Tote Bag

Another project.... Tote bag pulak.

Aku cadang nak kasi beg ni kat adik ipar. Beg yang sebelum ni dah selamat bagi kat kakak aku dan kawan-kawan. Sekarang giliran adik iparlah pulak yang patut dapat.


Bahagian hadapan beg. 
Seperti yang diwar-warkan nak letak reben.
Reben buat sendiri sebab tak de sape nak teman gi kedai jahit.



Bahagian belakang beg.
Aku hanya tampal poket jeans sedia ada. 
Nak deco lebih-lebih barang jahitan tak ada. :-(

Ini bahagian dalam beg.
Aku letak kain warna biru. Kalau berwarna warni mesti lagi menarik.
Bahagian poket tu aku tampal dengan kain baju blouse aku.
Aku buat dua compartment. 
Yang berlipat tu sesuai tuk letak handphone. 
Sangat kurang kemas sebab bila berlipat, kain blouse dengan kain jeans makin jadi tebal. Susah nak jahit.



Masih banyak lagi kekurangan. Jahitan tak kemas. Tali beg kurang menarik (my sis komen). Warna suram sebab tak ada kain corak. Tak ada zip. Senang pencopet nak curi barang dalam beg aku.

But korang rasa cantik tak? Anyone interested? 


* Akan cuba perbaiki kelemahan yang ada untuk project seterusnya.

Popia Goreng Inti Serunding Ikan Sardin Kuih Raya Pilihan Saya

Kalau hari raya biasanya aku akan suka beli dan makan kuih yang garing-garing dan rangup. Contohnya kerepek, rempeyek, kacang-kacang & etc. Aku tak berapa gemar kuih yang bertepung berbutter ni.

Tapi sejak kawin ngan mr. edy, dah bertambah satu lagi koleksi kuih raya kegermaan aku. Mr. edy suka makan kuih popia goreng. Dulu sebelum kawin aku jarang beli popia ni sebab mahal. Setoit kecik pun dah 6 7 8 hinggit.

Tapi sekarang aku dah tahu dimana nak beli popia goreng ni. Selain harga yang berpatutan, rasanya pun quiet nice. Korang kena cuba tau...

Ha.... inilah popia goreng. Intinya diperbuat daripada ikan sardin. Home made. 100% buatan orang Dungun, Terengganu. 

Actually adik ipar aku yang buat. Kih kih kih... Tolong promote.



500 gram = RM 16.00.



Tapi kalau beli 1 kg = RM 30.00 sahaja.

Kalau kat luar normally harganya dalam RM33 and above.

Sesiapa yang berminat bolehlah roger-roger untuk tempahan.

Boleh email kita kat edyeda@gmail.com atau sms 019-2033086.

Harga tak termasuk postage.

Cash on delivery (COD) area PUCHONG/PUTRAJAYA/BANGI.

Cuba jangan tak cuba ^____^

Episod Tersentuh Hati

Tajuk dah macam cerita Upin Ipin daaaa....

Ini kejadian waktu pagi tadi semasa lepas aku sahur (Ramadhan ke-8). Hari ni sahur awal. 4.30 pagi. Lepas sahur terus on lappy. Pepagi internet laju senang nak buat keje.

Sedang asyik sakan menaip tetiba tercegat sofea kat sebelah aku sambil pegang botol susu. Bila aku pandang, sofea terus cakap Jomlah....

Memula ingatkan sofea nak pergi dapur tengok TV. Tengok cd upin ipin. Memang sofea ni jenis mengadap TV sokmo.

Kemudian sofea cakap Jomlah masuk tido. Aku tanya kat sofea, sofea nak tido dengan mama ker? Sofea angguk.

Masa aku bangun dari kerusi sofea cakap lagi Tutupla.... Tutuplah piter (komputer) sambil tunjuk jari kat lappy atas meja.

Tak sangka aku sofea boleh cakap cam tu. Dah besar rupanya anak dara aku. Aku je yang duk merasa dia masih kecik.



* Bln 10 ni sofea bakal menginjak ke usia 3 tahun.

Siapa yang harus dipersalahkan? Celcom? HP?

