23 January 2025

2025

Hello..

Diam tak diam dah 4 tahun tinggalkan dunia blog. Last post Dec 2020. Ada lagi ke yang baca blog atau prefer media social yang lain.. Tiktok, Ig, FB, Thread and etc....

Selepas 4 tahun berlalu sebenarnya banyak sangat perubahan dalam hidup yang berlaku. Dari ujian covid 19, banjir besar 2021(tak dapat nak digambar perasaan terkejutnya kami apabila diuji dengan kehilangan harta benda) hingga ke anak-anak yang semakin membesar (Dari sekolah rendah sekarang dah masuk sekolah menengah, duduk asrama lagi). 

Terlalu banyak sebenarnya suka dan duka perjalanan hidup yang perlu ditempuhi selagi bergelar manusia dimuka bumi ini. Yang pasti tetaplah terus berusaha menjadi yang lebih baik dari semalam. Insyaallah.

26 December 2020

HASIL SURVEY TAHUN 2020

Hai semua. Apa khabar dikala musim pandamik covid-19. Saya macam biasa memang home sweet home tak adalah nak jalan sangat. Keluar bila perlu. Lagi pun Selangor masih pkpb. Ada tempat-tempat budak-budak tak boleh masuk. Takkan saya nak tinggalkan anak lama-lama. So duduk rumah jerla....

 

Macam biasa every year saya akan reveal amaun yang saya dapat dengan menjawab survey online. Untuk menguatkan semangat kita bersama supaya lebih rajin menjawab survey. Penatkan kadang-kadang jawab tu. Soalan meleret-leret.

 

Tahun ni saya dapat tak banyak macam tahun lepas. Tahap nak jawab survey tu menurun sedikit sebab penat duduk rumah macam-macam nak kena buat. Masak, mengemas... Mengajar anak-anak tu yang paling mencabar mental dan emosi.

 


Tada... inilah hasil sy jawab survey dari toluna, yougov dan mobrog. Ada jugak survey lain yang saya jawab. Tapi sy redeem baucar zalora dan lazada. Uolls kalau nak tahu boleh tengok post saya yang sebelum-sebelum ini.

 

Total sepanjang tahun ni yang saya dapat adalah sebanyak RM651.51. Itu belum transfer ke akaun bank. Kalau transfer kena tolak lagi RM3. Caj PayPal. Apa-apa pun bersyukur seadanya buat tambah-tambah duit yang ada.

 

Bagi yang nak join survey online tu boleh klik banner kat tepi tu.






16 January 2020

Hasil Jawab Survey Online Tahun 2019

Hi. selamat tahun baru. Apa khabar semua pembaca blog ni. Lamanya kan tak update blog. Dekat dua bulan. 

Ok straight to the tajuk, hari ni nak update hasil survey yang aku dapat hujung tahun lepas. Hasil ni dari survey yang aku jawab secara berterusan dari bulan Ogos hingga Disember.



Inilah dia hasil redeem secara berperingkat dari hujung november hari tu. RM 312.97. Dapatlah membantu serba sedikit perbelanjaan barang sekolah bebudak. Tahun ni airis pra dan tadika, sofea nak upkk. Banyak sangat duit yuran nak kena bayar. 



Dalam paypal sekarang ada lagi RM 73.64. Baru masuk 14 Januari hari tu. Tak transfer lagi dalam akaun bank. Duit ni aku redeem bulan Disember. Sebulan baru masuk kat akaun paypal. 

Setelah dikira dihitung dengan duit yang di redeem dari bulan Januari hari tu dengan duit hujung tahun ni sebanyak RM677.23 + RM 312.97 + RM 73.64, hasil keseluruhan jawab survey online sepanjang tahun 2019 adalah RM 1,063.84. Syukur...

Ini belum termasuk duit survey yang terus credit dalam akaun bank. Macam survey dari gloviss dan getvase dia direct masuk dalam akaun bank. Tak melalui paypal. 

Buat yang komen kata aku tipu tu... Memang betul kalau harap point jawab survey sahaja nak redeem duit sebanyak ni memang payah. Survey bukan selalu ada. Kadang jawab lambat quota dah habis. 

Actually tahun nilah paling banyak aku dapat. Kalau korang baca entry-entry aku yang lepas memang tak pernah sampai seribu pun setahun. 

Tahun ni aku banyak dapat point yang aku kumpul melalui referral. Bukan harap point dari jawab survey sahaja. So kalau korang nak cepat dapat point korang invitelah kawan-kawan korang join sekali. Kalau kawan korang daftar survey korang pun boleh dapat point. Banyak point cepatlah dapat redeem cash kan. 

20 November 2019

Hasil pulangan daripada shopping online

Hari ni aku nak share pasal shopback. Laman web yang boleh beri kita pulangan duit apabila kita shopping online. Menarik kan. Lepas shopping online dapat pulak duit balik. Sapa yang tak nak... Barang dapat duit pun dapat balik. Bukan saja kadang ada diskaun dari seller. 

Berganda-ganda untung kan kalau shopping online. Harga pun jauh lagi murah kalau yang online dengan kedai. Sebab tu ada setengah benda kalau aku rasa untung beli online baik beli online jer walaupun sebenarnya aku agak cerewet. Aku sure korang paling tidak mesti pernah beli dekat shopee atau lazada kan. 

Mungkin dalam hal shopback ni, aku agak terlewat. Laman web shopback ni dah wujud sejak 2014 lagi tau. Aku last year baru tahu. Aktif guna tahun ni. Dah beli macam-macam barang online tapi tak guna saluran yang betul. Asal barang sampai sudah. 

Patutnya kalau nak dapat pulangan duit tu kena bukak web atau apps shopback dulu baru dari situ dia terus linkkan ke laman web yang kita nak beli seperti zalora ke, shopee ke, lazada ke.. Pendek kata ada lebih 2000 ecommerce merchant yang memberi pulangan dibawah shopback

Lagi tinggi harga belian kita lagi tinggi pulangan yang kita dapat tau. Macam hari tu kan aku ada beli sofa kat ezbuy tapi terlupa nak login shopback tu dulu. Dah rugi. Kawan-kawan selalu bagitahu pasal shopback ni tapi sokmolah tak ingat. Terus je pi beli direct dari ezbuy. Silap-silap...  


29/10/2019 - pertama kali dapat redeem daripada shopback. Dapat RM 20. Jadilah kan siapa nak bagi.


Ni pulak hasil menuai sepanjang tahun ni ada lagi RM 31++ belum boleh cashout lagi. Masih pending. hikss

Kalau korang yang tak pernah join lagi jom join kat SINI. Rugi tak join.

