22 July 2014

Jualan baju raya terpakai

Kalau keyword jual baju terpakai tu memang banyak orang yang dah tersesat ke blog ni. Ini jualan baju raya terpakai offcourse waktu raya sahaja. Terkejut jugaklah ada yang search pasal baju raya terpakai. Sammaada dia nak beli baju terpakai untuk raya atau dia nak jual tak tahu la kan. Tapi my instinct orang ni nak beli. 


Iyelah bukan semua orang berkemampuan nak beli/buat baju baru. Zaman sekarang ni satu baju nak tempah dah dekat RM80. My tailor lah tu... Ur tailor bape? Nak sedap pakai punya pasal redha jer lah. Kalau beli yang dah siap punya taste aku semua yang 150 keatas. Nafsu sangat perempuan mengandung ni tau. 

Ni kalau kita beli yang terpakai, kalau pandai cari boleh dapat dua tiga kali ganda murah. Pastu diorang pakai pun bukan lama. Dua tiga kali jer. Ok lah kan. Tapi kalau nasib tak baik ada jugak dengar dapat jahitan dah tetas tetas. Haishh korang ni nak jual biarlah yang masih elok. Even jual murah jangan jual yang dah boleh buat kain buruk. 

Tahun ni aku dah tk aktif jual prelove item. Agak sibuk menjahit pulak. Maybe pas raya or pas keluar baby sebulan dua kita aktif balik antiqueshopp tu.

Kopiah Kait Izarie Craft

Semalam aku terima kopiah kait dari rakan FB IzarieCraft. Dah nama kopiah tentulah untuk hakeem. Nak buat untuk mr. mama rasanya tak sanggup kot dia nak pakai yang bernama camgini. 

Actually aku buat pertukaran kopiah ni dengan beg jeans dan benang-benang kait bundle aku. So aku tak tahu ler harga dia berapa. My friend ada pernah tempah online dari onlineshop yang lain harga dalam 25 keatas. Maybe that rate lah kot ....

Kita request colour maroon for tema raya this year. Tapi warna maroon untuk laki laki kat rumah tu je lah yang pakai. Yang pompuan tak ada baju color maroon. So tema kita tahun ni tema rojak. Lelaki lain perempuan lain.

Kalau uolls berminat nak tempah for hari raya haji ke, raya posa tak sempat dah bolehlah ke pages Izarie Crochet.


18 July 2014

Gambar di usia kandungan 6 bulan

Aku takut takut jugak nak letak gambar pregnant ni. Kat facebook hari tu kecoh ada satu pages yang share gambar gambar perempuan mengandung dengan komen komen lucah dari followers diorang. Seram banyak gambar maternity photoshoot pun diorang komen lucah-lucah. Tapi tetap jugak nak masukkan gambar dalam ni hah... hee...


Masa enam bulan. Dekat sebulan lepas. Next week dah nak masuk tujuh bulan. Tak lama lagi nak bersalin. Seram... Nampak sarat tak?. Actually pregnant kali ni berat jauh lebih ringan dari yang terdahulu. Dulu 25++ weeks dah 60kg keatas. Ni dah nak tujuh bulan pun belum cecah 60 kg lagi. Rabu hari tu timbang 58.6kg. Gambar je nampak cam besar. Tapi ramai yang kata kecik.

Ramai yang tanya jantina apa? Aku tak scan lagi. Patutnya mmg kena scan lagi sekali sebab due scan ngan kiraan doktor tak sama.

17 July 2014

Baru tempah Baju Raya

Oiii malasnya nak update blog dihujung hujung ramadhan... Konon tawaduk sangat berpuasa... Padahal tiap hari 10minit tunggu depan punch card nak mengejar jalan tak jem. Tau je lah kompleks D ni lambat seminit setengah jam baru dapat keluar dari bangunan.

Semalam anggota RELA bagi bubur lambuk dengan kurma jemnya tak usah kata. Langsung tak bergerak kereta. Sib baik laki dah berenti kerja dengan orang bolehlah amik anak-anak kat taska ngan tadika. Dan nasib baik ada kredit nak call kannnn....

