30 August 2012

Beg-beg kecil dan comel

Menjahit masih lagi menjadi my priority. Dan menjahit merupakan terapi minda ku.

Dan ini antara hasil jahitan yang dah berjaya di buat. Aku masih lagi menekankan buatan beg jeans yang kecil dan yang comel lote. :-).

Di samping belajar mencantik kan beg dengan meletakkan aksesori di sekeliling beg bersandarkan idea dan tulang empat kerat aku. hihihi....


Layan gambar jom...

Namanya pencil box. Boleh je nak letak selain pencil dan pen kan.
Kali ni dah pandai letak batu batan. Bunga empat kuntum tu buat sendiri tau.


 Pandangan bahagian atas. Cantik?


 Percubaan membuat h/p case. 
Nama pun percubaaan jadi cuma letak butang je. 
Next baru buat cantik-cantik.


 Close up bahagian dalam...



Nama apa ntah nak bubuh kat beg ni. 
Boleh je nak masukkan apa-apa pun dalam beg ni. 
Handphone pun muat. 
Tapi payahlah nak bukak zip bagai.


Beg ni sama macam yang kat atas. Tapi size besar. 
Kalau beg camni aku suka letak buku-buku bank, buku tabung haji.


 Pencil case lagi. Pattern lain pulak.


 Close up...


End.

Wajah kesayangan di pagi raya

Ready 1,2,3


Again....


♡ u all....


This year aku pilih tema baju raya kaler hijau. Senang kata bukan nak sangat jadikan warna hijau sebagai warna tema tapi sebab dah terbeli kain warna hijau. hihihi... Next year nak warna biru tua (",)

Every year raya pas kawin memang aku akan raya kat Kelantan. Dan every year pagi raya aku sokmo bangun lewat daripada orang lain. 

Mana taknya, anak-anak kalau balik kampung macam-macam ragam. Si sofea kalau balik kampung memang seronok sakan sampai macam tak nak tido. Yang hakeem pulak kalau bertukar tempat tido kuat nau  meragamnya. Memang bercinta time nak tido. Pukul 2/3 pagi baru aku dapat tido.

Raya hari pertama kat umah my MIL memang biasa-biasa aje. Sebab yang ada hanya kitaorang dan mak ayah mr. edy je. Aku tak faham kenapa adik beradik mr. edy sepanjang aku kawin, raya pertama memang diorang raya kat rumah mertua. Dah buat perjanjian apa???

28 August 2012

Wajah riang anak-anak nak balik kampung

Selepas accident masa nak balik raya tu aku dan anak-anak tetap maintain gembira dan ceria. Sebab anak-anak pastu sibuk nak bersnapping. Jadi aku layankan aje. Nak sedih-sedih marah-marah pun nasi dah jadi bubur.








Selepas accident mata anak-anak tiba-tiba membuntang nak pakai spek mr. edy.

* really luv all these pic.

27 August 2012

Accident semasa pulang berhari raya

Ok mood mengupdate blog dah ada. Cerita basi sebelum hari raya punya ni....

Tahun ni aku kena beraya di Kelantan (kampung mr. edy). Okeh tiap-tiap tahun pun memang aku diwajibkan beraya di kelantan. Kalau raya kampung aku, kenalah beraya di KL. KL apa ada. Mau menangis mr. edy aku rasa (",)

Kitaorang bertolak balik kampung hari Jumaat tengahari, dua hari sebelum raya. Jalan kat highway karak ok, lancar. 

Tapi bila dah masuk jalan kampung area Felda Kechau tu jem giler. Sebabnya ada kereta accident tayar empat empat dah keatas. Dua jam jugaklah sangkut kat Felda Kechau. Kereta boleh gerak guna gear 1 & 2 jer. 

Dalam pada kereta jalan lembab macam kura-kura tu pun, kereta aku boleh kena tabrak kat bahagian belakang.

Ini bukan kereta aku.
Ini kereta yang langgar belakang kereta aku.
Plet johor tak semestinya orang johor ye dak?


Dalam kereta ni ada tiga orang anak muda dan seorang pakcik. Pakcik yang kat bucu gambar tulah pemandunya. Dia mengantuk aku rasa.

Maybe anak-anak muda tiga orang tu semua tak ada lesen nak bawak kereta. Kesian kau pakcik kena drive. Tapi lagi kesian kereta aku... huhuhu


Haa... ini kereta aku.
Gambaran bahagian belakang kereta yang kena langgar. 
Tak teruk mana. Tapi hati tetap tak keruan.


Bumper sudah rebeh. 

Renggang kanan kiri. 


Hari tu aku dapat duit raya RM300. Ntah cukup ke tak buat baiki kereta ni...