Short entri for today. Actually hati ni tengah geram sebab bila topup telefon jer duit habis licin jadi zero tak dan berapa minit. Sebelum-sebelum ni pernah jugak jadi tapi taklah seteruk semalam.

Semalam topup lima ringgit, telefon dua orang tak sampai 5 minit kemudian nak sms orang dah tak boleh. Dapat msg from celcom kata kredit tak mencukupi.

Kemudian aku buat kredit advance RM2. Sms 5 pengguna celcom dengan setiap sms bernilai 1 sen then check balance dalam hp tinggal 4 sen. Sebab tak puas hati aku pergi topup lima ringgit lagi. Bila tido malam pagi ni check balance tinggal RM 0.00.

Geramnye hati. Pagi ni terus telefon celcom service centre yang no 1111 tu. Bila check celcom kata aku guna internet. Aduh masa bila pulak aku bukak internet. Tak kan masa tido pun boleh bukak.

Walhal kalau aku guna maxis broadband dalam hp aku tu, kalau kita tak sentuh tepon automatik dia disconnetkan. Ini bila aku offkan telefon pun kredit still reduce jugak. Apa hal ni celcom....??

Pagi ni topup lagi still same. Hilang kredit ntah kemana. Tepon aku yang bermasalah ke? Atau celcom yang ada masalah?? Macam nak tukar no. phone atau paling tepat tukar ke rangkaian yang lain dari celcom jer rasanya.

Ada sesiapa pernah jadi macam ni tak? Any advise.....


* lappy yang rosak dah siap baiki tp bila guna macam hareemmmm........ bikin hati makin panas.
*Macam panjang je entri ni. ha3

Belajar jahit sarung bantal

Hari ahad hari tu my sis baik hati bagi cadar yang dah koyak rabak lagi lusuh. Katanya buat aku belajar jahit. Walau pun kain dah buruk tapi aku suka sebab ada orang yang menyokong minat aku.

Tapi rupanya ada maksud lain. Tak dan berapa jam kemudian my sis mula kenen kenen suh buat sarung bantal dia daripada kain cadar tadi.

Oklah untuk tak menghampakan my sis ditambah target nak hasilkan seminggu satu jahitan akhirnya siap jugak sarung bantal yang simple ni. 


Sebagai permulaan... Kosong aje. Next kita buat cantik-cantik okeh.



Bahagian belakang. Zip panjang tak ada. Macam ni je lah yang boleh buat. 
Oklah kan......



*Beg-beg jeans dah selamat diagih-agihkan kepada yang berhak. Hope diorang suka....

Lappy Rosak, Kereta Rosak

Ingat tak sebelum ni aku pernah mention yang lappy rosak. Dekat dua minggu tak bersiaran dan dalam seminggu lepas aku dapat guna lappy abang ipar. Nasib abang ipar baik hati kasi pinjam...

Then hari isnin baru-baru ni pergi kat kedai komputer tuk amik lappy yang dah dekat dua minggu tersadai kat sana boleh pulak tuan kedai cakap belum siap.

Esok tengahari baru siap. Padahal mengikut perjanjian hari sabtu minggu lepas dah boleh amik.

Oklah tak nak bising-bising, semalam pas berbuka puasa kitaorang bergegas nak pergi amik lappy. Takut jugak kalau duk lama-lama kat kedai komputer tu, in case ada kecurian diorang dah bagitau tak akan bertanggungjawab. Silap-silap ada tiga ratus je kena bayar mau dua ribu pulak yang melayang.

Baru dalam 10 minit perjalanan nak kedai komputer tetiba kereta pulak bunyi macam rumah nak runtuh. Bila diperiksa mr. edy kata semua dah punah.

Apa yang punah pun aku tak tahu. Balik rumah mr. edy keluarkan satu tali dan campak keluar. Rosak apa aku tak tahu sebab kereta masih boleh jalan cuma stering dah berat masa nak corner.

Aiii berapa ratus ribu pulak yang melayang pas ni...

Mood : Sangat tension.....

Projek jahitan : Pyramid purse & Purse Barang Kemas

Dalam pada bulan puasa dan sakit-sakit, aktiviti jahitan tetap kena buat. Sebab target satu minggu satu hasil jahitan kan...

Lagipun rugi dah beli mesin jahit kalau tak jahit.


