30 November 2013

Diskaun tudung 15% di tudung2u

"Sticky Post 
For new entry please scroll down"

Korang... saya ada satu berita baik buat-buat yang bercadang nak beli tudung. Kalau korang berhajat nak beli tudung aku nak syorkan satu blogshop online. Selain tudung dia cantik, harga dia murah oi daripada harga pasaran semasa.

hah sila jangan tak percaya. Sehelai RM 6.00. Awesome tak...





Tak suka tudung bawal. Shawl pun ada. Yang halfmoon yang labuh semua ada. Kegemaran i shawl shawl ni. Harga wallawei sembilan belas ringgit ke dua puluh dua ringgit sahaja tu. Kat luar aku survey memang tak mendapat la rege gini.




Tak suka jugak shawl, jangan risau jenis awning ada. Aku tau korang jenis nak senang. Main sarok je kan. Bunga-bunga tu cantikkan. Aku suka.


Tak tertarik lagi. Tak tahu la aku. Rambang mata aku nengok tudung kat sini.  Bukan itu aje kerongsang dan anak tudung pun diorang ada jual.


Aku suka yang kerongsang pink. Wanita dan pink mana boleh dipisahkan. Tapi dah kehabisan stok pulak.  Putih mata..

Haaaa korang yang dah berkenan tu apa lagi jom pakat serbu TUDUNG2U.COM (Klik) .  Nanti lambat habis pulak kang aku tak tahu. Banyak sangat yang dah sold outnya ku tengok.

Tapi sebelum tu kalau korang order sebelum 30 NOVEMBER 2013 tudung2u.com bermurah hati nak kasi diskaun 15%. Taknak ker?

Beli tudung enam hinggit, dah la murah, dapat less 15% lagi. Satu tudung RM 5.10 sahaja. Terjojol biji mata. Tak awesome lagi. Postage pun murah RM 5.00 sahaja untuk semenanjung. 

Kalau nak murah lagi pakatlah ngan kawan-kawan order sama jadi boleh bahagi sama rata harga postage tu. Tak reti-reti lagi itu pun nak aku ajar ke. 

Untuk dapat less 15% ni, korang masa order jangan lupa letak kod voucher AKC2013.

Voucher ni khas untuk pembaca blog ini sahaja tau. Dah pergi order cepat kang dah kehabisan stok tak dapat aku nak tolong. Tolong mimpi jelah...


29 November 2013

Dua beradik time baik

Pagi tadi dua beradik ni datang opis sekejap. Lebih kurang dua jam. Mr. mama drop sebab ada kerja kat putrajaya. Then dalam pukul 12.30 hakeem dah balik. Tinggal sofea teman mama sampai petang. Budak ni memang suka duk opis. Dapat tengok youtubes xde buffer buffer. Pulak dah ada member opis yang bawak anak lebih kurang sebaya sofea. Sukalah ada kawan. Itu hari ni...


Yang ini empat hari lepas. Mr. mama outstation. Semua urusan bundle, anak-anak aku kena handle. Kalau tak outstation pun aku handle jugak haih.. Suami isteri wajib tolong menolong. Mak dah tak de. Mak mertua duk jauh 8 jam dari kl. So kita berdua kena bergandingan bahu walau apa pun yang jadi kan pa..

Buruknya view rumah aku ni kan. Kalau banyak duit, impian nak bina kilang bundle. Tolong doakan moga impian tercapai. Kak jiah minggu ni kita sama-sama kemas nak. Kata nak cari duit lebih kan.. (-.-)


Kalau takde mr. mama aku pun takde nak keluar-keluarnyer. Ada mr. mama pun aku tak keluar. Pendek kata dunia aku banyak kat rumah dan anak-anak jer. Takat bawak anak gi taman kat giant putra height tu ala. So boring-boring tara tak de customer kita kutip buah rambutan. Sekarang ada empat pokok rambutan tengah lebat berbuah. Kalau ada yang ngidam nak makan rambutan boleh datang beli. Panjat sendiri ok. Indonla selalu datang beli. Melayu non ada. Indon ni memang pandai mencari benda nak murah sesaja. Ermm.. hari tu baik dan rajin anak dara dan anak jantan aku tu together together angkat plastik rambutan.



Khusyuk sambil tengok tv makan rambutan. Tak sempat nak penuh tupperware tu dah di ambil satu satu masuk mulut. Tu yang mengazab sakit tekak memasing.

Buat beg sekolah sofea

Bila mood terlebih rajin, macam ni lah. Semua benda nak dijahit. Kalau boleh seharian nak duduk dengan singer tu. Bila rajinla... Bila malas amik ko, ada sebulan tak bersentuh. Sian singer dalam bilik tu tak dapat mengaum. Sian jugak orang yang duk tunggu-tunggu. 

Oh ya mesin jahit tu dah lebih setahun. Dulu selalu jadi jahitan tak cantik. Tapi la ni singer ni behave pulak. Macam tau tau je warranty dah tamat. Dulu semalam keluar dengan mr. mama baru perasan kampung sebelah ada kedai singer. Itu pun mr. mama yang cakap. Kalau tidak harap jadah tak tahu. So lepas ni kalau jadi apa-apa kat singer dah tak risau nak kena pegi pusat bandar puchong or usj. Bawak sendiri pun tak de hal.

