12 February 2014

Membeli belah pada harga diskaun di Iprice Coupon

Sekarang kan kalau korang nak tahu aku dah semakin terjebak dengan soping online. Sejak menyoping kali pertama kat zalora (baca kat SINI) memang aku jatuh cinta nak soping kat situ lagi.

Dulu aku anti sikit soping online ni. Iyelah tak dapat nak rasa kan apa barang yang kita nak tu. Tapi disebab kan soping online ni menjimatkan masa, i is wanita berkerjaya katakan bz memanjang ye, barang online ni pun jauh lebih murah dari pasaran dan kadang-kadang susah nak dapat kat luar. Setakat yang aku pernah beli online tak pernahlah lagi menyecewakan hati.

Tapi sebelum aku soping online aku buat research dulu. Tak de main sebarang je beli. Misal kata kalau nak beli baju kena ada tali tape kat tepi nak mengukur. Takut tersalah saiz. Baca dulu review kat blog blog dan komen kat fb. Kenal pasti sapa seller tu.  Barulah tak menyesal dikemudian hari. Ada baca kan kat paper sehari dianggarkan lebih lima belas orang yang buat aduan kat tribunal pasal kena tipu.

Ok ok aku sebenarnya tak nak cerita pasal tip or orang kena tipu beli online tapi aku nak kasi tahu kat mana korang boleh beli barang pada harga murah. Suka tak suka tak? Sapa yang tak suka kan beli barang murah dapat lagi diskaun. Haa... saya suka saya suka. Kalau suka meh terjah laman web Iprice.

Iprice ni bukan jual barang tau uolls. Tapi dia bagi kita voucher diskaun kalau kita nak soping kat zalora. Eh bukan zalora je tau, ada lagi store online yang lain yang diorang provide voucher free. Boleh tengok kat sini listing store tu. So kalau korang nak beli barang pada harga jauh lebih murah terjah Iprice sekarang.


06 February 2014

Diri ini dan anak

Hello hello semua... Diri ini masih wujud dan sihat lagi walaupun blog semakin dilupakan. Tahun 2014 blog macam tenggelam timbul. Seminggu sekali nak update pun payah. Aku perasan sejak malas update blog CPUV pun kurang. Nuffnang pun sama malas nak kasi CPUV baru. Ntahlah rasa macam tak tahu nak update apa. Balik-balik cerita sama. Bila ada cerita baru malas pulak nak karang walaupun tiap hari bukak je dashboard tu.

Ni nak bagitau perkembangan terkini dalam pada tak update tak update aku dah bukak satu lagi blog. Blogshop. Khas untuk bundle. hihihi... Saje test market. Ingat nak aktif balik berniaga mcm baju prelove tu. Kira ini antara azam tahun 2014. Ntah tercapai ke tak wallahua'lam. Doa-doakanlah sambil sambil support sama. :) Aku gerenti baju-baju aku jual tu murah2. Tak kan dapat harga cenggitu kat tempat lain. But yang murah-murah tu belum di update. Daku baru update sikit je tu. Aku update yang mahal-mahal dulu. hahaha...  Bukan pe tak sempat nak ukur-ukur banyak baju. Nanti dah siap ku war warkan.

Mr. mama yang suruh sebenarnya bukak blog ni. Tapi aku malas rasa macam ada ke orang nak beli. Ni tetiba keyakinan datang sebab ramai yang tanya barang-barang bundle ni. Bukan sorang dua. Yang terkini ada  orang nak beli benang kait dan jahit. Aduhai napelah baru nak cakap sekarang. Dua guni aku dah buang. Rugi rugi. Aku rasa pasaran bundle ni luas. Tapi letih sikit nak manage. So tak pelah kita cuba. Nak berjaya bukan mudah. Sudi-sudi nengok kat SINI ye.







Ok. Ni video budak pencinta lori. Siang malam pagi petang asyik dengan lori dan kenderaan2 dia yang lain. Berzikir memanjang.


