31 March 2011

Pemansuhan Gred 1 - 16

Eh mana boleh kan? Sesuka hati je cuepacs mintak macam tuh. Kalau gred 1 - 16 nak dimansuhkan so macam mana dengan kami yang gred 17 nih.

Nanti makin banyaklah persaingan akan berlaku. Persaingan pekerja contoh, persaingan nak dapat AKC, persaingan naik pangkat dan macam-macam persaingan lah.

Lagipun syarat kelayakan semasa pengambilan diorang ni kan berdasarkan UPSR dan PMR bukan SPM. Udahlah dulu typist diupgrade ke gred 17. Tapi kitaorang yang gred 17 yang ada diploma naper tak nak upgrade ke gred 27 macam PA tuh.

Kalau tuntutan bonus tu memang aku sokong lah yea. Tapi lima tuntutan CUEPACS ni pun tak semestinya kerajaan akan luluskan kan?? Kalau diluluskan pun dah memang rezeki diorang agaknya. Kalau ada rezki aku tu adalah kan.

29 March 2011

Pepagi kereta dah buat hal

Hari ni aku maleh dah nak sambung pembacaan semalam. Sebab kalau baca mesti badan nak melentik mengadap PC. Tak larat, perut dah senak senak sangat sejak malam tadi.




Mementanglah sekarang aku dah tak de kerja sangat kat opis, pepagi nak pergi kerja dah diberi kerja. Kereta aku mampus daaa tengah jalan. Macam tahu tahu ja aku nak  bersalin tak lama lagi. Nak suruh aku excersize lah tu. Tak ada nyer aku nak tolak-tolak kalau dah mampus memang kat tepi jalan dah.

Aku duk je dalam kereta sambil sms semua orang. Kredit tak ada. Leh sms je. Malangnya tak ada orang nak reply sms atau call aku balik. Nasib baik dah sekian lama mencuba start kereta, boleh pulak idup.

Nak balik umah balik ke nak pergi kerja ni??? Nekad pergi kerja je lah, nnti rugi cuti rehat....


28 March 2011

cd VCD boleh masuk dalam DVD ke cd DVD je boleh masuk dalam DVD

Kesian sofea dah tiga bulan tak dapat tengok CD kegemaran dia sejak aku pindah rumah baru. Almaklumlah kalau pindah rumah baru mestilah semua barang kena beli baru atau semua barang di sukat untuk dibeli.


Tapi untuk memudahkan aku memasak jadi wajib beli DVD players supaya sofea boleh duk diam-diam sementara mama dia siap memasak. Ini tidak time aku nak masak je time tu lah dia ngendeng nak duduk atas kabinet dapur nak tengok apa aku masak then cakap "Nak...nak..."


Tapi entah mana silap DVD Players yang aku beli tuh tak boleh nak berfungsi dengan baik. Mungkin sebab aku beli murah 99hinggit je, tu yang SONY bagi yang kokak. Tapi aku tak terfikir nak complaint kat SONY even ada warranty setahun. Sebab aku belum godek-godek cari masalah sebenar dvd player tuh. Nanti kalau awai sangat complaint tetiba memang masalah berpunca dari aku tak ke malu dibuatnya.


Sebabkan cd lagu kegemaran sofea tak boleh masuk dalam itu DVD, semalam aku pegi pasar malam nak cari DVD baru buat sofea. Tapi semua cd yang ada kat situ jenis VCD. Tak ada yang DVD. Aku tanya itu ah soo DVD tak dak ke? Dia kata awak punya player jenis DVD ke VCD? Aku jawab DVD tu yang nak cd DVD. Ah soo jawab kalau DVD player, cd VCD boleh masuk ma.. Kalau VCD Player, cd DVD tak boleh masuk. Aku jawab tak boleh masuklah kalau VCD, saya nak DVD. Ah soo jawab 'Boleh maa...sy punya ini pun DVD Player'.


Ermm..iye ke?? Then aku beli la cd sepuluh hinggit tu dalam keadaan cuak. Balik umah aku terus pasang tapi still tak boleh nak kuar gambar. Hanya kuar perkataan DVD players. Then aku amik remote DVD tekan satu button tetiba terkeluar lagu Twinkle-twinkle Little Star. Punyalah suka sofea.


