30 November 2011

Changes is necessary

Susulan kes anak Pak Dollah dan atas kesedaran yang tinggi ibu muda ini, semalam bawaklah my doter dan my son ke playground @ Yaman (bahasa sofea).

Tempat ini jauh dari hirup pikuk kota. Senanglah orang macam aku yang fail bab memarking kereta nak pergi. Taman ni pun dalam bangunan, kalau hujan taklah basah. Dan yang paling penting facilities yang disediakan semuanya free.














Place : Giant Putra Height

Duduklah baper lama yang ko nak kat sini. Sape pun tak marah. Mainlah sampai lebam. Semalam 3 jam jugak lah aku menunggu my doter siap main.

Sofea dapat ramai kawan silih berganti. Pas sorang balik dapat sorang lagi. Yang pasti mereka semua baik tak macam anak Pak Dolah dan tuan rumah.

Si kecik pulak apa yang dia tahu. Tak dan berapa minit menyusu terus tertido dalam stroller.

Today activity, antar sofea ke nursery pulak. Actually aku sekarang tengah mencari kalau-kalau ada kelas tarian untuk baby 2 tahun yang dekat-dekat ngan rumah. Sofea suka sangat dancing.

Ada saper-saper tahu tak?

29 November 2011

Pindah Rumah

Baru aku tahu hujung-hujung tahun ni memang ramai orang berpindah ke rumah baru. Sebabnya 3 hari ini full orang booking lori. And kesianla aku nengok mr.edy kepenatan. Why ha diorang ni asyik pindah randah.

Cakap pasal bab pindah memindah barang ni, ada macam-macam feel manusia yang mr.edy jumpa dan tak kurang aku pun terkena tempiasnya. Kalau bab nego harga sewa lori diorang ni nak rate yang murah je. Kengkadang tak tercapai dek akal fikiran. Minyak tol pun dah berapa dik oi... Tapi bila datang hantar barang diorang, mr.edy kata sewa rumah diorang tu cecah ribu riban tiap bulan.

Pastu memula deal cakap barang sekian banyak ni banyak ni sekali datang mak ai penuh satu lori. Nak rate lori setan je tapi barang penuh ke bumbung lori 3 tan.

Itu belum mintak manpower 2 orang je tapi kalau 4 orang pun mau pengsan mengangkat barang depa ni. Ada yang pindah dari tingkat dua nak pindah ke tingkat 5. Apartment 5 tingkat tau tau je lah mana de lif. Tangganya pulak yang sekangkang kera tu. Mampuih...

Itu belum lagi yang muka macam mem mem besar. Sombongnya mengalahkan dive. Walau pun khidmat kitaorang dibayar tapi tak kan senyum pun tak boleh. Sedekah tu...dapat pahala...

Ok, back to pasal pindah rumah ni, tiap kali orang sewa lori pindah rumah tiap kali tu lah aku rasa macam aku pun berpindah sama. Orang Malaysia ni kalau kaya, kaya bebenor. Dalam rumah tu peti ais dua, mesin basuh dua, sofa tiga, almari empat... Kalau kurang berkemampuan tu tengok je lah dalam rancangan Bersamamu..

Kalau dah pindah rumah baru tu barang lelama mesti nak dibuang. Kalau bukan sebab rumah baru sempit, kecik, tentu sebab nak bergaya dengan aksesori baru.

Baru-baru ni aku dapatlah peti ais ngan mesin basuh auto percuma. Brand Samsung. Bayangkanlah barang memahal camni pun diorang leh kasi orang. Walaupun barang dah lama tapi condition masih baik. Kalau aku jual confirm dapatlah 6 70 hinggit.

Sebelum-sebelum ni pun banyak jugak aku dapat macam-macam jenis barang dari orang yang nyewa lori. Macam meja tulis, katil, meja makan dan banyak lagila. Ni antara barang buangan yang aku sempat snap...

almari ni almari buku ke apa..aku wt letak barang dapur


suka sangat lampu study ni. Klasik..




carpet ihsan orang bangladesh


dua dua meja ni bahan buangan orang

Kalau aku jual barang-barang ni ada market ke ha?