24 August 2012

Dapat 5 BE/CPUV sekaligus

Hari ni saja nak update pasal BE. Nak story pasal beraya rasa malas sesangat. Dan entri ni dikira pembakar semangat untuk terus berblog. :-)

Alhamdulillah dah dua hari tak bukak blog dan berhari-hari tak update blog, tup tup hari ni bukak akaun nuffnang tengok ada 5 BE @CPUV kat blog ni tengah on going. 


Amaunnya terpaksalah dihitamkan yea. Malu nak tunjuk sebab adalah dalam seposen dua. Kih kih kih...

Sebelum raya memang blog ni dah ada 2 BE yang sedang running and now still running lagi. 

Jadi sekarang blog ni ada 7 BE yang sedang menari-nari disini (",). Keseluruhan BE tahun 2012 dah lebih dari 15 BE. 

Tahun 2012 blog ni lebih murah rezeki nampaknya.... Amin.

20 August 2012

Entry pemanas : Sofea di pagi raya

Untuk tatapan semua yang rindukan blog ini. (ada ker yang rindu?) kih kih kih... 

Sofea with baju raya... 
cerita pasal kain baju kurung ni di SINI

Nampak tak manik-manik kat lengan tu.. Dah tercabut tiga empat biji. Ingatkan letak nak kat kasi meriah tapi dah nama budak kecik, next time tak mo bubuh lagi dah bling bling.


* more gambar dan cerita raya will update later.

15 August 2012

Rezeki Ramadhan

Benarlah bulan Ramadhan bulan penuh barakah. Apa yang kita buat dengan ikhlas akan dapat balasan yang setimpal.


Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa....


Dapatlah saya merasa tambah perabut dalam rumah lagi. Semua barang dibawah ni diberi oleh seorang customer yang nak pindah rumah. 

Kalau mr. edy tak nak amik semua ni memang sah-sah semua barang ni akan dibuang ditempat pembuangan sampah. Untuk elak pembaziran mr. edy pun ambillah.


Dapat rak tingkat-tingkat ni. Cantik tapi tak tahu nak letak apa. Coz kalau letak hiasan sah-sah kena lempar dek anak-anak kebawah.



Meja ni tak tahu apa kegunaannya yang sebenar. Tapi meja ni kukuh sangat. Ada 3 tingkat. Aku wat letak komputer dan kain jahitan. (>_<)suka suka...


Itu je yang aku amik. Seterusnya semua barang kat bawah ni aku nak bagi my mil. Rumah aku kecik. Tak muat dah nak letak semua ni.

Ada almari dua pintu, rak TV, cabinet dapur...


 Rak kaca ni ada dua. Fungsinya??? Tak sesuai untuk yang ada anak kecik.


Juga almari empat pintu. Besar sesangat, tak sesuai untuk rumah yang kecik. Dapur gas pun ada jugak. Semua nak anto kampung.

Tapi tak tahu bila, sementara tunggu hantar kampung bersepahlah laman rumah aku. Nak raya pulak tu...

Ke ada saper-saper yang minat?

14 August 2012

My First Customer

Semalam dapat sms dari member opis lama nak order porch bag. Nak buat letak brooch. Ala nak raya ni mestilah semua nak baru.

Actually sebelum ni pun dah ada yang nak order beg jeans ni. Tapi sampai sekarang design yang dia nak masih belum berlakar-lakar lagi.

Fyi, aku dah sedikit giveup sebenarnya nak buat beg daripada jeans ni sebab kainnya tebal. Bila tang yang kena lipat makin bertambah tebal kainnya. Susah nak jahit dengan mesin jahit cikai aku tu.

Maybe next time tak nak guna dah material jeans levis. Nak cari jeans yang jenis strechtable tu. Lembut sikit. Nak jahit pun senang.


Tada........Inilah hasil untuk tempahan pertama aku. My ex opis mate nak design macam INI. Tapi mana boleh sama dengan tuan rumah punya. hehehe.... Jadi aku tukar design jenis lain. Hopefully my ex opis mate suka.

Btw, aku tak amik upah pun. Bagi free jer. Next time kalau order lagi bolehlah nak letak harga.

Cantik tak? Rasanya kalau nak jual berapa agaknya harga yang patut aku letak?

11 August 2012

Wajibkah setiap rumah ada ASTRO?


Mama : Tahulah tibi umah kita tak ada astro. Gambar xclear. Bila bukak tv3 terang, tuka ke tv9 keluar bintik-bintik. Betulkan aerial elok tv9, bintik-bintik pulak tv3.

10 August 2012

Cita-cita saya nak jadi petani moden

Gambar ni adalah dalam dua tiga minggu lepas. Tak sedar masa mana si hakeem boleh masukkan bakul ke baldi ke apa namanya ni dalam kepala dia.

