.




06 March 2015

Tempahan beg jeans 2015 #2

Buat masa ni aku tutup tempahan buat beg jeans seketika. Takleh nak buat. Tak cukup masa sangat sangat. Siang memang aku tak dapat nak pegang mesin jahit langsung. Airis 24 jam nak berpegang. Waktu malam baru boleh. Itu pun selalunya asyik tertido penat. Kalau dapat jahit pun selalu tak tenang. Airis kejap kejap bangun. Tahu je aku tak ada kat sebelah dia. Kalau aku tido sama elok pulak dia tido lena. Ermmmm jadinya kena tunggu airis dah pandai main sendiri, boleh duduk tanpa disokong sebab dia tak mo duduk dalam bouncer. That time maybe boleh jahit time siang, aku open order balik.

Sori sangat tau pada yang mulanya aku dah setuju nak buat pastu terpaksa tolak. Memang tak sempat. Aku takut korang tertunggu tunggu bagai buah tak gugur jer. But aku ada buat yang ready stock bila aku ada masa so korang bolehlah usha usha ig aku aziazidah atau fb gallery jeans airis. Kat blog tak sempat nak upload. Kekangan masa jugak sekarang ni nak update blog.



Beg compang camping katanya. Request customer dari perak.

Ini customer carousell yang order. Nak letak ubat mak dia. Nak full jeans. 

Maklong pia n akeem tempah. Sebelum ni ada buat beg serupa gini pastu letak kat fb mak long diorang berkenan. Beg sebelum ni orang tempah kemudian menghilang now claim kata apsal beg dia tak siap siap. Dah pm tak jawab acaner. Orang lain nak akak jual jelah. Dari tahun lepas tu...


Inilah semua sebahagian tempahan sebelum aku stop order. Terima kasih pada yang sudi menempah. Yang percaya sampai repeat order. Yang batalkan order lepas dah siap pun ada. huhu. Thank you so much.


Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.



03 March 2015

Ajar airis minum susu botol

Sabtu lepas airis 5 bulan. Diam tak diam sekejap je masa berlalu. Sekejap je duit dah nak licin. Eh! itu sebab agaknya aku mula ajar airis minum susu botol. haha.. preparation nak masuk keje. Aku bagi susu badan tau. Kedek kedek perah tak sampai 1oz pun dapat. Sobsob. Aku tabik spring betul kat ibu ibu yang berjaya susukan anak sampai dua tahun dalam masa yang sama boleh bekerja. Kental betul semangat korang. Aku baru dua hari rasa nak surender. Mungkin sebab tak biasa. Belum dapat rentak lagi. Lagi pun pam guna pam manual. Penat lor... Ada ke yang nak letgo memurah pam letrik roger akak yer.

Actually jumaat lepas masa nak amik pia dan akeem kat tadika sempat sembang ngan ustazah. Masa tu baru aku rasa tersedar dari mimpi yang panjang. Sepanjang 5 bulan ni langsung tak ajar airis susu guna botol. Acaner nak hantar taska. Camna nak keje? So bermula hari ahad ke sabtu tak ingat pulak, betul betul byk urat putus nih! Pam pam susu sikit terus bagi airis minum dalam botol. Suprisingly  *omputih tetiba* airis minum sampai tak cukup cukup. Dah habis pun dia duk nyot nyot lagi puting tu. Terkejut tau. Pandai betul dia hisap. Tak de tolak tolak ke juih puting tu. Kemudian try pam dan bagi lagi pun sama. Takut kot dia nak sekali tu jer ke.  Pun tak cukup juga. Iyelah minum tak sampai 1 oz. Bangga akak weh tengok anak minum susu badan kita dalam botol. Lain rasanya tgk anak minum direct dgn anak minum dalam susu botol ni. Aku rasa disebabkan feeling ni lah selain khasiat susu ibu tu sendiri yang ibu bekerjaya ni bersemangat nak perah susu bgi kat anak diorang kot. Bahagia + Gembira + bangga + bercampur baur tak tahu nak gambar ah.


Syukur sangat orang lain punya payah nak ajar anak minum susu botol. Siap kena beli puting mam ler, nuk, pigeon, comotomo betul ke nama brand aku tulis tu. Tahu melalui pembacaan dari blog dan fb. Memahal semua. Aku pakai yang mampu milik jer. huhu. Airis dgn pureen pun dah boleh. Alhamdulillah senang mama kau tak yah serabut nak fikir cam mana nak buat. Senang hati dah kalau nak pegi keje. Oklah nak pi perah susu target nak buat stock ebm. *hover*




Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga yang berpatutan sila hubungi edy 019-3508862.