Semalam punya menu makanan tengahari dan malam adalah sangat menyelerakan. Sebab dah lama tak masak menu ni. Semalam tak sempat nak share.
Yess...sup ikan merah. Biasanya orang suka masak ikan merah ni masak kari especially tang kepala. Tapi aku tak lalu kalau di masak kari.
Dah lama tak masak yang bersup-sup berkuah-kuah ni. Kalau sup sayur memang dah selalu masak untuk sofea. Dah naik muak tapi sup ikan merah ni first aku masak sejak duduk rumah sendiri.
Aku bukanlah admire sup tapi dah nama ada mix chinese mesti menurun jugak selera sup tu. Aku warna warnikan dengan carrot, tomato, biar anak dara aku selera sikit nak makan.
Pastu masak sambal petai. Memula nak gu dengan udang. Tapi udang tak banyak, kena simpan bekalan nanti tak ada lauk untuk sofea. Jadinya masak sambal ikan bilis petai jelah. Yang ini pun first time masak selepas aku beranak kan hakeem.
Aku ada dengar kalau menyusu baby tak elok makan petai. Pasai apa aku not sure. Sebab bau dan akan mengubah rasa susu ker? Setakat jam ni hakeem ok jer nyusu. Tapi kalau makan petai kena faham-fahamlah selepas qodok hajat tu pastikan jirus air sebanyak-banyaknya.
Last sekali aku masak ikan rebus goreng macam semalam. Ikan ni ada balance 2 ekor lagi. Hari ini punya lagi ummpphh sebab ikan lebih sebati sebab dah berperap semalaman compare semalam punya dan perap dua tiga jam jer.
Menu sihat yang benar-benar membangkitkan selera. Mr. edy 2 kali makan malam semalam. Mr. edy ada kata resepi kebahagiaan rumahtangga salah satunya air tangan isteri.
Ececeh... makin semangat nak masak sesedap nih.
29 February 2012
28 February 2012
Ahli baru
Isnin - 20hb Februari 2012 yang lepas aku dapat sorang lagi anak buah. Kiranya anak buah aku yang kedua lah ni.
Bertambah lagi ahli keluaga kitaorang. Kata mr. edy bertambahlah cucu mak esah(nama singkatan arwah mak). Padahal dia tak pernah kenal pun arwah mak. Memandai je sebut-sebut.
Adik ipar selamat melahirkan baby boy seberat 2.6 kg secara c-zer. Anak buah paling kecik sekali dalam semua baby yang lahir dalam family kitaorang.
Yang pasti aku punya anak-anak memang tak boleh lawan dengan sepupu-sepupu diorang yang lain, dua-dua 3 kg ke atas.

hi nama saya Muhammad Irfan.
Comel tak anak buah aku?
Irfan ni beza 10 bulan je dari hakeem.
Gigi sulong saya
Nampak tak gigi sulong saya? |
Susah betul nak snap gambar yang menampakkan gigi hakeem ni. Kena geletek bagai nak rak baru dapat snap. Itu pun tak berapa clear.
Gigi pertama hakeem tumbuh bahagian bawah dulu. Kalau kakaknya tumbuh bahagian atas dulu.
Gigi ni dah tumbuh lebih kurang dekat sebulan. Gigi kedua dan ketiga dah nampak tanda-tanda jugak. Kali ni bahagian atas pulak.
gambar terkini hakeem smlm keluar kena ketip dek nyamuk |
Yeyy saya dah nak dapat lesen menguyah.
27 February 2012
Menu hari ini
Hari ini tercepat masak untuk makan tengahari 11.15 am dah siap semua. Bukan tercepat tapi lapo sebenarnya.
Menu hari ini ikan rebus goreng. First time belajar makan lauk ni kat rumah MIL. Orang kelantan memang suka menu goreng-goreng ni.
Sayur pulak taugeh goreng. First time rasanya masak sayur taugeh sejak pindah kat rumah ni. Ditambah menu pembuka selera. Off course sambal belacan.
Dah selamat makan untuk first round. Bila masak yang simple-simple memang sedap sampai bertambah-tambah.
* Second round bakal menyusul. Ibu menyusu memang kuat makan (alasan).

