Ntah mimpi apa ntah tetiba muncul hobi nak bercucuk tanam dalam
minda ni. Padahal sebelum ni nak pegang pencakar sampah pun malas.
Agaknya
sebab lama sangat duk memeram kat rumah. Takkanlah setakat jaga dua
orang anak je. Teringin jugak nak buat sesuatu yang bermanfaat.
Ikutkan
nak belajar jahit. Kalau nak menjahit kena ada mesin jahit. Mesin jahit
ada tapi dah kondem. Pikir punya pikir rasanya baiklah aku berbudi pada
tanah. Ada jugak hasilnya kan.
First tanaman yang di set nak tanam. Ya...daun sup!.
Lihat
tu sekuntum daun yang sedang mekar berkembang. auww...
Cara menanamnya mudah
saje. Just pegi beli daun sup di pasar, ambik akarnya dan rendam
semalaman dalam air. Esoknya boleh dah transfer ke dalam bekas berisi
tanah. Siram 2x sehari. Bekas akuarium terbiar ni mr.edy yang bagi.
Second,
aku choose tanam pokok serai. Mr.edy yang tolong tanamkan. Gambar non ada. Malas nak snap belakang rumah. Aku take
part bahagian siraman.
Lepas mak aku dah tak ada, kakak kedua aku yang selalu bercucuk tanam. Since dia pun dah kawin nampaknya memang aku kena tanam
sendiri la jawabnya.
Kalaula pokok pokok ni dapat hidup segar bugar bolehla
aku masak tomyam dan sup selalu. Kebetulan my doter memang suka
makanan berkuah.
Next nak tanam apa pulak ye?