Seawal jam 6.15 pagi dah bangun bersiap-siap dan bersemangat nak
pergi klinik untuk check up sofea. Almaklum dah tiga bulan tak melawat
klinik desa tercinta. Kalau nak pergi kerja bangun lebih awal dari hari
ini sebenarnya. Tadi terbangun awal pun sebab sakit perut yang teramat
sangat.
Macam biasa lepas gosok baju dan
bersiap aku bercadang nak terus ke klinik ambil nombor dulu sementara
biar papa yang mandi dan bawak kan sofea ke klinik. Tak adala sofea
mengantuk sangat. Walau bagaimana pun takdir hari ini sofea bangun awal
dan aku mandikan ala kadar sebab masih terlalu awal pagi. Sejuk !!
Dingdong dingdong dah pukul 7.15 pagi. Hajat hati nak keluar dalam
pukul 7pagi tak kesampaian. Planning semua bertaburan. Sebab untuk
sampai awal ialah masalah parking di klinik yang terhad kawasan
lamannya. Sama jugak dengan masalah parking yang sentiasa membelenggu
Putrajaya.
Rupanya apabila dah hampir
3bulan tak datang ke klinik, pesakit pun sudah makin berkurangan.
Mungkin semua bayi sudah membesar. Parking pun cun-cun depan pintu
gate. Senangla nak keluar nanti, tak adala orang nak block2. Oh pasal
baby yang sudah membesar rupanya telahan aku salah, pihak pengurusan
klinik sudah merombak sistem kedatangan pesakit. Sesiapa appointment
pukul 8pagi akan dilayan dahulu walaupun dia datang lambat dari pesakit
appointment misalnya pukul 9 pagi. Padanla tak ramai yang nak datang
awal. Kalau datang awal pun tak akan di layan.
Nombor
bertuah aku dan sofea hari ini adalah nombor 21. Dalam pukul 8.30
nombor kami dipanggil dan sofea ditimbang. Tak banyak berubah berat
badannya. 8.5kg. Masih dalam carta yang stabil. Sudah siap timbang
menimbang, angkat mengangkat kena tunggu giliran jumpa misi pulak. Ops
sebelum sofea ditimbang mesin penimbang dah dikencingkan oleh baby
bawah setahun. Kalau baby bawah setahun kena bukak baju tanpa seurat
benang untuk ditimbang. Banyak pulak tu baby tu kencing, naik geli
sebenarnya aku nak letak sofea atas penimbang tu. Nasib baik misi tukar
pelapik penimbang itu.
Nombor giliran untuk
berjumpa misi masih di angka 1 semasa sofea siap fasa penimbang tadi.
Jadi aku bawak sofea jalan-jalan di laman klinik. Aku bawak sofea
disudut permainan. Main jongkang jongkit sofea hari ini. Bila dah
terasa letih aku lihat nombor sudah diangka lapan. Masih jauh lagi
nombor kami. Sedang kami berdua berkira-kira nak membuat aktiviti apa
seterusnya aku disapa oleh seorang kakak bertudung labuh. Rupanya dia
seorang pengasuh. Matlamatnya yang aku pasti dia nak menambah bilangan
anak asuhannya. Nak baby katanya, yang diasuh sekarang semuanya sudah 3
4 tahun. Dan anak-anaknya semua sudah besar. Dia menanya aku ada
seorang anak je ke. Lantas aku menjawab dengan bangga ya dan ada satu
lagi dalam perut. Hik hik...Bangga untuk didedahkan.
Kami
teruskan sembangan hingga dia memberitahu aku bahawa dia mengajar KAFA
dan mengaji. Lantas terus ku mintak nombor telefonnya. Oh lupa nak bagi
tahu namanya RAUDHAH. Sedap kan? Rumahnya tak jauh dari rumah aku.
Mungkin aku boleh berkira-kira menghantar sofea mengaji disitu.
Undangan hari raya haji juga ku terima darinya.
Selepas
penat berbual ku lihat nombor sudah menginjak ke angka 18. Lama kan
kami berborak. Aku yang excited. Tak rajin sebenarnya orang-orang yang
datang ke klinik nak bertegur sapa. Mereka kebanyakan datang dengan
husband masing-masing. Cuma aku je yang lone ranger sejak dari
mengandung lagi. Apa nak buat laki bukan sama-sama keje kerajaan.
Sebelum dia menegur sebenarnya aku telah ditegur oleh seseorang yang
lain tapi bukan bangsa Melayu tapi orang Indon. Malas sgt ke orang
Melayu ni nak bertegur sapa??. Ya! Aku salah seorangnya.
Sekarang
sudah sampai giliran sofea berjumpa misi. Soalan wajib yang ditanya dek
misi : anak minum susu apa, sudah pandai apa, aktif tak dia??.
soalan-soalan biasa. Sangat tak mesra alam langsung. Tak bertanya
langsung tentang kesihatan sofea. First dapat misi sebegini dan i
really2 dont like it. Habis bertemu misi sombong kami keruangan cucuk
mencucuk. Hari ini sofea bakal dihadiahkan cucukan tidak menghasilkan
demam selepas setahun. Alhamdulillah nangis-nangis manja. Mana penah
sofea nangis bagai nak gila sejak dia lahir. Sangat bagus ini anak.
Yang paling penting sudah pandai cium pipi mama dan papa apabila
disuruh.
Selepas habis semua aktiviti sofea, aku decide buat appointment
untuk diri sendiri pulakla kan. 11.11.10 first appointment untuk ibu
mengandung ini. Sangat malas sebenarnya sebab hati rungsingkan hal
parking kalau lewat ke opis. Syukur tadi ada tempat untuk diparking
setelah dua kali pusing-pusing, ronda-ronda makan angin dalam basement.
Hari ini juga di opis aku dapat panggilan telefon dari BSN
menyatakan permohonan pinjaman peribadi aku dah diluluskan. Gembira
sangat-sangat sebab penat dah hampir 2 minggu menanti. Kata orang kalau
buat pinjaman di bank 3 hari dah lulus. Itu tipu belaka. Koperasi
mungkin. Dalam bergembira sebenarnya risau jugak hutang yang semakin
membukit tinggi macam gunung ditambah dengan bilangan ahli keluarga
yang bakal bertambah. Untuk meredakan kerisauan marila kita berpegang
pada prinsip '
kalau ada rezeki tak ke mana' &
'adalah rezeki anak tu'.
Entri ini sangat panjang tak tahula semua dapat baca sampai
habis atau sudah tekan X sebelum khatam. Entri ini entri balas dendam
sebab sudah lama tak update ini belog. Nanti entri akan datang aku
story kenapa aku menambah hutang dengan membuat pinjaman peribadi.
Mesti ramai nak tahu kan? Ke tak ada pun yang nak amik tahu. :P