09 March 2012

Tilam ber'aircond'

Rumah aku ni memang dah berupa stor. Tiap kali ada orang pindah rumah, tiap kali itulah rumah aku penuh dengan sampah sarap.

Orang malaysia kalau nak pindah rumah baru, barang pun nak yang baru. Yang lama semua nak di buang. Tak pun kasi kat driver lori. Kalau driver lori tak nak pandai-pandai lah buang.

Tapi hati-hati membuang sampah, kalau silap gaya bakal disaman dengan Jabatan Alam Sekitar. One of mr. edy friend dah kena. Pembakaran terbuka dikawasan perumahan. Nasib baik rumah aku ni kawasan kampung. Senang aku nak bakar, nak tanam, nak campak ke apa still selamat.

Jadi bolehlah korang sewa lori dengan ai tau. Eh!

Back to sampah sarap tadi, beberapa minggu lepas adalah customer yang pindah dan tak nak barang-barang so diorang mintak tolong buangkan.

Kebiasaannya sebelum buang kitaorang sort dulu. Mana tahu ada barang-barang yang elok. Tuan rumah pun kata kalau nak amiklah, kalau tak buang je.

Belek punya belek terjumpalah tilam air. Ada dua. Mr. edy kata tilam ni mahal. Iye ker? Sejauh mana kemahalannya aku tak tahu.


Bila dah basuh dan masukkan air macam nilah rupanya tilam air ni. Kalau tido kat atas rasa sejuk je. Umpama duduk dalam aircond.

Tilam air ni berat sangat. Iyelah air dalamnya kan. Sekali dah letak kat situ nak ubah memang tak dapatlah.

Sofea tiap kali aku duduk kat atas tilam ni pasti dia jerit tak kasi duduk. Bacah, bacah...(Basah)

Memula aku dapat landing rasa sedap na tido. Lelama bila dah bergolek kiri kanan aku mula pening kepala. Aku sebenarnya alahan dengan laut dan ombak.

Mungkinkah owner tilam ni tak nak sebab dia pun alahan laut macam aku?

08 March 2012

LaNgKaWi GiVeAwAy By DuNiAKeBaHaGiAaNKu


Aku kenal penganjur ni sebab dia pernah join my ga. 
Jadi kali ini aku pulak nak join dia punya GA.
Hopefully aku antara lima orang yang bakal dipilih memenangi hadiah yang ditawarkan.

*wanna join CLICK HERE / banner above*

07 March 2012

Fever

Amboi tajuk omputih :P.

Tak ada ribut taufan, petir pun tak ada, tetiba budak Hakeem ni demam pulak. Malam semalam masa menyusu, aku pegang kepala Hakeem dah mula rasa suam-suam. Aku time Hakeem menetek memang suka cium bahagian ubun-ubun dia. Korang suka tak buat cam tu?

Bangun pagi tadi terus cakap kat mr. edy Hakeem demam ni. Tengahari badan Hakeem dah makin makin panas. Bila petang memang Hakeem dah down sangat. Memang tak nak dah berenggang dari mama dia. Asyik nak menyusu dan berkepit je dengan aku. Kalau menyusu sambil riba bila letak kat katil confirm nangis tahap gila-gila punya.

Masalah anak-anak aku kalau nak tuam kan dengan tuala mesti tak mahu. Di buangnya tuala tu siap merampus-rampus lagi. Pastu yang paling aku tak tahan kalau time menyusu confirm dia nak main gigit jer.

Tak pastila samaada Hakeem demam sebab dua gigi atas tu dah keluar atau dah nak start berjalan. Gigi atas dia tu bukan main besau lagi. Macam gigi kapak. Kalau sebab nak berjalan macam dah ada tanda-tanda melepas-lepas tangan.

Hope cepat sembuhlah ye sayang... 

Selera pantai timur

Makanan pantai timur bagi aku oklah. Nak kata sedap tak juga, nak kata tak sedap, sedap jugak. Cam na tu eh?

Macam ni, semalam mr. edy balik dari kerja dengan laju (slps dah baring beberapa minit :P) pergi dapur untuk makan nasi dengan lauk tomyam yang aku masak tu.

Biasa mr.edy balik keje mesti ada jenjet plastik. Mesti ada oleh-oleh yang mr. edy bawak dari opis. Goreng pisang ke, ubi ke. Hari ni non ada.

Aku pun apa lagi time mr. edy makan aku pun pergi menge'check' moto. Mana tau ada dalam bakul tapi tak berangkat. Walaupun niat utama sebenarnya nak amik kunci yang masih tersadai kat moto tu. Nanti kena curi moto LC tu baru badan muka.

Tetiba nampaklah satu bungkus plastik kat dalam bakul. Setelah diamati baru tahu LAKSAM. Padan mr. edy tak angkat. Dia tahu bini dia memang tak makan LAKSAM.

Then aku pun saje je lah cakap amboi ada makanan tak bagi tahu. Dia pun cakap amiklah bawak masuk, try-try. Aku kata tak nak. Tapi bila suami beria-ia suruh makan jadi dengan tak berseleranya amiklah jugak dalam 2 potong laksam tu.

Lepas makan aku pun cakap : "Hari tu ada sorang lelaki bawak pergi rumah terbuka kat Subang yang sediakan hidangan LAKSAM sebagai menu utama. Sebab tak nak kecikkan hati tuan rumah, kita pun makanlah makanan tu. Dah memang itu menu utamanya. Tapi bila makan memang tak boleh blah langsung. Nak tahu tak sapa orang tu? Orang tu adalah kakak ipar aku. Tapi hari  ni, 2 potong laksam tu macam tak cukup"


* Tengok jelah kedai makan kt KL ni, majoriti ownernya siapa....

06 March 2012

Haiwan pun pandai sayang anak inikan lagi manusia

Tajuk mai ai panjang lebar. 
Tapi macam tak ada kena mengena.
Eh bau-bau bacang mungkin ada.

Jom! biar gambar bercerita.


 Budak kecik pun pandai sayangkan adiknya.
Tapi kenapa masih ada kisah haruan makan anak.


Adik beradik wajib saling sayang menyayangi. 



Masa kecik boleh tido sama-sama. 
Bila besar dah tak boleh tau. 
Perempuan dan lelaki wajib separate awal-awal.
Kalau boleh seawal usia dua tahun.