 
 Backpack tadika sofea. Berabad jugak nak siap ni. Tapi sebab dah xlama dah nak sekolah gigih aku jahit. Ingatkan kat penutup tu nak letak nama sofea tapi bila dah siap beg ni dia tak berapa nak suka pulak. Terbantut terus nak bubuh nama. Nak beg dora katanya. Sabar jelah mama.

 Kali ni dalam pulak kita letak jeans sebab luar dah guna kain heavy cotton. 
Macam cantik jer.. kan? (-..-)

Coz ni beg budak tali aku buat tak berapa panjang. So kalau mak budak nak pakai tak berapa cun.


Boleh jugak jinjit.
Sofea kena pakai jugak beg ni tau! Penat mama jahit...

28 November 2013

Yakinlah rezeki Allah

Tiga hari aku cuti. Tak sihat plus anak ler tak de orang nak jaga. Nasib baik dah nak hujung tahun. Cuti pun dah nak licin. Tiga hari jugak blog tak update. Sebab kat rumah dah tak de line tenet. Huhuhu.. Malas nak citer pasal berukband aku tu. Apa ada hal. Tiap hari datang opis pun ada internet. Update kat opis je la. Kalau malas aku draft dulu dalam word pastu kat opis copy paste je. hihihi...

Sekarang bukan macam masa mula-mula kerja dulu satu PC kena kongsi sepuluh orang. Hazabnya masa mula masuk keje dulu. Sekarang kerani sambilan pun ada pc sendiri. Beruntung...

Pagi ni upload gambar beg jeans after dah lama kot tak citer pasal beg jeans ni. Daku malas betul sekarang nak pegang mesin jahit. Beg ni member opis tempah. Dah beramat lamanya. Ada dalam tiga empat bulan kot baru la ni siap. Sejak tolong mr. mama berniaga masa macam tak cukup. Ku hanya rajin menjahit bila poket dah menipis. kuikuikui...


Pas post ramai pulak yang pm dan nak tempah. Cantik katanya. Alo korang ni suka camni. Terharu i. Tampa kang. Rezeki sofea ni. Tahun depan nak sekolah banyak nak pakai duit. Aku selalu terfikir Tuhan itu Maha Adil, Maha Pemurah, Maha segala-galanya. Pernah tau satu hari tu, duit aku tinggal dua ringgit je dalam purse, Tuhan je lah tahu macam mana esok aku nak pergi keje. Tup tup ada je rezeki yang tak disangka.


*yg dah ada tempah, aku tak siap lagi tu dalam proses ye, very very soon*


23 November 2013

#Bundle Collection : Beg letak mainan anak

Aku memang stress kalau balik keje tengok barang mainan bertaburan atas lantai. Tiap hari gitulah. Balik keje kena kemas. Sebab mr. mama okey je anak-anak nak main lagu mana. Nak bawak masuk dalam bilik pun tak pe. "macam ni pun kira sepah ke ma, sepah ke ma". Ko jangan pa, mama tak boleh sepah sepah. Kepantangan. Kang aku stress.. Bebenda kecik tetajam pulak tu mainan depa, bila baring atas katil kena kat badan sakit oi.

Ada kan keluar magazine ibu bapa yang ajar anak depa hanya boleh main dalam bilik je. Mainan tak boleh bawak keluar dari bilik. Aku la kalau boleh mengajar gitu ke anak-anak alangkah bahagianya. Nak buat cam tu kena ada cooperate antara laki bini. Dah laki aku gitu redha sajalah... Sepah kita kemas. Kemas kita sepah, sepah kemas balik.

Anak-anak pun pantang aku kemas sikit mula nak sepahkan balik. Kalau dah bersepah reti pulak main benda lain. Mainan yang sepah tu dibiar je, taknak pulak main. Mainan pulak makin hari bukan makin kurang bertambah adalah. Tak beli kang kesian. Kata pakar motivasi ke apa barang mainan budak yang rosak/pecah tu jangan dibuang. Budak-budak ni kenal barang diorang dari kecik. Kalau kita simpan kira kita ajar diorang menghargai barang gitu.


 Okla okla pasni aku tak buang dah barang-barang yang memang layak dibaling kebakul sampah sebab aku dah ada beg bundle ni. Laju je kepala otak aku nak guna buat apa. 

  
Buat letak mainan hakeem sofea sangatla bagus. Beg tebal. Dalam luas. Banyak poket. Nampak cantik je kalau nak letak kat mana pun. Poket-poket tepi boleh letak patung-patung kecik. Senang diorang nak cari nanti.


 Tapi barang-barang yang besar aku still letak kat rak tu. Kalau semua nak sumbat memang le tak muat.


 Sofea suka tak rumah kita kemas. Sukaaaaaaa..... 
Esoknya aku balik keje cepat cepat sofea kata ma pia nak kemas mainan sejap. 
hai budak-budak dapat tahan sejam rumah bersih tu pun dah kira syukur.

22 November 2013

Mr. Mama in d'house

 ooo.. ini keje korang ek masa mama takde rumah. Ni aku tangkap masa balik dari keje. Tengok diorang semua terbungkang. Sian lak expecially hakeem. Kalau bangun dari tido nampak mama dia terus nangis macam orang kena sebat. Rindu benar agaknya 9 jam kena tinggal.