Korang dah dapat ke baju raya yang ditempah tu?. Atau beli readymade? Aku tahun ni ingat nak beli ready made je. Pregnant kan... Kata insyaallah ini yang last. Kalau buat cam rugi je pastu dah tak pakai. Moh ler kita beli dress yang boleh pakai tuk pregnant n time tak pregnant jugak. Banyak dekat poplook tu... Tema tahun kaler maroon. Mr. mama nak warna ni.. Ingat senang ke nak cari dress calor maroon nih.!

Jambu anak jantan aku ni. Serupa bapak dia asyik nak bergaya. Dalam kereta pun tak nak bukak beg tu. Dudukla ko sempit sempit dengan beg tu...

Sabtu hari tu pi umah ahsoo. Teman makngah nak buat baju lagi. Aku tertempah pulak dress. Kain buat baju melayu yang aku bagi mr. mama masa hantaran tu mr. mama tak berbuat-buat. Enam tahun kain ni terperam. So cukuplah tuk buat dress aku ngan baju kurung sofea. Yang pasti bukan kali maroon la...


Hebat tak? Lagi dua minggu nak raya baru nak tempah. Tailor lain dua bulan sebelum puasa dah tak terima tempahan. Itulah pentingnya kita ni jadi loyal customer. Aku siap buat blouse pregnant. Kain blouse ni beli sejak mula aku kerja. Makngah punya kain. Dia tak mo sebab kainnya nipis. Dekat sepuluh tahun kot kain ni. Tengoklah sabtu depan nanti macam mana jadinya kain-kain yang berkurun tu. 

Lepas tempah baju kat Bukit Tinggi Klang, larat ke Putrajaya. Sikit punya jauh melencong. Nak pergi tengok Poney Clearance Sales kat Perbadanan Putrajaya tu jer. Yang Metrojaya Sales kat PICC tu i is tak minat. Tahun ni tak balik kampung insyaallah. Kalau laki tak menangis ler di pagi raya... So barang nak beli pun macam tak banyak. Berjimat... Bulan lapan roadtax mati.. heee.. Raya ke empat aku dah masuk kerja. Nanti aku tunjuk barang apa yang ku beli kat Poney tu ye... 


11 July 2014

Belajar Buat Kuih di Bulan Ramadhan

Kihkihkih tajuk sungguh memalukan... Tak payah nak berselindung, aku ni bukan kata masak lauk je tak pandai kuih pun sama tak pandai. Setakat untuk santapan sekeluarga bolelah..Nak jamu orang luar makan mmg kurang berani. Nak nak kena buat dalam kuantiti yang banyak. Mau kena tereban jawabnya..

Macam yang dah selalu dibagitau my mom kan mualaf. Lepas kawin dengan ayah baru ler belajar masak dari ayah. Setakat gitu gitu jelah. Duduk pun jauh dari sedara mara. Mana nak belajar masakan yang hebaq hebaq.. Sebab tu anak anak dia pun tak berapa pandai masak. Alasan! Tapi kami adik beradik tak pernah lah kekurangan makanan. Dua yang atas tu tu lebih besar saiz dari kami tiga yang dibawah. Ahaksss...

Sempena bulan ramadhan kali ni memang i dah berazam, tanam dalam diri nak buat kuih. Ala kuih yang senang senang. Kuih yang arwah mak selalu buat. Dan yang pasti kuih kegemaran mr. mama. Tahun ni tak balik kelantan jadi kenalah amik hati sikit supaya mr. mama tak bertukar fikiran last last minit suruh bungkus kain baju balik kampung. Adoi laki aku tu macam tahun lepas janji nak balik tengahari raya pertama, malam raya kul 12 malam dah ajak gerak.



Percubaan pertama buat kuih sagu tak berapa jadi. Padahal tiru sukatan sebijik dalam you tube. Tipu ke apa tukang buat video ni. Tawar.. Terkurang gula.

Percubaan kedua buat kuih melaka. Haa yang ni jadi. Dah dua kali buat. Boleh buat lagi untuk kesekian kalinya. Tapi kena beli tepung pulut dulu. Ni paw tepung pulut mak ngah. Ekeke seumur hidup tak pernah beli tepung pulut...