Button yang aku tekan tuh button PLAY. (Bodoh betul aku)

27 March 2011

Kalkulator Tarikh Bersalin @ Ovulation Calculator

Pregnant?
Nak check tarikh jangkaan anda bersalin?
Mai check di SINI 




Just click pada Kalkulator Tarikh Bersalin dan masukkan tarikh hari pertama anda period yang terakhir.

Disarankan juga pergi scan di mana-mana klinik swasta semasa kandungan berusia tiga bulan untuk membuat comparison.

Dikatakan semasa kandungan berusia tiga bulan adalah waktu yang paling sesuai dan tepat sekali bacaan dimesin scan.

Atau boleh jugak nak check kat SINI.

Banyak info-info menarik mengenai pregnancy. Tapi dalam bahasa omputih.

25 March 2011

Aku di kejar Ah long?


Kami bukan Ah long, kami cuma nak tolong. 


Straight to the point, sesiapa kakitangan kerajaan yang nak buat overlap loan atau nak buat personal loan sebab korang nak kawin ke apa ke silalah ke CIMB Bank sebelum 31hb Mac ini. Sekarang CIMB tengah buat promosi gila-gila babi kat kakitangan kerajaan supaya menghabiskan duit gaji dengan membayar pinjaman pada kadar interest 3.98% setahun. Tempoh bayaran adalah dari 3 hingga 20 tahun.


CIMB menawarkan proses pinjaman diantara tiga ke lima hari tapi sila jangan percaya pada janji mereka kerana selepas  aku dituduh berhutang dengan AH LONG baru duit yang aku inginkan masuk dalam akaun. (Dua minggu lebih baru dapat).


Tak pasal-pasal jatuh reputasi aku sebagai kakitangan kerajaan yang clean and clear. Tapi ada aku tak kisah, janji apa yang dihajati tercapai.


By the way, thank to En. Anuar (even aku tak kenal kamu) & Malissa yang banyak sangat menolong setelah kau recommendkan orang yang salah. Jadi wajiblah kau menolong aku kan.


24 March 2011

Cabaran Berakhir




 Rasanya dah dua minggu aku bertarung menghentikan sofea dari menyusu susu badan. Dan dah lama tak tulis pasal cabaran ini.


Sebenarnya tak sesusah mana nak berhentikan sofea menyusu cuma kena ada semangat yang jitu dan kental. Selepas seminggu berusaha, garam yang digunakan untuk ditepek ke puting dah tak perlu di letakkan lagi. Sofea betul-betul ingat akan penangan masinnya garam.


Selepas dua minggu berlalu, bila nak tido, sofea ada habit baru, menyusu susu botol sambil menggentel puting badan aku. Tak kisahlah apapun janji sofea berhenti nyusu dan senang nak tido.


Kesimpulannya cabaran berhenti hisap darah berakhir dengan jayanya. :-)

Baby boy! Confirm ke?

Seronoknya kalau dapat sepasang kan? Baby girl then baby boy atau baby boy then baby girl. Mana-manalah janji boy and girl.



Last Thursday kena masuk wad kecemasan bersalin Hospital Serdang selama empat jam sebab kencing manis tinggi. Rasa seram sgt even ni anak kedua. Sebab dah dapat agak apa diorang nak buat kat kita.



Memula nurse suruh tukar kain batik. Sib baik dah stand by awal-awal kat umah. Dalam otak cuma fikir doktor nak check jalan. Kalau tak nape suh pakai-pakai kain batik. Then suruh aku berbaring di katil nombor empat di ruang penilaian.


Tunggu hampir setengah jam, diorang pun buat CTG beberapa minit, sister kata sangat cantik gerakan baby. Memanglah cantik baby aku memang sangat aktif tau (puji diri nih) then tunggu lagi untuk doktor pelatih check (aku rasa itu doktor pelatih). Perasaan semasa menunggu memang takut sangat sebab tengok macam-macam orang yang ada, yang duk tunggu nak bersalin normal ada , yang nak bedah ada dan yang muka dah pusat lesi pun ada.