Sian jugak dengan mr. mama sebab tido tak tentu masa. Walaupun jadi mr. mama tapi bukanlah fully buat keje suri rumah. Kena uruskan bundle. Tido pun selalu lewat. Lately asyik ujan je kat, so aku dah hand over jemur kain kat mr. mama. Nampak berjaya jemur dan angkat sebelum hari hujan. Syabas pa... Masak, basuh baju, basuh pinggan memang pepagi aku dah siap buatkan. Kesian ko nak suruh laki buat semua tu, bukan dia keje yang ringan. Tapi tiap hari kena buat kerja guna tulang empat kerat. Pakai kudrat punya keje...

 
Walau pun surarumah tapi mencari nafkah tetap tanggungjawab suami. Itu yang orang tak faham. Eh laki ko jaga anak jadi tak kejelah... ermmm....



19 November 2013

Longggg Short

Sejujurnya aku rindu nak hantar sofea kat taska JKM tu. Banyak perubahan hantar sofea kat sana. Macam malam tadi aku sibuk main tab tetiba dengar sofea cakap long... short.... Siap bukak tangan luas luas masa sebut long tu. time short katup tangan. Terkagum sekejap mak. Mana taknya dah lama dah tak hantar. Almost dua minggu. Baru ni dia aplikasikan apa yang dia belajar.

Bila aku tanya sofea belajar kat mana ni. Kat sekolah yang mama hantar tu la kata sofea. Aku ingat kot kot mr. mamala mengajar.  Manalah tahu. Mr. mama tu bukan betul. Kalau datang angin rajin dia, bolehlah tengok dia mengajar, bersihkan rumah, mop, masak bagai. Tiba datang malas, dialah tukang sepah nombor satu. Selalu memang malas je yang datang. kohkohkoh.. Rajinnya sekali sebulan pun payah.

Bila tanya sofea tak rindu ke kat sekolah. Kat ella ngan iwan ngan iman. Selamba je jawab takkkkk... Pia kan rindukan mama je. Mama janganla pergi keje. Mama ni asyik keje je.. Adeh.. Kalau tak keje camna nak ada duit nak oi...


#Bundle Collection : MY first boots

Walaupun masa cuti tanpa gaji aku ada sikit sikit bercucuk tanam. Cili api, daun sup ngan pokok bunga je punnn.. Itu pun semua dah mampus.. hahaha.. Pokok cili tu aku tak siram. Letak pulak kat tengah panas terik. Melayu habis. Pokok bunga aku pulak dah kena timbus dek baju bundle. Grrr je ngan mr. mama. Tak bolehla bini nak berbakti pada tanah sikit. Tapi idakla aku ada kasut but (begitu ke ejanya). Gilo setakat tanam pokok bunga jirus pun macam tak jirus nak berkasut but bagai. Lainla arwah mak dulu tiap pagi sebelum aku gi keje dah pegang cangkul pi bersihkan semak. Buat batas, tanam pokok ubi. Rajinnye lahai arwah mak dulu....

Warna ungu u... Sedap tau kasut but ni. Tak macam kasut but jenis getah zaman mak aku dulu. Ringan je. Sekarang kan musim hujan. Lecak jalan nak pi jengok bundle belakang rumah aku tu. Kenalah pakai kasut but. Nasib my bundle ada jual ni.


Aku jual RM 10.00 tak ada orang nak beli. Mahal. Tak nak sudah aku pakai sendiri. 
Crocs tu...


18 November 2013

Ada hikmah disebaliknya

Last friday pergi amik deposit dekat tadika yang tak jadi tu. Jumpa dua orang teacher india kat situ. Diorang tengah turunkan rail langsir dan kemas-kemas semua buku. So memang betullah tadika tu nak tutup. First impression masa teacher shanti call tu, aku ingat sebab aku bayau deposit lima puluh je. Pastu bulan sebelas dan dua belas diorang mintak bayar half half. Tapi aku tak bayar. Ingat nak bayar bulan 12 terus. Kotla sebab tu dia nak reject anak aku. Tapi bila datang tengok diorang dah kemas-kemas memang betulla tadika tu nak tutup. Sebabnya owner rumah tu dah jual rumah tu. Tak faham aku. Dah ada penyewa yang sewa tiap-tiap bulan, nape still nak jual jugak. Market kat putra height tu tinggi pe. Lebih-lebih lagi corner lot.



Sebelum balik teacher tu bagi buku buku persediaan untuk memasuki tadika. Banyak jugak dalam 5/6 buku kot. Tak kira. hehehe... Rezeki sofea. Suka dia baca buku buku tu...

Dan aku dah amik jugak susu, bedak, shampoo/bodywash sofea kat taska. Buat pe hantar lagi kalau memang next year kena cari taska lain jugak kan. Ada hikmah kot. Mungkin tuhan nak aku hantar anak aku kat sekolah agama dulu kot ye....


14 November 2013

Dugaan lagi

Aku ingat kepala aku dah boleh berehat fikir pasal tadika sofea. Tapi tidak. Rupanya tuhan masih nak menguji. Ingat entry tadika pilihan aku. Berkubur harapan nampaknya nak hantar sofea kat situ. Baru jap jap tadi owner tadika call kata tahun depan diorang tak jadi bukak sekolah kat situ. Diorang nak tukar kat kg melayu subang. Pulak dah. Boleh gitu. Pengsan. Tak larat dah aku nak mulakan semula pencarian tadika yang bercirikan idaman hati. Betul betul stress nih!