 Antara koleksi hakeem. Ada tiga kali ganda lagi dalam simpanan..


CNY campur hari wilayah dapatla empat hari cutikan. Aku bantai cuti sampai lima hari. Puas dapat manja-manja dengan hakeem. Jalan-jalan ke mydin berdua. Sian kat budak ni setiap hari kena tinggal dengan mr. mama. Nampak cam tak berkembang je. Cepatlah sikit umur 4 tahun nak hantar akem sekolah biar berdikari sikit.


 

Sofea takpe dia suka ngan tadika dia. Cuma semalam balik nampak hidung lebam kulit kat hidung terkopek, berdarah. Cikgu kata jatuh. Bila tanya dia kata jatuh sebab tengok arash. Amboi.. Tengok lelaki sampai boleh jatuh ko nak. Pastu sehari dua ni asyikla minta nak air sama dengan arash. Maksudnya botol air la kot. Ku terfikir cantik sangat ke botol air arash tu.. Bila duduk tadika ni berlumba-lumba nak beli sama macam kawan punya.



28 January 2014

VIDEO

Hari ni nak show video-video sofea. Lepas-lepas masuk tadika ni banyak sungguhla lagu yang meniti dibibir pia. Tiap hari volunteer nak nyanyi untuk mama dia. "mama, pia ada lagu nak nyanyi untuk mama". Erm layankan ajelah. 

Kat opis aku tak boleh nak upload video dalam keek. Baru nak feeling-feeling retis2 like eira shazira, erra fazira yang selalu letak video anak diorang. Mencik tau video keek i ada dua jer eh satu je pun dalam akaun tu.. Opis ni semua nak bersekat. Nak upload  upload dalam you tubes je. You tubes dah tak musim dah. Untuk mencari bakat okla kat situ kan. Tapi yang ni aku upload terus masa compose bila publish dia terus direct ke you tubes eh? 



 Video lagu labah-labah. Aku rasa masa sekolah dulu aku tak pernah nyanyi lagu ni. Ke aku yang tak ingat.. Biaq pi lah janji pia bahagia. Siap labah-labah naik atas tangan lagi tu. Beliji tu apa?



Video pia mengira. Tengah mengajar sampai twenty pulak. Bolehla dia ingat sixteen, fifthteen, eleven tunggang tebalik. Baru sebulan kan sekolah.. Balance la nyanyi dan belajar seiring gitu. Good job sofea... *suara aku terover pulak*




Yang ni lagu omputih mana tah. Sampai sekarang aku tak boleh nak detect lagu apakah yang pia nyanyi. Korang tau ke lagu apa ni?



Ok itu jelah video yang ada. Sebenarnya banyak tapi semua macam kureng menarik plus malas nak upload..


23 January 2014

Beg jeans omputih

Sejak aku publish & pakai beg jeans (lihat di SINI), ramailah yang nak suruh buat serupa gitu. Tapi apakan daya bukan semua seluar jeans ada corak macam tu. Corak tu hanya budak-budak je yang pakai. Beg aku tu pun nasib baik jumpa seluar kat bundle pasar malam rumah. Brand wrangler. Tuh pun dah lusuh sikit. So kalau customer request nak serupa macam beg aku tu memang tak dapatla. Limited edition katanya. Nak guna seluar jeans kanak-kanak memang takla aku tuk jual kat customer. Satu sebab seluar jeans budak kecik dan satu lagi material kebanyakannya palsu. Bukan real kain jeans. Jeans jenis strectable jugak aku tak guna. Kualiti kena jaga beb.. Jadi bila orang nak beg jeans bercolourful susah aku nak penuhi permintaan. Hatta mesin jahit i pun bukan yang boleh buat corak sulam dan sebagainya...