07 August 2019

Beli barang prelove online

Zaman sekarang ni memang orang membeli online sesaja kan. Aku pun tak terkecuali. Tapi ada jer orang yang memang tak pernah beli online walaupun perkhidmatan internet lain dia guna. Macam kakak aku tu dia bukan cari sangat barang online kalau tak aku yang ajak beli. Macam member opis  pulak internet banking pun dia tak ada. 

Kebanyakan barang online ni memang murah la dari kedai kat luar tu. Selalu sangat menarik-menarik kita nak membeli. Especially barang dari cina. Aku selalu beli kat shopee jer. Suka beli langsir, barang deco rumah & adalah seluar bebudak sesikit. Pastu beli topup sebab lagi murah dari kedai. Macam pakaian untuk diri sendiri memang aku dah tak beli dah. Aku cerewet. Cutting tak ngam skit pun aku tak mau pakai. Baju keje memang tempah. 

Barang prelove/second pulak rasanya tak pernah beli lagi. Serius walau pun aku jual barang prelove namun nak beli orang punya memang aku tak boleh dengan jiwa aku. Kita jual sebab kita tahu condition dia macam mana. Orang lain kita tak boleh nak selami betul ke barang dia tu elok ke tak. Zaman sekarang susah nak percaya. Jadi kalau nak beli barang prelove saya sila yakin seyakinnya i boleh dipercayai uollss.. :-p.

Baru-baru ni aku adalah listkan nak beli beli apa. Untuk deko rumah. Salah satunya trones ikea (rak kasut). Suka trones ni sebab dia boleh lekat kat dinding, bertutup dan tak makan space. Aku target nak gantung kat dinding luar which is selalu terdedah pada cahaya matahari. Jadi tak expext nak beli baru.

Dah aim nak beli yang murah-murah atau prelove (in a good condition laaa). Tengok kat carousell tak de pulak orang menjual trones yang berkenan. Ada pun rasa better beli yang new dari prelove diorang tu tak berbaloi. Kat shopee harga sama jer kalau kita beli sendiri kat ikea. RM 120 boleh dapat dah masuk pos. Tolak coin shopee boleh dapat murah lagi. Tak yah nak pergi ikea dah pun tak pe. Ikea harga dia RM119 untuk dua box. Tapi sebab kecerewetan dan kekedekutan aku, hasrat tu terkubur aje lah. Rasa sayang dowh nak kuar sekali segeduk beratus-ratus tu.
Inilah trones



Ntah macam mana satu hari tu terbukak market place dekat fb. Market place ni aku tak pernah guna pun sebelum ni. Saja gatal-gatal tangan tekan. Kebetulan ada pulak orang iklankan trones yang mana aku rasa berbaloi kot kalau aku beli. Dia iklankan trones ni RM100 untuk 3 box, 6 jam yang lepas pada hari berkenaan. Dulu ikea memang jual 3 boxes. Sekarang jual dua box-dua box. Orang tu iklankan kata tak pernah guna pun lagi simpan dalam store je. Ntah btul ke tidak. Dan aku terpedaya. Terus pm dan set nak cod. Dia duk area cyberjaya. Balik dari kerja terus aku shut ke cyberjaya. Sesat larat ok walau pun berwaze.


Terus pinjam drill kawan. Sabtunya terus pasang. Ok sekarang aku mencari satu ke dua trones lagi nak melengkapkan jadi empat kat situ. Al-buruk rongak satu sebegitu. Kalau ada orang yang nak jual dengan harga yang berbaloi silalah bagitahu. Kalau boleh nak warna hitam kalau tak ada merah. hihihi...

Inilah kisah saya beli barang prelove buat kali pertama dalam hidup.

Sekian melaporkan.

06 August 2019

Hasil Jawab Survey Online Januari - Ogos 2019

Dah lama tak cerita pasal survey online. Hari ni nak show kat korang berapa RM yang aku dapat sepanjang tahun ni. Untuk menaikkan semangat korang menjawab survey lagi :)

Aku alway kata yang aku hanya akan redeem bila time hari raya dan hujung tahun sahaja kan. Tapi kali ni tak. Kali ni aku redeem sebanyak tiga kali secara berperingkat. Which is satu awal tahun hari tu, kemudian masa raya dan yang ketiga semalam. 

Alhamdulillah rezeki jawab survey tahun ni banyak skit berbanding tahun-tahun sebelum ni. Dapatlah nak redeem banyak-banyak kali. Sekali redeem dapat seratus dua tiga +++...  

Feb - May 2019.

May - Ogos 2019


Yang aku bulat-bulat kan tu lah yang aku dapat. Asal online survey company bagi dalam bentuk USD atau SGD ke akaun paypal kita. Bila transfer ke akaun bank baru akan diconvertkan ke duit malaysia. 

Nampak kan aku redeem bulan dua RM 141.45, bulan May (masa nak dekat-dekat raya) RM 311.05 dan semalam RM 224.73. Total selama 7 bulan ni sebanyak RM 677.23. Syukur sapa nak bagikan. 

Semua ini hasil dari jawab survey dari YOUGOV, TOLUNA & IPANEL. Tiga survey ni yang paling banyak aku jawab. Lain-lain ada jugak sampingan dari LIFEPOINTS, GLOVISS dan MOBROG

Kalau korang nak kenalah rajin jawab setiap survey yang diorang hantar kat email yang korang daftar tu. Nak join klik link setiap survey yang aku tulis kat atas tu ok...

17 April 2019

Surat Dari Sofea

You know what.. Sofea ni walaupun dah darjah empat tapi nak bangun pagi punya susah. Setiap pagi sepanjang tiga tahun lebih persekolahan, setiap pagi tak sah kalau aku tak menjerit suruh bangun. 

Subuh tak payah cakaplah memang kelaut. Setahun boleh bilang dengan jari berapa kali dia bangun awal sembahyang. Nak keluar rumah 6.35am, 6.20 baru hegeh-hegeh nak bangun. Dah mandi boleh sambung tido dengan bertuala jer. Memang grrrrr... Lain hakeem, kejut sekali terus bangun. 

Disebabkan geram yang amat sangat last week lepas membebel sepanjang jalan nak hantar ke sekolah, aku tak bercakap dengan sofea dari pagi sampai ke malam. Dah tahu lambat, bila kita suruh cepat, buat muka. Bukan nak siap cepat-cepat. Laki aku pulak, marah kat aku sebab menjerit. Katanya kalau nak kejut tak yah lah jerit-jerit. 