Sebab aku tak jadi hantar sofea kat tadika tu secara automatiknya taska JKM yang aku suka tu pun terpaksa aku rejectkan. Padan aku mcm malas je nak hantar sofea dalam seminggu ni. Minggu ni 4 hari straight memang aku tak hantar sofea ke taska. Petanda rupanya... Petang ni nak amik botol susu ngan susu pia yang tertinggal kat taska tu. Pehtu nak tanya bolehkah dipulangkan balik duit yuran bulan November mak incik. Berdoalah.. Bulan nov hantar satu hari je..

Dengan keje baru yang tak settle settle ditambah dengan masalah taska/tadika, buat aku rasa nak cuti tanpa gaji balik

mama stress pikir pasal tadika kakak tau!

13 November 2013

Mood

Dah empat hari aku tak hantar sofea kat taska. Dah mr. mama bila aku tanya nak hantar ke tak. Mama macam malas nak hantar. Lagi pun pagi asyik hujan. Pia pulak demam. Terus pulak mr. mama jawab tak payah laaa.. Aku kalau laki dah kata macam tu memang tu yang aku suka. Malas aku nak berpatah balik rumah taska rumah opis. Makan masa dah 15 minit. Kalau keluar 6.45 cun cun dekat 7.30 aku sampai opis. Tak mo la punch ngam ngam 7.30. Dahla aku balik sharp sharp 4.30. Tak de bertangguh seminit pun. Koser nak duduk opis lelama. Rindu anak laki oooo... Masa itu emas. Banyak lagi benda kat rumah yang aku nak buat.

Tu ha orang order beg jeans tu dah berbulan aku tak siap-siapkan. Dalam hati tiap hari tanamkan niat balik keje dah siap masak, urus anak, mandi nak jahit barang sejam dua. Pastu baru tido. Tapi belum pukul 10 aku dah terbungkang dengan hakeem. Cam na nak siap. Customer yang repeat order pun tahu aku ni kalau order dua tiga bulan baru siap. Tapi jangan risau ye customer customer saya minggu lepas saya dah mula pegang mesin jahit. heee... Siap buat beg sekolah tadika pia lagi. Untuk beg pia, aku tak guna beg jeans, aku guna kain heavy cotton corak cartoon. Nanti aku show beg tu eh. Mana tahu ada yang berkenan boleh order tuk anak uolls. Tapi tak jamin bila siapnya. hahaha...

Now dah tiga hari aku duk study keje baru. Penyesuaian baru. Katanya satu. Bila semak ada tiga pecahan kod pulak. Bos bos ni alahai.... cer la sebelum nak bagi apa-apa korang pun studylah dulu. Ni main bagi je. Beban semua jatuh kat orang bawahan. Hari ni memang stress giler. Sampai boleh termarah kat orang. Kendian rasa menyesal. Dah marah baru nak menyesal tak gunakan. Orang dah terasa....

Itulah bising lagi keje tak de keje tak  de. Kan tuhan dah makbulkan doa tu bagi keje bebanyak. Bila keje ada bising jugak kenapa kenapa diorang pilih aku. Kenapa bukan orang lain. Mementang aku baru masuk keje. Ini kalau tak dapat khidmat cemerlang tak tahu ler kan. hahaha... hover.. keje tak sampai setahun dah berangan khidmat cemerlang. Orang lain bertahun tahun belum tentu dapat. Berangan itu perlu. Dari angan angan barulah jadi impian. Ye dak?.

Walaupun aku letih keje, memasak tetap wajib demi mengikat kaki laki. hihihi... Semalam sebab lauk pagi yang aku masak banyak lagi jadi petangnya aku buat puding nata de coco. Puding ke agar-agar ni. Seumur hidup masa mak aku ada rasanya ini antara benda yang mak aku tak buat kot. Ke ada kak jiah. Jadinya aku bukanlah pandai kalau orang suruh buat puding/agar-agar. Since blogger selalu post buat puding buah/milo/oreomilo & seantero. Aku pun berjinak-jinak belajar. Sekarang dah expert dah. Kejayaan terbesar berjaya buat puding milo oreo. hihihi... Tapi lecehnya lahai nak melayer-layer bagai. Mr.mama pun kurang minat. Yang dia minat lengkong tu.. Old skool sungguh laki aku ni. Ingat lagi masa zaman bercinta aku kata nak makan chicken foldover kat McD tu dia suh aku yang order sebabnya dia tak reti nak order fast food. Kah kah kah... Sama la kita orang kampung....


Inilah puding nata de coco semalam. Selalu orang buat guna buah koktel tu tapi aku tak minat so tukar letak nata de coco. Agaknya dua beranak kat rumah tu dah membaham gamaknya... Pia tak minat.

