30 December 2011

Tutorial download video you tube ke PC



Tahukah anda mendengarkan lagu-lagu kepada bayi anda adalah baik dan secara tidak langsung mengajar anak anda menghafal?



Hooyaa...semalam hati gembira sebab berjaya mendownload video you tube ke netbook aku yang comel lote ni. Itu pun almost ber'month-month' mencari cara-caranya. 


Orang lain dah ribu riban video dalam PC, ko baru tahu? Memalukan. Tapi lagi malu tanya kat orang. Itulah pasal. At least berkat kesabaran google sana sini berjaya jugak.


Mana lah kita nak tahu kena download software You Tube Video Converter dulu baru dapat transferkan video you tube ke komputer.


- rupa sofware yang siap di download -


Dah siap download software kat atas ni, kemudian cuma copy link url video di you tube then click je button 'paste' yang terpampang di software tu. Software automatic dah boleh detect video apa yang korang nak tu.


Last sekali klik button download. Sungguh easy. Like ABC.


Kalau aku tahu sesenang itu dah lama aku dapat download lagu twinkle twinkle little star, little indian boy, bingo, old mc donald etc. Tak payah dengar online. Asyik buffer...

29 December 2011

Geng Maxis

Demam free hot ticket maxis sudah tamat. Cerita giveaway dah tutup buku. Semua hadiah selesai diagih-agihkan pada yang berhak. Ke ada yang nak lagi?? Kalau ada rabak poket aku cam ni.

Yang aku tengok contestant majoriti banyak budak sekolah. Tetiba pengunjung dan followers blog aku penuh dengan remaja-remaji, muda mudi. 

Aku faham kalau cerita bab top up menopap ni memang budak skool lah yang selalu kehabisan kredit. Orang tua cam aku pun selalu miss gak. Eh tua ker? Tua pada umur tapi muda pada jiwa. Kih Kih Kih...

Bab to cerita top up, zaman dodulu mana de hp. BB bagai. Aku ingat around 1999 masa duk kat ulu bendul uitm perlis nun, public phone dan duit syiling lah teman setia aku.

Meh aku bukak satu rahsia yang kalau orang telekom tau mesti diorang marah ke aku nyer. Sebelum aku ke public phone, aku wajib cari penukul dulu.

Korang tau pasal apa? Dulu kan ada duit syiling RM1. La ni dah tak ada. Cost nak call KL dari Perlis pulak mahal. Mana lah nak cari duit syiling bebanyak. Plan family, plan pasca bayar, kadar rata, kadar terendah mana ler ada time tu.

Tapi otak-otak budak-budak U ni memang kreatif. Diorang dapat idea ketuk duit 20 sen buat jadi sama besar dengan duit singgit. Aku pun tergolong dalam golongan tu. Nak hidup beb. Sampai sakit-sakit tangan mengetuk. Ko ingat senang nak outer. Kena ada kepakaran jugak.

Dalam sebulan gitu telekom dapat detect semua duit yang diorang collect dah kemik-kemik, rosak-rosak belaka. Apa lagi, diorang pun perketatkan sistem kawalan.

Sudah block cara tu, kitaorang try wat cross line pulak. Dulu ada telefon yang guna card kan. Sekali buat cross line boleh dapat credit sampai 600 ++ ringgit. Kesian rumah yang kitaorang buat cross line tu. Mesti bil melambung.

Gagang public phone tu tak sempat nak letak pun. Kalau letak abis lah sistem cross line tu. Jadi duk bersambung-sambung orang guna. Sama jugak last-last orang telekom dapat detect. Paling haru time kitaorang gayut pak guard datang cekup. Menjawablah ko dengan warden.

Nakal jugak aku ye time sekolah dulu.

Btw, thanks adik2 yang sudi follow blog akak ko ni.

Free Photoshoot at Poh Kong, Plaza Alam Cental Part 2

Aku amik package family sebagai tambahan. Kena bayar skitlah. Dah alang-alang berphotoshoot. Nak harap aku jejak kaki ke studio memang tak akan adalah.
Hanya aku, hakeem & sofea yang beraksi. Mr. edy cam biasa semuanya tak nak.


Semua action rekaan sendiri. Camera man langsung not helping us walaupun tahu aku tak pandai beraksi. Sebab diorang tak nak guide lebih-lebih takut aku tak jadi nak amik gambar ni nanti. 

Gambar rupa cam ayam.