Seriously ko nak suruh aku bersabar dah nak gerak pun masih tak pakai-pakai baju lagi. Baik sofea dan airis kalau kita cakap lembut lagi terbuai dia nak tido. Jerkah baru lah gerak setapak. Pastu boleh pit stop kat bilik belakang pulak. 

So, malam hari kejadian tu rumah memang senyap. Sebab memasing-memasing tak berani nak bercakap. Tau maknya marah. Tetiba airis bagi satu kertas kata sofea bagi...




Ayat bahasa melayu  caca merba betul. Tak de maknanya nak tidur pukul 8.30. Malam tadi jer tido dekat pukul 12. Ermmm...

Tapi usaha dia sejuk sikitlah hati kita. Berpelukanlah kitaorang malam tu sambil menangis. Esoknya kejut dua kali dah bangun.

Lusa hingga ke hari ni, buat balik perangai yang sama. Ishhh tak tahu dah macam mana cara nak kejutkan si sofea ni supaya senang bangun. Dia kalau ada tournament hoki boleh pulak bangun awal. Anak korang senang tak bangun pagi? Macam mana nak kejut bagi senang bangun?

22 March 2019

Make over kerusi

Kat rumah aku memang banyak perabot-perabot terpakai yang orang kasi. Setiap kali ada job pindah rumah mesti laki aku akan bawak balik perabot yang orang tak nak tu. Aku stress sebenarnya tengok semua benda-benda ni. Kebanyakannya barang yang dapat tu banyak yang akhirnya kitaorang kitaoang jual atau hantar balik kampung. Ada yang simpan dalam stor pastu rosak terpaksa buang.

Lately ni tetiba timbul idea nak make over barang-barang terpakai yang kitaorang dapat. Ini semua rentetan dari beli sofa kat ezbuy yang kurang memuaskan tu laa. Nak beli barang macam sofa memang kena tengok sendiri kan baru puas hati. Sebab kekangan masa dan laki aku pun bukan nak teman jadinya terpaksa aku beli online. Haaa dapatlah yang tak memenuhi kehendak hati. 


Baru-baru ni laki aku bawak balik kerusi ni. Kalau tengok memang tak mungkinlah kerusi ni dapat masuk dalam rumah. Koyak dah kain dia. Satu lagi aku geli. Bekas orang. Tapi tengok dia punya span masih elok. So why not kita touch up kasi cantik. Geli-geli pun bawak gak lah masuk rumah. Gigih pi diy beli staple gun demi nak buat aktiviti make over. Barang yang wajib kena ada kalau nak make over sofa tau uolls.


This is staple gun bagi yang tak tahu. Cuma RM18 dekat mr diy. 

Tada... Hasilnya. Kain guna kain heavy cotton yang memang sedia ada kat rumah. Bahagian handle dia tu aku jahit finishing guna velcro tape. Boleh bukak cuci, tukar dan sebagainya. Cantik tak?


Letak bulu yang di beli kat shopee. Banyak tengok orang kat group deko tu buh carpet bulu ni. Aku pun teringin gak. Murah jer bulu ni dalam RM 6 lebih saiz 30cm x 30cm.

Insyaallah sekarang tengah make over single sofa pulak. Dah nak siap dah cuma ada barang yang tak cukup kena hold dulu. Dah siap  nanti aku show kat sini lagi. Serius jimat banyak bila kita diy sendiri. 

21 March 2019

Pengalaman membeli belah di Ezbuy

Ya allah nak cakap pun susah macam mana aku boleh terjebak membeli kat ezbuy. Walhal sebelum ni memang menyampah tengok barang yang diiklankan. Barang-barang kat ezbuy ni memang murah-murah.

Tapi sebenarnya harga yang tertera hanya untuk mengaburi mata kita sahaja. Bila kita klik apa yang kita nak, jadi mahal pulak. Sebab apa... Contoh sofa dia tulis harga seratus lebih. Menggeletis la ko nak beli. Tapi bila klik rupanya itu untuk yang single. Yang 3 seater lain plak harga. Belum masuk shipping. Dah hampir menyamai harga sofa yang kita nak beli.

Walau macam menyampah, macam tak nak beli ntah termakan jugak hasutan orang kata sofa/perabut kat ezbuy ni masih lagi murah jika dibanding dengan yang lain. Jadi aku kembali bukak web ezbuy lalu terjebak. Benar kata orang, pengaruh kawan sangat kuat . Kita kena pandai pilih kawan. Sigh!!.

Bukan bukan... kawan aku semua baik-baik belaka. Kebetulan sahaja nafsu nak beli sofa memang tengah membuak-buak. Tak habis-habis dengan projek deko rumah. Sofa yang ada pun dah nazak sangat. Dah merekah kat tempat duduk plus bahagian tepi dah rasa kayu sangat. Pernah airis terjatuh ngam-ngam kena tempat yang tak ada span tu. Meraung....

So 14/1 Allah gerakkan aku untuk order barang kat ezbuy setelah beribu-ribu kali bukak katuk bukak katup web/app ezbuy. kihkih.. Allah lah gerak kan sangat.. Tak tahulah macam mana aku boleh berani dan senekad itu pergi beli prime membership semata-mata nak beli sofa. Rasukan syaiton sangat... Kalau tak, nak beli barang bawah RM50 pun fikir seribu kali kalau online.

Ye kalau nak murah shipping kena beli prime. Shipping cuma RM 8.80 dari china ke malaysia. Itu baru harga shipping china ke malaysia. Malaysia ke rumah akan ada charge lain. Memang gitu kalau beli kat ezbuy. Kena bayar dua shipping.

Kalau korang tak amik prime tu lagi haru sebab shipping barang besar-besar like sofa harga shipping makan ratus. Aku amik prime membership yang RM 18.80 untuk trial 5 day. Lepas ni kalau nak beli lagi kena beli prime yang 6 month RM 99 atau setahun RM199. Mungkin taklah kot. Sebab kalau bayar prime jarang shopping, rugilaaa.

Sofa yang aku nak beli macam ni. Tapi 3 seater. Harga untuk 3 seater dalam RM 526.69. Shipping RM8.80(dari cina ke malaysia) + 70 (shipping ke rumah). 



Inilah sofa yang aku order tu. Sebulan lepas order baru sampai. Sorry gambar kurang jelas sebab snap waktu malam. Tepi pintu putih-putih tu, kesan aku tukar frame pintu. Tak bercat-cat dari tahun lepas sampai sekarang.

Puas hati?? 