Sedar-sedar dia dah mengadap depan aku sambil sengih-sengih gembira tunjuk kepandaian dia membanting bakul.


Petani moden sedang beraksi. Dah macam pengutip daun teh kat cameron sana.




Gasak ko lah hakeem. Asal hakeem gembira, tak nangis, mama dah senang hati.


*Hakeem alergik sekarang.

Waktu ideal bersahur

Dah nak penghujung Ramadhan baru nak story pasal sahur. Saja ...... nak mengimbau zaman bersahur bujang dengan zaman sesudah kawin.

Masa zaman kecik-kecik bersahur mak yang kejut. Pukul 5 pagi mula lah mak panjat tangga (rumah kitaorang rumah kayu dua tinggat (",) kejutkan anak-anak dia bersahur. Kalau bangun pukul 5.15 pagi dah kira lewat tu. Mula lah mak tak tentu arah dua tiga kali turun naik panjat tangga.

Masa zaman kat asmara dulu ada bunyi siren seawal kul 4.30 pagi. Suruh kitaorang ready-ready gosok gigi, basuh muka ke dining. Sharp pukul lima sarung jubah turun dewan makan. Nak tahu menu wajib kat asrama aku apa? Ikan cencaru jaket kulit goreng (malas nak siang ler tu...)

Pas kawin masih still lagi amalkan bersahur pada pukul 5 pagi sebab masih tinggal dengan my family. Tapi since dah masuk anak dua, tinggal rumah sendiri, dengan tak ada orang nak kejutkan sahur, amalan bangun sahur pukul 5 pagi dah tak practical langsung bagi aku.

Mana taknya anak-anak aku semua mata buntang-buntang, tido paling awal pun kul 1 pagi. . Mr. edy pun kengkadang ada balik kerja kul 2/3 pagi. Pastu nak bangun pulak pukul 5 pagi. Owh sorilah sangat tak larat.

Jadi sekarang sebelum tido aku siap-siap makan minum dulu baru tido dengan aman. Tak perlu bangun dah pastu.


*Tak dapat pahala bersahur banyak sikit pun jadilah.
*Waktu yang ideal adalah dekat-dekat imsak. Kul 5 sedang molekla tu....

09 August 2012

Handbag Raya Tahun 2012

Amboi tajuk entri tak beringat. Sikit punya gempak. 


First of all nak tanya kat korang 'lawa tak'? Beg raya ni...

Kedua baru nak story macam mana handbag ni boleh terhasil. Actually beg ni diperbuat daripada bahagian pinggang guna seluar jeans adik aku. Brand levis... my favourite.

Memula potong separuh bahagian pinggang tu ingat nak buat beg besar tuk letak baju raya masa balik kampung. Tapi kalau letak baju-baju sapa nak tengok beg yang cun ni kan. Jadi tukar design, better buat handbag. Boleh bawak jenjalan.

Beg ni pulak besar. Aku suka. Sesuai sangat nak letak purse plus sekeping dua pampers sementara jalan beraya kat umah sedara mara nanti.



Bahagian dalam beg. Sangat-sangat tak kemas. Tapi orang tak nampak pun. So biarkan. Bahagian pinggang seluar jeans tu sangat tebal. Tak sesuai nak jahit guna mesin jahit cokia aku tu.

Warna bahagian dalam pun kurang menarik. Asalnya nak letak warna pink. Macam gegirl la skit kan. Tapi tak ada kain warna pink. Jadi pakai je apa kain yang ada. Tak ada masa nak ke kedai kain dalam masa terdekat ni.

Asal luar cantik sudah. Dalam orang tak boleh tengok. 


*Sis wok design macam ni ok tak?
 Kalau tak ok dont worry banyak lagi design dalam otak ni yang belum dicurahkan.

08 August 2012

Cosmetic Porch

Menjahit lagi.

Kali ni buat cosmetic porch pulak . Sukahati aku je nak bubuh nama apa. Yang pasti aku buat beg ni sebab nak bubuh brooch. Senang untuk perjalanan jauh raya nanti. (",)


First time jahit bubuh butang dan lis bagai. Dah ada kemajuan sikit. 

Size stereotaip jer sebab zip size ni je ada, jadi tak boleh nak buat size yang lebih besar.


Bahagian belakang jenis boleh letak kat wristlet. 
Motif : Tak tahu nape wat cam ni.
hehehe...

Cantik tak?

07 August 2012

Rezeki dapat Hamper Raya

Jumaat lepas ada orang datang rumah hantar hamper raya kat aku my sis. So sebab aku yang terima on behalf my sis dan tinggal bersebelahan rumah my sis dapatlah kitaorang sekeluarga menerima sedikit serpih-serpih hamper tersebut.