28 November 2011

Dunia si Kecil

Semalam ada kenduri doa selamat kat rumah jiran sebelah kiri. Jiran sebelah kanan aku tak ngam. Pergi ngan my sis, my doter and my son. Mr.edy ada job.


Macam biasalah dah datang lewat petang terus ke sesi makan-makan. My luvly doter sofea tak nak makan, tapi sibuk nak berkawan. My luvly son Hakeem menangis je kejenya kalau orang lain dukung.

Ni nak cerita pasal sofea yang sibuk cari kawan. Ada dua group kat rumah tu. Satu anak-anak tuan rumah. Satu lagi anak-anak Pak Dollah (xkenai pun).



Memula sofea pergi ke arah anak-anak Pak Dollah yang tengah main pasir. Sukanya dia dengan diorang sambil duk duk mencangkung. Tetiba aku tengok sofea lari laju diikuti dengan anak-anak Pak Dollah yang empat ekor tu (ayat kurang ajar sebab geram).

Aku ingat sofea dah boleh berkawan, tapi rupanya sofea lari sebab anak-anak Pak Dollah empat ekor tu nak pukul dia dengan kayu. Aku? Touching....

Kemudian sofea cuba berkawan dengan group satu lagi. Group ni tengah main gasing. Sofea suka bangat tengok gasing berpusing sampai pijak gasing then membebel-bebel dengan bahasa dia.

Anak tuan rumah agak bengang sebab sofea pijak gasing tapi dia tak pukul or marah. Cuma dia pusingkan jari dia ke kepala dan cakap gile kat kawan-kawan yang lain. Then means dia maksudkan sofea gila. My doter tak giler cuma dia lom pandai cakap betul2.

Aku? Masih memerhati dari jauh sambil panggil sofea balik. Tapi sofea masih nak main lagi. Ya Allah aku sedih sangat dengan situasi tu. Bukan nak menyalahkan anak tuan rumah atau anak Pak Dollah sebaliknya menyalahkan diri sendiri sebab tak mampu beri kegembiraan pada sofea.


Walaupun ini dunia budak kecik tapi sebagai ibu tak sanggup rasanya nak tengok situasi smlm. Kalau korang touching tak atau aku ke yang melebih-lebih terasa...

27 November 2011

Just sharing - Pendapatan Terumpuk@Buffer Earning

Just nak sharing inilah first time aku dapat Pendapatan Terumpuk @ Buffer Earning daripada Nuffnang.

Aku start buat blog masa redmummy kuar paper sekitar April 2010. My sis la duk sibuk-sibuk cerita pasal blog dan terhasillah blog ni. Aku pasti time tu kan mesti ramai yang daftar ngan blogspot.

Tipulah kata sape yang buat blog pastu letak iklan bagai niatnya cuma nak jaja cerita bukan sebab duit. Mesti punya ada salah satu sebab money. Aku pun. Sibuklah that time search sana sini camna nak letak iklan seterusnya nak dapat BE. Untung sape yang buat tutorial pasal nuffnang. Guna SEO depa nih. hihihi.

Tapi sebulan, dua bulan, tiga bulan sampai setahun aku tunggu hapah pun tak ada. Blogwalking tiap hari sampai mata berpinar-pinar. Bila dah tak berhasil aku tukar lak letak iklan advertlets. Dengan advertlets tiap-tiap hari duit masuk tapi kalau traffic ciput duitnya pun ciput ler. 0.01 sen, 0.005 sen.

Sampai aku give up tukar balik ke Nuffnang. Bukan pasal duit dah tapi kali ni aku typing sebab minat. Kalau ada dengan Nuffnang, adalah. Better concentrate ngan busines lebih bagus. Mr. edy pun kata buat blog ni merugikan.

Tapi tanpa sedar rupanya dah sebulan ada BE kat blog ni dan dah bertukar jadi Pendapatan Meter @ Meter Earning pun. Ini ada lagi sikit BE yang tinggal.

tepeklah gambar sikit, nanti orang tak percaya pulak.

Jujur aku tak sangka BE boleh muncul sebab traffik nak capai 100 sehari pun payah.