Ntahlah nak cakap puas hati tak, tak puas hati pun tak jugak. Dari segi material memang aku suka. Aku memang nak jenis fabrik. Tapi dari segi ukuran aku kurang berpuas hati. Tempat sandar rendah sikit.


Gambar kat atas tulis 76cm tapi bila aku ukur cuma 70cm. Tanya kat ezbuy, seller kata ukuran dia memang 70cm. Dah kat iklan tu tulis apa. 6cm tu banyak beza tau..Aku sebelum beli memang dah ukur btul-btul ikut ukuran yang diiklankan. Kalau ukuran 76cm tu just nicelah nak duduk. Luckily laki aku suka pulak. 

Lagi satu yang aku frust ada seller lain jual sofa 3 seater sebijik macam ni ada 6 kaki. Seller ni jual cuma 4 kaki. Yang ni silap aku tak habis khatam semua jenis sofa pattern ni. Sebabkan kaki sofa ni tinggi, kemungkinan untuk patah tengah tu bakal terjadi. Seram kan... 

Jadinya tiap kali bebudak nak duduk atas sofa, aku jadi tarzan menjerit-jerit suruh duduk slow-slow. Jangan kau melompat. Patah karang. Tapi sampai bila aku nak menjerit setiap masa.  

Disebabkan anak tekak aku dah nak tercabut rasanya, aku suruh ezbuy tolong belikan satu set kaki sofa kat seller. Deal punya deal, seller tak jual satu set depan belakang. Dia jual dua set dengan harga RM 46.38. Ni aku tengah menanti barang sampai ke rumah.

Actually bukan sofa jer aku beli tapi aku beli rak buku gak. 


Cantik tak rak buku ni? Aku beli sebab suka kaki dia tu. Kebanyakan rak buku yang jual kat malaysia ni susah nak ada kaki. Harga rak ni dalam RM 118.00. Beli dengan sofa tadi boleh combine shipping.

Tak sabar nak letak buku sekolah bebudak ni. Walaupun combine shipping rak buku ni sampai dulu.



Seperti yang anda lihat, malang sekali sebab setiap papan ada crack. Mungkin crack dalam perjalanan. Iyelah jauh cina ke malaysia. Seller pun tak letak sticker frigile ke apa. Papan tu macam dah nak terbelah dua. Material papan dia sebenarnya best. Tapi dah crack jadi tak bestlah kan. Sakit hati ada. 

Aku email kat ezbuy pasal kerosakan ni. Dah terang lagi bersuluh memang tak boleh guna kan book shelf ni jadinya diorang bagi full refund balik harga bookshelf ni. Nasib la baik kan...


Aku try jugak pasang bookshelf ni. Ternyata book shelf ni sangat kecik. Tak muat nak letak buku sekolah bebudak tu pun. Ada hikmahlah benda ni jadi. Taklah ko rasa sakit hati sangat. Beli book shelf tapi boleh letak barang-barang jahit pulak. Ini tak tahulah bila masa book shelf ni akan runtuh. Sebab yang paling banyak crack kat bahagian paling bawah. 

Itu sahajalah pengalaman aku shopping ezbuy. Tak tahulah ini pembelian pertama dan terakhir atau akan ada pembelian seterusnya. Sebab iklan kat ezbuy ni sangat memprovokasi. Ko rasa tertarik-tarik nak membeli. Rasanya dengan pengalaman diatas tak mungkin lagi lah aku beli barang besar-besar secara dalam talian.

18 January 2019

Hasil Survey Penghujung 2018

Entry macam ni insyaallah akan ada pada pada awal tahun dan pertengahan tahun sebab setahun aku akan redeem dua kali semua hasil survey. Satu masa raya dan satu lagi masa nak naik sekolah. Nak tengok performance. 


Hasil tahun lepas dapat RM 252.98... Tengok amaun yang RM tu jer. Aku dh convert dari $ (usd) dah tu. Dua kali transfer ke amaun bank setiap satu kena tolak RM3.00. Jadinya total bersih dapat RM 246.98 sahaja. Alhamdullillah rezeki buat beli baju sekolah anak-anak.
 
Semua ni hasil survey dari TOLUNA, YOUGOV, MOBROG dan GLOBALTESTMARKET.
 
Yang berminat boleh klik link setiap satu kat atas tu. Atau nak baca cash-cash yang telah aku redeem sebelum ni boleh klik kat label jana pendapatan sampingan kat tepi sidebar tu ye.

So siapa yang dah join? Dah dapat hasil ke?

03 January 2019

Interview Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Ini kisah laki aku. Aku dah memang kerja kerajaan buat apa mohon jawatan yang lagi rendah ye tak? Walau pun laki aku yang punya, aku berperanan besar dalam mengisi borang, mengemaskini akaun dan sebagainya. My laki bukan pandai sangat bab komputer ni. Sijil-sijil nanti i lah jugak tu kena cop bagai.
 
Actually laki aku dah nak masuk four series dua tahun lagi. Masa zaman muda memang tak pernah isi borang spa. Cuma baru setahun dua ni cuba nasib Sebab dia berminat nak jadi polis bantuan. Nak ikut jejak langkah kawan dia. Tapi semua jawatan yang dipohon tak melepasi syarat kelayakan. Orang kata umur lebih 35 tahun tak boleh masuk kerja kerajaan. Ntahlah.... Betul ke?
 
 
Isi 15 jawatan, jawatan ni je yang melepasi syarat kelayakan. Aku confirm kebanyakan yang amik ujian psikometrik mesti ada yang backup kan. Aku pun sama lah tolong laki skit skit.  Soalan ada 128 soalan. Jawapan a b c. Tick jer kalau tak tahu.
 
Kebanyakannya soalan mengenai personality selebihnya soalan math. Kalau korang ni memang skor math masa spm i sure uolls boleh jawab. Yang aku ingat soalan pasal math tu berkaitan masa, min median mod, punca kuasa. Tambah tolak darab bahagi yang biasa tu lah. Soalan tricky skitlah. Bukan direct soalan. Aku yang math dapat satu pun ada dua soalan yang tak boleh jawab. Laki aku apatah lagi. Kihkihkih...
 
 Alhamdulillah dalam pada main hentam tu lulus jugak.

 
Semalam dapat email dari spa, 18/1/2019 ni interview. Harap-harap adalah rezeki laki aku kerja kerajaan. Permulaan yang baik tahun 2019.....

21 December 2018

Persediaan persekolahan 2019 - Baju Sekolah Murah

Alhamdulillah persediaan baju sekolah anak dah settle. Minggu lepas settlekan semua.
 
