30 April 2012

Nak jual novel terpakai. Anyone berminat?

Ada tak sesiapa kat sini yang suka baca novel? 

Selalu berapa kali ye korang baca satu-satu novel yang korang beli? Ada ke dalam lima enam tujuh lapan kali?

Kalau aku, novel yang aku suka sesangat paling kuat setakat tiga kali khatam jer. Pastu dah tak larat dah nak mengulang baca.

Aku suka karya Ramlee Awang Mursyid. Ramai yang tak suka kot dengan karya dia. Sebab lebih pada thriller.

Mesti kat luar sana ramai pencinta novel @ ulat buku kan. Jadi kalau boleh aku nak jual novel-novel yang dah tak nak dibaca lagi.

Aku pernah search, kalau nak jual pada collector diorang nak beli 5% dari harga asal novel. Sebuah buku dapat dalam seringgit dua je. Murah. Melampau betul.

Sebenarnya novel ni semua dari koleksi peribadi kakak aku. Aku mana ada beli beli novel ni. Senang cakap aku bukan pencinta novel. Sesekali baca boleh lah. Kalau nak baca pun biasa aku pinjam jer dari kakak aku. Kih kih kih.... Itu pun setahun sekali pun payah.

Semua novel yang aku nak jual ni ada yang keluaran lama dan yang terbaru sekitar hujung tahun 2011. Tapi keadaan buku memang sangat-sangat baik. Condition tip top tau.

Buku ni kakak aku hanya baca sekali dan paling banyak dua kali. Buat pengetahuan semua novel masih mempunyai 'bookmark'. Adalah dalam sepuluh buah novel yang aku nak jual. Kalau dapat jual bolelah rolling beli buku baru yang lain pulak.

Rasa-rasa ada tak sesiapa yang berkenan nak beli? Kalau ada nanti aku akan update tajuk novel/penulis/harga...

28 April 2012

Operasi pembersihan SAWI

Sekitar operasi pembersihan kereta savvy aku tu. Sementara mr. edy outstation aku dan anak-anak carilah satu aktiviti untuk menghilangkan kebosanan.


Mr. edy kalau cuci Sawi ni hanya bahagian luar jer. Dia kata dalam tak penting, orang tengok bahagian luar jer.


Bagi aku bahagian dalam yang paling penting. Kalau naik kereta kotor mana nak selesa. Jadi kalau bab bersih bahagian dalam aku take part. Bahagian luar mr. edy punya part.



Kereta korang sekotor ni ker?
kereta savvy boleh cabut kusyen belakang, keta viva tak boleh kan?
Kusyen ni aku siap clorox lagi. 
Tak tahan betul tengok berpeta-peta Malaysia, Singapore dan Thailand.

Budak ni suruh je apa-apa mesti mau tolong. 
Tapi jangan bila dah besar mula pandai cari alasan ye sayang..

Penat.

Hakeem pun sibuk jugak nak tolong. Sabar na.. besar sikit baru boleh.


Kereta aku kalau cuci pagi, petang naik confirm dah kotor. Mr. edy memang jenis yang anak nak buat apa semua ok jer. Makanlah apa-apa pun dalam kereta. Tumpah ke sepah ke dia jenis yang relax.

Korang yang ada anak alami tak masalah kekotoran bahagian dalam kereta yang melampau. Atau korang straight tak kasi anak makan dalam kereta. Atau kalau makan dalam kereta korang suapkan? Ke camana?

Dip 'N' Tell Pregnancy Test

Sempena ulang tahun kelahiran Hakeem yang pertama, budget nak bagi hadiah 'adik' kat Hakeem. Amboi statement tak agak-agak kan :P


Bukan apa sejak dua menjak ni aku rasa selera makan aku dah bertukar rentak. Makin menjadi-jadi kuat makannya.


Pastu nak makan benda yang masam-masam. Then nak makan aiskrim, air rootbeer dan paling parah asyik nak makan lauk berasaskan daging jer. Bila makan asyik rasa tak kenyang. Rasa nak tambah lagi, tambah lagi dan lagi.


Dapat pulak kakak aku cakap kalau suka benar makan daging tu maknanya nak beranak lagi tu. Betul ker? Berdebar jugak jantung aku di buatnya.


Semalam aku terus pergi 7eleven beli pregnancy test. Tak tahan nak tahu keputusan mengandung ke tak. Aku kan sejak beranak tak pernah datang period.


