28 August 2014

Jual barang/pakaian terpakai anda di Carousell

Ingat tak aku pernah post pasal jual baju terpakai kat friendly fashion. Ramai blogger pun share pasal laman web tu. Bagi aku sepanjang berjualan kat situ alhamdulillah terjual jugak ler beberapa helai baju yang aku dah tak nak guna. Dapat jugak buat tambah duit tol & minyak. hiks... 

Tapi nak buat macam mana jodoh tak berpanjangan, julai tahun lepas friendly fashion dah di tutup akibat sambutan yang kurang menggalakkan. Maybe tak capai target pengguna yang diorang nak. Tak pe hari ni aku nak share satu lagi medium untuk korang berjualan barangan terpakai/prelove item korang. Bukan kata prelove sahaja, barang yang baru yang tak nak guna pun boleh jual kat sini. Online seller pun duk promote barang diorang kat sini. Pendek kata banyak dah sekarang medium yang kita boleh guna untuk promosi barang yang kita nak jual. Sama ada nak dengan tak nak jer... IG ada, FB ada... Carousell ada...

Haaa... pernah dengar tak Carousell.? Carousell ni bukan laman web tapi adalah app yang korang kena download dalam telefon cerdik pandai korang tu sebelum boleh nak berjualan. Carousell wujud sejak awal tahun hari tu. 

Aku lama dah tahu tapi korang tahu tahu lah telefon aku dulu tu jenis camna. Tak leh nak ber'google play' kan. Ni nasib mr. mama bagi telefon cerdik pandai LG, dapatlah i berwhatsapp, berinstgram, berfb dan ber'carousell' segala.. Seronok rasa... hihihi... 

"Pa jangan lupa beli Asus zenfone or Lenovo yang dijanjikan tu" (^.~)

Hari ahad hari tu aku memang bosan giler tak tahu nak buat apa. Nak pergi rumah terbuka pia sakit. So tangan gegatal pi snap snap pic baju kurung yang dah tak nak pakai lagi tu. 

App ni simple sangat. Daftar guna FB pun boleh. Lepas daftar dah boleh upload barang yang korang nak jual. Nanti kalau ada yang berkenan diorang akan komen or PM. Senang angat... Snap-List- Sell ....


boleh follow my carousell azi.azidah tau!

Hari tu aku masukkan dua gambar baju kurung ni. Ala jual murah-murah je. Sebab memang nak clearkan gobok kat rumah tu. Semak aku tengok banyak sangat barang dalam rumah. Aku kalau boleh nak jual baju mr. mama. Banyak sangat bajunya. Tapi memang tak kan dapat. Jadi juallah baju sendiri. Lemari rumah aku tu dah roboh tak mampu dah tampung baju yang banyak tu.

Hari ahad aku upload, isnin tu dah ada yang beli. Selasa dah selamat pos ke Kuching. Cepat, senang proses dealnya... Tak sabar nak buat projek snap gambar hujung minggu ni. Nak korek jual semua baju yang ada... 


27 August 2014

Pengalaman shopping online

Diikutkan aku jenis yang tak berapa gemar sangat shopping online. Terus terang aku sedikit fussy dalam pemilihan barang. Eh bukan banyak actually. Aku ngan kakak aku sama jer... kalau tak terdesak memang tak ler nak soping online ni.

Walaupun jika dikaji shopping online lagi menjimatkan. Beli offline, duit parking, makan, jajan anak anak lebih dari harga postage. Tapi sebab beli online tak leh nak rasa rasa pegang pegang barang tu yang buat aku lebih rela di shopping complex.

But sekarang banyak barang yang jual online tak ada jual kat shopping complex. Kalau ada pun susah nak jumpa. Jauh dari rumah nak terjah. Nak tak nak kenalah shopping online jugak.

Ingat tak aku pernah shopping kat Zalora dulu (baca di SINI). Beli baju tu pun sebab dapat baucar. Nasib ok. Sampai sekarang baju tu dah banyak kali tersarung dibadan aku. Lepas tu aku beli lagi sekali kat zalora (SINI ceritanya), skirt tu aku pakai tak sampai lima kali kot. Sebab skirt tu berbulu. Rugi sikitla.

Pastu aku terjebak pulak beli kat Poplook. Orang nak berpoplook hati aku pun meronta nak jugak. Tengok orang beli baju poplook ni cam best jer. Retis pun banyak pakai. Ala mesti dapat sponsor dari poplook kan.