 

Apsal ko kakak. Pejam rapat mata tu. Kalau mama yang jadi camera women pandai je ko beraksi. Ni muka dah macam apa dah ni... but i like hakeem face.



Seriously not worth it. Kena bayar 80 hinggit utk dapatkan cd gambar Part 1 dan 2 plus 1 gambar di touch up dan di print out. 

Free hanya tuk makeup + self snap shoot + hard copy. 
Nak lebih-lebih bayar la.


Mana de benda percuma dalam dunia ni. Masuk tandas pun kena 30 sen. 
No thank to trend image.

28 December 2011

Christmas Festive sales

I'm a warehouse sales lover. Ko cakap je mana warehouse sales area Puchong, Shah Alam, Putrajaya dan Klang yang aku tak redah. Lebih-lebih lagi kalau warehouse sales tu jual barang baby, lagila gila meroyan aku nak pi.

Aku aktif ber'warehouse sales' since 2/3 tahun ni. Antara warehouse sales yang aku penah pegi, Anakku (2x), Pureen (1x, 4 hari before deliver hakeem) gigih ko nak baju baru, New Balance (2x), Hush Puppies (2x), Metrojaya (walaupun tak best, ada dlm 3/4x jugak lah) dan warehouse sales kat Stadium Malawati pun ada dalam 3/4x gak.

Pastu Padini Warehouse Sales yang selautan manusia beratur nak masuk pun aku redah dengan sofea dan hakeem. Korang cuba search video Padini Warehouse sales kat you tube kalau tak caya. Mr. edy layan je kehendak bini dia. Kalau tak mau gaduh..



The latest sabtu lepas pepagi buta pas siap mandi anak, masak bagai terus bergegas ke SACC Mall. Tu ha... Bonia Group Festive Sales. Kali ni pegi dengan kakak aku. Mr.edy sekarang bizi memanjang. Kakak akulah jadi peneman merangkap pemandu.




Ko nampak beg grey tu jenama carlo rino. 2 for 99.00. Memula macam tak cantik tapi dah kakak aku berkenan, nak tak nak  kenalah aku amik jugak. Kalau tak beli 2 kena bayar harga asal. 200 ++. Tapi bila balik tengok sekali lagi not bad.


Space jualan tak besar mana. Kat Ground Flour Hall je. Ada brand Bonia itself, Sembonia, Carlo Rina, CR2, Santa Barbara Polo & Racquet Club, Valentino Rudy, G Davin dan Jeep. Kena pandai pilih sebab bukan best price sangat. Ada aku tengok tag price brand Semboniadiorang  letak 2 for 99, aku pusing semula dah tukar 70% diskaun. Apa kes ni??


Tak habis kat situ je tau, aku melencong ke Stadium Malawati. Metrojaya Festive Sales pulak. See...alang alang menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang-alang berjalan biar membeli sakan. hi3


Kat stadium ni tak banyak barang yang menarik. Baju orang tua memang hampeh je tengok. Tapi kalau untuk budak budak memang besh aku rasa.


Jadi aku pun beli patung yang satu sepuluh hinggit. Mana nak dapat dengan rega ni kan. Ada macam-macam size, pattern and harga. Aku beli dua. Yang biru tu tuk sofea, yang oren tuk adik ipar aku yang tengah menghitung hari nak deliver.




Dan baju dalam gambar tu semua untuk sofea. Baju hakeem non ado. Tak de baju baby sangat. Paling mahal aku beli dress RM20. Yang lain semua dalam lingkungan RM10 & RM15. Quite ok, aku grab semua jenama Winnie The Pooh. I like.


Siap-siap beli belah, tengok-tengok dah pukul 5 ptg. Ingatkan kami empat bersaudara nak balik dalam kul 1 or 2 petang. Berjalan sungguh aku. Mr. edy tepon 4 5 kali pun tak sedar.


Btw, sape nak pegi Bonia Group Festive Sales boleh lagi, jualan berlangsung sampai 2 Jan, Metrojaya dah habis 26 Dec hari tu.

.:Wordless Wednesday #3 : Pacak



Dan pemenangnya...



Finally dapat ada dua orang pengomen terpantas.
Pada pengomen lain mintak maaf bebanyak.
Syaratnya dua yang terpantas.

Tahniah pada pemenang. 
Kod hot ticket maxis sudah berada di email anda.
Sila check email ye..

Sekali lg tq pada semua peserta yang join my ga.
Next time ada rezeki kita buat ga lagi ye.