Aku punya yang kain jeans. Yang warna hijau tu contoh yang aku tiru. Tak sampai 15 minit dah siap. Senang je nak jahit rupanya.... 

Tak berapa terbentuk sebab kain jeans tak tebal mana. 

Bahagian luar purse.
Yang ni sesuai letak barang kemas. Aku guna saki baki kain jeans bahagian bawah kaki. Tu yang nampak ada koyak atas.

Bahagian dalam.
Aku guna kain warna merah tu yang dikatakan sesuai bubuh barang kemas. :-)


* Kalau ada reben or bunga or tali mesti lagi cantik this purse. My sis or mr. edy plz la temankan aku gi kedai jahit....

Juadah berbuka hari pertama

Dah hari ketiga puasa baru berkesempatan nak cerita pasal menu berbuka puasa hari pertama. Walaupun badan tak berapa sihat tapi hari pertama berbuka gigih jugak nak masak sedap-sedap.

Bukan sedap tapi lebih pada masak sedikit banyak dari makanan harian tak puasa. Tapi boleh juga dipanggil pembaziran. :)

Petang sabtu tu aku masak lauk sotong goreng kunyit, ayam goreng + sup sayur my children. Mr.edy memang suka sotong.

Pastu aku pun masak bihun goreng. Kenapa nak masak bihun goreng? Dah macam makanan sarapan pulak.

Aku masak bihun ni pun lebih pada untuk hakeem. Since sejak sakit hari tu dia dah tak berapa nak makan nasi. Masuk suapan kedua dah buang balik makanan.

Pas berbuka kalau u all nak tahu kitaorang hanya makan bihun goreng dengan kerepok ikan jer. Nasi langsung tak berjamah. Betul-betul pembaziran kan.....




*pic xde sebab orang kata bulan puasa tak elok sogok gambar makanan.

Cabaran Berpuasa Hari Pertama

Kalau nak tahu hari pertama puasa tu memang pas kul dua petang aku jadi lembik semacam. Ini sebab juadah bersahur tu aku tak sempat nak jamah.

Masa bangun nak sahur kul 5 pagi tu hakeem merengek nak susu. Jadi aku pun menyusukan hakeem sampai aku tertido semula. Sedar-sedar dah dekat pukul 6.

Jadi hari pertama tu aku memang tak sahur. Bukan sahaja hari pertama, hari kedua pun terbabas tapi sempat jugak jamah sikit. Hari ni pulak langsung tak sempat.

Aku pun tak tahu kenapa hakeem setiap kali pukul 5 pagi mesti nak melekap, tak nak lepaskan aku. Itulah namanya cabaran dan dugaan kan. Tapi lembik mana pun aku tetap tahankan diri berpuasa selagi mampu. Hingga ke titisan darah terakhir kata orang.. :-P

Pagi-pagi hari puasa pertama tu jugak terpaksa hadapai cabaran nak memasak dan memberi makan ke anak-anak. Rasa macam nak ngap sekali je makanan yang aku suapkan ke hakeem dan sofea. kihkihkih..

Iyelah walaupun masak untuk anak-anak aje tapi kena masak sedap-sedap jugak. Tak kalah macam lauk tuk berbuka. Ayam goreng KFClah, sup sayur lah... Adui betul-betul menguji keimanan.

Bila dah masuk petang tenaga pun lagilah semakin berkurangan. Tapi kena buat keje lagi... masak untuk berbuka pulak kan. Sebab tenaga makin kehabisan sebab si hakeem pun memang kurang nak makan sejak cirit birit tu. Asyik nak menyusu 24 jam...



* hari ni sakit tekak dan selsema menyerang. sangat tak tahan....

Juadah Bersahur

Mesti hari ni semua orang sibuk nak story pasal juadah berbuka puasa. Tapi hari ini aku nak story pasal juadah bersahur dulu.

Paprik campur. Resepi yang terlalu jarang dimasak dalam rumah aku. 
Eh! macam tomyam campur je kan...


Juadah ni aku masak waktu petang dan dibawa ke pagi. Sebab tu gambar diambil dalam kuali. Untuk tujuan menyenangkan tuan rumah memanaskannya. Dan paling penting jimat sabun basuh pinggan. Ahaksssss......