Resepi : (kotla kakak aku tu nak buat kan)

1 paket agar-agar (aku guna agar-agar tali sebab senang nak sukat)
1 tin susu cair (aku standart guna gold coin, itu yg paling murah :-)
1 bekas nata de coco perisa laici.
2 cawan gula 
Air ( 1 1/2 plastik agar-agar)

Cara : Didih agar-agar dengan air sampai larut, masukkan gula, kacau sampai larut jugak. Last masukkan susu cair. Kacau seketika. Dah siap. Boleh masukkan dalam bekas dan tabur nata de coco. Nata de coco je tau airnya tak mau. Then sejukkan dalam peti ais.  Pastu dah boleh makan... Nyum nyum...

Letak gambar seketul. Gambar semalam masih boleh senyum hari ni dah tak boleh rasanya...


11 November 2013

Menu hujung minggu

Aku rasa daya ingatan aku tinggi. Opismate pun cakap. Dalam otak aku selalu berlegar-legar semua kejadian dalam hidup aku. Walaupun banyak urat saraf dah putus masa beranak... Apa yang berlaku aku selalu recall dengan perkataan dan perbuatan balik. Biasanya perkataan la.

Macam sorang opismate ni tak suka makan taugeh dalam mee/bihun. Khasiat taugeh baca SINI. Pastu bila aku nak masak/beli mee/bihun/taugeh aku mesti ingat kat opismate ni. Bagus aku ni ingat kengkawan. mihmihmih. Pehtu kalau jumpa opismate ni tengah breakfast aku bahankan dia. Apa barang tak makan taugeh. Khasiat banyak tu...

Selalu aku bawak bekal kat opis lauk goreng goreng goreng. Ayam goreng, ikan goreng, sayur goreng. Jaranglah aku masak lemak cili api, kari, taucu & etc.. Nak cepat. Sorang lagi opismate aku kalau nampak aku makan mesti cakap ko ni memang simple je masak. Bagus betulla laki ko. Pastu pepagi ke petang aku masak mesti aku teringat kata-kata opismate aku ni. Ini kira tinggi daya ingatan la kan. Bab menyakat pun aku tinggi. Aku membahan orang, last last orang membahan aku balik. Tapi tak pe, bahan korang buat aku motivasi diri. Bahan yang membina. kihkihkih. Dah empat lima kali ko bahan aku masak cincai aku rasa diri aku termotivasi nak masak sesedap untuk anak dan laki.

So sabtu lepas aku keluar dari nichi menu harian aku. Selalu kalau aku masak ikan bawal sokmo aku masak ikan bawal goreng tabur bawang besar. Nah kali ni aku masak sweet sour ko... Laki aku tengok pun pelik. Apsal bini dia ni sejak dua tiga menjak menu goreng macam dah tak ada.


Bukan itu je tau, aku masak ikan dori goreng tepung.  Ikan dori ni boleh cicah dengan kuah sweet sour bawal tadi. Masa masak aku dah asingkan siap2. Aku tak gaul ikan dori tu dengan kuah takut kembang tak sedap. hahaha... menu 2 in 1. Sifat M belum terbuang sebenuhnya. Mr. mama meratah sampai keluar masuk dua tiga kali ikan dori tu. Sedap katanya nak nak cicah ngan kuah sweet sour.


Kemudian petang aku buat aiskrim pulak korang. Untuk hakeem dan pia. Diorang ni asyik mintak nak beli aiskrim je kalau pergi kedai. Rabak mak ko ... Okey aku tak pandai buat aiskrim marble bagai. Nanti aku study resipi yang banyak orang blogkan tu.  Semua demi anak tercinta. But now, aiskrim batang dululah ye anak-anak.  Mama dulu aiskrim ni je opah ko buat...


Resepi sweet sour. 
Tumis bawang putih, bawang merah dan cili merah dibuang biji yang dihiris hingga naik bau. Masukkan sayur campur. Masak hingga empuk. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, air & garam. 

Semua expert kan... Ni menu orang nak senang hidup. Nanti aku nak buat menu seminggu. Tunggu apa menu tu... Korang menu apa weekend?


08 November 2013

Bagus ker bagi tab pada anak?

Alooo rileknya anak bujang aku. Siap bersilang-silang kaki sambil main tab. Bertingkek tingkek. Sejak pandai tekan tab ni kan asyik "mama nak tom, mama nak boboy, mama nak bird". Tak kasi nangis. Cengeng betul.. Manja terlebihla budak ni. Bila tanya hakeem nak adik? suka baby tak? Angguk.. Kang bagi bebetul tahula...



 Time ni kaki dah terjatuh dia cuba lagi nak menyilang. Nak bergambarnye pasal. Cover cool giteww..


Dah boleh menerima camera. Sebelum ni asal tala camera mesti jerit marah. Tak suka. Budak ni sekarang sangat behave. Sejak kakak gi sekolah dia dah takde tempat nak ngadu. Dulu asal mama papa tegur terus lari kat kakak mintak peluk/pujuk. Now duduk ler ngan papa sampai petang. Mama kena koje.Cari nafkah..


Kata orang nak senang bagi je budak tab, diam ler diorang. Tapi haruslah dipantau kang ketagih susah. Baik buruk datang dari kita. Yang baik sonang keje mak mak. Buruknya....
 
Kesan penggunaan gajet yg berlebihan kepada kanak-kanak.

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) – Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.
#sumber


07 November 2013

Tadika pilihan & Taska tiada kelulusan JKM

Penting ke taska ada kelulusan dari JKM? ermm tepuk dada tanya selera...