Kemudian dekat sejam baru jumpa doktor real, buat scan. Masa scan aku buat muka sibuk-sibuk tengok mesin scan macam tahu sangatla nak bacakan. Finally doktor tanya nak tahu jantina baby ke. Nampaknya dia dapat baca fikiran aku. Aku jawab nak. Bila dah cari-cari posisi yang betul doktor cakap LELAKI. Aku bagitau hari tu scan kata GIRL. Doktor kata confirm boy siap dengan explanation.


Hopefully scan kali tepat. Welcome blue goodbye pink.

21 March 2011

Kerana Mulut Badan Binasa | Terlagak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.


Fine, aku memang tengah serabut dan gundah gulana.

Jadi mari belajar peribahasa Melayu.

Kalau kita tengah hot, tengah marah memang segala macam perkataan yang akan terkeluar dari mulut.

Bila dah cool baru nak rasa menyesal. Kenapa cakap yang bukan-bukan.

Kenapa tak fikir buruk baik akibat akan datang.

Tapi....sebenarnya itu lebih baik dari korang marah-marah, bising-bising, maki-maki then bila dah cool langsung tak ada rasa bersalah.

Nak kutuk + tambah yang bukan-bukan lagi adalah.

Betul tak?

azi : saje nak menyedapkan hati.

17 March 2011

Perempuan pun pandai menipu tapi siapa pun takkan terlepas


Sayes aku terkejut ingat lelaki je pandai outer2 payslip ni. Rupanya pempuan pun dah setaraf dengan lelaki sekarang. Zaman IT ni semua orang kena pandaikan. Aku je yang bengap. Bengap hal yang tak baik tak pe kan. Jangan bengap hal-hal yang sepatutnya nanti orang terus kata bodoh pulak.



Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Kalau di outer payslip tu pun tak guna, lainlah kalau kau dah bayar semua orang kat bank yang kau nak buat pinjaman tu kan. Kalau nak buat confirmation gaji nanti ke mana lagi diorang nak confirmkan kalau tak Bahagian Gaji. Dah sah-sah la gaji yang di outer tu tak sama dengan payslip original.



Ha...sape nak jawab tu. Last-last kau jugak yang kena dengan pihak atasan. Dahla tak confirm lagi. Boleh pulak kau bagi alasan kawan kau nak submitkan application tu yang outerkan payslip kau, kau cuma nak buat personal loan tapi kawan kau kesian kat kau sebab tahu pinjaman ko tak kan diluluskan.



Bila aku tengok dalam report, gaji kau, dua tiga percent lagi nak sampai hak maksimum potongan. Memang takkan lepaslah. Kau rasanya pun dah tahu kan. Tapi kenapa nak proceed sesuatu yang kau pasti tak kan dapat. Alasan kau memang tak masuk akal tapi boleh pulak bos percaya citer kau. Hebatlah kau dapat pengaruhi bos. Nasib kau memang baik kali ni. Tapi di nasihatkan lain kali janganlah buat lagi hal-hal tak berfaedah gini. Nanti kau sendiri yang rugi.


azi : teringin jugak nak tahu camna diorang outer2 payslip ni. Ada sape2 boleh tolong ajar?

16 March 2011

Berapa hari nak dapatkan statement untuk buat full settlement


Kalau hari ini tak dapat jugak apa yang aku nak, memang aku nak cakap 'bank B' ni agak lembab dari bank-bank yang lain. Even inilah bank yang diagung-agung sejak kecik oleh mak pak kita. Mana taknya sebelum dapat bukak akaun ASB duit-duit raya yang dikumpul masa sekolah rendah semua aku masuk dalam akaun 'bank B' ni.

Ingat lagi masa cikgu bagitau pegawai bank nak datang kat sekolah, sehari sebelum tu semua pakat mintak duit kat mak sepuluh hinggit. Macam-macam yang cikgu cakap untuk pengaruh anak murid menabung dengan 'bank B'. Katanya menabung bagus untuk simpanan masa depan. Tapi bila dewasa semua pakat dok lupakan bank yang banyak berjasa nih.