Sejak kawin dan tinggal sendiri selalunya aku sorang je yang sahur. Mr. edy dalam sebulan adalah paling banyak 3 kali dia sahur.

Aku kalau tak sahur memang tak larat nak habiskan puasa sampai petang. Kadang-kadang masa sahur tu aku bukan saja makan nasi ngan lauk, malah sempat buat air milo/horlick lagi.

Tak adalah istilah tak lalu nak makan waktu pagi perut aku ni. Tolak batu ngan kayu jer.

Preparation kearah menjayakan penyusuan susu ibu gitu.....

Balik kampung ke tengok bola?

Esok puasa. Mesti ramai yang bercadang nak balik kampung untuk berpuasa dan berbuka bersama keluarga tercinta. Aku jugak tak terkecuali...

Aku sambut puasa di KL jer. Tak pasti bila akan balik kampung. Maybe nak hujung-hujung Ramadhan balik terus sekali time raya atau akan balik pertengahan bulan puasa semuanya bergantung pada keadaan kerja mr. edy.

But tonite ada perlawanan bola sepak Kelantan FA menentang QPR kat stadium Melawati. Siapa yang pergi tengok mesti tak sembahyang terawih ni.. hihihi..

Korang jangan ingat aku ni peminat bola sepak. Tak ada maknanya, aku baru search kat internet sebentar tadi. Hehe...

Sebab teringat mr. edy ada kata dia nak pi tengok Kelantan main bola sepak kat stadium Shah Alam. Jadi aku pun searchlah apakah perlawanan itu. :-). Masa mr. edy cerita aku buat tak reti sahaja... Geram sebab mesti kena tinggal 3 4 jam..

Dengar kata abang mr. edy dan sepupu sepapat kaum kerabat mr. edy nak turun KL untuk tengok perlawanan bola sepak ini. Kita yang duk KL nak balik kampung. Depa yang duk kampung nak turun KL pulak.

Tapi disebabkan mr. edy hari ni ada job kat Kuantan, sah sah malam baru balik jadi nampaknya terkuburlah hasrat mr. edy and his family nak tengok bola.

Mr. edy terpaksa menipu kat abang dia kata tiket bola dah habis. Padahal pergi kaunter pun tak. Tambah mr. edy, kita ni nak gembira satu hari tengok bola atau nak menangis sebab tak balik kampung raya nanti. Iyelah keje mr edy kan base on 'on call job'

Jadi melepaslah diorang nak tengok bola kat KL malam ni. (dalam hati aku menarik nafas kelegaan.)


*aku tak berapa gemar dengan semangat patriotik orang Kelantan. *Salam Ramadhan semua....

Sakit sakit pun kuat makan

Dah tiga hari hakeem alami cirit birit sejak makan nasi goreng USA hari tu. Tapi syukurlah tak demam dan tak banyak ragam. Tetap aktif xpecially time makan.


Kalau nak tahu ini mangkuk mee yang ke-2. Tapi taklah hidangannya sebanyak orang dewasa.


Salah satu perangai hakeem adalah nak makan sendiri. Kena ada sudu dan pinggan untuk dia. Kalau tak ikut kehendak dia sila bersiap sedia hakeem akan melolong macam orang kena sebat.



Mama malas nak bagi hakeem makin sendiri sebab inilah. Bukan sahaja mulut comot tapi habis baju. Pas makan cam biasa kena mandi dan tukar pampers semula sebab dah cirit birit balik. 

*sofea tetiba plak demam. cepat-cepatlah sembuh anak2 mama ni....

Beg telekung jadi beg pi Mydin

Haa... ini beg terkini hasil projek jahitan aku. Sesuai untuk letak telekung kanak-kanak je aku rasa. Aku try combinasi dua warna.

Aku buat malam ahad hari tu sebelum aku sakit.  Dekat 3 jam jugaklah nak siapkan beg ni. Penat.....

sori atas view yang buruk. semangat menjahit smpi tak ada masa nak kemas.

Hasil jahitan guna baju blouse dan baju kemeja. Kain warna hitamputih tu adalah my blouse. Blouse masa zaman anak dara. Dan kain kotak-kotak tu baju kemeja mr. edy yang dah koyak.