Yang ni aku tak de postkan dalam blog. Sebelum beli macam biasa aku survey dulu. Tiap hari lah aku telek laman web poplook. Siap masuk group group poplook walaupun ketika tu tak beli apa lagi. Tiga bulan kot aku duk baca review orang orang yang beli barang dari poplook ni.

Dan hingga kehari ni aku dah beli baju kat poplook hampir 5 ke 6 helai. Dalam semua tu separuh aku dah let go. Sekarang tinggal yang betul betul aku sedap pakai jer. Beli kat poplook ni tak rugilah sangat bagi aku sebab biasa aku beli time diorang buat sales. Kalau tak de sales pun bila kita tak suka boleh jual kat group2 poplook. Laju je orang nak beli.

So kesimpulannya susah beli pakaian online bagi orang yang fussy macam aku. Selalu dapat cutting tak sedap dengan badan. But tu lah zaman IT manusia... Sentiasa terdedah dengan semua ni, dah tau kadang beli tu menyecewakan pun tetap tak serik. Nak beli dan terus beli walaupun upset sikit. Cuma beli online ni kadang-kadang best jugak sebab kita duk dup dap dup dap tunggu barang pastu tengok samaada barang tu bagus ke tak. Bila bagus suka kemahen. Bila tak ok menyesal pastu beli lagi... hahaha...

Minggu lepas jumpa satu laman web ni... Murah giler barang yang dia jual. Actually lama dah tahu pasal kewujudan web ni sebab ramai blogger blogger sibuk mereview. Dan sekali lagi i is terjebak. Kebetulan memang barang kat dalam tu my sister ada nak beli. Ikutkan aku nak hold hold dulu beli. Cam dah serik sikitla beli online.. Tapi dah kakak aku nak beli so bolehlah kita sharing sharing duit postage. Jimat di situ...

My sis tu sangat taksub ngan tempat letak payung tu. Kat cosway dulu ada jual now dah tak ada. Kat daiso pun ada, dah pernah beli tapi tak berkualiti. Nak suruh adik dia ni jahit malas. So bila jumpa kat nile.com.my tempat payung tu terus rasa nak beli. Gambar yang diorang tunjuk tu pun cantik...


Lepas tu sembang sembang pasal handbeg pulak. Perempuan gitulah ada je benda nak diborakkan pastu perabihkan duit. My sis kata dia ada dua tiga handbag tapi asyik pakai yang sama je sebab susah malas nak transfer barang dalam beg tu ke beg lain.


Kebetulan ternampak ada beg yang boleh letak barang dan mudah nak transfer ke beg lain. Apa ntah nama beg tu. Murah pulak tu. Terus tangan menggeletis nak tekan-tekan masuk dalam my cart. Pastu syaiton hasut kata rugi beli dua tiga barang tapi bayar duit postage sama je so tambah tambah lagi barang lain yang tak sebenarnya penting pun beli jugak. Syaiton pun di persalahkan padahal... Habis lebur dekat lima puluh ringgit. Tak banyak tapi duit jugak kan... Hai apsal heaven betul dapat perabih duit ni....


Alhamdulillah bila sampai keseluruhan barang tu aku agak berpuas hati cuma hat tempat letak payung tu tak sama dengan my expectation. Tapi selamat dah sangkut kat dalam kereta. Membebel bebel jugak dengan my sis kata kurang berkualiti tapi bila letak dalam kereta macam cantik jer macam berbaloi jer jugak..

So bagi aku oklah setakat aku membeli belah secara online ni tak ada lah yang rasa ralat sangat sangat. Like kena tipu mmg tak pernah lagi sebab aku kalau nak beli mesti buat kajian dulu. Tengok seller yang betul betul trusted. Aku kalau nak online shopping kat satu satu seller makan dua tiga bulan tuk buat kajian... Kadang sampai barang pun dah sold out. Hihihi...

Owh lupa jugak aku pernah beli barang craft secara online jugak. (Baca NI). Yang ni memang tak de regret sebab barang craft kita dah boleh agak material dia macam mana. Lagi satu kalau beli kat luar memang mahal. Bagi peniaga kecil kecilan like me memang kena beli atas talian barang-barang craft ni.

Pengalaman shopping online korang?

