Hari ni aku cerita pasal kisah benar yang terjadi dalam kehidupan aku. Moga kisah ini dapat menjadi iktibar dan panduan dalam hidup aku dan pembaca sekalian (ayat gempak) :p.
Masih ingat tak di entry sehari dua yang lepas banyak kali aku mengeluh tentang penyakit M yang melanda diri aku. Penyakit malas ni aku tahu sangat puncanya. Ini berikutan mr. edy yang kurang mendapat job selepas raya haji.
Dah dekat dua minggu raya haji berlalu, job macam chipmore. Sekejap ada sekejap tak ada. Tak kencang macam biasa. Faham-faham kalau mr edy tak ada keje, duit tak masuk. Bila duit tak masuk mulalah mood spoil, bila mood dah spoil, penyakit M pun senang menular.
Tapi alhamdulillah semalam mr. edy selamat berangkat ke Johor. Disaat saat poket dompet semakin menipis, tetiba regular customer mr. edy telefon nak sewa lori walaupun aku dan mr. edy kurang gemar nak berurusan lagi dengan company ni (nama company terpaksa dirahsiakan untuk kebaikan bersama ). :-)
Act. aku kurang berminat nak deal ngan company ni bukan apa, biasalah regular customer. Harga mesti kena kasi murah. Murah tu tak apa lagi kalau bayar cash. Ini tidak payment selalu bayar half half pastu selalu lewat bayar. La ni banyak dah payment yang sangkut. Bila dihitung dah cecah ribu dah. Memula dulu ok, sekarang ni memang ko. Dengarnya payment dia dari orang lain sangkut. So secara tak langsung kitaorang pun tersangkut sekali.
Tapi disebabkan yang macam aku cakap tadi, job tak ada sangat sekarang, mr. edy terpaksa rela menerima jugak job kali ni. Paling tidak adalah tambah jugak duit seratus dua.
Selepas kata persetujuan untuk sewa lori dicapai antara mr. edy ngan company ni, tak dan berapa jam lepas tu bertubi-tubi call masuk. Orang call nak sewa lori. Aduhai masa tak ada job tak ada pulak orang nak call. Bila dah ada job ramai pulak yang nak sewa lori. Sampaikan ada job yang terpaksa ditolak sebab clash dengan jadual.
Ini pun antara sebab kenapa aku malas nak terima job dari company ni. Selalu sangat terjadi bila mr. edy deal je ngan company ni, banyak sangat job yang datang. Sampai terpaksa ditolak-tolak. Fyi, company ni base in JB. Pergi balik Johor paling cepat makan masa dua hari. Rugi banyak ooo...
Pernah sebelum ni aku sound kat mr. edy, kalau company ni nak sewa lori kalau boleh hold hold dulu. Kalau boleh di tolak, tolak terus. Kali ni tak tolak pun sebab job kurang.
Dipendekkan cerita, mr. edy dalam kepala hotak ada berfikir fikir kenapa setiap kali bila dia terima job dari company ni, at the same time mesti banyak job job lain yang datang. Bila terima job dari company ni pasti murah rezeki aku sekeluarga.
Perkara ni mr. edy suarakan ke pekerja dia. Nak tahu apa jawapan yang pekerja mr. edy berikan? Jawab pekerja mr. edy :
Al Quran kan. Kita kan bawak alquran.
Masyaallah kenapalah aku dan mr. edy tak terfikir pasal ni. Nampak tak betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T. Ya la, mr. edy bawak beribu-ribu Al-Quran dalam lori tu.
Moral of the story : Kalau dah jodoh tak kemana. Confirm jodoh kitaorang panjang dengan company ni. Jangan fikir pasal duit sahaja. Ikhlaslah dalam pekerjaan. Bekerjalah sampai beramal.
tepek skit gambar lori kesayangan
Have fun dengan pekerjaan anda. Peace yo......