25 February 2012
Jom ber'sms' secara percuma
Sejak jadi fulltime housewife, kalau habis kredit memang jarang aku topup. Kengkadang pernah sampai dua bulan hp tak ada kredit. Siap dapat reminder dari celcom suh topup sebelum perkhidmatan ditamatkan. Selamba jer aku kalau jadi apa-apa kat rumah mahu menggagau dibuatnya.
Sebab kalau topup bukan aku yang guna sangat, mr.edy yang duk perabihkan kredit aku. Fyi, aku dan mr.edy jarang bersms2 bercalling2 ni. Bukan tak suka, aku suka je tapi dah dapat laki yang jenis camni nak wat camna.
Pernah juga ada yang sms tanya pasal lori kesian aku tak dapat nak reply. Bila reply lewat automatiklah diorang tak hingin dah guna my service. Nampak sangat kelembapannya kan.
Tapi sekarang kalau ada yang sms tanya apa-apa, aku dah tak ada masalah nak reply sejak dapat tahu ada laman web yang memberi perkhidmatan sms percuma. Cuma perlu ada line internet.
Untuk maklumat lanjut boleh jenguk kat laman web mostSMS. Daftar dan automatik dah boleh bersms sambil berblog. Seronok kan...

24 February 2012
Kearah sebuah pagar
Betul ke penjodoh bilangan untuk pagar adalah sebuah?
Ok aku main hentam. BM dapat dua je time SPM.
Tolong abaikan view yang sangat buruk. Suasana selepas hujan.
Batang pagar tu satu set empat ratus. Mahai. Belum masuk beli pasir, beli peti surat, beli simen nak buat bin, nak curah dalam batang yang lompong tu. Banyak betul guna duit nak buat satu pagar.
Pastu ada satu malam tu mr. edy siap kejar orang yang datang merokok kat rumah aku. Apa ke hal tu kul tiga pagi melepak kat hall rumah aku.
Tak lama pastu adik aku bising-bising cakap helmet dia yang buruk tu dah lesap. Itu belum masuk dua biji bateri lori yang berharga RM 700++ dan drill selamat dah kena rembat dek sape ntah.
Pantang lepe sikit. Nampak gayanya kena pagar sekeliling rumah.
Ini pas ko park kereta terus berlalu dengan muka tak bersalah. Aku yang tercegat depan mata ko buat dont know jer. Even aku dah block kat laluan masuk pun pantang nampak ada lompong, dah nak masuk dalam longkang pun ko boleh nak park lagi dalam kawasan umah aku. Tak reti malu, tak reti bahasa. (mood : marah sesangat ni)
Okeh back to pagar.. Tiang dah siap berdiri tinggal pintu pagar pulak. Semalam kakak aku survey harga pagar pulak. Pagar yang jenis tolak tapi bukan auto tu harga RM 1,500. Mana nak cekau duit nih. Kalau yang auto punya RM 3,000. Pakej dapat remote 3 biji.

Banyaknya nak guna duit buat sebuah pagar. Maknanya orang depan umah aku tu kayalah ada pagar siap auto lagi.
22 February 2012
Harinya
Akhirnya tiba jugak hari interview yang dinanti-nanti. Walaupun bangun awal tapi tetap sampai lambat kat SPA, lebih kurang pukul 8. Dah ramai orang dah. Ada dua jawatan yang sedang diinterview. Kastam dan Bomba.
Aku dapat bilik yang ke 2 (bilik G) nombor empat. Ramai jugak pembantu kastam yang datang. Confirmlah diorang ni dapat (dalam hati).
Bilik aku nak interview berkongsi panel SPA dengan jawatan doktor. Doktor interview dulu kemudian baru kastam. Jadi dalam pukul 9 lebih baru nak panggil orang yang pertama.
Sementara tunggu nombor giliran sempat jugak berborak dengan calon-calon yang lain. Rata-rata semua yang memohon dah bekerja. Chances nak dapat memang tipislah.
Pekerja yang nak di pakai dalam seratus orang, calon simpanan seratus orang. Yang dipanggil interview dalam seribu orang. Nak bersaing dengan pembantu kastam pun satu hal. Ingat senang nak dapat.
Tunggu punya tunggu, dalam pukul 11.25 am sampai giliran aku. Cam biasa aku cuba kontrol ayu walaupun dalam hati punya laju jantung ber dap dup dap dup.
Memula penginterview dari SPA tanya mana aku kerja sekarang, jawatan apa dan seterusnya mintak terangkan pasal 1 Malaysia. Siap berdebat ngan orang SPA tiba giliran orang kastam pulak. Penginterview tanya pasal fungsi kastam. Berdebat lagi.
Mana tak dinamakan debat setiap kali aku jawab di patahkan dan disangkal aku punya jawapan. Macam salah je apa yang aku jawab. Naik terkedu aku.
Kemudian penginterview kata saya dah tak ada apa nak soal lagi. Azidah ada apa2 nak tanya. Memula aku jawab tak ada. Kemudian aku tambah cuma saya berharap dapat jawatan kerana saya dah lama dalam perkhidmatan kerajaan, saya nak tingkatkan taraf hidup saya, nak tambahkan pengetahuan dan mencari pengalaman lain dan bla bla bla bla.... Ayat power aku reka.
Orang SPA kata iyelah tapi saingan tough, sengit. Sebelum keluar aku ucapkan terima kasih. Tengok jam kat dinding pukul 11.35 am. 10 minit jer.
Why 3 orang sebelum aku semuanya 20 - 25 minit. Why aku cepat sangat. Orang lain dia tanya memacam. Tanya pasal misi, visi, nama ketua pengarah jabatan kastam. Tanya isu semasa. Aku cuma dua soklan jer.
Korang rasa tak yang macam aku tak dapat jer jawatan ni. Aku pun tak confident apa yang aku debatkan dengan penginterview tadi. Hurmmm...