26 August 2014

Order Orderan

Kan aku mengamalkan konsep email kalau nak order my beg. Lately banyak pulak email menderu masuk. Tapi akak tak layan. Maaflah kalau ada yang aku tak balas. Actually aku tak sampai hati nak tolak permintaan order korang. Perut dah sarat.

Lagi pun sejak aku terkena cirit birit hari tu aku sangatlah berhati hati dalam setiap tingkah laku. Sangat!. Menjahit kadang-kadang boleh buat perut rasa keras dan tengang.  Aku tak prepare if terbersalin awal. Selalu kata kat mr. mama " ma takutlah nak bersalin ni". Nanti mr. mama jawab "Tak apa papa kan ada".

Orang lelaki... Pandai je cakap. Sakit ke tak dia lagu tu jugak. Ingat masa bersalinkan hakeem keluar air ketuban masuk wad pemerhatian dan bersalin semua sepantas kilat sampai tak sempat nak bagitau husband sedar sedar mr. mama datang jinjit beg pakaian baby then masa tu aku tengah jahit. Kemahen lagi dia takut. "Tak sanggup lah papa nak anak lagi, nak bersama mama... bla bla bla... Kendian tak dan seratus hari lupa dah kisah tu.... Ngendeng ngendeng kat kita.. (^.^). Eh eh story apakah ni.. Aku nak story pasal beg jeans la oiii...


 Depan
 Belakang

Untuk letak fail katanya...

 Pencil box. For her and him.. :)

Semua ni order dari akak kat Melaka. Actually ada satu lagi beg ipad dia suruh buat tapi aku tak sempat. Akak ni nak balik saudi hujung bulan ni... Maybe lepas bersalin aku akan buat beg ipad tu ye kak... Kerlas customer i from international...



Ni sling beg order orang Pahang. Design ni aku main belasah cantum berdasarkan seluar jeans yang dah sedia ada. Jangan nanti ada yang mintak buat serupa gini pulak. Seluar seluar pattern cam ni satu dalam seribu. Ni aku tengah pening orang duk minat sling beg yang dulu dulu aku buat tu. Nak cari mana ler seluar jeans serupa gitu. Susah nak jumpa. 

So korang jangan susahkan kepala aku ye suh buat design yang sama. Ala-ala sama bentuk boleh tapi warna, poket, butang and material totally memang al different.

Btw thank pada semua customer yang repeat repeat order... Anything email edyeda@gmail.com. Whatsapp kadang-kadang dilayan kadang kadang tak layan ok.


25 August 2014

Sofea terkena air panas

Rabu lepas aku dapat panggilan dari ustazah kata sofea kena air panas kat tadika. Masa tu baru lepas makan jamuan raya. Betul betul dah habis mencekik dapat berita tu macam ok. I is cool. Lagi pun tahu sofea kuat. Or dalam fikiran time tu maybe kena sikit jer tu. Cara penyampaian ustazah pun cool je. Diorang dah bawak kat klinik kesihatan. Tapi aku still balik nak tengok jugak camna kan.

Sampai kat rumah ustazah tengok mata sofea merah sangat. Tak ada excited macam sebelum sebelum ni bila kita amik kat tadika. Pastu pia cakap pia sakit. Sedih betul aku tengok keadaan dia macam tu...

Tempat terkena air panas.

Masa ni tak nampak sangat how teruknya luka tu sebab doktor dah sapu cream tebal tebal. Bila petang tu baru nampak ada gelembung gelembung kat peha plus teruk jugak lah. Itu pun nasib baik kena kat tang peha tu jer. Tak sampai seluruh kaki. 

But aku and mr. mama tertanya-tanya jugak cam mana boleh jadi gini. Kata sofea lari lari pastu terlanggar cikgu yang tengah pegang air panas. Can u imagine kalau budak lari langgar cikgu bukan air panas terpelanting ke depan ke. Or maybe cikgu tu berpusing lalu tertumpah air panas kat kaki sofea means peha sahaja? Ntah lah... Nak fikir benda ni memang tak berkesudahan. "Benda dah nak jadi".... the best word can say... Hurmmm...


Lepas tu sofea tertido kat rumah ustazah sampai mr. mama datang amik kitaorang. Kena tunggu mr. mama datang, sape pulak nak angkat sofea masuk kereta dan turun kereta nanti. Aku dah tak larat. 