27 December 2011

Siapa cepat dia dapat

Pengumuman kepada peserta-peserta GA yang duk meroyan nak dapatkan hot ticket maxis free, ini aku nak habaq ada dua orang lucky winner yang tak nak claim hadiah depa.


Jadi hadiah tu aku nak kasi kat orang lain tapi aku malas buat cabutan. Kalau buat cabutan mesti ada yang frust tak dapat. So kalau sesiapa yang betul-betul nak hot ticket korang kena berusaha sikit.


Korang kena pantas klik butang komen tu, automatik hot ticket maxis jadi milik korang. Suka tak suka tak? Jangan lupa tinggalkan email korang sekali. Malas aku nak check email korang kat entri yang lepas.


Hanya dua pengomen terpantas akan memenangi hadiah tersebut. Di ingatkan hanya komen melalui blogspot je tau. Komen FB tak layan dan tak layak ok. Dan pengomen hendaklah orang yang belum pernah memenangi sebarang hadiah lagi. Bagi chancelah orang lain plak menang ye...


Cepat cepat komen...dua orang terpantas, tercepat dan tertangkas komen akan dapat 3 keping X RM10 hot ticket maxis.

26 December 2011

Peluang atau Menghalau


Hari jumaat lepas dah selesai menyain borang SBPA. Semua kakitangan kerajaan sibuk kan dengan sistem yang baru ni. Aku tak amik port pun. Amik port sekali pun tetap jawapannya ko kena sign. Siapa tak sign, nak lagi dengan sistem SSM tu, ko duduklah di takuk yang lama. kan?

Yang jadi isu cuma duk pikir nak sign pencen 56 ke 60 tahun. Last last aku decide amik umur 60 tahun. Ntah ada lagi ke tidak aku di dunia ni masa tu.

Berdasarkan penerangan kalau sign 60 tahun nak pencen awal sebelum mencecah umur 60 tahun, duit pencen akan terus dapat compare kalau sign umur 55/56/58 kalau pencen, duit pencen akan dibayar pada umur yang kita sign tu.

That why i pilih pencen umur 60 tahun. Tak dapat aku nak bayangkan kalau aku keje sampai umur 60 tahun...


Sebelum balik sempat jumpa dengan bos besar unit kewangan. Dia ada tanya kat aku adakah ada tanda-tanda akan kembali kerja dalam waktu terdekat? Aku jawab je 'tak da'. Memang tak ada niat pun nak keje dalam masa terdekat ni.


Then bos kata lagi orang yang menanggung kerja aku itu terbeban dengan tugas-tugas yang aku tinggalkan. Ala sebenarnya aku tau mana ada terbeban sebaliknya dia suka pe dapat duit tiap bulan. Nak lagi ni sistem SBPA, gaji naik lagi banyak dapat duit tanggungan tu.

Bos siap kata nak poll kan aku. Nak hantar aku balik ke AG. Nak dapatkan pengganti aku secepatnya.

Aku jawab 'terpulang...bos buatlah apa yang terbaik'.

Bila di fikir ini peluang aku nak keluar dari KDN dan cari pengalaman baru. tapi terfikir jugak macam diorang sengaja tak nak kat aku.

Tapi yang pasti rugilah korang kalau halau aku kuar. Sangat rugi tau sebab i ni pekerja yang dedikasi :P

23 December 2011

Calling Calling free hot ticket giveaway Winner

Dah hampir seminggu dah aku post nama pemenang free hot ticket maxis giveaway. Tapi nampaknya masih ada dua orang pemenang yang senyap je sampai sekarang.

Hari tu kan aku mintak pemenang komen skit tanda diorang tahu nama diorang dah naik as a lucky winner. Daripada tujuh orang cuma lima orang je yang benar-benar alert.

Yang dua lagi tu tak nak hadiah ker? Kalau tak nak aku nak kasi kat orang lain je. Aku tunggu sehari dua lagi, kalau diorang masih membatu, aku ingat nak buat cabutan yang baru.

Ada tak saper-saper peserta ga yang betul-betul nak hot ticket maxis ni?

Ingat nak kasi kat yang betul-betul inginkan.... 

Free Photoshoot at Poh Kong, Plaza Alam Cental Part 1

Inilah first time dalam hidup aku berphotoshoot. Kalau bukan sebab Poh Kong buat promotion beli emas dapat free photoshoot memang sampai ke mati gamaknya aku tak merasa berphotoshoot.