Sekarang orang ramai berpusu-pusu bukak akaun bank seperti MAYBANK (aku tak ada lagi akaun ni), CIMB (aku baru pi bukak hari ini), RHB (dah tutup tp Kumpulan Amanah Wang Tak Dituntut ada hutang singgit kat aku), BANK ISLAM (Bank gaji aku sekarang) dan banyak lagi la bank-bank lain yang menjadi pilihan orang sekarang.


'Bank B' ni setahu aku dah berkurun lama kewujudannya. Aku malas nak search bape lama tapi sejak aku sekolah tahun 1987 dah ada maknanya sekarang tahun 2011 dah berpuluh-puluh tahun diorang survive. Tapi aku tengok servicenya kurang efficient. Why ha? Patutnya diorang ni kena lebih advance dari bank-bank lain sebab dah lama beroperasi. Dah masak dah faham selok belok dunia perbankan. Ini dia pulak yang paling mundur, paling lambat dalam serba serbi.


Dah 4 hari aku mintak penyata baki pinjaman sebab nak buat full settlement tapi sampai petang ni masih tak dapat-dapat lagi. Sampaikan kena tanya kat Bank Negara pulak. Kalau bank lain dah lama dah dapat. Ke 'bank B' ni dah bijak tak mahu bagitau baki pinjaman aku sebab takut nanti kurangla keuntungan yang diorang dapat.

14 March 2011

Kurang Darah


Kurang darah adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi. Kekurangan darah boleh menyebabkan penyakit anemia. Terdapat 2 kategori anemia. Anemia sederhana adalah diantara 9 - 9.9hb. Anemia teruk adalah dibawah paras 8.9hb kebawah.


Untuk menambah zat besi dalam badan seseorang perlu makan makanan yang boleh menambahkan darah seperti daging, hati, ikan, ayam dan kerang. Manakala buah yang paling banyak menyumbang kepada pertambahan zat besi adalah buah jambu batu. Tapi dinasihatkan makan jambu batu yang fresh yakni bukan buah yang sudah direndam dalam air yang dijual ditepi-tepi jalan. (Tapi itu yang sedap kan?)


Selalunya apabila seseorang itu diberitahu oleh doktor bahawa dia kekurangan darah, mesti ada yang kata saya selalu makan kerang, makan hati tapi kenapa saya masih jugak mengalami kekurangan darah. Jawapannya mudah. Sebab anda minum susu dan makan makanan yang menambahkan zat besi dalam masa yang sama.


Apabila nak makan nasi dan susu jarak yang disyorkan adalah diantara dua jam. Sebab susu boleh menyahkan zat besi dari badan. Susu penting untuk menguatkan tulang. Jadi untuk mendapatkan kalsium dan zat besi yang seimbang, pengambilan kedua-duanya hendaklah diambil pada waktu yang berbeza.


Kekurangan darah bagi ibu mengandung boleh menyebabkan anak yang dilahirkan lembab dan membawa kematian, berkemungkinan anak lemas dalam kandungan dan faktor untuk melahirkan anak tidak cukup bulan.


Info ni aku dapat dari misi klinik desa puchong, tak ada google-google sebab aku sekarang dikategorikan sebagai anemia sederhana. Padanlah setiap hari aku pi foodcourt makan kerang tapi still kurang darah sebab pastu aku pi minum susu.


Next week nak check up perut, tak sabar nak tengok HB naik ke turun lagi. Hopefully darah tak kurang lagi, cukup-cukuplah ada kencing manis je.


13 March 2011

Cabaran Hari Ke-5 : Berhenti Hisap Darah


Sofea demam pada hari kelima. Panas sangat badan dia malam tadi. Aku tak pasti samaada ini disebabkan oleh penangan menghentikan susu badan atau sememangnya musim sebab sehari dua ni sofea memang batuk dan selsema.


Walau macammana pun rasanya misi aku nak hentikan sofea hisap darah susu badan bakal berjaya tak lama lagi. Sebab walaupun sofea masih sebut te te tetek tetek tapi dia tak berani nak masukkan dalam mulut. Kalau masukkan pun seketika.



Sekarang yang susahnya hanya time sofea nak tido. Kalau ada nenen dah lama dia belayar. Ini aku terpaksa bawak sofea pusing-pusing nak kereta dulu baru mau tido. Kalau dah tido pulak asyik meracau-racau je. Malam tadi memang aku tak boleh nak tido sangatla sebab sofea asyik merengek aje. Nasib baik hari ini cuti kalau tak mahu tersengguk2 aku kat opis.