Hari ni dah masuk hari kelima. Keadaan makin teruk. Kulit gelembong tu dah terkopek plus ada nanah. Nak jalan maybe rasa terterik. Terhencot hencot sofea berjalan. Nak bubuh ubat pun susah. Selalu bila sakit aku bubuh ubah waktu tido, ni dalam tido pun dia boleh sedar. Jelaslah sakit sangat... 

Sape-sape tahu tak camna nak bagi cepat baik luka terkena air panas?. Ramai yang kata kena basuh dengan air bebanyak lepas terkena air panas tu, sapu dengan sabun jer. Tapi semua tu sebelum letak ubat. Ini cikgu sofea lepas kena air panas tu tindakan diorang sapu dengan minyak gamat... Sad....


22 August 2014

Hari berkabung MH17

Rata-rata hari ni ramai yang pakai baju hitam putih kan. Pakai jubah segala. Sesuai pulak dengan hari jumaat. Rakyat Malaysia memang prihatin dan alert dalam hal-hal sebegini. Aku... Pakai uniform aku je ler.. Jubah hitam jenis lycra yang semangga tuhdah tak sesuai dipakai tuk usia kandungan yang dah cecah lapan bulan. Seksi meksi... 

Malam tadi mr. mama ada tanya esok cuti ker. Aku tanya kenapa. Kan esok hari berkabung. Berkabung je bang. Tak dapat cuti peristiwa pun... 

Actually aku tertanya tanya jugak pasal isu perkabungan ni. Bukan kalau kita tak pakai baju hitam bermakna kita tak hormat... Pokok pangkal hati kita. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

Kat bawah ni aku share pasal isu perkabungan yang aku dapat daripada FB. Moga bermanfaat...

Dari segi islam tiada dianjurkan untuk pakai baju hitam atau putih atas penghormatan,atas kematian atau sesuatu musibah. Pemakaian baju hitam jika atas niat untuk perkara tersebut tidak dibolehkan kerana mengikut amalan orang kristian. Apa yg terbaik amalan di dalam syariat islam hanya berdoa memohon keampunan dan kerahmatan dari Allah. Jika sekadar pakai tidak mengapa.
Benar... itu semua amalan orang2 kafir....

Jawapan:
Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis di bawah:
Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam.
Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487).

Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah klasik dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.
Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. Contohnya dalam kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924.
Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.
Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.
Fatwa Shaikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah:

Soalan :
Apakah boleh memakai pakaian hitam untuk berkabung di atas kematian seseorang khususnya apabila orang tersebut suami ?

Jawapan :
Memakai pakaian hitam ketika terjadi musibah merupakan syi’ar yang bathil yang tidak ada asalnya dalam Islam. Seseorang ketika terjadi musibah hendaklah melakukan apa yang disyariatkan. Dia boleh mengucapkan :
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Allahuma jurnii fii musiibatii wakhluflii khairan minha..
Ertinya : “Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan benar-benar kepada-Nya kami akan kembali. Ya, ALLAH berilah aku balasan (pahala) di dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik dari musibah tersebut. ”
Bila dia mengucapkan kalimat itu dengan rasa iman dan mengharapkan pahala maka ALLAH Ta’ala akan memberinya balasan atas musibah yang menimpa dan akan mengganti musibah tersebut dengan hal yang lebih baik darinya.

Sumber : FB

20 August 2014

Khasiat dan Kebaikan Daun Kari

Since kena cirit birit hari tu, apa-apa yang berkaitan dengan cirit birit pasti menarik minat aku nak baca. Ibarat mimpi ngeri betul kena cirit birit. Sakit giler ... Semalam malam perut tetiba asyik mengeras. Pastu sakit kat tang perut ngan pinggang. Sakit sesangat. Laki pulak tak balik keje lagi. Terus ingat macam nak kena cirit birit sekali lagi. Aptb...

Pagi ni nampak ada orang share share kat FB pasal khasiat daun kari. Berkaitan dengan cirit birit dan buasir. Juga pasal diabetes. Elok sangat ni untuk diamalkan. Mana tahu berkesan. Keluarga aku memang ada keturunan kencing manis pulak.... 

Jom baca khasiat daun kari ni....


Penawar cirit birit dan buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

Loya dan pening
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
Diabetes
Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
Agar rambut panjang dan sihat
Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
Lebam dan bengkak
Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
Kecantikan dan kesihatan diri
Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

*cam renyah je cam malas je nak apply.. 