Dari makeup, touch up gambar dan print sekali semuanya free okeh. Tapi untuk satu gambar je and kalau nak soft copy kena bayar skit ye. Kalau tak rugilah diorangkan bagi service free2.


Ini gambar yang aku pilih untuk di touch up dan di printkan. Dah macam model barang kemas pulak aku ni.

Ada gaya model tak?

Tukang graphic touch up gambar aku ni tak sampai 5 minit. Laju & expert. Dah keje dia kan.

Hard copy tu aku nak frame cantik-cantik dan gantung kat ruang tamu.

Motif? Nak tunjuk kat satu dunia :P

Benda cantik mestilah sharing. hehe..cantik ker??




Ha... ini pulak gambar original dari camera without touch up. Horrible right? Tang tangan tu penuh lekuk liku. Tahi lalat seketoi kat mata tu mana ada kat gambar first tadi kan?

Baru ku tahu hebatnya kuasa teknologi sekarang. Model yang tak cantik pun boleh jadi cantik. Yang cantik berlebih-lebihlah cantiknya.




Posing2 ni cameraman yang ajar. Aku mana pandai. But oklah. New experience.

Benda free bukan selalu ada. Sape nak bagi kan. Btw thank to Poh Kong & Trend Image.



* nanti Photoshoot Part II aku masukkan gambar anak-anak pulak.

22 December 2011

Cuti Tanpa Gaji Tamat

Hari ini genap dah 150 hari aku bercuti tanpa gaji. Maknanya dah 240 hari aku duduk melepak kat rumah menemani anak-anak. Hari ini jugak genaplah hakeem 8 bulan. Bubblingnya pun makin kuat.

ganasnya ko kakak


Start esok kena pergi kerja dah lah. Kena bangun pepagi prepare barang-barang kerja dan anak-anak.. Di opis kena mengadap tugas-tugas perakaunan yang dah lama ditinggalkan. Lagi kena menghadapi kerenah bos dan rakan sekerja. Dan paling risau kena tinggalkan anak-anak tersayang di nursery.


Boleh ker aku ni? 
Mestilah tak boleh. 

Jadi marilah kita menyambung lagi cuti tanpa gaji. Sebenarnya surat pun dah selamat anto sebulan lebih dah. Tarikh baru dijadualkan masuk kerja adalah pertengahan Jun 2012.

Pas ni harap-harap tak akan ada sesi menyambung cuti lagi. Nanti kesian pulak kat baby akan datang. Tak cukup nak cuti tanpa gaji lagi. :P

20 December 2011

Kisah Makanan

kenapa bila kita masak dah menjadi (sedap ler maksudnya), hidangan pulak lauk kegemaran suami dan cukup-cukup buat kita dan suami, tetiba ada ahli keluarga datang dan kita mengajak makan tapi dapat  makan dalam keadaan berdikit-dikit takut lauk tak cukup. Then bila suami balik dari kerja kita ajak dia makan, dia kata tak nak makan"



Pernah tak terjadi macam tu. Alkisah dua tiga hari lepas aku masak sotong sambal. Sotong lauk kegemaran suami. Biasa aku masak sotong goreng tepung je. Hari ini teringin lak nak makan sambal sotong.

Bila masak rasa sedaplah pulak. Ngajaklah kakak aku yang datang melepak kat rumah makan. Tapi makan pun tercuit-cuit sebab ingatkan orang belakang tak makan lagi. Mr.edylah...

Bila mr.edy balik dari kerja dia, aku dengan bangga ngajak makan boleh dia jawab 'tak nak makanlah letih, tak lalu....

Dalam hati kata baik aku dan kakak aku melantak habis-habisan tadi.

19 December 2011

Poh Kong 35 years Anniversary | I'm 30


Aku tak tahu bila tarikh sebenar anniversary Poh Kong ni. Cuma staff Poh Kong (Peggy) kat Plaza Alam Central kata sempena Poh Kong 35 years Anniversary ni diorang ada buat promosi beli emas above RM 350 boleh buat spin untuk cabutan hadiah RM 35, RM 35 X 2, RM 35 X 3, RM 350 X 2 dan RM 3,500 dan juga free photoshoot. Barang free semua orang nak kan. Me also.