23 November 2011

My baby stroller

Stroller baby ni macam dah jadi keperluan bagi setiap ibu bapa yang ada anak kan. Kalau tak ada macam tak lengkap je dalam listing barang-barang baby tuh. Dan kalau tak ada memang ngengoh nak dukung anak oi. Setakat ni aku dah pernah ada 3 stroller. Anak? Baru dua.



Ini first stroller brand Sweet Cherry. Beli kat JJ. Tapi dah jual online kat Mudah. Sebab keta sawi tu bonetnya kecik sangat, tak muat nak letak barang-barang lain lepas sumbat stroller. My doter pun that time macam tak suka stroller tu. Senang citer let go je lah.




Stroller kedua dan ketiga jenama Anakku. Beli kedua-duanya serentak time warehouse sales Anakku 2010. Murah tu yang beli dua terus. Masih digunakan dan dalam jagaan yang baik. My doter masa kecik-kecik tak suka berstroller but my son memang feeling habis bila dapat naik stroller.




Stroller ni dah macam port dia tuk tido. Naik je terus mata kuyu, isap jari. Bawak pusing-pusing lena. Aku guna ini stroller habis-habisan, redah hujan panas, batu batan sampai bertaik lalat. Sib baik bila cuci leh bersinar kembali.

Bab membeli stroller, aku takdelah nak beli memahal cam jenama quinne, combi or etc. Beli yang sedang-sedang aje tapi puas hati. Beli memahal kalau takleh nak masuk kete pun haru jugak.

Antara aspek-aspek aku tekankan time beli stroller:

  • Seperti yang dimention beli pada harga yang berpatutan. Kalau mahal-mahal sangat nanti sayang pulak nak guna. Jadi beli time warehouse sales, sangat-sangat untung. Stroller Hakeem ni harga 350 aku dapat 150 hinggit je.
  • Beli untuk newborn until at least three years. Tak yah beli yang jenis buggy. Tak sesuai tuk baby. Tulang temulang baby lembut. Kena jaga tu. 
  • Beli yang ada 2 fold. Advantage nih. Kalau dia nangis pusingkan ke belakang, Boleh senyum-senyum, sengih-sengih, agah-agah baby tu. Kalau dia nak lihat dunia pusing kan ke depan tapi aku nya satu fold je.



  • Beli yang boleh lipat macam payung. Jimat space bagi yang bonet kecik. Brand Sweet Cherry and My Dear aku reject. Bukan tak bagus tapi semua pattern aku tengok jenis lipat empat segi, tak boleh lipat ala payung.

* Banyak lagi kriteria lain. Based on pada matlamat kita. Ini yang asas sahaja.

18 November 2011

Apa apa dengan 18hb - 20hb Nov 2011?

Nak pergi sesangat kalau boleh...



Time: 10am - 9pm
Venue: Atrium, Hall 1, 2 & 3, Mid Valley Exhibition Centre



Kalau ada function, expo, sales yang macam best-best je mesti mr. edy pun kencang dengan job sana sini. Nampak gayanya duk umah je lah kami tiga beranak minggu ni.

Buat blog merugikan

Itu kata Mr. edy. 2 3x jugak hari ini dia menyindir aku. Hias blog dengan rama-rama (blog sapelah yang dia baca tu), buat pose sana sini. Tak de pekdah. Merugikan masa.

Pastu cakap nape redmummy tu glamor? Sebab nama blog dia pun dah mengujakan. Bagi aku apa yang mr. edy tahu pasal blog? Email pun jarang sekali bukak.

Kata mr. edy baik tumpukan perhatian pada bisness transportation dia. Lagi menguntungkan kalau concentrate. Suh aku jadi promoter le tu.

Oklah, aku akui bila aku tumpukan pada bisness kami hasilnya memang alhamdullih meningkat. Dan pasni aku akan selalu support mr. edy punya bisness.

Jadi masa dengan blog kena dikurangkan. 1st anak and 2nd bisness my goal now.


note : hari ini accident kena kuarkan duit tapi Allah itu Maha Pemurah beri kami rezeki yang lain pula. Alhamdulillah.

15 November 2011

Menangi ipad2, Samsung Galaxy Tab, Netbook Percuma

Baru sebentar td aku dapat email dari JobsMalaysia Customer Service yang menjemput buat kajian JEMPUTAN KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN SUSULAN. Survey untuk graduan yang telah tamat pengajian 6 bulan dan keatas. 