Sumber : Bernama Radio24

19 August 2014

8month, 2 minggu sekali dah

Dua minggu sekali kau datang membawa buku pink...baca secara menyanyi ala2 mas idayu plz... Gitu....




Semalam genap usia kandungan 8 bulan. Berapa week/day jangan tanya. Iolls tak reti kira guna 32 weeks 4 days gitu. Yang iolls tahu jangkaan bersalin 11/10 melalui kiraan dan melalui scan kedua 15/10. Scan pertama jangkaan 2/10 direject oleh doktor sebab perbezaan melebihi 9 hari. Apa-apa aje doc. Hakeem dulu bersalin dua minggu awal selamat jer..

Macam biasa check semalam tak ada apa yang beza. Sampai klinik lebih kurang 7.30 lepas hantar pia dan akeem kat rumah ustazah. Buang air kencing dan timbang siap siap. Dalam pukul sembilan dah boleh balik. Jom tengok result check up kali ni...

HB : 10.3 (sama macam last month, kategori anemia ni)
Berat : 58.6 kg (sama cam last month, maybe kes cirit birit tu)
Minum Air Gula : 7.6 (naik 1.1 daripada minum sebelumnya)

Overall misi kata ok. Pasal air gula doc tak declare as kencing manis. Diam-diam sudah. Lega tak yah buat BSP. Kencing manis dikira kalau 7.8. Next check up 3/9. Dah start dua minggu sekali kena pergi klinik. Pastu seminggu sekali pulak. Haishh dah tak lama dah nak deliver. Tak sabar. Tak sabar nak duduk rumah lebihnya. hehehe...

Semalam misi ada tanya nak merancang ke tak lepas ni. Aku jawab nak. My planning memang tiga cukuplah. Tapi apa-apa pun semua ketentuan dariNYA.

Misi bagi suggestion masukkan apa ntah kat bawah tu. Hishh tak nak lah kan. Takut. Suntik-suntik sudahlah. Nurse kata bersalin tak takut pulak. Sapa kata tak takut.. Bersalin terpaksa. Ini sesaja nak jolok kat bawah tu tak ler aku.

Nurse tanya lagi dah jumpa doktor gigi. As usual since dari anak pertama aku tak pernah pi jumpa doktor gigi pun. Sebab gigi elok je.. Nurse tanya bila nak pergi nak tunggu gigi luruh ke? ..

Pengalaman Cirit Birit

Cirit Birit?

Dalam minda aku bila kata orang kena cirit birit. Ok... Tak pernah dan sesekali tidak ok untuk aku cuba selami macam mana perasaan orang yang kena cirit birit. Sakit ke mengharap ehsan ker... Ko kalau dah cirit birit pergilah masuk tandas buang air besar. Gitu? Langsung tak ada perasaan.

Even mr. mama pernah kata " ma pa cirit birit..." Aku like ok... Duk la dalam tandas lelama buang apa patut. Sekali kena kat batang hidung sendiri baru tahu hazabnya. Sakit ko. Tersangat sakit. Tuhan saja yang tahu lebih lebih lagi time mengandung.

So kat sini aku nak sound sesiapa yang cuba nak menipu untuk dapat MC dengan alasan cirit birit rentikan. Ko tahu ke kalau cirit birit apa jadi kat sistem dalam badan ko. Air dalam badan kurang ok. Sangat tak baik bagi ibu-ibu mengandung tu... Aku sepanjang 33 tahun hidup, minggu lepas adalah kali pertama aku kena cirit birit. Rasa setengah mati....

Aku tak sure kenapa aku boleh kena cirit birit. Seingat aku hari isnin minggu lepas aku masak ayam black pepper. Ini masakan ayam black pepper yang pertama dalam hidup jugak. Masak tengahari tu habis, petang aku repeat lagi masak. Sofea request. Sedap katanya. Kembang mak...

Esok selasa pagi gi keje aku makan nasi lemak tepi jalan lauk paru pastu tak makan apa-apa sampai malam. Tak lalu nak makan Badan rasa sangat lemah. Kat opis tido jer. Dan start petang balik dari kerja perut sudah mula memulas. Aku tak rasa aku sakit perut sebab nasi lemak tu tapi lebih pada ayam black pepper tu... Maybe sos tiram aku dah rosak...