Sofea aku lihat makin melupakan cara menghisap susu badan. Penangan garam memang berkesan. Aku decide bubuh garam bukan atas advice sesiapa tapi sebab aku tak suka nak bubuh sirap ke minyak ke, geli... Tapi letak garam rumit sikit sebab garam tak boleh tahan lama atas puting. Kena letak selalu. Mahu abis garam kat rumah aku nih.

Aku memang pandai masak tapi _ _ _ _ _


Abang ipar : Sape yang masak sambal ikan bilis ni?
Husband : Azi...
Abang ipar : Pandai azi masak sambal ikan bilis.


Abang ipar : Nasi goreng ni masak ke beli kat kedai?
Husband : Masak.
Abang ipar : Tak sangka azi pandai masak nasi goreng. Tinggal ini je ke?


Okeh itu antara bukti-bukti yang i memang reti masak k. Kalau setakat pujian dari husband tak ada makna sebab mgkin korang akan kata ala itu nak amik hati bini je tapi pujian ni datang dari abang ipar i ok.


I tahu abang ipar i terkejut sebab masa kat rumah mak mertua haram sekali pun i nak masak kecuali terdesak. Itu pun tak sedap. Bukan tak sedap ye tapi tak sempurna. I memang tak reti nak masak kat rumah orang lebih-lebih lagi mak mertua i orang kelantan. Masakan orang pantai timur dengan pantai selatan ni memang berbeza sangat-sangat.


Daripada diorang buang masakan i lebih baik i tak masak. Dengan perkataan yang lain i memang dah cakap dengan husband i yang i balik kg bukan untuk buat kerja rumah. I balik sebab nak jupe keluarga dan off course berehat. Kat KL dah la setiap hari i pergi kerja, balik kerja masak, malam-malam bangun kena buat susu, lebih-lebih lagi sofea dalam proses berhenti minum susu badan. Then bila balik kg i kena buat rutin yang sama. No no no. I memang tak nak okeh. Biarlah orang nak kata i menantu hantu ke apa. Janji i tahu apa yang patut i buat dan tak patut. Patut ke masak kat rumah mak mertua?????


Lagi satu i memang tak boleh la kalau memasak tetiba ada orang datang tanya apa yang u masak tu. Nak tolong apa-apa ke? Terus i jadi gabra dan alamatnya tak sedaplah apa yang i masak tu. So mak mertua i memang tak pernahla merasa kesedapan i masak, sebab bila dia datang KL selalu je dia kacau i masak. Sape suruh kan.


Kesimpulannya i memang pandai masak okeh tapi malas i hanya akan masak kat rumah sendiri dengan keadaan yang aman. Kalau nak rasa masakan i datanglah rumah tapi jangan kacau i masak.

12 March 2011

Cabaran Hari Ke-4 : Berhenti hisap darah

Diam tak diam dah empat hari aku tak bagi sofea susu badan. Memang suffer aku tengok sofea. Bila tengok hari ketiga sofea dah seakan melupakan susu badan, ingatkan hari keempat makin senangla. Rupanya nak bagi baby berhenti menyusu ni memang tak semudah yang disangka.


Sofea seperti kekurangan sesuatu. Tapi dek kerana penangan garam membuatkan dia jarang nak mintak susu badan. Hanya berani pegang-pegang, sentuh-sentuh puting je. Tidor malam pula sering terganggu dengan tangisan kerana ketidakpuasan menghisap susu.


Bila malam menjelma aku try la letak sofea atas bouncer, mana tahu dia boleh tido lena. Buat pengetahuan sofea memang sejak kecik tak pernah tidur atas buaian. Tapi tak jalan, dia dah tak nak tido atas bouncer mgkin sebab dah besar. Bouncer pun dah hampir tak muat.




Sekarang kalau sofea nak tidor mesti dia tidor sendiri itu pun kalau dah betul-betul mengantuk. Sofea bukan macam baby lain kalau ditepuk-tepuk peha atau di urut-urut badan mahu tidor. Kalau kita buat macam tu lagi dia tak suka.