Survey-survey ni memang aku malas sikit sebab soklan nak kena jawab panjang-panjang. Lama-lama komputer pun boleh hang. Lebih-lebih time broadband dah nak habis limit. 

Tapi demi Kem. Pengajian Tinggi nyer pasal tak pelah. Aku jawablah apa yang diorang nak tau. Orang gomen mesti kena support gomen kan? Ok tipu...  kalau dah malas tu malaslah jugak. Ko jawab sebab nak hadiah free kan?.





Para-para graduan sekalian yang berminat nak menang ipad2, Samsung Galaxy Tab, Netbook dan banyak lagi boleh layari laman web ini  graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan.

Survey yang cukup-cukup mudah. Register dulu pastu jawab dengan jujur mengenai diri anda ok. Jangan tipu-tipu nanti insyaallah boleh menang hadiah. Tarikh tutup 30 Nov 2011. Tak lama dah tu.

Panduan pemakanan bayi

Adakah anda se strict seperti yang dinyatakan dibawah? Aku banyak yang langgar expecially apabila baby dah lepas setahun. Walau bagaimana pun aku cuba nak train for my son. Hopefully yang baik dijadikan amalan, yang buruk dijadikan halangan.


Panduan menyediakan makanan kepada bayi. 

  • Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
  • Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
  • Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
  • Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
  • Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
  • Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
  • Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
  • Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
  • Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
  • Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan no preservative atau no sugar added.
  • Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
  • Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
  • Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
  • Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
  • Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

PERINGKAT PEMAKANAN BAYI

Peringkat 1 (5-7 bulan) 
  • Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
  • Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
  • Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 - 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.

Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
  1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
  2. Lenyekkan atau blender buah.
  3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Peringkat 2 (8 - 11 bulan)
  • Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
  • Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
  • Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
  • Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.

Peringkat 3 (12 - 18 bulan)
  • Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
  • Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
  • Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.


Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner). Contoh makanan yang sesuai :

  1. Breakfast (7.30 - 8.30 pagi) : Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
  2. Lunch (11.30 - 12.30 tgh) : Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam
  3. Tea (3 - 4 ptg) : Fruits puree + yogurt
  4. Dinner (6 - 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

Sumber : SI

10 November 2011

Review : Shampoo Baby

Sejak dua tahun lepas dah banyak brand shampoo untuk baby yang aku beli. Demi mencari keserasian for my baby kenalah try and error semua tu.


1st : Brand Anakku
First time membeli toiletries baby masa pegi warehouse sales Anakku kat Bukit Nenas, Klang. Masa tu memang bengong-bengong nak beli. Terus beli pack yang besar. Mr. edy kata beli je jangan tak beli. Setahun pakai pun masih tak abis-abis.

Keberkesanannya biasa-biasa je. Kewangiannya pun tak berapa mengancam jiwa.

2nd : Brand Johnson


In my mind, Brand yang glamour. Tukar brand ni lepas abis pakai brand Anakku. Tanpa ragu-ragu terus beli pack percubaan jer. Tapi macam tak sesuai lak ngan rambut my doter. Makin hari aku tengok rambut sofea jadi kasar dan keras semacam.

3rd : Brand Fiffy


For me ini brand terbaik di antara semua brand yang dah pernah kami pakai. Terjebak ngan brand ini pun sebab dapat hamper orang bagi masa kelahiran my son. Kalau tak masih stay ngan Johnson agaknya.

Mula-mula dulu memang aku pandang sinis jugaklah dengan brand fiffy ni. Barang murah terus aku cop tak elok. Tapi bak kata pepatah dont judge a book by its cover. Right?

Lepas pakai, aku dapat rasa perubahan rambut my doter makin hari makin lembut & bersinar. Sampai aku pun terikut-ikut nak pakai this shampoo. Ringan je rasa rambut.

Last : Brand Carrie Junior


Even fiffy the best one, susah betul nak cari shampoo ni. Kat mydin mall, pasaraya otk & hero yang biasa aku pergi non ada this brand. Kena cari di pusat sehenti baby kot.

Walaupun payah mencari, rambut tetap juga perlu dicuci, jadi aku try lah brand Carrie Junior sementara dapat cari shampoo fiffy balik.