Dan yang ketiga Puding sagu gula melaka. Pun mr. mama suka. Perasan tak semua pun berasakan sagu dan gula melaka. Ini kes nak habiskan stok gula melaka yang adik ipar kitaorang tinggalkan.



Lauk semalam. Tak sihat masak ni jer. Mr. mama kalau tengok bendi terung terus tak lalu nak makan. Sekali try terus tambah dua kali. Pffttt...

Eh hari ni dah masuk 13 Ramadhan ye.. Belum lagi ponteng puasa. Tapi dua hari ni aku asyik sakit perut. Senak senak. Aku rasa kurang air putih kot. Asyik minum air manis jer...


*minggu depan ingat nak buat menu western.



Free Gift dari Neutrogena for Skin Angel

Semalam aku sakit perut, balik keje awal tengok ada slip dari Pos Malaysia bagitau ada bungkusan berdaftar yang tak dapat dihantar kerumah. Dulu semalam ada posmen call kata nak hantar barang. Aku kan kerja camna nak terima barang kat rumah tu. So memang dah tahu ada barang kat pos malaysia yang nak kena amiklah kiranya. Penasaran jugak nak tahu apa bendanya sebab posmen panggil Azi Azidah. My fb name. Ni mesti aku mintak free sample kot... Hihihi.. My new hobby...

Free gift dari neutrogena (^_~) Suka...

Tak sangka neutrogena hantar guna pos daftar. Kalau tau bagi alamat opis. Sebelum ni diorang ada email kata nak kasi free gift tanda menghargai pelanggan setia mereka. 

Neutrogena dapat tahu aku guna produk diorang sebab aku ada komen kat FB diorang. Lama dah. Tak ingat pun. Saja saja tak expect pun diorang nak kasi free gift. Tapi dah diorang nak kasi 5 item lak tu, sape tak suka.  

Selama ni aku hanya guna Foaming cleanser jer. Ada ada bagitau kan yang pakar dermatologi kat HKL yang suggest aku guna produk ni masa muka aku bermasalah. Lepas pakai foaming cleanser dengan lotion dari farmasi HKL tu terus muka aku ok. Kiranya aku pengguna setia neutrogena  dari tahun 2006 sampai sekarang laa.. 

Neutrogena ada invite aku datang ke Healthy Beauty Hang Out session. Program ni macam best. Tapi memandangkan kena gi sengsorang plus aku tak reti jalan so tak dapatlah nak join. 

Sekarang neutrogena tengah celebrate ulangtahun ke-60, banyak contest yang diorang anjurkan sebagai tanda terima kasih diorang pada pengguna setia neutrogena. 60 tahun? Lama dah rupanya..... Banyak gift yang diorang nak bagi. Jom terjah FB Neutrogena ---> KLIK

09 July 2014

Beg charger - Sama tak?

Sometimes kita suka dgn kerja yang kita buat...
Sometimes kita down dgn kerja yang kita buat.....
Sometimes kita happy orang menyukai kerja kita.....
Sometimes kita sedih orang tidak berpuasa hati dgn kerja kita......


"Real" itu hasil kerja tangan aku. Sama ke tidak? Hope my customer happy...
Hidup ni mana nak dapat puaskan hati semua orang kan...

*gambar tak ada kaitan dengan perasaan...


08 July 2014

Sport Day Tadika Islam


Aku dah lama nantikan sport day sofea ni tapi nak buat entry malasnyer hai. Gambar banyak tapi aku tepek sikit sikit je buat kenangan. Penat nak mengarang semacam penatya aku hari tu.

Memula jer semangat nak bersukan, walaupun hari pun redup tapi dah nama mak buyung 3 series macam tu lah. Baru nengok satu acara dah keletihan. Nasib ler mr. mama kena jadi pengadil kalau tak ada balik awal hari tu...

Sport day ni buat lepas abis exam. Seminggu diorang berlatih sukan pagi petang. Setiap kali aku balik amik pia mesti tengok cikgu tengah susun susun permainan. Petang memang sofea jarang berlatih. Aku amik awal setengah jam. That why la....