Pertama kali pergi buang ok. Dua kali ok. Kali ketiga tak sempat terkincit dalam kain. Dan sampai esok pagi tak kurang dari lima kali aku terkincit dalam kain. Habis selonggok kain busuk dalam bilik air. Ke tandas dari pukul 12 malam sampai tujuh pagi selang dua minit tercirit. Hazabedah betul. Belum masuk muntah muntah. Makan muntah, minum teh pekat muntah. Minum air cirit. Malam tu sepanjang malam aku tak tido. Selang dua minit masuk toilet... Kalau aku baring lagi senang terkincitnya. Jadi sepanjang malam tempat aku hanya di sofa dan tandas. Esok lepas hantar anak ke sekolah terus terjah klinik kesihatan.

Aku jumpa doktor mengandung. Korang sapa yang mengandung kena cirit birit better jumpa doktor mengandung terus. Depa lebih tahu. Doktor suruh buat ujian air kencing. Hasilnya memang air dalam badan dah kering. Doktor bagi MC satu hari. Pergi amik ubat. Dapat tiga jenis ubat. Ubat cirit birit, ubat gastrik dan ubat air garam.

Nampak kalau korang tak cirit birit tapi tipu cirit birit bila buat ujian air kencing tengok air dalam badan ok jer memang sah2 doktor detect uolls menipu.. Esok kata doktor kalau tak ok kena pi spital. Tapi aku tak pergi walaupun masih tak sihat. Sah sah kalau pergi kena tahan kat wad paling tidak semalam. Ngak mahu!!!

So tanggung lah aku cirit birit tu selama empat hari. Tapi hari ketiga tu dah berkurang banyak... Now dah much better tapi aku tak berani nak buat kerja berat berat termasuk menjahit. Aku dah declare kat sesetengah customer, aku surender menjahit sampai lepas bersalin nanti tengok macam mana.

Weekend hari tu aku cuba sapu sapu kat luar rumah pun badan dah rasa lain macam. Penangan cirit birit memang teruk... Hilang nikmat makan. Sekarang makan aku pilih yang tawar-tawar like ikan goreng ayam goreng. Tak berani nak amik yang pedas-pedas. UV blog pun jatuh merudum.. huhuhuu...




18 August 2014

Baucer KFC Percuma daripada My Survey


Alhamdulillah minggu lepas baucar KFC yang ditunggu-tunggu tiba. Dekat tiga bulan aku tunggu baucar ni. Baucar ni aku dapat sebab jawab survey kat MY SURVEY.

Bila dah cukup point kita boleh redem dengan baucar atau nak buat charity. Bukan setakat baucar KFC, Pizza je ada baucar dari parkson, AEON dan macam-macam lagi.

Since KFC yang paling mudah dan paling anak-anak suka so kita tukar je dengan baucar KFC. Selama berjawaban selama hampir tiga empat bulan dapatlah baucar KFC bernilai RM20.00. Sapa nak bagi kan... Dah selamat pun ayam-ayam KFC tu masuk dalam perut kami sekeluarga.

Pada sesiapa yang nak join MY SURVEY boleh klik kat SINI ye .. Jawab survey ni kengkadang membosankan bagi sesetengah orang. Me too.

Pernah hampir setahun tak bukak MY SURVEY ni tapi bila dapat reward macam ni seronok tak terkata. Terus semangat. Ni point aku dah cukup tuk redeem sekali lagi.

Iyelah daripada aku duk bukak facebook, twitter baca je status orang, tak dapat pe faedah baik jawab survey sebegini.

Ada banyak laman survey yang kita boleh join sebenarnya. Boleh dapat duit pun ada. But banyak yang guna paypal. Aku tak pandai plus tak yakin. La ni aku layan MY SURVEY ni je ngan satu lagi laman web survey. Yang tu nanti aku bagitau sebab belum dapat hasil lagi...


04 August 2014

Potong rambut di tronoh

Kalau balik tronoh ke kelantan mesti aku akan pi kedai gunting rambut. Suka potong rambut kat kampung ni sebab murah. Balik raya hari tu sempat potongkan rambut hakeem dan pia. Setakat ni aku tak pernah lagi gunting rambut diorang kat puchong. Kita tak betah nak kesalon. Orang kampung katanya tapi duduk bando. Kat puchong kalau uolls nak tahu nak potong rambut, harga ikut kepanjangan. Ada yang cecah dekat RM20.00. Mahai...