Brand ni bau dia quite nice jugak. Aku baru pakai beberapa hari. Shampoo ni maybe sesuai nak tackle baby/budak yang malas nak mandi.

My doter suka dengan design botol carrie junior ni. Ke hulur ke hilir dengan botol shampoo ni, sampai bawak ke tido. Even time nak sabun badan pn dia nak guna hat shampoo carrie junior.


*ingin mencuba brand cosway pulak.

09 November 2011

Bau Kampung

Kami sekeluarga tak dapat balik kampung Raya Aidiladha yang lepas. Mongoklah mr. edy selama tiga hari. Orang kelantan kalau tak balik raya memang tak sah.

Tapi alhamdulilah lah hari ini mr.edy dah kembali ceria. Almaklum semalam pekerja mr.edy balik bawakan ketupat, daging korban dan sup gear box kegemarannya.


Terbaik dari mak mertua. Buat anak dan menantu...
 
Aksi mr.edy. dengan ketupatnya.

 
 Favorite mr.edy. Sup gear box ...

06 November 2011

Cara melembutkan daging

Jom masak daging korban jom. Mesti korang punya fridge penuh dengan stok daging. Seminggu ni makan daging je lah kan.

Tapi aku tak tunggu daging korban, awal-awal lg aku dah beli daging kat pasar. Nak masak pagi raya.

Maklumlah tahun ni tak balik raya, kalau kat sini nak dapat daging korban kena pi amik sendiri, kena ada kupon. Malas ah. Tunggu je daging kiriman mak mertua dari kampung.

Kalau dah masak daging import ni tahu-tahu je lah tahap keliatannya. Nak tercabut gigi mengigit dibuatnya.

Tapi jangan risau, kita orang melayu ni ada banyak petua cara melembutkan daging.

Pertama:
Letak sudu masa masak daging.

Cara ni aku tahu lama dah. Tapi tak pernah cuba sebab sudu tu macam mengganggu time aku nak gaul daging.

Kedua:
Letak kurma 3/4 biji dalam masakan.

Aku baru tau cara ni masa nak masak tadi. My sis yang bagitau. Macam boleh percaya sebab dagingku lembut semacam je tadi.

Cara lain ada sapa-sapa tau x?

04 November 2011

Stage merangkak

suka suka suka....my son dah boleh bawak tubuh. Dah tak lama lagi boleh merangkaklah ni. Mr.edy sempat tanya baby kawan dia yang sebaya my son pun masih belum leh heret dada. Masih dalam guling-guling lg.

Sekarang setiap hari kena pantau lebih. Kena kuatkan stamina tuk menjaga dia sebab my son dah kurang tido, asyik nak bermain. Penat memang penat. Tapi puas.

Masa my doter dulu aku tak sedar bila dia mula beraksi nak merangkak. Nursery yang dapat dulu tengokkan. Bila time nak ambik, ibu mama emak kat nursery lah yang bagitau apa yang my doter dah boleh buat. This time alhamdulillah dapat lihat semua perkembangan my baby.



sogok dia dengan benda berwarna-warni laju je dia nak ambil.



Semua ibu mesti suka kan kalau baby mereka semakin hari semakin pandai. Dari boleh senyum ke boleh meniarap ke boleh berguling ke boleh heret dada ke merangkak ke meniti dan seterusnya berjalan.

Tumbuh gigi biar lambat-lambat. Kata orang cepat tumbuh gigi lambat jalan, lambat tumbuh gigi cepat berjalan. Aku percaya teori ni. Sebab my doter sofea 10 bulan dah boleh berjalan, gigi time tu masih tak tumbuh.

Kalau gigi tak da bab makan lah yang kena berjaga sikit. Kenalah bagi makanan yang lembut. Kalau dah boleh jalan hilanglah lenguh mendukung.

Jadi pilih mana yang anda suka. Kalau boleh pilih........

03 November 2011

My Account Harian ku

Bodoh gila aku nengok sorang mamat ni tulis semua perbelanjaan harian dia. In detail.

Dari perbelanjaan rokok {RM 5.60}, dapat ke lagi rega itu sekarang. Tak ada dah kecuali brand suria. Rokok sekotak mau dah nak cecah RM 10 sekarang nih.