Beli pregnancy test jenama Dip 'N' Tell. Brand ni memang serasi dengan aku. Time mengandungkan sofea dan hakeem aku uji kehamilan pakai jenama ni lah. Memang tepat. Ujian tu aku lakukan dalam minggu ke-5 usia kandungan.


Dip 'N' Tell di datangkan dengan FREE Urine Cup Inside dan dah boleh tahu result hanya dalam masa seminit. Sesetengah pregnancy test tak ada kasi urine cup tau. Menggagau lah ko cari benda nak tadah kan. Harga sekitar 11 hinggit jer.


Untuk melakukan ujian kehamilan dikatakan pada waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai.


Korang nak tahu ke apa result aku tadi?


Resultnya aku yang kuat makan tapi beri alasan macam orang mengandung mengidam itu ini. Negatiflah, tak pregnant pun.


Rugi 11 hinggit duit aku..

27 April 2012

Hari ini Muhammad Amrullah Hakeem genap setahun

Diam tak diam hari ini genap usia Hakeem setahun. Dan maknanya genap setahun jugak aku cuti menjaga Hakeem.

Tak terasa cepat betul masa berlalu. Tak sangka daripada wanita yang ada kerjaya boleh jadi surirumah sepenuh masa. Itulah kehebatan seorang wanita kan? Nak baca story bersalinkan Hakeem boleh check di SINI.

Sebenarnya dalam hati nak sangat sambut birthday Hakeem. Tak adalah planning nak buat besar-besaran.

Cuma ingat nak beli kek dan masak sikit-sikit untuk makan kitaorang sekeluarga dengan mak ngah dan pak su diorang lepas balik kerja petang ni. No sambut di kedai @ foodcourt @ McD @ KFC or whatever, makanan kat luar tak elok dan membazir banyak wang yea....

Kalau boleh sebelah pagi planningnya nak pergi Wetworld, Shah Alam. Hakeem dan Sofea suka sangat main air. Kalau dah masuk bilik air dua beradik ni memang susah nak keluar.

Aku pilih nak lepak kat Wetworld sebab tempat ni kecik jer sesuai sangat untuk budak-budak dan family. Fees pun murah.

Memang dulu-dulu kalau anak-anak buah mr. edy yang dari kelantan tu datang KL, kitaorang akan bawak diorang kat sini ler.

Tapi apakan daya, hari ini awal pagi aku dah bangun bukan sebab niat nak buat preparation tu tapi sebab nak kejutkan mr. edy kerja. Ada dua job menanti hari ini. Kerja sendiri macam ni lah. Kenalah berkorban sikit.

Tengoklah macam mana nanti, kalau mr. edy dapat balik awal ingat nak sambut kecil-kecilan pun jadilah. Btw Selamat Hari Jadi My Son.

Mama wish semoga Hakeem jadi anak yang soleh dan dapat menjaga keluarga kita. 


Amin.

26 April 2012

Free Gift t-shirt 'Minggu Saham Amanah Malaysia'

Posisi depan.
Posisi belakang.

Kita bukan nak jual baju tau. Baju ni aku dapat masa aku masukkan duit ASB dekat PNB, Shah Alam hari selasa hari tu. 

Kalau nak masukkan duit dalam ASB boleh jer kat pejabat pos, CIMB, Maybank atau RHB Bank. Tapi sebab aku nak buat buku ASB mr. edy yang hilang kenalah pergi jugak mana-mana cawangan PNB. Yang paling dekat dengan rumah kat Shah Alam ni ha je lah.

Bila dah selesai urusan masuk duit, abang kat kaunter cakap pergi kaunter hujung amik hadiah. Rupanya sekarang ni tengah berlangsung Minggu Saham Amanah Malaysia. Tak tahu pun aku. 

Nasib baik masukkan duit kat sini. Dapatlah rezeki t-shirt selai. Sebabkan t-shirt ni saiz XL dan maybe ikut saiz orang putih kot. Besar nak mampus. 3X jengkal tangan aku. Terus aku bagi dekat kakak aku. 

Actually buku ASB mr. edy tak dapat buat lagi sebab kena photostat I/C dulu. Then mr. edy malas dah nak pergi balik patah balik. Terus kitaorang buat urusan yang lain pulak. 

Tapi ok lah dapat jugak masuk duit dalam bank. Dapat t-shirt selai dan dapat bersedekah lagi. Alhamdulillah. 

Kalau korang nak hadiah cepat-cepat pergi PNB. Menabung dan dapatkan free gift. Free gift ni berbeza berdasarkan amaun yang korang masukkan. Yang aku perasan ada hadiah tabung. Yang lain tak sure pulak.