Dari last week masa kitaorang ternampak promosi kat ground floor Plaza Alam Central terus mr. edy kata 'ma beli je apa yang nak'. Ternganga aku dengar ayat yang keluar dari mulut mr.edy tuh. Selambanya ayat. Tapi off course aku bukan jenis main rembat terus. Harus berfikir sedalam-dalamnya. Emas 916 sekarang RM 187/gram. Bayangkan kalau beli yang 7 gram dah berapa tu oiii...


tq mr.edy.  

Tapi mengenangkan barang-barang  sampingan yang nak diberi percuma tu, tak boleh tido malam dibuatnya. Bayangkan mana la tahu masa mengepin jarum mengena RM 3,500. Pastu di make up free untuk ber 'photoshoot' pun free. Di print sekeping gambar yang di photshoot free lagi. Sape yang tak nak.


So, on my birthday 16 DEC lepas, aku tanpa berlengah terus grab pelawaan mr. edy. Gigih pergi memalam. Menggeletar tangan aku nak spin. Adakah berpeluang mendapat hadiah bernilai RM 3,500 itu bakal menjadi kenyataan tapi sebenarnya lagi menggeletar nak membayar harga rantai emas itu. Spin punya spin hanya dapat RM 35 X 2. Dapat jed. Jadilah...


Next sesi photoshoot. First time dalam hidup aku berphotoshoot. Jadi model aku malam tu. 4 5 6 gaya jugaklah cameraman suruh aku buat.


Nak tengok gambar? Tunggu next entry ya....

18 December 2011

Free Hot Ticket Maxis Giveaway WINNER

Dengan ini di umumkan 5 orang pemenang Free Hot Ticket Maxis Giveaway.

Farhana Nizam
 email : huduhtapicute@yahoo.com

YANA PINKY
 email : sweetgurlz98@ymail.com

 
una ped0ra
email : unafreestyle@yahoo.com


 abazilah
email : ?

  
Aqilah Ishak
 email : ?


Dan hadiah tambahan RM 10 X 1 keping HOT TIKET MAXIS untuk dua orang.

1. ckYn Hashim
email : ckyn_hashim@hotmail.com

(Di pilih kerana merupakan peserta pertama yang join GA ni)
* ckYn Hashim ni link blognya bila me try nak masuk dah remove. wujud lagi ke ni?



2. nurulizzatie
email : nurul_zact@yahoo.com


(Di pilih kerana menulis entry yang menarik)




Di sini me ucapkan bebanyak terima kasih pada semua yang sudi menyertai. 
Pada yang tak bertuah boleh cuba next time kalau me buat GA lagi ye.

Di sini juga me nak bagitau terdapat dua pertukaran iaitu proses cabutan dan hadiah.

Pertama me tukar cara cabutan sebab sangat bz nak menulis dan menyuruh my doter mencabut undian. Jadi me guna random.org je, senang.

Kedua me terpaksa tukar hadiah hot ticket RM 8 kepada RM 10 kerana stok hot ticket RM 8 dah sold out. Nilai yang baru me ganti ialah RM 10 X 3 keping hot ticket = RM 30. Kurang 2 ringgit. Sory sangat-sangat yea pada para pemenang bertuah...

Last sekali pemenang bertuah sila komen dibawah ini sebelum me emailkan no serial hot ticket anda. Nak pastikan u all masih bernafas. hihihi...

Pada 2 orang pemenang bertuah yang masih tak bagi email tu sila tinggalkan email anda sekali.

Jika masih tak reply dalam seminggu ni me akan buat cabutan lain.

15 December 2011

Free Hot Ticket Maxis Giveaway DI TUTUP

Free Hot Ticket Maxis Giveaway secara rasminya telah ditutup hari ini. Dan me dah update senarai nama peserta. Sila check di SINI.

Mintak semua tolong semak samaada nama korang semua ada tersenarai atau tidak. Me risau mata ni ter miss nama korang sebab ada yang tinggalkan url dua kali di komen blogspot dan komen fb. Mata rabun + lappy screen kecik. :P

Peserta bertuah akan dimaklumkan dalam masa dua tiga hari lagi. Me akan hubungi pemenang melalui email. TQ.