Bila la semua ni akan berakhir. Rasa kesian ngan sofea dan diri sendiri kerana terpaksa melalui semua ini.

11 March 2011

Cabaran Hari Ke-3 : Berhenti hisap darah


Semalam masuk hari ketiga dalam  usaha menstopkan sofea dari menyusu badan. Nampaknya semua berjalan lancar dan makin dipermudahkan. Cam biasa balik kerja terus amik sofea tapi kali ni tak macam hari sebelumnya, sofea tak mintak nenen dah sebaliknya aku terus bagi biskut. Sofea makan, tgk tv dan macam biasa aku bersiap ke dapur untuk prepare makan malam.


Lepas siap semua, mandi, makan, time untuk sofea tido pun menjelma. Sebelum tu ada sofea pegang breast mintak nak hisap tapi pantas aku letak garam terus dia tak jadi nak hisap. Buat pengetahuan, aku hanya letak garam kat sebelah breast je sebab sofea memang dari dulu menyusu sebelah.


Semalam dia tetiba selak baju nak hisap sebelah yang dia tak pernah hisap. Aku bagikan aje sebab aku tahu tak sampai seminit sofea akan keluarkan semula puting tu sebab dia memang tak suka. Bila dia rasa nenen tak ada rasa garam sofea terus rembat puting yang biasa dia hisap. Nah.... sofea kena sekali lagi penangan garam. Terkelat-kelat lidah dia menahan rasa masin. Kesian.


Kemudian aku ajak sofea masuk bilik dan tutup lampu supaya mudah sofea tido. Tapi biasala tanpa nenen memang payah. Naik turun naik turun atas katil dia tiga empat kali. Ntah pukul berapa bila aku tersedar dari tido aku panggil-panggil sofea, dia tak menyahut. Dan aku tengok sofea dah lena tertido atas tilam baby depan tv.


Sepanjang malam aku hanya suakan susu botol tiap kali sofea merengek. Aku kalau boleh nak elakkan dari memangku sofea sebab kalau pangku mesti mulut dia tercari-cari nenen. Lagi satu kalau sofea mintak susu badan aku ajar sofea supaya sayang baby dalam kandungan. Alhamdulilah itu pun dapat mengalihkan perhatian dia pada nenen. Tapi tido sofea dua tiga hari ni memang tak nyenyak mungkin tak puas nyusu. Asyik terjaga-jaga. Memang kesian tengok dia menangis kengkadang tapi apa nak buat. My husband kata pas seminggu ok la tuh. Tapi nak melalui seminggu ni rasa bagai setahun.

10 March 2011

Cabaran Hari Ke-2 : Berhenti hisap darah


Misi menghentikan sofea dari menyusu badan diteruskan untuk hari kedua. Selepas melalui malam pertama yang sukar, petang semalam macam biasa pas amik sofea kat nursery, bila sampai rumah sofea terus mintak te te te tetek tetek. Even dalam kereta pun dah mintak.


Sepantas kilat aku ke dapur letak garam kat puting. Memang agak berkesan la letak garam ni. Walaupun kebanyakan orang suka letak sirap tapi aku lebih prefer garam dari sirap. Tak sanggup wei nak biar puting jadi warna merah. Bila sofea tengok puting dah dipenuhi garam terus sofea tak jadi nak masukkan dalam mulut. Seakan serik agaknya teringat semalam kena makan garam. 


Kesian dengan keadaan tu aku buatkan susu botol dan ajak sofea main-main kat laman. Biar dia lupa tetek seketika. Kemudian aku masak, bagi sofea makan dan terakhir masa untuk tido dah makin hampir.


Cabaran lagi ni. Kalau sebelum ni hisap susu badan memang senangla nak tidokan sofea. Tapi kali ni tanpa tetek, buaian memang sukar la nak suruh sofea tido.


Mula-mula aku kena tutup lampu, pastikan sofea betul-betul penat dan mengantuk. Macam hari sebelumnya, sofea masih lagi meracau-racau, bercakap-cakap sambil mata tertutup. Sofea memang tak puas dengan susu formula. Bila aku suakan puting botol sofea campak sambil nangis. Aduh...memang sengsara.