Bukan aku kata taska tak de kelulusan JKM tak bagus. Rata-rata yang aku jumpa tak bagus.. hahaha... Kalau ada kelulusan dari JKM sah sah tahap kebersihan, keselamatan, pendidikan boleh di yakini. Bagi aku dak kisah benda ni semua asal sofea gembira dan dijaga elok sudah. Ai bukan ibu yang cerewet.. But kelulusan JKM sebenarnya penting. Kalau korang nak tahu kenapa penting boleh baca kat SINI. Boleh menjelaskan sedikit keraguan diatas beza taska berdaftar dengan JKM atau tidak. Walaupun ai bukan ibu yang cerewet tapi sofea kini dihantar di taska yang berdaftar di JKM. Bonus to me.... Penat cari punya cari, pilih punya pilih akhirnya terpilih taska berdaftar under JKM dan yang penting bukan dalam listing yang sebelum ni. Tahu tak taska kementerian yang aku hantar hari tu tak de kelulusan JKM. #urut dada. No komen. Faham nak dapat kelulusan JKM payah. Nak jugak komen ...

Taska ni jauh sikit dari rumah aku. Kat putra height. Kira kalau aku gi keje kena berpatah balik dalam 15 minit. Aku pilih taska ni sebab dekat dengan tadika yang aku nak hantar sofea tahun depan. So masalah taska & tadika sofea dah settle sepenuhnya. Tinggal mama papa cari duit bayar yuran sahaja. #pengsan.

Nak cari tadika pun bercinta jugak sebenarnya. Ada yang aku search internet dan ada yang sambil jalan-jalan nampak aku catit no tepon. Pastu aku call. Dekat sebulan jugak aku duk kepeningan pasal tadika ni. Pastilah ada kriteria-kriteria yang aku nak walaupun dijelaskan ai bukan ibu yang cerewet. Mesti korang nak cakap belajar kat mana pun sama. Pokok pangkal diri kita. Aku dulu pun tadika kemas je. Pastu sekolah rendah biasa. Result UPSR / PMR pun cukup makan. Until SPM baru aku pulun. SPM yang penting membawa kita ke jalan benar. hihihi.. Ayat yang sentiasa aku pegang. Tapi zaman sekarang takut pulak aku nak pegang kata-kata sebegini. Kena didik dari kecik. Kena cari sekolah yang ok dan yang penting ikut kemampuan

Kalau boleh aku tak nak tadika area puchong perdana. Jalan jem.. Nak yang ada day care. Nak yang ada advantage english/islamic medium. Which one.. Dua dua lagi bagus... So aku jumpa dua tadika yang betul betul aku suka. Yang penting ikut kemampuan ye dak. Kalau sebulan sorang anak taska & tadika lima ratus, pitam mak. Satu kat puchong perdana. Alamak tempat yang aku tak suka. Islamic based. Guna kaedah fonetik. Satu kat putraheight. English based. Guna pembelajaran paul and mary.

Setelah ditimbang tara, dilihat, difikir aku pilih english based yang membawa kepada penemuan taska sofea sekarang. Kalau nak tahu tadika ni owner India dan majoriti student pun India. Tak sedap bunyinya nih.. tapi sofea masa aku register hari tu suka. Kat sini aku nak kata budak non malay ni lagi bagus siap salam semua. Tadika melayu yang aku pergi tak de nye cikgu depa suh salam ke apa.  Ada belajar jawi seminggu dua kali. Uniform kena pakai skirt. Kira takdelah anak aku bertudung macam budak-budak tadika lain. Apa kisah dulu aku tadika kemas pun pakai skirt jugak. Aku ada diskus ngan mr. mama mana yang lebih baik. Nak hantar belajar agama dulu ke english dulu. Mr. mama kata baik hantar belajar agama dulu sebab otak budak cepat masuk. Kalau dah besar takut susah nak masuk otak. Tapi bukan semua yang kita harapkan akan dapat. Adalah sebab sebab tersendiri yang aku tak leh nak hantar kat tadika islamic puchong perdana tu. Yang pasti bukan sebab aku malas nak redah jem. Bukan jugak sebab yuran. Yuran registration tak yah cakap, setahun seribu ++. Mana mana tadika pun. Yang beza yuran bulanan tu je. Kalau nak murah daftar tadika kemas/abim/pasti/islam sajalah. Tapi itulah yang kat semua ni tak ada daycare kalau area rumah aku. Kena naik transport. I takutttttt....

Tadika english ni pun tak ada day care. Tapi taska yang aku hantar sekarang ni kata pengasuh boleh hantar dan amik dari sekolah tiap hari. FOC. Kira taska dan tadika selang beberapa rumah. Suka... Nak aku hantar sendiri time bila pulak aku nak pi keje. Tadika bukak pukul 8. Nak harap mr. mama takutlah pulak dia kena outstation ke apa. Itu yang aku perlukan daycare sebegini.  Lagi suka bulanan bayau dua ratus sahaja. Mana nak dapat sekarang. Paling murah aku survey dua ratus setengah. Yang ni aku macam curiga betul ke idak penyelia ni. Sebab dia kata dia penyelia baru. Hari ni baru aku nak membayau. Sama-samalah kita tengok. Buat masa ni sofea dah duduk taska lebih kurang dua minggu. So far ok. Walaupun tiap-tiap pagi drama sebabak air mata pasti berlaku...