Kat tronoh ni dewasa RM10.00. Dah naik dulu RM 7.00. Ni aku gunting rambut budak dua orang ni RM6.00 sorang. Oklah.. service pun ok. Tapi tak leh tanding harga kat kelantan RM 5.00 je dewasa/budak.

Raya kedua depa dah bukak kedai. Pandai betul cina-cina ni cari duit eh...
 
Rambut hakeem sebelum dipotong. Memang dah panjang bebenor. Nak suruh ayah dia bawak pi gunting sokmo bagi alasan takut hakeem nangis. Malas lah tu. Ni mak dia yang bawak ok je... 


Rambut sofea sebelum potong. Tukang potong rambut sofea dengan hakeem orang lain-lain. Yang tukang potong rambut sofea tu muda sikit. Tak tanya pun nak pattern macam mana. Main potong je. Sebabkan sofea pun tak nak rambut dia pendek sangat katanya pia kan pempuan so bior jelah dia nak gunting cam na. Lebihnya nak pendekkan rambut depan tu jer.

Itulah ahsoo yang potong rambut hakeem. Bagus ahsoo ni siap tanya nak potong nombor berapa. Nombor empat pendek cam polis.  Nombor dua cam tentera. Eh iye ke., tak ingat ler... haa itulah baju raya kita...

Tengok gambar ni nampak macam bintang idola kecil pulak... heee...


Ala comelnya anak-anak kesayangan mama. Rasa nak penyet2 je kalau diorang baik cam gini. Cuba datang angin memasing rasa nak sebat jer tau... 

01 August 2014

Raya dan AEON Station 18 Ipoh

Hai amacam raya korang. Heee ramai yang belum masuk keje. Masih di kampung sampai ahad ni kan. Aku semalam dah keje. Iolls amik cuti sehari jer.

Raya kat tronoh, tahun ni tak balik kelantan. 3 Hari 2 Malam. Petang raya pertama gerak, raya ke tiga petang balik. Ekpress....

Ini bukan baju raya ye. Nak naik car casual lagi senang...



Raya ke dua baru melawat sedara mara. Malam merewang ke AEON Station 18 Ipoh. Esoknya ulang lagi ke AEON. Tak puas jalan dua jam semalam. Seronok window shopping dari beraya kata ko... Petang balik.

Tronoh bukan ada apa sangat. Setakat keropok tronoh.com.my tu je kebanggaan. Pehtu mee udang tronoh sedap katanya. Macam kat Kuala Sepetang. Tak tahu ler aku yang tronoh pun tak dapat dapat makan lagi. Asal balik kedai tutup. Inikan nak rasa yang kuala sepetang... huhuhu

But bila bukak tesco berpusu orang datang kendian AEON ni. AEON sini best. Ada butik Padini, Guess, Charles & Keith, Giordano, Bata, Daiso dia pun lain dari IOI Mall. Sales pun giler-giler. 80% and 70% + 20%. Berapa kos sehelai baju tu?...

Coz kitaorang tinggal rumah bini no-2 abang aku, bini dia balik kampung, malam raya ke dua tu decide makan kat foodcourt AEON.


Al mahal betul air dia. Air ni je yang tinggai nye pun. Mintak air buah tak ada, milo habis, teh ais tak cukup bahan. Tiga minuman tu RM 8.90. 


Makanan hanya ada yang jenis cam ni. Bukan tekak anak putih azib lah. Tapi what to do... No choices.... Nak order KFC pun tak dapat. Semua makanan licin. Semua pakat makan luar nampak. Muak eh makan ketupat lemang rendang....

Esoknya tu kitaorang pi sekali lagi AEON memborong kat Daiso and beli selipar hakeem ngan pia kat Padini. Teringin nak deco deco rumah katanya. Malam semalam tak sempat masuk Daiso dah lewat. Nanti eh tunjuk hasil rembatan... Terapi betul dapat shopping...


Before gerak balik singgah dulu makan mamak. Untuk anak-anak nasi putih ayam tandori ke tu eh. Aku jarang mamak. Dewasa dewasa makan mee and maggie goreng mamak. Dap... Heaven... Malang tul sapa tak makan mamak... Mr. mama lah tu...

Itu je lah raya kami biasa-biasa aje... Baju raya nanti kita show off na....(^____^)


 
Copyright by Aziazidah