Macam beg ni lama dah my friend request. Dah berbulan-bulan baru dapat buat. Ni nasib aku baik jumpa jeans ni dalam timbunan bundle. Dari us seluar ni tau. Malaysia mana ada. Mr. mama kata dah jadi beg cantik pulak. Imagine korang pakai seluar jeans ada star star kat lutut peha. Sah dituduh minah indon.



Yang ini first time buat sling beg tuk lelaki. New customer order untuk tunangnya. Maju setapak... :)

I is malas sebenarnya nak buat ready stock. Tapi kata mr. mama, ma buat je banyak-banyak nanti ada orang nak tengok senang nak tunjuk. Boleh terus beli. So seminggu dua ni gigih lah aku jahit purse sebagai permulaan ready stock. Dan dah terjual pun satu. Gambar tak snap. Kata my kawan ramai sebenarnya yang berminat dengan beg jeans. But aku still tak de keyakinan dengan apa yang aku jahit....


22 January 2014

Selepas 3 minggu sekolah tadika

Aku paling tak suka kalau hakeem bangun pepagi time aku nak pergi kerja. Walaupun bangun awal pagi tu elok sangat. Tapi sebab dia punya menangis meruntun jiwa baiklah tak payah bangun. Mau El di buatnya kita. Malam tadi aku dah syak pagi ni dia akan bangun awal sebab dia tido awal. Dari petang semalam sampai pagi tadi duk mintak nak ikut aku pi keje. Dah diberi breakfast ngan sogok tengok cd upin ipin pun tak jalan. Aisshhhh..sedih.. sedih....

Itu hakeem.. Kakak dia pun sama setiap hari bila nak mandi nangis. Yang ni sedih pun boleh jadi sakit hati. hahaha... Dia punya duk erat peluk tubuh sambil cangkung time kita nak mandikan ya rab. Tak leh la nak berdirikan. Lagi kuat meraungnya hah. Nak sabun bahagian depan tak dapat. Rambut tak boleh. Lagi kuat raungannya nanti. Kaki pun tak dapat sabun dah dia mencangkung pas kencing tak bangun-bangun. Bahagian belakang badan jela dapat. Kalau orang nak dekat ngan anak aku dekat kat bahagian belakang je la ye. Bahagian tu je yang wanginya. hihihi.. But lepas siap mandi pakai baju dia ok. Mintak selimut then kelubung dalam kereta. Tak dak tido balik. Cabaran mak mak kan. Aku dulu lagi teruk apa...

Minggu ni kira dekat sebulan sofea bertadika. Setiap hari bila amik dari tadika nampak macam-macam benda yang dia belajar. Dalam kereta duk sibuk nak nyanyi lagu abc, alif ba ta, ber selawat, baca doa. Dua tiga hari ni mula nak baca fatihah. "Mama sofea nak baca surah fatihah" Belum hafal sepenuhnya. "Mama bacalah...". Kalau bab doa, doa makan paling expert. Doa nak tido dia tak ingat langsung. Masa baca doa makan ada tambahan bacaan dalam bahasa melayu. "engkau permurahkan rezeki kami dan jauhi kami dari api neraka". :) Memang macam tu makna doa makan eh.

 
 Sebelum ni aku ada ajar tulis huruf besar ABC. Sebelum sekolah lagi memang sofea dah reti tulis sampai J. Yang suprise nya dia dah boleh tulis huruf a kecik. "Mama buat bulat pastu tarik bawah". Jadilah a kecik. Terbaiklah cara cikgu ajar... Tak terfikir aku.

  Juga selepas ke tadika dah makin suka dengan susunan. Buat susunan, block block ni merangsang minda kan.

Semalam pulak time aku dah nak terlelap-lelap tu dengar pia baca gini "kau ampunilah dosa kedua ibu bapa kami dan ......" Apatah, aku tak ingat. Baru sehari dengar. Tapi ayat kedua ibu bapa tu buat aku touch. Apa lagi yang mak bapak nak selain anak-anak pandai. Mesti nak anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan mereka apabila mereka dah tak ada kelak.



"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga iaitu anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."