Wedding customer yang mr. mama beria nak attend

Aku paling benci nak pergi kenduri kawin. Dulu ada arwah mak bolehlah tak nak pergi. Now dah jadi mak mak nak tak nak kena jugak sekali sekala mencemar duli. Kang nanti anak ko kawin tak de sape nak datang. Ada aku kisah? Puluhan tahun lagi tu... Ntah duduk lagi ke tak kat rumah sekarang.

Tapi mr. mama lagi tak boleh harap. Sepanjang kawin, aku rasa wedding yang kitaorang attend berdua hanya wedding kengkawan sahaja. Itu pun kengkawan dia okey. Kengkawan aku memang non ada. Sebabnya kengkawan rapat aku semua dah kawin sebelum aku lagi. Kira aku ni golongan kawin lambat. #sedih. 

Kalau wedding kat kawasan kejiranan aku memang haremmm. "Mama jelah pergi ngan k.jiah. Kalau anak tido takpe, pa jaga, jap je kan". Kalau diorang jaga sah sah aku kena angkut. Oh tidakkkkk... Mak stress bawah anak-anak ke kenduri. Satu diorang makan astagfirullah hala'zim aku nak memberus baju. Urut dada. Kalau dapat makan la... Kalau tak makan nasi beriani kosong. Kesian. Better tak yah pergi. Ayat orang malas...

Ahad lepas dunia nak terbalik kot. Dapat jemputan kawin dari one of mr. mama customer. Tanya mr. mama nak pergi ke? Cepat je jawab nakkkkk. Bila tanya kenapa beria nak pergi. Business kena jaga ma... Okey nak pergi pukul berapa. Kat sini tak macam kampung. Malam ko nak pergi pun tak pe. Biasa aku kalau gi kenduri ni pukul 12 dah siap. Ini kul 12.00 masih lepak-lepak. Pukul 1 masih duduk menyembang lagi dengan kawan sampai kul 2.30 aku dah nak lelap lelap mata baru kata jom sekarang kita berangkat. Ello senangnye lelaki. Tahu bawak diri je. Perempuan mana nak gosok baju, tudung, mandikan anak, make up.. Make up ke? Tak de isyarat apa terus nak gerak. Ingat dah tak nak pergi. Sabar je mak incik.

Sudahnya pakai baju modernmum nih. Mihmihmih. Tanda-tanda nak mengandung lagi ker ni. Kang pregnant ada yang stress. Tak pe kalau terkeluar lagi sorang aku belum terfikir nak ctg. Berdoalah.  So tak yah risau pasal kena tanggung keje ke apa. Silap silap time beranak nanti aku dah tukar tempat keje. (^.^). Berharap.


Us.

Bertiga. Susah nak berempatkan. Kamera hp. Kalau lima nanti macam mana gamaknya. Macam best je. Macam best je *baca dengan nada nyanyi lagu macam cantik je versi islamik* Macam comel je macam cantik je*. i suka lagu tu. #tetiba.

Okey dah sampai tempat kenduri. Tak sampai lima minit kalau nak kete. Tapi kalau jalan kaki berpeluhhlaa.
Budak ni kemain happy dapat pegi kenduri. Dapat pulak makan ayam golek. "Mama meh pia suapkan mama". Dah suap "ermm.. sambil angguk kepala". Solehah nya kamu. Sejebik ikut gaya aku berjaya suapkan anak-anak. Papa lepas ni kena adakan lebih banyak aktiviti outdoor tau..

Budak ni lost dalam dunia sendiri. Baru bangun tido. Makan pun tak nak. Bila orang nak amik ayam dia menangis. Touching sesaja .... Kakak nak kencing pun nak masuk jamban sekali.

Begitulah wedding yang penting kata mr. mama. Tak kenal pun sangat. Datang, salam tuan rumah, kencing. Sempat lagi meninggalkan jejak kennn. Makan menu ayam golek, air dalam sejarah wedding yang aku attend ada tiga jenis air. Air tebu, air asam boi & air asam tak boi (asam warna putih). Apatah nama air ni. Salam balik sambil hulur duit... :)


06 November 2013

Yeayy dah pandai minum susu botol


Cuti lelama banyak boleh tengok perkembangan anak. Best! Tapi bila anak-anak meragam terutama hakeem. Pitam!. Cengeng asyik nak nangis saja. Budak ni tak kena dengan jiwa sikit mula nangis.  Layan nangis tak layan lagilah nangis. Kalau dah nangis memang tak reti nak stop sendiri. Kena peluk pimpin tangan naik atas katil sua tetek  baru senyap. Selalu nak kasi senyap sua tetek. Dah sumbat mulut macam mana nak nangis. hahaha... Tapi tiba datang mood tak baik, pujuk pun tak jalan. Nangis macam orang kena sebat. 

Sabo je lah anak-anak...

Kejutan cuti empat hari cuti empat hari mintak nak minum susu botol. Susu tepung ni pun satu satunya susu yang dia boleh minum. Fernleaf. Memang ko ni oldskol dik.


 Kakak tak yah cakap. Pantang tanya nak susu nak sesaja. Rela minum susu dari makan nasi.