21 February 2012
Tolong doakan saya
1 day left before interview.
Entry ni bukan autopublish tapi auto live ni. 2.44 am. Surf internet pepagi buta sebab nak cari maklumat pasal kastam, pasal isu semasa. Wawasan 2020, rukun negara, integriti pun habis aku search.
Banyak lagi yang tak faham dan jelas pasal kastam ni. Isu semasa jugak banyak dah ketinggalan. Almaklum dah lama tak kerja. Otak dah membeku macam EBM hakeem. Berukband pulak lembab macam siput sedut. Dah habis limit.
Itulah dah terhantuk baru nak terngadah (betul ke pepatah ni). Hentam aje lah.
Btw, tolong doakan saya. Lagi ramai yang mendoakan mungkin lagi cerah peluang nak sandang jawatan ni.
TQ.
16 February 2012
Deco-deco mesin basuh dan peti ais
Haa tengok betapa rajinnya aku main tampal-tampal hari Sabtu lepas. Sebenarnya boring dah tengok rumah yang nampak dal. Dinding rumah aku tu color putih. Dah la putih bertompok-tompok pulak tu sebab tukang rumah aku dulu tu tak reti nak cat. Ada ke guna cat kapor.
Asalnya kitaorang pilih warna hijau tuk ruang tamu dan dalam bilik warna merah hati. Tak pe nanti ada masalah kitaorang cat sendiri tapi tak tahulah bila tu.
Sementera tunggu aktiviti mengecat kita main tampal apa yang ada dulu. Cantik tak aku tepek pelekat kat mesin basuh AKIRA aku ni. Bebudak sukalah benda macam ni. Aku dapat pelekat ni masa pi Haier Warehouse Sales.
Pas dah deco mesin basuh, aku tampal FM kat peti ais lak. Ikutkan pelekat untuk fridge ni pun ada. Tapi aku rasa macam semak je nak tampal banyak-banyak. Crowded.
FM ni ehsan dari kakak aku. Set of 3. Kalau nak disuruh beli memang tidaklah. Tak minat benda ni semua. Tapi sekarang sudah jatuh cinta sesangat. Cuma kalau aku teruskan hasrat penuhkan fridge dengan FM ni confirm dak sofea lagi suka ke dapur. Boleh main cabut-cabut, main baling-baling. Confirm pecah.
Anyone berminat ngan pelekat ni? Ada dua set lagi.
12 February 2012
Mini Giveaway 2012 by shagcomot.com
Wanna join this giveaway? Click the banner above
before 2300/11.00pm - 14 February 2012
to win a mystery prize.
(simple word right?)
10 February 2012
EBM oh EBM
Selasa hari tu kami sekeluarga pergi cheras sebab nak hantar pulang pekerja mr. edy yang dah nak berenti kerja. Macam perempuan nak kena berhantar-hantar. Balik dari cheras tu tergerak hati nak check fridge bahagian freezer (instinct la tu).
Masa bukak tu hati dah memang rasa lain macam. Tengok ada banyak lelehan air. Pastu semua botol2 berisi EBM dah cair. Tak ada satu pun yang beku. Nak kata blackout, lampu peti ais menyala.
Aku baru je mula aktiviti mengepam ni. Baru 3 minggu. Stock pun taklah banyak mana. Tapi lebih dari mencukupi untuk tinggalkan hakeem separuh hari time interview nanti.
Sejak dapat surat panggilan temuduga ritu lah mula tertatih-tatih mengepam. Kalau pump dari dulu pasti dah bertimbun dah stock ebm untuk Hakeem. Risau jugak tetiba dipanggil bertugas awal. Macam confident dapat jer :P
EBM kalau dah cair kenalah habiskan dalam tempoh 24 jam. So trylah kasi hakeem minum. Walaupun tahu tak kan terhabisnya dia minum. Hanya 1oz jer yang lalu ke tekak hakeem. Yang beroz-oz lagi tu dah selamat aku campak ke sinki. Sayang ooooo.......
* Mood : Sedih.
For ibu-ibu yang buat stock sila pastikan fridge anda ditutup rapat.