Untuk baju sekolah aku tak ada favorite kedai. Waktu dan hari nak beli pun ikut dan. Selalunya terjadi tanpa dirancang.
 
Macam sabtu lepas ikutkan aku keluar tu nak pergi beli getah pinggang yang kawan opis pesan. Sekali terlangsung satu jalan belilah kasut sekolah sekali. Kasut memang tiap tahun aku beli kat kedai yang sama. Area lrt station puchong perdana.
 
Dah alang-alang keluar tu, aku pergilah area otk puchong prima nak survey baju. Kat situ kan banyak kedai jual baju sekolah. Ada 4 5 kedai kot. Lagi pun last year baju sekolah sofea aku memang beli kat situ. Kebetulan satu kedai tu murah. Sehelai baju kurung cuma RM 13.00. So aku nak tengoklah kali ni berapa harga pulak. Mana tahu dah SST ni turun rega. ^_____^.
 
Haiii... nak pengsan tengok baju semua mahal belaka. Semua naik harga. Paling murah jumpa RM 16.90. Lagi besar lagi mahal kan. Aku cadang nak beli 2 helai baju kurung jer untuk sofea. Sebab baju last year 3 helai masih boleh pakai. Cukupkan untuk lima hari.
 
Baju kurung sekolah sofea biasa akan pakai sampai dua tahun. Macam kalau tahun ni beli dua, tahun depan beli tiga. gitulah ulangannya. Kain sekolah agama tahun lepas dah beli jadi tahun ni tak payah beli. Kain sekolah kebangsaan aku tempah. Kebetulan ada kain biru.
 
Hakeem pulak aku saja nak tambah sehelai lagi baju sek keb. Seluar hujung-hujung sekolah hari tu ada beli sehelai sebab seluar hilang. Baju sekolah agama kalau boleh nak beli dua tiga pasang. Yang last year punya seluar semua dah jahaham. Rabak kat lutut. Dah berjahit-jahit dah pun. Baju ok lagi.
 
Dulu masa mula-mula sofea nak masuk darjah satu, aku beli baju kat Tesco. Beli sehari sebelum naik sekolah. Berani mati betul beli dah dekat nak sekolah. Nasib ada saiz. Dapat harga diskaun 50% dari harga asal. Last year pulak, jalan-jalan kat giant bandar puteri diorang buat clearance sales. Dapat beli baju, kain, seluar RM10 sehelai. One set baju sekolah agama cuma bayar RM20.00
 
Kali ni Alhamdulillah Allah sentiasa permudahkan urusanku. Lepas tengok baju rm16.90 tu, Allah gerakkan aku pergi ke satu kedai yang mana kedai tu aku dah pernah tengok dah hujung bulan November hari tu. Paling mahal sekali baju kat situ antara semua kedai. Ntah kenapa tetiba dia buat clearance sales pulak.
 
Dah nama clearance sales kan. Saiz limitedlah.  Nasib saiz untuk hakeem dan sofea ada.
 
Ini semua baju yang aku beli. 4 helai baju kurung setiap satu berharga RM10, 3 pasang baju sekolah agama setiap satu berharga RM15 dan sehelai baju kemeja sekolah kebangsaan sehelai RM 5. Total semua cuma RM 90.00
 
Baju sekolah agama. Ada kotor sikit. Mula-mula aku beli dua pasang jer. Takut kotor tak boleh hilang. Esok petang beli sehelai lagi sebab cuci boleh hilang kotornya.
 
Baju sek kebangsaan. Buat baju tambahan.

Semua jenama gemilang. Ada jugak diorang jual terselit satu dua jenama canggih. Tapi tak ada pulak saiz bebudak ni. Ini pun dah puas hati. Kain dia berkualiti jugak dan tebal.
 
Lega sangat-sangat baju-baju sekolah anak dah settle. Oh ye tudung aku dah beli masa bulan 10 lagi. Aku beli tudung sicomel yang factory reject. Sehelai RM10. Beli banyak jimat postage. Cuma tambah sehelai tudung dua lapis. Sofea teringin. RM10 sahaja kat area-area otk tu banyak. Kena pandai pilih kedai. Songkok pun beli kedai yang sama dengan tudung dua lapis RM 9.90. Kedai tengah-tengah antara kedai kawanmu dan bintang fashion. Kat situ songkok dia lagi murah dari kawanmu. Kawanmu RM 12.90. Stokin pun beli kat sini. Even kedai kawanmu lagi murah tapi kualiti kureng.
 
Siapa duduk puchong nak beli baju kat puchong prima tu sila masuk semua kedai kat situ dan buat perbandingan ikut budget anda. Sebab aku ada sembang-sembang jugak dengan pekerja kedai kat situ. Kebanyakkan ibu bapa nampak satu kedai berkenan terus beli pastu saja masuk kedai lain melengu menyesal. Faham kadang penat kan nak survey-survey ni. Anak ramai plak sekolah. Kalau boleh nak beli yang satu kedai semua complete. The reason why kenapa ramai pilih kawanmu.
 
Berbalik pada kedai clearance tadi, kalau siapa area puchong nak beli kat situ, kedai tu berdepan dengan bintang fashion. Bahagian tepi sekali. Tak ingat apa nama kedai. Not sure stock ada lagi ke tak. Atleast yang mana boleh jimat kita jimat. 

13 December 2018

Pembedahan katarak hakeem

Bila orang tahu jer hakeem ada katarak semua pelik. Sebab dia kecik lagi kan. Baru 7 tahun. Maybe katarak tu dah ada sejak dia lahir kata doktor. Aku pun rasa macam tu. Sebab banyak kali bila jalan dia jatuh. Aku tak pelik sebab aku rasa ni faktor keturunan. Dapat dari mak aku. Mak aku memang ada problem mata sejak kecik. Sebab dia duduk rumah kebajikan jadi tak pergilah hospital untuk check up.

Aku dapat detect hakeem ada katarak bukan sebab dia bagitau. Cikgu dan ustazah yang bagitahu masa sign report card pertengahan tahun hari tu. Ustazah kata dia selalu mengadu tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam. Ustazah pulak tak dapat nak bagi dia duduk line hadapan sebab bahagian hadapan untuk pelajar bermasalah. Allahu... considerlah sikit kan. Lepas tu cikgu sekolah kebangsaan pulak bagitau mata hakeem rabun teruk masa doktor datang buat pemeriksaan kat sekolah. Berbulan kemudian baru dapat duduk line hadapan. Why?
 