Senarai Nama Peserta FREE HOT TICKET MAXIS GIVEAWAY

.sila semak nama dan email untuk tujuan cabutan.
  1. ckYnHashim - ckyn_hashim@hotmail.com
  2. cik nurra - anis_zainura@yahoo.com.my
  3. Farhana Nizam - huduhtapicute@yahoo.com
  4. Cik Rose Cute -
  5. AnaLyana - anacomey_84@yahoo.com
  6. Momma AA - tasha.abd@gmail.com
  7. Puteri Auni Kamaruzzaman - puteriauni_cute@yahoo.com
  8. azatiesayang - azatie_sayang7071@yahoo.com.my
  9. Joel Leslie - joel_leslie@yahoo.com
  10. missmashimaaru - ira_arina@ymail.com/ ira_arina@ymail.com
  11. AtyraAqilah - tieraqiela96@rocketmail.com
  12. Arol Mubin - arolmubin44@gmail.com
  13. PURPLEVIOLET - bilikpurple@gmail.com
  14. Putwaa amirul -
  15. just A story -
  16. Mahfuzah Abdul Hadi - i.garu@yahoo.com
  17. FiQa - Love.fify18@gmail.com
  18. Qurratu Ainn - qurratuainn94@ymail.com
  19. Zira - zira.azizan_96@y7mail.com
  20. ratu zuleyqha - eqha_mikehe@yahoo.com
  21. ummi nurseha - ummi_norseha@yahoo.com
  22. huda raihana - hudahana97@gmail.com
  23. soff suda - sofiyasasuke@yahoo.com
  24. cikbintang - cindelyla_123@yahoo.com
  25. aqielrazman - aqilah.raz97@gmail.com
  26. abazilah -
  27. syistill O - syahidaa39a@yahoo.com
  28. YANA PINKY - sweetgurlz98@ymail.com 
  29. hanna - akula9@yahoo.com
  30. nur syafiqah - blackforest2295@yahoo.com
  31. atien
  32. are'na - anaz_tasia96@yahoo.com
  33. Ahmad Fazreen - fazren99@gmail.com
  34. una ped0ra - unafreestyle@yahoo.com
  35. DuNia KeBaHaGiaaNKu -
  36. fatin -  
  37. The Giveawaystuff - ssalwa@yahoo.com
  38. xmbmrx -
  39. iza azmilia - shironiza@yahoo.com
  40. Ana Diera - darkk_princess95@yahoo.com
  41. Emingg Meoww -
  42. Miera Akmalina -
  43. Ainie Najwa - ainienajwa@ymail.com
  44. Fateyn Husna -
  45. nurmujahidah -
  46. fiezahkecik - norhafizahjaimin@yahoo.com
  47. SYAZAisa -
  48. kakngah - adnilsa_aslinda@yahoo.com.my
  49. siti nur sarah - sitinursarah_harun@yahoo.com
  50. NOOR FATIN - fatin_uniklmsi@yahoo.com
  51. Yuyu AtiQa - nurulatiqah_ahmed@yahoo.com
  52. affafkusayang
  53. Nida - fuf323@gmail.com
  54. firah - firah_iera@yahoo.com
  55. bada - bada_ariff@yahoo.com
  56. Mardihah -
  57. miera muhamad - miemiera18@yahoo.com
  58. liya yaya - qasihshaliya@yahoo.com
  59. nurulizzatie - nurul_zact@yahoo.com
  60. iqawangi -
  61. Aqilah Ishak -
  62. Anis Hanaliza -

FREE HOT TICKET MAXIS GIVEAWAY

- PENYERTAAN DITUTUP -


Sempena bulan Disember (bulan birthday aku) aku bermurah hati nak kasi HOT TICKET MAXIS FREE. Kira nak buat Giveaway ler ni.


Nervous ok first time nak buat GA ni. Harap-harap ada lah yang nak menjoinkan diri.


Hadiahnya berupa HOT TICKET MAXIS bernilai RM 8.  Dengan HOT TICKET RM 8 ni korang boleh buat panggilan dan berbual selama 50 minit dan mendapat 100 SMS ke semua rangkaian dalam tempoh 7 hari.


Aku akan pilih sebanyak 5 orang yang bertuah dan setiap seorang akan mendapat 4 keping HOT TICKET MAXIS bernilai RM 8. My doter akan buat cabutan.


Maknanya seorang akan dapat 4 KEPING HOT TICKET MAXIS X RM8 = RM32 = 200 @ 3 jam 20 minit masa berbual dan 400 SMS. Best tak?


Cara-cara untuk menyertai :

  • Terbuka kepada semua Follower atau Bukan Follower blog ni.
  • Buat satu entry di blog anda dengan tajuk  'Free Hot Ticket Maxis Giveaway'.
  • Linkkan entry tersebut ke entry ini.
  • Tinggalkan link entry dan email anda di ruangan komen entry ini.
  • Tarikh tutup penyertaan pada 15 Disember 2011.



