31 October 2011

Budak kecik memang suka benda ni ke?

Kat pasar malam, pasar tani, up town kalau jalan mesti terjumpa benda ni. Orang yang menjual benda ini pun pandai betul cari port yang strategik nak jual. Terkena je aku.

Budak kecik kalau dah nampak benda ni kalau tak dibeli alamat sepanjang jalanlah dia menangis.





 
my doter call 'auwpin'.

Benda ni satu lima hinggit. Tak kiralah auwpin ke aemon (doraemon) ke. Semua sama harga. Boleh tahan 3 ke 4 hari je. Kemudian lunyai menyembah bumi. 
'Mak kalau sayang anak tangan-tangankan, bapak sayang anak membeli-beli je kerjanya.


30 October 2011

Friends, need your help

My doter already 2 years on ten ten october yang lepas. Aku nengok posing pun dah makin pandai bila disuruh. You all rasa bergaya tak my doter base on gambar kat atas tu.

Aku rasa dah lah pandai bergaya, comel lak tu. Tu pasal aku sibuk nak masuk peraduan gaya adik di PA&MA. Hi3...puji sendiri....




So need you helplah friend to vote my doter if you all rasa Aizara Nur Sofea binti Mohd Zaidi ni pandai bergaya dan comel. Boleh undi my doter di LINK ini. Tapi kalau rasa ada adik-adik yang lain lebih bergaya boleh jugak undi diorang ye.

Pemenang gaya adik bulan ini di adili based on 30% from your vote and 70% from juri professional. Undian anda-anda semua amat-amat diperlukan serta dihargai. TQ.

24 October 2011

Free baby t-shirt with Drypers


Sejak tahun 2009 (tahun kelahiran my doter) i'm be a loyal customer with dyrpers. Dryper really-really suitable for my doter and my son. Walaupun dah berat dryper yang diorang pakai tapi bontot tetap maintain tak de rash ke apa.

Time pregnant sofea dulu memang aku tak retilah nak beli lampin pakai buang brand apa. Time tu aku just pick brand fiffy. Pilih brand ni pun sebab nampak member pakaikan ke anak diorang. Diorang kata better beli murah-murah je. Kalau murah tapi tak berkualiti pun tak guna, right?

Seminggu pakai, bontot sofea dah merah-merah. Then my mom in lawlah yang syorkan brand drypers ni. Walaupun dah 60++ tapi pandai betul dia. Zaman dulu mana pakai lampin pakai buang. Dia pandai dan tahu mesti melalui penjagaan cucu-cucu yang lain. Itulah beza orang yang dah beranak dan bercucu.

Walaupun kat tv sekarang ni sibuk promosi brand Pet Pet ala yang si noor khairiah jadi tukang jurucakap tu tapi aku setia pada yang satu. Even orang kata Mamy Poko the best one, i'm still with dryper. Rabaklah nak pakai mamy poko, mahal skit kan...last last ke tong sampah jugak. Better gunakan yang murah at the same time berkualiti jugak kan.

Lately yang paling aku suka dengan dryper ni diorang selalu bagi free gift dalam bungkusan size S60, M84, L72 & XL60. My doter use size XL dan my son size M. So sekali beli terus dapat 2 free gift.

inilah free gift terkini dari drypers. Sesuaikan tuk boy and girl?. T-shirt ni just nice je ke badan my doter. Nak pakaikan ke my son besar sangat.

23 October 2011

Baju baru versi Angry Bird

Jumaat hari tu, my doter dapat selai baju baru dari mak ngah dia. Baju apa lagi kalau bukan baju gambar angry bird.

Sana sini kan orang duk sibuk dengan burung garang ni. Aku tak amik port pn pasal binatang ni. Game dia ker, orang duk jahit felt muka dia ke...

Tak amik tak amik port pun dapat juga selai baju free. By the way thanks.

My doter bukan main suka lagi. Testing testing terus di pakai bawa ke tido.

22 October 2011

Tip mengemas rumah yang kecil dan sempit

My house sekarang ni memang comel lote. 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 dapur, 1 ruang makan dan  1 ruang tamu. Budget ciput je time nak buat rumah ni.

Kalau compare dengan rumah arwah mak memang jauh dari langit dan bumi. Bilik tidur je dah 6x ganda lebih dari rumah aku. Siap ada stor penyimpanan barang-barang lagi.

Sebab rumah aku ni kecik je, bila time bawak masuk new/second hand item mulalah perah otak pikir mana nak letak barang-barang yang lama-lama tu.

Ini salah satu cara amalan turun temurun. Letak barang yang jarang digunakan atas lemari. Tengok tu... Pemalasnya aku. Aku main campak-campak je atas lemari tu. Tinggi sangat nak susun. 

Cara kedua pulak ilham datangnya dari my doter. Kreatif betul kepala otak dia ni.

 
see.. budak-budak macam ni la.
mula-mula dia tolong kemas, pastu sepahkan balik...

Rumah aku memang banyak bantal-bantal baby. Dapat time lahirkan hakeem. Sesuailah guna teknik penyimpanan gini.

21 October 2011

Hobi berbudi pada tanah

Ntah mimpi apa ntah tetiba muncul hobi nak bercucuk tanam dalam minda ni. Padahal sebelum ni nak pegang pencakar sampah pun malas.