Sebenarnya kalau sofea sendiri nak menyusu badan, aku pun sama rindu sangat nak menyusukan dia, rasa macam nak sua-suakan susu badan je time dia mintak tapi apa boleh buat, aku kena cekalkan hati, baby dalam kandungan pun kena diutamakan jugak. Malam tadi ntah pukul berapa baru sofea tido selepas keletihan menangis, aku tak sedar sebab aku sendiri dah belayar dahulu sebelum sofea tido.

09 March 2011

Sofea hisap darah?


Setiap hari lepas balik kerja, hari cuti, waktu malam, waktu nak tido, dalam kereta sofea asyik mintak nak hisap nenen je. Aku memanglah suka sebab sape tak nak anak jadi cerdik kan? Orang kata elok baby menyusu badan sampai dua tahun. Anak lebih cerdik berbanding yang minum susu formula walaupun sofea bukan fully breastfeed tapi okla dari orang lain yang langsung tak dapat nak menyusukan anak mereka.


Disebabkan aku dah pregnant almost lapan bulan dah, ramai yang bagi nasihat-nasihat, pesan-pesanan supaya stopkan sofea dari menyusu badan. Aku memang bertekad nak berhentikan sofea susu badan tapi selalu tak menjadi. Kesian tengok sofea melalak tak dapat susu badan. Jadi niat hanya tinggal niat.


Tapi malam tadi aku nekad wei tak bagi sofea susu badan dan yes aku berjaya. Tapi disebalik kejayaan semalam memang ada sedikit kesedihan. Masa sofea nak menyusu je aku bubuh garam. Aku tengok sofea jelir-jelir lidah dan terus keluarkan puting dari mulut. Then aku bagi dia minum air putih. Mesti dia rasa masin semacam. Aku tau la rasanya tak boleh blah sebab doktor pun suruh aku makan garam secubit sebab kurang darah.


Bila dah tutup lampu untuk tido, aku pun kasi sofea susu botol, tapi sofea tolak. Tak mahu. Masa tu sofea dah mula meracau-racau. Walaupun mata dah terpejam tapi mulut merengek-rengek, merepek-repek cakap sambil nangis. Tapi untuk mintak susu badan memang dia tak mintak. Mungkin sebab penangan garam tadi. Aku tepuk-tepuk, urut-urut badan kasi tido pun tak jalan. Sedih rasa. Kalau iman tak kuat memang semalam hampir nak suakan dah nenen kat sofea. Tapi alhamdullillah berjaya jugak sampai ke pagi. Cuma yang paling tak tahan lepas ni tiap malam wajib kena bangun buat susulah nampak gayanya.


Aku nekad stopkan sofea susu badan semalam ni bukan apa tapi selepas husband cerita dia ada berbual-bual dengan makcik kat opis dia pasal sofea still menyusu badan sampai sekarang. Then makcik-makcik itu cakap yang aku bagi selama ini bukan susu tapi darah. Susu dah tak ada. Memang aku akui kalau aku picit puting yang keluar cuma air. Tak ada lagi susu sejak kandungan masuk 4 bulan hari tu. Walaupun ramai ibu muda yang nasihatkan aku teruskan penyusuan atas sofea, rasanya aku patut stopkan sebab susu pun macam dah tak ada. Aku tengok sofea menyusu pun lebih pada lepas gian jer.


Pagi ni pulak bila aku bangun dari tido aku rasa badan semacam, rasa lebih bertenaga, lebih segar. Mungkinkah sebab aku tak lagi menyusukan sofea, jadi badan lebih fresh? Dan betulkah selama ini sofea hisap darah bukan susu? Patutla sekarang ni aku di suspek kurang darah. Eeee ngerinya dengar....

06 March 2011

Kencing kotor berkait dengan sakit pinggang eh


Alkisah minggu lepas aku rasa tak bermaya sangat nak pergi kerja. Pergi klinik swasta dengan harapan boleh dapat MC lama-lama tapi dibaginya sehari je. Tak serius kata doktor. Tapi aku rasa aku ni dah tahap kronik dah. Nak bangun, nak masak pun tak larat. Sakit kepala dan pinggang yang amat sangat.