 But lama jugaklah nak menghabiskan 3oz tu. Pagi buat petang pun tak habis. Hisap pun sekejap sekejap lepas, sekejap sekejap sedut. Tak pandai lagi.

Kakak pandai dah nak jawab bila orang tanya nama. Sape nama? Pia. Siapa nama awak? Nama saya Aizara Sofea. Nurnya tertinggal. Perkembangan duduk nursery.

 

Bangga sangatlah anak dah reti minum susu botol. Padahal orang lain hazab nak berentikan anak memasing. Baguslah. Pasni boleh ku beri adik.. hehe...



01 November 2013

Menu lunch favorite kalau tak bawak bekal

Salam jumaat korang. *alim nampak*. 
Bersalam-salam bagai. Selalu tak pun. Perubahan sempena nak sambut tahun baru.

Ada tak jantan yang tak pergi semayang jumaat. Kat opis ni pernah ada satu orang yang boleh lupa hari jumaat. Pelik. Takkanlah member member tak ajak awak pergi semayang.

Jumaat jumaat ni ramai orang keluar. Tak pi alamanda mesti makan kat luar. Aku duk opis je. Boleh tido. Lagipun mr. mama tak suka aku simply2 keluar time opis. So sengsoranglah aku kat opis. Lunch beli makan kat foodcourt opis tu je ha..

 Ikan keli ngan siput sedut ni antara dua lauk yang aku tak mungkin masak kat rumah. Tapi aku suka...dap.. So kalau tak bawak bekal memang aku cari lauk ni je dulu. Kalau tak de baru amik yang lain. RM6.00. Reasonable tak?

Saya yang tak makan breakfast pagi tadi. Lapor... 
Rice cooker ai rosak, tak reti masak guna dapur gas. huhuhu..

Licin!

Sofea dah reti sabun

Dah masuk bulan november dah.. Pastu disember.. birthday aku *tetiba* Tahun depan sofea akan ke tadika. Tadika mana, nanti aku cerita. Belum abis bayar yuran. Baru bayar duit booking. Takut cerita-cerita tak menjadi pulak. Hari ni genap 7 hari sofea di taska tuttt.. Nanti aku sharing taska mana. Macam ada yang nak tahu...

Kat taska ni mandi dua kali sehari . Semua taska pun biasa mandi dua kali. Pagi petang. Sama macam taska sofea kecik dulu. Cuma taska sementara hari tu je mandi sekali sehari. Tukar baju dua kali sehari. I tak suka.... Kalau tak mandi better takyah tukar baju. Buat rugi sabun basuh.

Biasa taska akan mandikan budak-budak dekat-dekat mak dia nak datang amik. Macam aku amik kul 5 diorang mandikan dalam kul empat lebih. Kalau dulu, aku suruh taska lama mandikan sofea around tiga lebih. Rugi mandi kul empat pastu kul enam dah nak mandi semula. Taska lama dulu lagi bagus kalau mak datang dihujung-hujung waktu misal 6.30 ptg, diorang akan mandikan sekali lagi. So mandi tiga kali sehari. Senang keje mak mak. Korang cuma sediakan baju saja. Tapi itu dulula... Sekarang aku tak tahu apa citer taska tu. Taska tu pun not my taste now..

Sekarang aku tak kisah. Mandi lagi lambat lagi bagus. Sebab petang kengkadang aku dah tak mandikan sofea. Sofea malas mandi. Kena marah baru nak mandi. Mungkin sekarang musim hujan sejuk kot. Tak sejuk pun memang lately malas na dua beradik tu nak mandi.

Dua hari lepas aku paksa jugak sofea mandi petang. Semalam petang sofea tak mandi *pecah tembelang*. Bukan pe aku tengok sofea mood baik. So malas nak paksa-paksa nanti hilang mood. Dahla seharian kena tinggal taska. Sian.. So diexcusekan..

Sebelum masuk taska, memang ada aku ajar sofea mandi. Sebab aku dengar kalau gi tadika then transitkan anak kat day care depa kena mandi sendiri. So kenalah ajar dari sekarang kan. Takkan dah terantuk baru nak ternadah (betul ke peribahasa). Tapi pandai setakat jirus air dengan gayung. Badan kepala tak basah semua pun. Sabun kepala pun retu bahagian tengah rambut je. Badan belakang tak reti nak sabun semua. Kaki belum sabun tetiba dah siap.. Memang mama kena mandikan semulala.. Ibu-ibu ni kalau anak tak nak tak yah. Tu yng lambat pandai.

Tapi bila duk taska ni banyak perubahan dah aku tengok. Baru tujuh hari tapi nampak dah kedewasaannya. Masa mandi kemain dia gosok-gosok tangan bagi berbuih. Rambut pun gosok gosok semua. Bahagian badan je yang tak berapa cantik sofea sabun. So nampaklah perubahan yang baik dia pergi taska... Semoga taska ni serasilah dengan sofea. Penat dah fikir pasal taska/tadika sofea ni. Sebenarnya aku kesian tengok sofea, kecik-kecik dah kena buat semua sendiri. what to do... Mama kena keje...


muka marah sebab nak susu. 
bilala pia nak berenti minum susu botol ni..


 
Copyright by Aziazidah