Teruslah aku pergi klinik kesihatan untuk buat pemeriksan. Tak berani nak buat terus spek mata macam orang dewasa. Jadi pergi check dulu kat klinik kesihatan. Doktor kata kenapa tak pergi check power. Nasib baik aku argue nak suruh check jugak kat situ. Doktor pun pelik kot sebab rabun tinggi sangat. Jadi diorang refer hospital serdang. Then dapat detect ada katarak.

Dalam dua tiga kali check kat hospital serdang diorang refer pulak kat hospital selayang. Sebab hospital serdang tak de pakar mata kanak-kanak. Hospital kuala lumpur pulak q panjang kalau nak buat operation. Nak kena buat cepat kan. Lucky aku dapat kat hospital selayang sebab dalam dua bulan check up dah boleh buat operation dan doctor pun baik sangat. Sorang je pun doctor pakar mata kanak-kanak kat hospital selayang tu. Tapi dia pandai treat bebudak dengan kata-kata serta mainan dia tu. Budak pun suka dan bagi kerjasama.

Sebelum ditolak kebilik bedah.

So 13/11/2018 hakeem selamat menjalani pembedahan katarak bagi kedua-dua belah mata. Kitaorang masuk wad 12/11. Hakeem orang kedua akan operate hari tu. Dalam pukul 8.30 dah kena tolak ke bilik operation untuk bius and so on. Dalam pukul 10.30 pembedahan selesai.

Di ruangan menunggu.
 
Asyik nak tercabut-cabut sarung kasut tu.

 Aku ikut sekali ke bilik pembedahan sampai hakeem tak sedar lepas tu keluar tunggu kat bilik menunggu. Drama sangat masa dalam bilik bedah tu. Cium-cium semua. Hakeem menangis tak mau kena bius. Lepas siap operate, diorang hantar hakeem kat bilik menunggu. Terus je hakeem sedar dan menangis-nangis mintak air. Nurse pulak tak nak kasi sebab takut muntah. Bagi setitik jer. Menjerit-jeritlah kawan tu. Nak boleh naik ke wad pun makan masa sebab tunggu nurse wad amik katil lain. Menguji kesabaran sangat.

 
Lepas naik wad hakeem terus tido. Lama jugak. Pastu bangun dia lapar. Doktor suruh bagi bubur. Tapi camna aku nak beli. Aku berdua je kot. Tak kan nak tinggal hakeem sorang-sorang. Dah lah mata bertutup tak boleh bukak. Jadi aku bagi jer coco crunch breakfast pagi tadi yang aku simpan siap-siap.

Kebetulan hakeem tak boleh makan sebab kena puasa sebelum operate. Licin dia makan dan minum air coklat lebihan paket minum petang semalam punya. Malam tu menu spital nasi goreng kerabu. Licin jugak dia makan. Sedap pulak lepas dah dekat dua hari kitaorang dua beranak macam kebulur makan tak lalu. Tak sedap sungguhlah masakan kat hospital selayang. Malam tu baru papa hakeem datang sekejap. Bawa makanan kenyang giler kitaorang. Esok lapar balik. huhuhu...

Ni time dah ok. Menunggu nak balik.
 
Pagi 14/11 tu dalam pukul 9 doctor datang check mata, bubuh ubat mata supaya nak kasi mata terbukak. Then pukul 12 tengahari dah boleh keluar hospital. Dapat jer segala ubat terus berdesup aku pecut balik rumah. Tak betah nak lama-lama kat hospital tu aihhh.

Sebelum balik umah sempat lagi singgah giant beli ultraman nak sogok budak tu. Telefon kan tak boleh nak main sangat. Sejam sehari je doctor bagi. Tapi selalunya lebih jer sejam dia main. GGrrr. Sekarang dah dekat sebulan lebih lagi lah banyak mainnya. Actually lepas operate dalam sehari dua tu mata dia tak rasa sakit dah pun. Cuma hari pertama tu dia tak selesa sebab terasa-rasa jahitan kat mata tu.

Alhamdulillah 19hb ni nak check kali kedua dah. Masa kali pertama tu dah nampak sikit perubahan mata belah kiri. Ada jelas sedikit. Nak nampak btul-btul jelas makan masa sebab nak bagi kanta tu serasi dengan mata.

Oh ya walau pun pembedahan ni percuma tapi aku still kena bayar harga kanta tu. Untuk dua-dua belah mata kena bayar RM 1,350.00.

22 October 2018

Cash daripada Gloviss Survey

Jangan boring ye setiap kali baca blog ni asyik cerita pasal online survey jer. Saja nak share dengan uolls... Kot-kot berminat. Marilah sama-sama kita menjana pendapatan sampingan secara online.
 
Akhir tahun banyak nak guna duit. Nak bayar yuran sekolah, beli barang keperluan sekolah kan. Ada duit survey ni dapatlah tampung skit perbelanjaan tu. Hujung tahun adalah antara salah satu waktu aku menuai hasil penat lelah menjawab survey sepanjang tahun selain time nak raya.
 
Kali ni dapat tebus daripada gloviss survey. First time tebus. Dapat tahu pasal survey ni dari sorang blogger. Terus I signup. Tak ingat exact time aku join. Tapi nak boleh ke tebus ni rasa dekat setahun tak silap. Lama kan.
 
Kena kumpul 3000 point baru boleh tebus RM30 cash atau baucar KFC. Aku pilih cash. Duit terus masuk dalam akaun bank dalam tempoh lebih kurang seminggu dari tarikh cashout.
 
Masa mula-mula cashout memang confident rasa akan dapat cash tu. Lepas tiga empat hari cashout rasa sangsi plak. Sebab tengok akaun status redeem dah tak appear apa-apa. Dahlah lepas klik button tebus, tak ada apa-apa email pengesahan bagitau penebusan dah berjaya ke tidak seperti kebiasaan online survey yang lain hantar
 
Aku google satu info orang cerita pasal penebusan gloviss pun tak ada. Lepas tu email survey dari gloviss hantar, google kata fraud. Dah kenapa. Cuak jugak takut jadi macam ensurvey. Penat-penat jawab yilek. Aku ada email ke gloviss tanya pasal redeemtion tu pun tak ada reply.
 
Tup tup hari tu bukak cimbcliks ada ibg credit dari Global vision research. Tak syak lagi memang dari gloviss lah. Alhamdulillah RM30 pun berharga. Tak ada orang nak bagi saja-saja nyer.
 