Agaknya sebab lama sangat duk memeram kat rumah. Takkanlah setakat jaga dua orang anak je. Teringin jugak nak buat sesuatu yang bermanfaat.

Ikutkan nak belajar jahit. Kalau nak menjahit kena ada mesin jahit. Mesin jahit ada tapi dah kondem. Pikir punya pikir rasanya baiklah aku berbudi pada tanah. Ada jugak hasilnya kan.

First tanaman yang di set nak tanam. Ya...daun sup!.

 Lihat tu sekuntum daun yang sedang mekar berkembang. auww...

Cara menanamnya mudah saje. Just pegi beli daun sup di pasar, ambik akarnya dan rendam semalaman dalam air. Esoknya boleh dah transfer ke dalam bekas berisi tanah. Siram 2x sehari. Bekas akuarium terbiar ni mr.edy yang bagi.

Second, aku choose tanam pokok serai. Mr.edy yang tolong tanamkan. Gambar non ada. Malas nak snap belakang rumah. Aku take part bahagian siraman.

Lepas mak aku dah tak ada, kakak kedua aku yang selalu bercucuk tanam. Since dia pun dah kawin nampaknya memang aku kena tanam sendiri la jawabnya.

Kalaula pokok pokok ni dapat hidup segar bugar bolehla aku masak tomyam dan sup selalu. Kebetulan my doter memang suka makanan berkuah.

Next nak tanam apa pulak ye?

17 October 2011

Expired date ubat-ubatan baby

Selepas cucuk 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bln skip and ini bulan yang kelima. Pi klinik pakar kanak je skrg ni. Klinik kerajaan dah lama aku pandang sepi sejak hakeem bermasalah berak selama dua bulan.

Macam biasa, inject kali ni rabak seratus tiga puluh hinggit.


Sib baik boleh claim dengan opis mr.edy. Doc standartla tanya soklan soklan ni. baby ok? ada masalah? sihat? dan terkini sudah bagi makan blom? and sebelum keluar last inject ada demam x? off course hakeem kuat jadi tak demam la doc.

Oklah macam itu, tak payah amik ubat, jimat duit. Ubat hari tu boleh pakai lagi.

Boleh ke doc?. 
Serius aku tak tahu ubat tu masih boleh guna. Sebab sebelum ni ada doc. cakap pas 2 bulan dah tak leh guna. Rupanya kalau tak buka lg boleh simpan sampai expired date. Dan kalau dah dibuka boleh guna tak lebih dari enam bulan. Info yang berguna. Thank dr. Deng.


 insyaallah harap harap inject kali ni tak demam ye sayang. 
Update his lilitan kepala: 42cm, panjang: 66.8cm & berat : 7.8kg

10 October 2011

My son mula membawa diri

Hari ni birthday sofea yang ke 2. Tapi kami tak ready apa-apa pun. Ingat nak bawak dia pergi ke Giant Putra Height. Sebabkan dia masih tak sihat, still muntah muntah bila makan, jadi tak jadilah. Dok mengeram kat rumahlah jawabnya.

Better tumpukan pada Hakeem yang baru nak mulakan makanan pertama dia.. Sy just bagi nestum. Gila banyak dia makan. Siap jilat sudu tu. Sy tak campur pun dengan susu sebab sy tak prepare susu perahan. Sofea dulu pun sy bagi cam gini jugak.

Bezanya sofea dulu lagi awal, 3 bulan dah mula makan. Kali ni hakeem sy buat ikut acuan sendiri. Ikutkan bila dah betul betul enam bulan baru nak kasi mamam. Tapi sebab mr.edy dah duk bising bising, menceceh suh kasi anak makan. Macam macam dikatanya, sy ni tak nak ikut cara mak dia la. Sy ni kedekutlah. sy itu sy ini...

Nak dijadikan cerita sebentar td boleh pulak hakeem guling kanan guling kiri guling depan guling belakang sampai ke dapur. Dekat rumah yang sekangkang kera besarnya memanglah tak mustahil boleh guling sampai kesitu.

Tapi tak lama pas tu dia mula buat action heret dada pulak. Kedepan sikit demi sikit mencapai book kakak. Lagilah mr.edy yakin sebab hakeem dah makan itu pasal dia kuat, boleh bawak badan. Maknanya sy ni patut dari awal lagi dah beri hakeem makanla....


tingginya bontot hakeem

08 October 2011

My doter almost 2 years

Kesian my doter semalam demam. Memang lembik lunyai. Seharian terbaring dan tido aje.  Susu pun tak nak.



Maybe peralihan tahun agaknya. Almaklum lusa dia genap 2 tahun. Walaupun sebelum sebelum ni tak pernah pulak demam kalau nak beralih bulan atau nak tumbuh gigi pun relax je.

Kalau dah dua tahun tu agaknya lesen besar leh buat macam macam ye sofea. Last year birthday, jatuh hari ahad jadi bolehla sambut sikit sikit. Tahun ni jatuh hari kerja payahlah nak sambut.




Tapi mr edy kata nak beli beskal untuk kakak. Sy pulak rasa baik beli buku dan cd lagu banyak banyak. Biar dia makin pandai.

 
Copyright by Aziazidah