05 February 2012
IntaNBerliaN's First Giveaway
Dah lama tak join contest/giveaway. Sebab kalau join selalu tak bertuah. Tapi hari ini lepas jalan-jalan makan angin kat belog kawan-kawan terjumpa giveaway yang sangat mencabar ini.
Nak tahu kenapa ia sangat mencabar? Sebab korang perlu membuat lawatan ke 20 laman web penganjur. Bukan itu sahaja korang juga perlu pergi ke blog, blogshop dan fanpages penganjur yang jumlah keseluruhan link kalau tak silap ada dalam 30+-.
Berpinar mata guwe. Entry ni aku dah peram dua tiga hari jugaklah sebelum publish sebab nak penuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.
Pada yang suka bercontest montest dan bergiveaway meway kalau nak sertai giveaway ni bolehlah klik link di bawah untuk maklumat lanjut atau klik pada banner di atas.

Jangan lupa terjah cepat-cepat sebelum 29 Februari 2012 okeh.
Opps, masa nak publish entry tu jangan lupa pastikan semua link penganjur telah di taip bagi melengkapkan penyertaan korang tu. Nanti kalau tak lengkap syarat penyertaan kena reject pulak.
- Blog House of Pines Boutique
- Blog The Bag Galore
- Blog Gojez Houz
- Blog butikpinkku
- Blog MIz IrYa Boutique
- Blog Scarf Sweethoney
- Fanpage Fashion Twister
- Blog Pretty Lens Store
- Blog Shuhadah Bajuibu
- Blog BabyIbu
- Blog Coklatmanis2u
- www.dewi.me
- Fanpage SUKA Collection
- Blog NADICRAFT
- Blog Herba Tihara
- Facebook Moe Closet
- Blog InDiana BouTiQuE
- Blog Cik Pingu
- Blog QasehnyaRania
- Blog Fieda Rafli
Harap-harap ada luck menang salah satu hadiah yang ditawarkan.
02 February 2012
Kayuh Kayuh
Ingat tak hari tu ada post entry pasal basikal sofea. Hurm sejak dari beli itu hari, dari memula letak kat dalam rumah...sayang then terpaksa letak kat luar rumah sebab sempit, adalah dalam beberapa kali sofea naik. Itu pun pas aku yang rajin tolak beskal tu. Kalau nak harap sofea kayuh asyik kayuh ke belakang aje.
Kayuh ke belakang kan senang. Tak berat dari kayuh ke depan. Dah berkali-kali aku suruh kayuh ke depan, tak di faham-faham nyer. Ayat tak biasa dengar kot. Tup tup minggu ni pandai pulak sofea kayuh ke depan siap boleh main corner2 lagi.
Suka aku, dah bertambah satu lagi benda yang sofea pandai. Tak rugi lah aku beli memahal beskal tu. Aku kalau beli barang memang berharap anak-anak akan main habis-habisan.
Aku lebih suka diorang main sampai puas/rosak daripada mainan tu elok macam xmain je dan boleh pulak jual balik mainan tu macam setengah-setengah mommies buat (ayat mama yang tahu anaknya buas) kih kih kih.
Ok ini video/bukti yang sempat aku rakam. Tak berapa menarik sangat sebab setiap kali aku nak halakan kamera mesti sofea cepat-cepat nak ambil.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...