Bila my sis dah agihkan isi perut hamper diantara kami tiga beradik dapatlah aku 3 barangan dalam hamper tu.


First dapat Kacang Badam Bersalut Dengan Coklat Susu. Ummppp nama pun dah sedap lagi mengiurkan. Rasanya sedap jugaklah kot. Jenama beryl's lagi tu.


Second kotak dapat Biskut Nanas dengan Isi Kelapa. Aduh kenapalah yang ini yang dicampak kakak aku ke aku. Aku tak suka nenas di tambah pulak dengan kelapa. Bertambah-tambah tak suka. Tapi dah rezeki... tidak sekali kali di tolak. Terima sahaja dengan tangan terbuka. Kih kih kih...



Dan yang terakhir adalah Kurma Safia Bertangkai keluaran Yusuf Taiyoob. Jenama terkenal tak semestinya sedap..... Yang ini nak bawak balik kampung bagi my mil.....


*rezeki dapat perabot next entry.

05 August 2012

Membilang baju raya

Semalam buat operasi mengira baju raya anak-anak. Nampaknya masih banyak yang belum complete. Banyak lagi baju yang nak dibeli untuk raya ni. Al maklumlah orang KL nak balik kampung kenalah bergaya lebih... Ye tak? Hehehe...

Bilang punya bilang, nampaknya baju melayu hakeem dan mr. edy belum beli lagi. Itu semua gara-gara aku lupa lak warna baju kurung aku dan sofea. Baju tu tak siap lagi.

Seluar raya hakeem pun cuma ada satu je masa beli kat hush puppies warehouse sales tempoh hari. Tapi tetiba teringat seluar jeans poney sofea yang pakai pun tak sampai 10 kali. Bolehlah peturunkan ke hakeem raya ni. Sian hakeem asyik dapat barang recycle jer.

Baju sofea pulak bila di kira hanya ada baju kurung dan sehelai dress. Then t-shirt adalah dalam 3 4 helai. Masa bilang sempat jugak bagi sofea try.

Kemudian sofea mintak nak pakai seluar. Hahaha... mama beli baju je seluar tak ada... Nampaknya kena gigih bersoping lagi ni.

Siap kira baju raya anak. Turn kira baju aku pulak. Tengok-tengok baju mama diorang over, baju kurung ada tiga pasang.

Kemudian belek-belek baju t-shirt yang dibeli masa kat Metrojaya Raya Sales hari tu. Ingat kalau jalan dekat-dekat rumah raya ketiga ke ke empat nak pakai baju t-shirt jer. Tapi rupanya baju tu tak boleh di pakai.

Atas t-shirt tu ada gambar hidung kembang dengan tulisan PIGGY. Maksudnya tu BA ALIF BA YA. Itu pun perasan sebab mr. edy yang bagitau. Kalau tak sampai sudah tak sedar.

Kalau bab beli baju dan seluar memang di akui mr. edy sangat particular orangnya. That time aku beli ngan my sis. Yang nampak masa tu comel dan cantik. Yang lain-lain langsung tak tengok.

Huh... rugi rm28. Padanlah tak ada orang nak beli t-shirt tu..........

02 August 2012

Aduan/Maklumbalas dari SPR

Saya pilih untuk undi 

Saya pilih untuk undi

Saya pilih untuk undi

Saya pilih untuk undi

Highlight besar-besar untuk menunjukkan betapa berpatriotiknya aku. Sekarang ni semua orang sibuk cakap pasal pilihanraya. Mr. edy pun tak terkecuali

Mr. edy sibuk pasal tempat mengundi dia jauh nun kat Pengkalan Chepa. Walaupun sebenarnya rumah my MIL dan alamat dalam I/C mr. edy kat Tanah Merah. 

Satu hari tu mr. edy sanggup menunggu lama kat pejabat pos sebab nak tukar pusat mengundi. Tapi kerani pejabat pos tu tak nak tukarkan. Ntah sebab dah tak boleh buat pertukaran ke apa aku tak sure.

Bila mr. edy bising-bising setiap hari duk citer pasal tempat mengundi sampai sakit telinga nak dengar aku pun bukak la laman web SPR dan terus buat aduan.

Esok bukak email tengok ada msg dari SPR. Tengok bawah ni. So efficient...




Tapi kemudian aku check balik kat laman web SPR sampai ke hari ni tempat pusat mengundi mr. edy still dalam parlimen pengkalan chepa. Diorang belum update ke apa tak pasti pulak aku.

Hopefully bila nak mengundi nanti dah bertukarlah pusat mengundi mr. edy kat Tanah Merah sebab mr. edy kata banyak keistimewaan menjadi anak jati Tanah Merah, Kelantan yang dia tak dapat nikmati dek kerana masalah tempat pusat mengundi ni...