Di sebabkan kain ni jenis lembik hasilnya beg ni pun jadi lembik. Tapi dah selamat bawak jenjalan pi mydin. Tak jadi buat beg telekung. hahaha...

This beg mr. edy suka sangat. Katanya cantik. Cantik ker? For me biasa-biasa jer. Kain tak lawa...


* My target satu minggu satu hasil jahitan.

Ramadhan...I'm not very well

Actually dah nak masuk tiga hari badan ni rasa tak sihat. Walaupun blog tiap-tiap hari berupdate tapi tak bermakna tuan blog sihat yea. Projek jahitan pun terpaksa aku lupakan seketika.

Sempena nak menyambut kedatangan ramadhan almubarak ni aku nak bagi sedikit tazkirah kat u all semua. Ok tak ada maknanya nak bagi ceramah bagai.

For me perkara wajib yang perlu dilakukan sempena nak puasa ni ialah ganti puasa dulu. Alhamdulillah hari isnin lepas aku berjaya habiskan puasa ganti. Dah nak datang bulan Ramadhan sekali lagi baru nak ganti puasa tahun lepas. Teruk betul aku ni...

Mr. edy yang seakan memahami kepenatan isteri dia, awal-awal lagi dah bagi green light buka puasa kat luar. Jadi aku cuma perlu masak tengahari untuk anak-anak. :-) (suka)

Petang masa nak berbuka puasa, mr. edy just beli nasi goreng USA dan air tembikai laici sebab sofea dah tertido awal pulak. Tak jadilah kitaorang nak makan kat luar.

Dengan sebungkus nasi goreng USA tu aku, mr. edy dan hakeem berkongsi makan. Bukan tak mampu nak beli banyak tapi memang aku suka cara cam ni. Selain mengerat ikatan kasih, ia sebagai langkah mengelakkan pembaziran (ayat apakah???)

Ingatkan bahagia tak payah memasak akan berpanjangan, rupanya hujan di keesokan harinya. Esok tengahari hakeem tetiba muntah dan mengalami cirit birit. Aku pulak pening kepala dan demam. Mr. edy pun sakit perut. But sofea relax jer. Sebab dia sorang je yang tak makan nasi goreng tu kot.


Korang dah sedia ker nak sambut Ramadhan sabtu ni? Sedia ke tak puasa tetap puasa.... But satu jer nak pesan juadah buka puasa nanti jangan beli kat luar, tak elok.



* 2010 dapat puasa penuh sebab mengandungkan hakeem. 
2011 tak cukup puasa 2 hari sebab tak larat. 
2012 harapnya nak puasa penuh tapi ibu yang sedang menyusu anak di usia setahun lebih cabarannya besar jadi ada excuse dalam menjalani ibadat puasa.. (alasan!)
- xdapat nak buat hetrik -

Projek jahitan kedua, ketiga dan seterusnya

Masih lagi dalam mood menjahit u all. All my family sekarang terpaksa melayankan kerenah menjahit aku ni. U all pun mari layan hasil jahitan yang aku buat.

All item material by levis 501 fabric.  Seluar lusuh lutut koyak mr edy. :-) 

Ini purse kecik. Cadangnya nak bagi kat kawan my sis. Tapi sayangla pulak.

Ini purse jugak.
Kecik je sebab kat rumah hanya ada zip size ni je. Hope untuk next project mr. edy or my sis akan temankan  aku pergi kedai jahitan. so boleh varietykan size and design.




Ini lebih kurang pencil box. 
Tapi macam xmuat nak letak pen dan pencil coz kecik sangat. Letak gincu oklah kot.

* bahagian belakang beg.

* bahagian depan. 
cadangnya nak letak reben ke bunga ke kat atas tu baru nampak ladies skit kan. Tapi  bahan-bahan xbeli lagi.
*Bahagian dalam ada poket. 

haa.... yang ni beg yang direquest oleh my sis. Kakak aku nak letak jug air dia untuk bawak gi opis. Tak agak-agak nak letak botol air dengan kain jens ko.. buat beg ni patah sebatang jarum aku. huhuhu....


*sori lately banyak story pasal jahitan jer. Excited. Harap xboring baca. 
*This entry dedicate to sis wok.