Doktor tu boleh bagi ubat tahan sakit je. Aku pun sombong buat-buat malas nak makan. Sudahnya hampir empat hari tahan kesakitan. Pastu hari jumaat hari tu, aku kan kena jumpa doktor di Klinik Kesihatan Puchong pasal nak scan baby, aku pun tanya la doktor tu apsal aku sekarang selalu nau sakit pinggang. Doktor tanya aku kencing ok ke? Ada masalah tak nak buang air? Aku jawab ok.


Lepas scan tu doktor suruh aku pergi buat ujian air kencing. Menyesal tanya kat doktor. Aku bab kencing kat klinik ni la yang paling malas. Sebab tandas kat klinik ni tandas duduk. Aku paling tak suka kencing guna tandas duduk. Geli kena kongsi duduk dengan orang lain. Tapi demi kesihatan terpaksala dan nasib baik jugak aku buat ujian air kencing tu......


Bila dah dapat ujian analisa air kencing aku pi dapatkan doktor tadi untuk tunjuk resultnya. Doktor cakap saya dah agak dah. Awak ni kencing kotor sebab tu selalu sakit pinggang. Takpe nanti saya bagi ubat antibiotik. Wanita pregnant yang ada kencing manis ni kebarangkalian nak dapat kencing kotor ni sangat senang sebab bakteria senang merebak. Macam tu la ayat doktor tu. Aku pun tak ingat sangat.


Actually aku ingat air kencing aku ok sebab kat kertas tu tulis negative, negative, negative tapi ada 3 star. Star tu lah yang menunjukkan betapi kotornya kencing aku. Ntahla aku pun tak faham sangat dengan ujikaji ujikaji sains nih. Tambah doktor lagi walaupun awak kencing ok, tak de masalah tapi disebabkan kurang minum air itu yang dapat kencing kotor. Dalam hati aku aku dah minum sehari lebih 3 botol air putih dah.


Lepas amik ubat yang sebeban kat farmasi aku pun blah balik umah. Baru pukul 3.15 ptg tapi tak kuasa aku nak patah balik masuk opis.

04 March 2011

Maybe puteri lagi


Petang tadi kena pergi scan kat Klinik Kesihatan Puchong sebab nak tengok samaada baby ok ke tak because of penyakit kencing manis. Kemudian doktor bagi surat untuk di refer ke Hospital Serdang. Dalam tempoh sebulan kena pergi spital buat appointment kat sana untuk scan lagi tengok baby besar sangat ke tak, samaada boleh bersalin ikut tarikh jangkaan atau kena paksa bersalin awal.


Alhamdulillah masa scan doktor kata baby sangat ok dan aktif. Doktor tunjukkan jantung, kedudukan kaki, tangan dan kepala. Walaupun tak faham sangat bacaan kat skrin tapi i'm happy sangat-sangat. Sayang papa baby kerja kalau tak boleh sama-sama tengok keadaan baby kedua ni.


Bila dah scan free ni tergerak jugak hati nak tahu jantina baby dalam perut ni. Masa first pregnant dulu aku tak pernah scan untuk tahu jantina baby. Doktor kat hospital serdang yang gatai-gatai bagitau jantina. Tahu tak baby awak ni baby apa. Aku jawab tak tahu "Tuuu..pempuan katanya". Perasaan time tu memang frust sebab aku harap anak first biarlah lelaki tapi dah itu rezeki aku terima aje.


Tadi aku plak yang gatai-gatai tanya doktor jantina apa baby dalam perut ni. Doktor jawab tak berapa pasti, nanti saya scan bagi clear. Dan jawapan doktor : Maybe perempuan, sebab tak nampak pun anunya. Tapi tak jelas sebab keadaan baby agak terkepit. Tak semestinya perempuan tambah doktor.


Masa kat Hospital Serdang dulu aku memang nampak jelas jantinanya perempuan tapi yang ini aku sendiri pun tak pasti sama macam yang doktor tengok. Walau cammana pun hati ini dapat rasakan peluang untuk dapat baby boy agak tipis. Nampak gayanya kena usaha lagi la ni. Niat hati nak berehat panjang lepas bersalin anak kedua tak dapatla....