Perbelanjaan makan tengahari {RM 3.50}, dapat ke lagi rega tu kalau dengan nasi + ayam + sayur. Tak ada, kecuali duduk di hujung dunia. Kalau kat putrajaya tak de rm5 tak dapatlah kau makan tengahari.

Semua barang mahal-mahal belaka la ni..:(

Setiap hari dia tulis apa yang dia beli. Air teh beng (orang kelantan dia ni), cendul pulut, belanja gf......... Tak jemu-jemu dia update dari masa ke semasa.

Kalau aku memang ada juga mencatat semua perbelanjaan. Tapi in roughly. Makan sebulan berapa. Shopping berapa. Minyak tol berapa. Sen sen pukul rata, digenapkan.

Pendek kata setiap hari banyak sen + rm yang missing ntah kemana. Tak boleh nak detect. Bila sebulan dikira-kira sen + rm yang missing boleh mencecah puluhan rm dan kengkadang ratusan rm (over shopping).

Jadi back to mamat tadi, he right. Setiap duit yang mengalir macam air tu dia dapat diketahui kemana hala tujunya. Lebih-lebih lagi bagi yang dah beranak pinak ni, duit bukan untuk kegunaan sendiri sahaja tapi untuk anak dan keluarga.

And at the end of the month bolehlah kita ketahui exactly berapa rm tuk anak,  berapa rm untuk ibu dan berapa rm untuk bapak yang perlu di spend setiap bulan. Boleh buat analisa dan budget untuk bulan depan mana yang patut dikurangkan dan mana patut dilebihkan.

Jadi hari ini rasmilah aku menaip semua detail perbelanjaan melalui fail my account harian ku menggunakan excel save di desktop @ netbook asus. detailnya.......

01 November 2011

Review produk Gamat eMas : GEL GAMAT

Sabtu Ahad lepas adalah sesi gotong royong dua beradik. My sis and me. Mr.edy outstation, aku dengan panjang tangan & kaki mula gatal nak membersih kawasan keliling rumah.

Tapi memang malang itu tak berbau. Sedar-sedar darah yang dianggarkan dalam secawan dah mengalir keluar dari betis. Entah macam manalah kaki ni boleh tersagat dengan kaca pun aku tak sedar.

Mula-mula memang tak rasa sakit tapi bila tengok darah mengalir tak henti-henti, tak sakit pun jadi sakit. Terus terjerit-jerit mintak tolong dengan my sis. Aku tengok betis dah terburai menampakkan isi sepanjang 2cm (agak2 je). Rugi betul darah yang terkeluar tu. Kalau di derma kan bagus.

Bila dah jadi gini sapa sanggup nak pergi klinik kan . Mau aku kena jahit sekali lg ni. Tidak-tidak doktor cuci ngan air merah tak berapa merah warnanya. Pedih oi. Iodin ke apa namanya tu. Taubat nak gi klinik.





Masa bersalin hari tu aku ada beli gel gamat secara terpaksa dengan sorang tukang urut ni. Harga 60ml : RM28 (wm) dan RM30 (em). Murah ker? Kalau dah tambah ngan upah mengurut memang mahal lah aku rasa time tuh. Katanya banyak khasiat gel gamat ni. Korang leh baca kat SINI.

Senang citer, alang-alang ada gel gamat ni, aku sapu je lah kat tempat luka tadi. Hasilnya suberp beb. Kalau bubuh minyak gamat biasa yang kat langkawi tu kan, pedih!. Yang ni aku just picit buh kat kain then tekap betul-betul kat luka memang tak rasa apa-apa. Sebaliknya bila aku tengok gel ni semacam mencuci darah beku yang ada kat tempat luka tu kasi clear. Semua perit hilang. Memang berkesan. Luka pn makin pulih.

Act. ada banyak lagi produk-produk gamat emas ni seperti pencuci muka, shampoo & etc. Tapi aku tak nak try produk pencuci muka sebab aku loyal customer neutrogena. Shampoo gamat emas ni aku musykil juga sebab khasiat yang dia tulis menyihatkan rambut dan mencegah rambut gugur tapi aku tengok gambar si tukang penyelidik rambutnya.....??


Beli jangan tak beli produk buatan malaysia..