Projek jahitan yang pertama

Untuk projek jahitan yang pertama ni aku nak tumpukan pada pembuatan beg. (gaya penulisan macam usahawan dah).

Aku pilih material daripada kain jeans. Tak tahulah kenapa jeans menjadi pilihan untuk aku memulakan ekperimental menjahit. Mungkin sebab jeans jenis keras dan senang nak dibentuk. Kalau nak buat dari material kain cotton keras kena beli.

Jeans ni mr. edy punya. Dah koyak lutut. Jadi sesuailah untuk aku yang baru nak mula-mula cuba jahit. Dah pandai nanti baru beli kain memahal sikit. Act. dah lama dah tak pegang mesin jahit. Kalau tak silap hampir 5 tahun +++. Lama kan??


Bahagian belakang beg.
Bahagian depan bag. Levis 501.


Beg ni aku bagi kat mr. edy guna tuk letak resit, D.O lori semua. Macam beg conductor bas pun ada.. hi3..

Mr. edy memang pencintai Levis. Dia yang bagi sedikit sebanyak idea untuk decorate this beg. So he deserve tuk dapat beg ni.

Macam mana ? Ok x ? Plz comment.....

Sudut kreatif anak-anak

Kat rumah aku ada satu sudut kat tepi rak TV yang jadi port sofea untuk tepek semua sticker yang dia mama dia beli. Sticker-sticker ni semua sofea beli di Giant, Putra Height. Asal masuk giant memang kedai sticker nilah yang ditujunya. Itu yang aku benci nak ke giant.


Bukan setakat tampal sticker, siap buat mural lagi. Habis semua dinding-dinding rumah. Budak kecik....Tegur macam mana pun memang diorang tak makan saman. 

Jadi langkah terbaik jangan cat rumah. Tungu diorang besa dulu. Hahahaa....


Tengah buat art dan design tu. Pas penat sofea akan duduk atas rak TV sebelah tu....



Mama dia ada meja komputer untuk berblog, mesin jahit as hobi so sofea pun tak kalah nak jugak berseni yea... 

Inilah sudut kreatif sofea. Ada Upin Ipin, Boboi boy, Naruto.......... hakeem follow je apa kakak dia buat.

Barang idaman saya

Tiba masa untuk mendedahkan apakah sebenarnya barang idaman aku. Suspen je bunyi.... :-P

Akhirnya tercapai jugak hajat nak beli benda alah ni. Dah lama dah mengidam nak beli tapi setiap kali ada duit rasa sayang nak melabur ke barang ni.

Barang idaman saya ialah MESIN JAHIT.

Mesin jahit ini model Singer 2250. Kalau harga installment RM 799.00. Tapi sebab aku bayar cash only RM 700.00. Bolehlah. Ini je yang mampu.

Owh fyi, aku beli mesin ni kat giant, putra height. Dekat je kat rumah. Daripada sibuk-sibuk hari tu cari kat Shah Alam punya jauh. Tak pelah.. tak trade in mesin jahit yang lama tu pun harga still under budget lagi.

Actually kedai jual mesin jahit ni kat Keramat, KL. Tapi diorang ada bukak booth kat Giant, Putra Height that time. Memang dah jodoh aku nak beli dengan diorang.



*Nanti aku tunjukkan hasil jahitan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Dah banyak dah aku jahit sebab dah seminggu mesin jahit ni aku dapat.

Photoshoot Sofea & Hakeem with beg

Kali ni turn update pasal anak-anak pulak. Cerita dah basi jugak ni. Iyelah lama tak update. 

Kisahnya satu petang tu sofea bukan main nak melaram dengan beg lappy aku dan beg nursery dia. Macam-macam perangai sofea ni.

Jadi masa aku talakan kamera macam-macam aksi dia buat. Dah macam model pulak. Aku layankan jer kerenah diorang ni. 

Even kadang-kadang tu kalau aku tak nak tangkap gambar pun sofea duk mintak nak bergambar....






gaya dan aksi spontan dari sofea bila aku mula tangkap gambar.



Hakeem pun sama jugak nak interprem.

Anak-anak mama. Proud of u.