13 December 2011

Puree Apple

Minggu lepas aku wat puree apple untuk my son. My son ni kuat makan. Tale je apa kemulut dia mesti dia nganga. Ubat demam pun steady je dia telan.

Sekarang makanan my son adalah bubur nasi + sayur yang ditapis. Belum mula lagi makan ikan/ayam/daging.

Back to puree, senang je nak buatnya. Ini aku guna dua biji apple. Just to try.

Aku kalau makanan yang kena simpan dalam peti ni kureng sikit. Aku suka bagi makanan yang fresh ke my son. Jadi tiap hari aku menanak bubur.
  1. Kupas kulit apple.
  2. Potong kecik-kecik ala dadu.
  3. Masak dalam periuk bersama air hingga kering.

Pastu aku kisar since my son kecik lagi. Bila aku bagi dia makan mukanya macam pelik aje. Tak berapa suka la tu, tapi still menelan jugak. Masa time sofea dulu aku tak pernah bagi puree.

Anak-anak aku, baik sofea ke hakeem menurun sebijik ikut aku bab makan. Makan kuat, dan sofea kalau tak ada kuah tak nak makan nasi.

Patung Mr. Bean



Erk?? Ini namanya patung mr. bean ker. Hebat eh mr. bean. 

Aku tak minat mr. bean. Lawak dia aku tak boleh blah. Geli.

Patung ni mr. edy dapat time buat job pindah rumah. Rembat tuan rumah punya dengan keizinan.

Then terus gantung di belakang lori. Trademark. Semua lori biasa gantung patung kat bahagian belakang. Cuba korang perhatian next time kalau jumpa lori.

Dan patung ni pernah di minta untuk dibeli sehingga harga RM50 di KLIA tapi mintak maaf patung ini bukan untuk dijual. Mr. edy sayang giler dekat ini patung.

09 December 2011

Bila benarkan anonymous berkata-kata......

Korang prefer komen korang kena approve dulu, auto publish, anyone can comment or register users?. Aku auto publish, anyone can comment & notification by email. Senang kot cam tu. Saper-saper pun boleh komen.

Bukan blogger pun boleh komen. Bolehlah aku tahu pandangan dan pemikiran orang luar tentang artikel @ entri kita ni. Aku outstanding. ececeh...

Dalam seminggu dua ni bukak nuffnang tengok analytics banyak na keyword pasal pemansuhan gred 1 - 16. Itu mesti orang gomen yang search tu.

Apa dah diluluskan ke pemansuhan ni? Pekeliling dah keluar ke apa?. Lama sangat dah aku tak kerja almost 8 bulan banyak yang dah ketinggalan. Pasal naik gaji 2012 pun tak begitu alert...

Kalau sesiapa yang sensitif takyahlah kasi anyone boleh komen. Hari ini tengok komen anonymous ni terasa jugaklah. Sure dia orang gomen dengan jawatan N1 a.k.a Pembantu Am Rendah.

Kalau nak di listingkan why diorang different dengan N17 memang banyak. Tapi kalau melayan anon pun takde kesudahnya. Siapa dia pun tak tau...

Jadi itulah sebab blogspot bikin macam-macam kekdah publish komen, ye dak...

06 December 2011

7am -7pm (nego)

Aku ada jumpa satu iklan jawatan kosong ni. Jawatan Memerlukan Pembantu Rumah Harian.


Bila baca tajuknya aku dah dapat agak mesti dia ni mengalami masalah macam aku terkejar-kejar menjaga anak serta menguruskan hal rumah tangga.


Baca punya baca antara kriteria yang di perlukan waktu bekerja 7am - 7pm. Dan waktu bekerja ni boleh nego. That means boleh kurangkan waktu bekerjanya kot. Atau ubah timing agaknya.


Aku ingat price je yang boleh nego. Rupanya timing pun boleh. 


Aku kalau ada kerja fleksibel bolehlah dipertimbangkan... kan tengah cuti panjang ni..


Ada saper nak mohon leh klik sini. Gaji RM 500.


*promoter xberbayar. :)

04 December 2011

Rancangan TV

Bila rumah korang ada TV?

Aku masa darjah enam. Sebelum tu kalau nak dapat tengok TV time bertandang ke rumah jiran je la.