15 Oktober hari tu masuk. Yang RM2 dan RM1 atas bawah kotak tu dari Getvase.
 
Kebiasaannya aku cashout semua survey aku join sekaligus. Barulah banyak. Cuma yang ni aku cashout awal dari yang lain sebab takut process makan masa yang lama. First time tak tahu flow dia.
 
Uolls nak join gloviss survey boleh KLIK SINI ye.
Nak join getvase pulak KLIK SINI.
 

04 October 2018

Projek Diy

Tujuh tahun lepas masa buat rumah memang kesedaran nak mencantikkan rumah tu tak ada. Barang-barang rumah yang aku beli boleh di bilang dengan cari. Macam katil dengan almari memang kena beli sebelum kawin. Jadi bawak yang tu jer.

Macam almari hias, almari dapur tak pernah beli. Pakai yang laki aku dapat. Masa job pindah rumah dulu banyak orang kasi almari yang diorang tak nak. Jadi pakai tu je lah. 

Yang aku betul-betul beli sofa. Itu pun dari 3 + 2 seater yang 3seater pun dah selamat campak tong sampah. Terkoyak plak dia punya kulit sofa tu. Tinggal 2seater jer. Sofa pun actually ada orang kasi. Jenis besar-besar. Rumah kecik tak sesuai. Hantar balik kampung. Pastu biasalah orang bagi selalu tak memenuhi citarasa. 

Now kesedaran nak mendeko sangat tinggi. Terjebak dengan macam-macam group dekat fb. Salah satunya group barang mr diy dan eco. Deko-deko budget jer. Ikut kemampuan. Kat sana banyak diorang diy barang-barang eco dengan mr. diy. Apa yang boleh dimanfaatkan kita ikut. Ada jugak yang merapu-rapu. Macam untuk long term tak berapa nak praktikal abaikan.


 
Bakul beroda. Aku buat sebab rasa praktikal. Senang nak tolak. Tak yah angkat dan nampak lebih kemas bila letak kat sudut-sudut sebab tinggi. Bakul tu dapat free. Kakak aku kasi. Yang di beli hanya roda. Roda beli kat eco. Satu roda RM2. Empat roda jadi RM8. Aku rasa mahal. Aku pernah nampak orang review dia beli 4 roda cuma RM5+++. Kat mana tu? Hardware ke? Tapi kat mr. diy lagi mahal.


Yang ni pulak pintu bilik air. Pintu bilik air aku dulu dah kembang kena air. Asyik terkopek jer kayu plywood tu. Kotor. Jadi untuk sementara waktu, sebelum decide nak beli pintu yang macam mana, aku buat tirai dulu guna batang rod diy dan curtain shower. Rod shower RM2.96 + curtain shower RM 5.57. Jimat. Cuma satu kelemahan anak aku asyik tarik jadi langsir tu asyik terjatuh. Nampaknya rod tu tak boleh letak tanpa skru. Kena guna curtain rod bracket jugak baru tak jatuh. Next lah kita outer. 

18 September 2018

Jana Pendapatan dengan Mobrog Survey

Aku tahu ramai yang dah join online survey lepas baca dari blog ni. Jadi hari ni aku share satu lagi online survey yang boleh menjana $$$$. Iaitu Mobrog Paid Online Survey. 


Aku join 170 hari yang lepas. Takde makna aku tick bila aku join. Kat akaun ada tulis. :-p. Maksudnya dekat enam bulan dah..


Masa mula daftar tu memang ada sedikit ketidakpercayaan dan kemalasan. Coz web dia membosankan. Dal. Semua tulis orang putih. I like macam boleh percaya ke ni? Pastu setiap kali dapat email asyik tak layak.  Jadi aku skip skip. Ada jugak yang lepas jawab. Tak salah mencuba....


Mobrog selalu jugak hantar email survey. Jadi secara tak langsung aku asyik teringat-ringat si mobrog ni. Bila bukak akaun tengok dah ada duit usd dalam tu. Setiap hari bertambah. Terus jadi semangat nak menjawab.


Nak cashout kena ada 6.25usd jer. Tak banyak macam survey lain kena beribu-ribu point. Tapi itulah tak banyak pun selalu tak lepas nak jawab survey. Jadi agak makan masa jugak. 


Satu aku suka mobrog survey ni soalan dia straight to the point. Very clear. Tak berjela-jela sangat.  Tak lepas awal-awal dia rejected. Bukan setengah survey dah jawab separuh saring keluar. Buang masa. Naik stress.


Alhamdulillah inilah hasil selepas dua tiga bulan aku kembali aktif menjawab mobrog survey. 6.25usd convert duit Malaysia dapat RM25.22. Lepas duit shopping kat shopee. Kihkihkih..

Siapa nak join boleh klik link kat atas atau boleh tinggalkan email nanti aku invite. Jom jana pendapatan secara online yuk ^.~

14 September 2018

Barang-barang yang di shopping onlinekan

Hi im back untuk bercerita mengenai barang-barang online yang aku beli. Kebanyakannya dari shopee ada jugak dari lazada dan 11street.
 
 
Dan juga mr diy. New place yang baru terjebak untuk kesenangan diri dan jugak keselamatan wang ringgit. Kenapa untuk keselamatan duit?. Aku rasa beli online lagi senang aku kawal duit dari aku pergi terus ke kedai. Pergi kedai tak kan nak pergi banyak kali. Jadi sekali pergi semua nak capai.
 
 
Fyi, kalau nak beli online wajib tiga web ni korang compare. Shopee, lazada dan 11street. Tapi I bid u shopee always the best price. Ada penghantaran percuma lagi untuk certain amaun.
 
 
Ada ke yang tak pernah beli lagi kat shopee. Kalau tak pernah membeli lagi sila sila lah ke web SHOPEE atau guna apps. Download kat google play store. Semua yang kita nak pasti ada. Murah pulak tu. Yang first time user ha guna code AZIAZ228 dapat RM7 off.
 
 
Tanpa melengahkan masa, jom tengok barang yang aku beli secara online. Setakat ni Alhamdulillah. Tak menyesal. Sebelum beli survey habis-habisan dulu. Jangan sebab nak sangat main beli jer. Selidik dulu harga barang, tengok review orang ramai. Then kalau ok barang beli.
 
 
Rak pinggan. Beli kat shopee under Giant store. Harga RM17.90 + postage RM 4.75. Tolak shopee coin dapatlah RM 21.51. Kalau kat fizikal store pergi jual harga RM 19.90 - RM21.90. So berbaloi. Material setandang harga. Nak besi tebal harga kena lagi mahallah.