*Photoshootlah sangat kan.....:-)

Misi mencari barang idaman

Setelah sekian  lama tak dapat update blog, hari ni aku pulun nak taip entri sebanyak yang boleh kalau larat. Jadi entri ini dan entri dua tiga hari akan datang adalah entri auto publish sampailah my lappy siap di baiki.


Jom aku nak mulakan story pasal misi mencari barang idaman yang aku pernah mention nak beli itu hari. Setelah ditimbang tara aku decide nak beli kat kedai area Shah Alam. Walau pun jauh dari rumah tapi hanya kedai ni je yang boleh menjadi pilihan sebab kedai ni boleh trade in barang.

Petang sabtu tiga minggu lepas (lama giler story ni) bermula misi mencari barang idaman yang pernah aku pernah mention. Before pergi, aku dah siap-siap call owner kedai tu suruh nantikan kedatangan kitaorang.


Macam yang aku mention duit nak beli barang idaman aku tu adalah hasil dari duit syiling simpanan selama tiga tahun, duit business, duit nuffnang dan sedikit duit my sis. :P. Jadi masa dikedai tu memang dalam otak dah set nak beli barang yang price dalam range yang ada dalam budget.


Masalahnya bila sampai kat kedai tu, owner kedai asyik push push suruh beli barang yang harga out of my budget. Harga riban riban. Siap suruh buat instalment lagi. For me kalau beli kereta bolehlah nak buat instalment. Memang tak mampu nak beli cash. Ini barang biasa-biasa jer.


Owner kedai kata alang-alang beli biar beli yang elok terus. Puas hati. Bagi aku sukati akulah nak beli barang harga murah ke mahal ke kan. Janji boleh pakai. Yang penting jaga elok-elok sudah.


Aku tak sukalah orang push-push. Last-last aku blah je dari kedai tu pergi cari barang idaman hati kat kedai lain. Tak kisah lah tak boleh trade in ke apa. Janji tak sakit hati.

Padan muka itu owner dari ada nak dapat untung sikit disebabkan tamak langsung tak dapat untung.


* nak tahu apa barang idaman tu tunggu yea next entry.

Hello.... i'm back because this email??

Dah lama rasanya tak upate blog. Almost 3 week. Komputer rosak sebab tu tak dapat bersiaran. Anyone miss me???

Ini dapat taip entri baru pun sebab pinjam netbook abang ipar. Walaupun sebelum ni aku ngan abang ipar bukan rapat mana pun. Nak bercakap sepatah pun payah. Tapi dah orang nak bagi pinjam kita ni kecil tapak tangan menerima dengan hati yang senang.

Hakikatnya kalau mr. edy tahu aku on lappy abang ipar aku ni mati aku dimarahnya. Mr. edy bukan suka aku pinjam-pinjam rete orang. Iyelah kalau rosak sape nak tanggung. Mr. edy lah kena tanggung bayarkan??.. kih kih kih..

Nak tahu kenapa aku ketegaq sangat tak nak dengar nasihat mr. edy? Sebab bangun pagi tadi, bukak hp tetiba tengok ada satu email yang yang sangat menyentuh perasaan...

sila baca dengan teliti...

Nampak tak isi kandungannya. Touching. Bangga pun ada.... Tu yang semangat waja aku nak menaip.

Rupanya ada jugak yang suka dengan blog Azi Azidah ni... Lelaki pulak tu...... 0_____0.

Update pasal anak-anak

Bukan nak update pasal anak yang lebih. Lebih pada nak tepek gambo anak-anak. But gambar ni pun dah out to date. Dua minggu lepas. Masa kitaorang beriadah di Taman Tasik Shah Alam.


Perangai sofea yang aku perasan kalau pakai baju yang macam ladies sikit memang tak boleh blah. Asih rebeh ke bawah jer. Lebih-lebih lagi kalau pakai baju yang tali halus. Siap nak tanggalkan baju tu lagi. Tapi kalau pakai baju ala jantan smart jer.

Hakeem dengan botol pun jadi nak main. Asal kita follow jer apa kehendak dia, oklah. Kalau tak, confirm nangis.

Zoom out anak jantan kesayangan aku nih.

Dua beradik yang saling menyayangi. Mama pun sayang kamu.

*BE ke-4 & ke-5 dah jadi ME. Now BE ke- 6 sedang running. 
That why kena update blog :-)
Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY