04 May 2013

Dapat Nuffnang Blogbuster Campaign

Semalam terima email dari Nuffnang menyatakan aku antara terpilih untuk  buat Blogbuster Campaign. Ramai kot yang dapat email macam ni.

Terpinga-pinga den masa baca email tu. I is tak tahu menahu pasal kewujudan Blogbuster Campaign from nuffnang ni. First time dengar. 

Apa itu Nuffnang Blogbuster Campaign?. Puas jugak menggodek akhirnya jumpa kat akaun nuffnang bahagian service ada tulis blogbuster. 


Untuk mengenai lebih lanjut pasal nuffnang blogbuster campaign boleh klik kat SINI. Nuffnang dah beri penjelasan. Nuffnang blogbuster campaign baru saja diperkenalkan oleh mereka.

Syarat yang utama mesti kena buat video dalam beberapa second based on campaign detail yang diorang bagi. 

Haipp dah lah I is pemalu meow meow. Macam mana nak buat video macam ni?

03 May 2013

Menu lunch for today


Hari ni makan kat luar. Selalu tetiap hari bawak bekal. Hari ni kaya skit. Orang gomen sokmo hari jumaat diorang kaya. Pi alamandalah. Bangilah... Masa rehat panjang kan. Ngeh ngeh ngeh. 

Actually lunch tadi member opis yang belanja. Tekak memasing berair-air nak makan Laksa. Tu yang pi melantak kat Medan Selera Presint 9 semata-mata demi semangkuk laksa. First time i makan kat sini. Not bad...

Harga laksa tu RM3.50. Tapi sebab akak kedai tengah rebus telur dan kitaorang tengah kebulur tahap dewa, tak sanggup nak tunggu itu telur rebus. Jatuhnya harga semangkuk laksa hanya RM3.00. Jimat duit orang tak ada gaji. Air bandung RM1.80. Mahal... Eh bukan kata orang belanja ke tadi? (^.^)

02 May 2013

Cerita Weekend kami : Jenjalan IOI MALL

Sabtu lepas aku, sofea, hakeem dan my sister jenjalan kat IOI Mall, Puchong. Amboi mementang orang gomen baru gaji kamis lepas. Terus nak ada cerita jenjalan perabih duit.

Kalau pergi IOI Mall tempat yang wajib diterjah adalah Jaya Jusco @ AEON. Ada sales 15% untuk JJ member card. (until 1 Mei). My sis nak beli kasut. Dari hari tu duk mengidam nak kasut CR2.

Design-design from CR2. Apa itu CR2? My sis kata macam tak glamour brand ni. CR2 adalah adik beradik Carlo Rino ye. Glamour apa. Berjenama tuuuuuu...

Mai mai pilih satu yang berkenan dihati.

Em em kasut yang diaim sudah ditemui dikebanyakan kasut yang ada.

sesi mentry kasut pilihan hati. Bukak sarung bukak sarung. Ngadap cermin.

Santik tak? santik tak? Kasut ni kasut display. Last kopek. Berkenan punya pasal display pun display la...
Masa nak bayar my sis siap pinjam kad JJ kat salesman yang serve kitaorang sbb bengang dapat kasut display. Sekali masa bayar cashier cakap kalau beli barang harga lebih 69hinggit baru ada diskaun 15% tu. Pffttt... Udahlah tebal muka pi pinjam card orang pastu tak dapat pulak diskaun tu...

Aku jadi model kasut je lah. Nak beli tak cukup duit. Aku lom gaji lagi. Tak tahu bila boleh dapat. Kew8 pun tak nampak bayang lagi. Orang baru masuk keje kurang-kurang dua bulan baru ada gaji.

Sofea dan hakeem sudah boring tunggu mak ngah dia lama sangat memilih. Tu yang duduk tepojok kat tepi dinding.

Siap beli kasut my sis ajak pulak pi popular nak beli novel "Aku suka dia" dan OAT diet dia kat Caring.
Masa kat caring tu yang nampak clown ni. Terus ajak sofea join reramai orang.

Dapatlah side kitaorang hanya pedang ini. Orang tak ada gaji . (^o^)

Sofea again :-).
Makin pandai bergaya depan camera budak ni.



Selesai sudah masalah bil maxis


Hari tu aku ada post pasal bil maxis tiap-tiap bulan asyik kena bayar dalam RM 200. Boleh refer kat entri INI dan INI.


Alhamdulillah semalam terima email dari maxis tengok amaun dah kembali normal. Aku amik plan yang 68 hinggit sebulan. Tapi kali ni kena bayar kurang. RM61.90 jer. Apsal ntah murah kali ni. Kesian kat aku kot sebab sebelum ni dah kena bayar beratus-ratus. (",)

Hujung bulan tiga hari tu aku ada call customer centre maxis. Hari tu aku ada bagitau aku ada sms untuk stopkan semua service nombor lima angka yang RM3 tu kan. Tapi nampaknya tak jalan. Masih jugak diorang nak berikan perkhidmatan kat aku walaupun diorang dah hantar sms kata service dah terminate.

Aku ada cakap jugak kalau bil masih kena bayar banyak aku nak pi berkhutbah kat maxis. So malam 29 Mac dalam pukul 9pm lepas dapat email lagi dari maxis bagitau account dah overlimit guna, aku terus call bahagian customer service maxis cakap nak stop all sms from lima angka punya service yang berharga RM 3.

Aku siap cakap dengan customer service maxis (nama dia Azhar) kalau bil lepas ni lebih dari RM68 aku tak mahu bayar dah. Kalau diorang nak hantar surat saman ke nak blacklist nama aku ke apa ke lantaklah. Eh silap nama kakak ipar aku. hihihi...

Boleh pulak si Azhar tu cakap nanti yang blacklist nama kakak u bukan u. Ko tak tahu nama aku memang dah blacklist lama dah pun. Ok je sampai sekarang tak kena masuk lokap. hahahaha...

Pastu aku siap ugut lagi kalau diorang bawak naik court aku nak suruh diorang mainkan balik rakaman perbualan aku dengan si Azhar ni. Tu yang aku kena ingat the exact date ngan time aku call diorang. :)


* Dua hari lepas aku ada terima sms 5 angka lagi. Aiyakkk mslh betul guna broadband dalam phone ni. Nampaknya memang kena beli laptop baru....

30 April 2013

Dapat sofa lagi

Ahad lepas mr. edy bawak balik sofa. Regular customer bagi. Customer bagi sofa dengan peti ais box. Apa namanya tu. Yang selalu kat kedai buat letak aiskrim dalamnya. Tak pun sekarang orang beli sebab nak bubuh EBM tu... Lupa pulak aku nak snap peti box tu... Besar gedabak. Tak tahu nak letak mana pulak tu. Mr. edy ni semua orang bagi dia nak amik. Pastu tak muat nak simpan letak je kat luar rumah sampai berkulat. Sudahnya kena buang jugak.

Sofa ni empuk tapi kotor sikit. Semalam mr. edy dah pergi hantar dobi sarung kusyennya. Kena RM 24.50. Kalau aku tak kuasal.... Kalau dulu memang teruja setiap kali mr. edy kata ada dapat barang orang bagi. Tapi la ni rasa menyampah. Buat menyemak rumah ada...



Tengoklah beranda rumah aku. Penuh dengan sofa. Semua tu orang bagi. Nak letak kat dalam rumah dah tak muat. Rumah kecik... Nak bagi kat orang mr. edy tak nak. Padahal ramai je orang datang tanya nak beli.