Sofea rumah biru. Rumah apa pun tak kisah. Janji menang...

Iye tiada hadiah pencil warna, pencil box, buku-buku dan sebagainya. Pelik sungguh hadiah tadika islam ni. Tapi mak mak cukup teruja dengan hadiah tipuware tu. Boleh letak kuih raya...


Acara pertama. Susun bola atas kerusi. Acara berkumpulan. Acara ni sofea kena buat dua kali sebab dia antara yang terpantas. Dapatlah nombor dua.

Habis satu acara terus dapat hadiah. Tak yah tunggu sampai habis. 

 Dapatlah middle seketul. Sekali tu jelah nak pentas.. Yang lain-lain.....


 Kerusi berirama kalah...


Lari ikat kaki pun kalah... Pendek kata semua acara berseorangan dan duo semua kalah. Ko layaknya masuk lumba lari je pia. Kemain laju lagi berlari macam mama jugak ko ni... Acara merentas desa, lari 200m, 800m, lompat tinggi, lompat jauh tu je yang aku reti masa sekolah. Bola jaring, bola baling, bola tampar semua out....


 Kecewa tau mama tak dapat tipuware tu... But posing tetap posing... Pia yang amik pic ni...


Hakeem jugak yang happy ada geng. Semua bebudak besar main dengan dia. Bolehla mama berehat. Penat nunggu kul 12.00 habis. Ingatkan nak masuk acara suami isteri tapi mr. mama tak nak.... Balikla dengan kecewa bersama silver middle... uhuk uhuk...

07 July 2014

Ok Baby Warehouse Sales

Dua minggu lepas aku gi OK Baby Warehouse Sales. Pergi hari jumaat. Gi dengan anak-anak jer. Mr. mama outstation. Kebetulan aku EL. Sofea demam tapi gigih jugak nak pergi. Dengar review orang yang gi macam best je macam murah jer... Jom ler pergi. Pergi sendiri pun tak pe sebab dekat ngan rumah. 

Keluar kul 10.30 kul 11 dah sampai. Dekat sangat.. Pagi pagi orang tak ramai. Parking pun senang. 

Jom tengok apa ada kat sini. First time pergi ni...

 Bukan brand ok baby je ada.. Kiko, disney, elle... Kasut memang tak berapa lawa. Tapi murah ko. Ada satu tu aku berkenan tapi saiz besar. Nak pairkan dua RM10.00 tu pun bercinta so tak yah beli. Beli yang mana berkeperluan sahaja.

 Botol susu bukan keperluan juga. Tak pernah try brand ok baby. Sebab pernah tengok kat klinik ada mak ni bagi anak guna botol brand ni asyik penyek je putingnya. So agak tak yakin disitu...

 Baby carrier, stroller & seangkatan dengannya semua dah ada. Tak berkeperluan juga... 
Eh semua tak berkeperluan apa yang keperluannya...???

 Iye baju baby je yang aku beli. Cari baju hakeem dan sofea tak ada saiz. Susah nak dapat. Sofea plak tak ada mood demam. Hakeem asyik nak berlari kesana kemari. Susah gak lah jalan tanpa bodyguard nih...

Ni baju baby newborn hingga 12 month. 1 pc RM3 2pcs RM5. Kena pandai cari lah nak match match kan. Baju ada yang kotor. Kena tengok betul betul. Sudahnya memang aku beli baju tuk baby dalam perut ni jer... Bayar kat kaunter kena RM 26.00. Eh murahnya. Tak pernah dalam sejarah ber warehouse sales keluar sebanyak itu jer. Ini yang bagus keluar tanpa bodyguard . Payah nak memilih. (^.~)
Pas settle kat OK baby kita ke Tesco hantar beg jeans customer. Jalan sekejap dalam tesco pia nak uk uk pulak. Turun tangga nampak KFC tak jadi nak berak. Sabo jelah...