Kalau nak kata rancangan Oshin, Cun, Kesatria Baja Hitam semua tu memang aku tak merasalah nak tengok sampai abis. Rancangan ni semua disiarkan sebelum aku ada TV kat umah.

Bila mak dah mampu beli TV sokmo je memasang TV 24jam sampai TV tu pernah meletoplah dek kerana asyik terpasang.

Zaman dulu kalau nak baiki memang payah, mana ada kedai baiki barangan letrik sebanyak sekarang. Kalau nak baiki call lah tempat kedai yang kita beli TV tu. Kalau beli dekat-dekat takpelah ini mak beli kemain jauhnya. Nak call diorang berpuluh-puluh kali barulah muncul.

Then dulu-dulu mana ada handphone. Tepon rumah pun tak ada. Kalau saper ada talian telekom tu kira hebatlah. Orang bandar la tu.... Kita yang duk pendalaman ni ke public phone je lah jawabnya. Public phone pun sebatu jauhnya.

Bab rancangan TV pulak bukan macam sekarang. Kebanyakannya asyik disogokkan dengan cerita dari negara Indon dan Korea. K-pop kata orang. hi3... Pastu program realiti. Memula tengok macam sedap tapi lelama jadi bosan dan kadang-kadang ceritanya tersasar, tak logik akal.

Cerita-cerita zaman dulu jugak yang terkesan dihati. Macam aku dulu suka tengok cerita kartoon 'Kickers'. Pernah tengok tak? Cerita pasal bola yang dialih bahasa ke bahasa Melayu. Bila tengok cerita camni rasa hanyut ke dalam dunia sendiri. Rasa dunia ini semua indah-indah belaka. Tiada sengketa dan pergaduhan. Cewah...

Satu lagi rancangan TV yang aku suka tengok tiap petang hari isnin sampai jumaat, cerita cina.  Satu citer ni tajuknya 'The Drifters'. Cerita cinta ni. Minah bungalah pulak aku ni. Memang best. Terkesan sampai sekarang. Pastu TV3 beralih ke cerita cina citer polis-polis. Syok ooo...

Sekarang rancangan TV memang banyak. Nak cerita melayu vs indonesia bukak TV3, cerita islamiah bukak TV Hijrah, nak cerita cina vs korea vs taiwan bukak 8TV, nak coulourful langganlah astro...

Tapi semua ni tak dapat menandingi rancangan tv dolu-dolu. Cerita cartoon sekarang yang ok skit 'upin ipin' sebab my doter suka. Kalau cerita 'boboi boy' tu my doter selalu cakap takut...takut...

Jadi sekarang aku nengok CD CD lagu-lagu baby kepunyaan my doter jela...


02 December 2011

Uten, Moktan

Musim rambutan sekarang ni. Sepanjang jalan masuk kampung penuh pokok rambutan jenjiran yang berbuah. Yang kuning yang merah...

Kali ini rumah arwah mak empat pokok berbuah sekali gus daripada 6 pokok kalau tak silap. Puaslah makan kami adik beradik.

Tahu-tahu jelah bila dah sampai empat pokok mana terlarat nak makan semua. Banyak jugak dimakan dek burung dan tak kurang dah diberi ke orang. Yang datang nak beli kami bagi free je.

Tapi ada jugak yang mencuri moktan masa lalu tepi rumah. Pada yang mencuri tu dihalalkan. Sebab yang dapat pahala arwah mak jugak. Tapi lain kali kalau nak cakaplah. Nampak aku pun buat tak reti je ye.

Ada sapa-sapa nak makan moktan jemput datang rumah...

nota : ma uten (kata sofea)

01 December 2011

Disember datang lagi


Kenapa ramai sangat yang begitu ambil berat pasal bulan Disember. Ada yang suka dan banyak juga yang membenci dengan disember.

Ada yang kata masa berlalu terlalu pantas, rasanya bagai baru semalam memasuki bulan January. Ada yang gembira kerana tahun 2012 bakal menjelma tak lama lagi. Pasti pelbagai azam bakal dicipta.

Tak lupa juga yang gembira kerana bulan penutup tahun mungkin akan ada bonus menanti expecially orang gomen.

For me, sepanjang tahun 2011 banyak masa dihabiskan dengan insan-insan tersayang. Menjadi full time housewife since 27 april until now.

And 16 Disember ini umur bakal meningkat setahun lagi.

I luv disember...

An Evening With Love

Sepetang pada 24.11.2011.

Behind my house....

Cantik kan ciptaan Allah...