 
Dish drainer. Beli kat mr diy. Rak atas tu aku bubuh pinggan yang dah kering. Yang ni untuk letak pinggan baru lepas basuh. Ikutkan rak giant tu boleh jugak jadi mcm dish drainer. Tapi sebab rak pinggan aku dah roboh tak ada rak nak letak pinggan kering. Besi dish drainer ni kukuh sangat. Tebal dan berat. Ada salur air tu yang suka sangat.
Hand grip. Ini pun beli kat mr diy. Coach sofea suruh beli untuk kuatkan tangan main hoki.

 
Dan ini jugak. Apa namanya. Dah lama aim nak beli benda ni. Harga RM 4 lebih. Kat giant jual RM6. Ada warna hijau je. Rumah i tema biru/cyan. Dish drainer atas tu terpaksa beli jugak sebab tak de warna lain. Disebabkan pembelian pertama kat diy dapatlah baucar RM5.00. Tak yah bayar shipping. Suka free-free gini. Huntung.. 

Cover kusyen. Beli kat 11street. Kat rumah aku ni kerusi terlebih-lebih. Marilah mendeko. Harga satu RM11 free shipping. Aku beli tiga. RM33 tolak point binfinite cuma bayar RM 29++. Lepas beli aku terjumpa kat shopee dalam RM5-6 satu. Dah cari sebelum tu tak jumpa. Saja tauuu... 

 
Bekas beras. Dari 11street jugak. Kat shopee pun ada dari kedai yang sama jugak. Tapi beli kat 11street dapat RM 19++ lepas tolak dengan point binfinite. Satu yang aku suka beli kat 11street dia boleh guna point binfinite. Ikutkan barang kat 11street ni selalu lebih mahal dari shopee dan lazada. 
 
Itu je sesi tayang menayang. Lazada memang dah jarang shopping. Kalau beli pun baucar photobook jer. Ikutkan banyak lagi aku beli. Kebanyakan dari shopee. Macam topup. Pun beli kat shopee. Huntung. Prepaid RM 50 bayar RM 45 sahaja. Lain-lain barang jahitan pun ada jugak beli kat.
 
Oh ye nak cerita langsir pun aku beli kat shopee. Sayis murah. Langsir sheer satu dalam RM 6 - 7 jer. Yang blackout cuma RM 12. Beli one set sheer dan blackout dapat RM 17+++. Kain not badlah. Nak tempah kat kedai pun satu keping dah RM8. Belum masuk beli kain lagi.
 
Hari tu aku beli 2 sheer, 2 blackout dan 2 one set dalam RM70. Gambar lupa plak nak snap. Tapi aku suka lah. Sampai kawan opis pun nak beli sama. Tapi apakan daya harga dah mahal. Memang dah rezeki aku agaknya sebab esoknya sehingga ke hari ni harga langsir yang sama aku beli tu dah jadi seganda mahal. Kena selalu survey harga kalau nak beli online ni. Kalau tetiba dia menjunam murah ko tak yahlah nak fikir panjang, terus je grab. Tak boleh nak tangguh-tangguh. Kang tak sampai sehari dah bertukar harga.

11 July 2018

Cermin bonet belakang kereta pecah

Kejadian ni berlaku pada 15.04.2018, pagi ahad yang hening. Lama dah.... 

Actually pagi tu aku bercadang nak pergi buat alignment kereta. Nak pergi berdua dengan airis je. Laki tido. Kereta time tu aku park kat rumah kakak aku. Kalau park kat rumah aku memang tak perlu reverse. 

Masa reverse tu tak sedar lori laki aku parking kat depan rumah kakak aku. Depan rumah tu selekoh untuk kitaorang pusing kereta. Dah lama kot lori tu tak park kat situ. Selalu park kat sebelah rumah sendiri.

Pulak tu sensor kereta memang rosak. Tak boleh detectlah apa yang ada kat belakang. Aku pun reverse kemain laju. Kereta baru lepas servis kekdahnya.. Mendapatlah....




Hancur kereta. Kena pulak tepat kat tempat besi belakang lori. Kemek teruk sampai crmin tersongkek. Sib baik cermin tak berderai sebab ada tinted. Nak kesal pun dah tak berguna.

Nak tak nak kena fikir macam mana nak baiki kereta ni. Kalau tukar cermin ketuk, body dah berapa kan. Solutionnya laki suggest beli bonet secondhand. 

Misi mencari bonet ni boleh tahan penat. Nak cari yang sama kaler payah. Ada kat kedai halfcut nak jual terus separuh body RM400. Warna pun tak sama. Yang ni laki aku yang pi cari. Laki aku tu memang dia tahu cari offline je.

Bini dia pulak main online jer. Google-google.. banyak rupanya orang jual bonet savvy. Iyelah kereta savvy kan banyak yang dah tersadai rosak. Diorang jual loose item lagi untung dari jual sebijik. Tapi kebanyakan jumpa orang jual bonet depan. 

Aku search kat mudah berjujut bonet savvy orang jual. Adalah call/wasap tetanya. Majoriti jual bonet belakang dan depan range RM150. Berkenan satu kat area  sungai buluh dah kemek pun jual RM150. Mintak kurang tak bagi. 

Pastu aku try search kat FB. Ada dua orang nak jual. Satu post tahun 2016 satu lagi tahun 2017. Tanya-tanya, dua-dua pun masih belum terjual. Sape je yang nak beli kan.... 

Yang tahun 2016 punya post tu warna kuning. Harga RM150. Spoiler tak ada. Bonet semata. Asalnya dia jual dengan spoiler tapi spoiler dah ada orang beli. 

Yang tahun 2017 tu nak jual bonet dengan bumper RM250. Warna sebijik macam aku punya kereta. Fikir punya fikir aku decide amik yang RM250. Walau pun mahal sikit tak pelah. Tak berani nak campur-campur warna. Seller siap hantar kat opis lagi. 


Alhamdulillah dah siap pasang bonet baru. Upah RM100 termasuk tebuk spoiler sekali. Bonet yang beli tu tak ada tempat spoiler. Orang kata boleh je pasang sendiri. Tapi biarlah pakar yang buat. Kang laki aku buat mau jahanam. 

Bumper pun aku guna yang seller tu kata bagi free kononnya. Padahal memang betullah bonet RM150, bumper RM100. Konon ingat pakai bumper baru ni oklah sensor dia tapi pomen kata sensor tu tak henti-henti berbunyi. Kalau bumper aku yang lama ada skirting. Pomen suruh pergi kedai aksesori kereta nak tengok apa masalahnya. Nanti-nantilah...