Balik dalam car memasing tido. Iolls idak lah tak bergaya bagi anak pakai seluar tido je berjalan... Seluar kuning tu baru beli kat tesco . Terus hakeem nak pakai dan dan tu jugak dalam KFC.... Eh cotton bud tu aku beli kat ok baby jugak.. hehehe,,,

02 July 2014

Tempahan dan Jualan Beg Jeans

Sepanjang bulan Ramadhan ni aku agak sibuk jugakla. Tempahan bulan ni melebihi biasa. heee... Rezeki. Maybe jugak sebab rajin buat promosi. Sejak ada instagram pastu dapat pulak pakai telefon cerdik pandai asyik mempost mengedit gambar je kerjanya.

Lagian serius mood nak bekerja sendiri mengatasi segalanya sekarang. Sedih bila anak-anak asyik menangis pepagi setiap kali maknya siap-siap nak pergi keroje... Ikutkan kalau tak dapat berenti sekarang my target nak keje sampai umur 45 tahun sahaja then pencen pilihan. 

Itulah perancangannya tapi ketentuannya hanya Allah yang tahu right? Btw terima kasih pada yang mengorder sampai dua tiga beg sekali gus. Penat jugak akak yang bukanlah pandai mana ni menjahit dengan keadaan berkejar sebagai seorang wanita bekerjaya katanya juga sebagai isteri dan ibu. 


Lupa pulak nak letak measurement kat gambar.. ekekeke... 9" width X 7" height X 1.5"



Dan sempat jugak siapkan ready stock tote beg seketul. Ini beg sangat besar. Sesuai sangat pada sesiapa yang selalu tanya ada tak beg yang lebih besar sikit nak isi telekung. Nah ini nak isi telekung dengan sejadah pun muat kak. Dalam ada dua compartment boleh letak hp and note pad. Lupa plak nak snap.


Jahitan-jahitan yang bercantum tu memang asal seluar jeans gitu. Kalau disuruh pakai seluar jeans begini sumpah aku tak akan pakai. Bila buat beg unik pulak kan...

Berminat email ye edyeda@gmail.com. Setiap pertanyaan insyaallah akan di layan... :-)


Selamat Datang Ramadhan

Salam ramadhan semua. Dah masuk hari ke4 dah kita berpuasa. Alhamdulillah... Ramadhan kali ni tak sama mcm ramadhan yg lalu. Walaupun tengah mengandung tapi tahap kelaparan masih terkawal. Kalau dulu pagi pagi wajib minum susu@horlick untuk bagi tahan sampai petang, ini sahur dengan sejemput nasi dan air kosong dah cukup.. Petang masih boleh memasak siap basuh baju pakai tangan lagi. Mesin basuhku udah rosak.. hukhuk...


Sepanjang tiga hari berpuasa nafsu nak berbuka dengan makanan sedap sedap non ada dalam sanubari. Ntahla sejak pregnant memang i is kurang makan. Kalau makan jer mesti nak membuang. Mana tak turun dekat 3kg kan... I lebih tergoda dengan air-air manis dan buah. Petanda bakal kencing manis???.. Sepanjang tiga hari berpuasa buat air bandung sajer. Anak-anak suka kemahen. Hari ini tak boleh buat dah sebab susu dah abis. heee...

Walau pun kurang makan menu berbuka i tak mengalah juga.


Kari daging + Sotong goreng kunyit + Sayur kobis goreng.


First time buat kuih sagu tu tau. Kegemaran mr. mama. Okla next time kena tambah gula lagi sikit. Nanti nak buat kuih melaka pulak ye kak jiah. Kegemaran laki jugak. Sebab kari semalam ada lagi balance, just goreng ayam and mee goreng. Buat sambal belacan. Pun sedap...

Ramadhan ketiga no pic. Malas sudah nak snap-snap. Macam apa-apa jer. Malu ke anak lepas masak snap lepas masak snap. Sampai hakeem tertanya-tanya mama tangkap gambar makanan? oh menu ramadhan ketiga ikan bakar dan sayur lemak sahaja.. Pastu makan laksa masa ramadhan pertama tu ada orang kedai bagi. See... 3 hari baru nak makan. Memang kurang makan dah aku ni...

Hari ni nak masak apa pulak?....


 
Copyright by Aziazidah