28 February 2013

Menangis setiap malam

Kalau nak tahu almost every night sofea menangis masa tidur. Tengah tengah sedap tidur sejam dua pastu mesti terjaga then nangis nangis sambil berjalan. Kira masa nangis tu sofea tak berapa sedar. Jalan pun terhoyong hayang nak terlanggar pintu dinding bagai.


Macam kes malam semalam masa aku tengah menyusu hakeem dalam bilik, tetiba dengar sofea menangis. Time tu sofea tertido kat depan tv. Kemudian dengar pulak dia cakap hey kawan... kawan... kawan... Sebelum tidur sofea memang ada main dengan sepupu dia *sofea panggil kawan* yang datang rumah.


Masa sofea duk cakap kawan kawan tu memang aku sedih. Bukan sedih tapi tahap sebak. Intonasi percakapan sofea time tu memang sangat sangat mengharukan.


Sebabkan aku tengah menyusu hakeem, jadi aku tak dapat nak tengok reaksi muka sofea. Kata mr. edy sofea cakap kawan kawan sambil tunjuk tangan ke arah pintu.


Sebenarnya aku risau tau sebab bukan semalam je sofea menangis, berjalan masa tidur tapi hampir setiap malam. Mr. edy kata fesyen dia budak-budak mengigau masa tidur. Betul ker?

Ada tak siapa siapa penah alami situasi macam ni?

Sofea & Hakeem yang suka menari

Sofea ni suka sangat menari. Tiap kali dengar TV, ada rancangan yang pasang lagu, confirm dia bukak langkah...

Mempersembahkan your dancer Sofea..


Kebetulan pulak semalam aku pakaikan dia skirt yang beralun kat bahagian bawah. Lagi syoklah dia nak menari.

Time dah nak serender ni.... Letih...


Yang bawah ni pulak gambar time sofea dan hakeem dengar CD ABC. Ada je part lagu terus sepantas kilat masing-masing bangun tunjuk kehebatan menari. 

Yang tak tahan tu kadang-kadang boleh dia pegang tangan kita sambil pusingkan badan dia. Ala macam pasangan menari kat majlis tari menari tu. Mana tah dia belajar semua tu...


Last-last dengar sofea mengeluh Aduh dah ke mama, cepatla... penatnya mama.... 
Padahal tadi dia yang beria-ia suruh kita tangkap gambar...


*Teringin nak hantar sofea ke kelas tarian. Tapi tak jumpa kelas tarian yang dekat dengan rumah. Yang ada pun untuk orang dewasa dan nak budak yang pandai speaking baru diorang nak ambik...


27 February 2013

Panjat memanjat aktiviti yang disukai hakeem



Atas meja, atas almari solek, atas kerusi memang tempat kegemaran hakeem. Selain makan, memanjat antara aktiviti yang boleh buat hakeem berenti menangis. Asal menangis kita sogok letak atas tempat tinggi confirm dia diam...

*mesin jahit tu baru je elok, kang ada yang rosak balik ni...

Menopaus sakit ker?

Semalam aku baca paper Harian Metro ada ruangan Advertorial promote produk Beaurose. Yang menariknya produk Beaurose ni membantu wanita menopaus. Time tu terus aku tanya mr. edy secara spontan menopaus.... sakit ker?. Spontan jugak mr. edy jawab tak tahu. Uhhh lelaki... Bagi diorang life begin at forty. Bagi perempuan umur 40 tahun sereeemmm nak dengar.

Sebenarnya sakit ke menopaus ni?

Ni aku nak share simptom2 menopaus yang aku baca dalam Harian Metro.


  • Tubuh sentiasa panas
  • Masalah psikiatri iaitu mudah berasa tersisih dan sensitif
  • Kecantikan merosot
  • Masalah kesihatan seperti haid tidak teratur
  • Kulit tidak licin dan cerah
  • Payudara tidak anjal
  • Rahim lemah 
  • Otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup *jeng jeng jeng ini yang paling ditakuti*

Nampak memang macam memang menyakitkan. Eeee takutnya....

Info: memelihari kesihatan pada usia seawal 25 tahun, tubuh badan kita mampu bergerak aktif walaupun pada usia 40-an.  *daku sudah terlewat 7 tahun ni :-(*


26 February 2013

Petua penjagaan kulit muka di rumah


Dulu masa zaman sekolah/u selalu buat rawatan muka guna bahan semula jadi macam timun, tomata, kulit kayu manis. Then lepas dah kerja dah ada duit sikit kemudian kahwin dah malas dah nak jaga muka guna cara macam tu. Remeh. Beli pencuci muka/toner/moisturizer kat kedai yang dah siap pack lagi senang. Tepek je kat muka. Antara malas dan rajin nak pakai jer....

Now bila jadi full time house wife mood nak buat rawatan wajah versi zaman bujang kembali semula. *cakap je lah sebab nak kurangkan cost :-P*. Tak keje kan.


Ni aku nak share antara cara yang dulu aku kerap buat....


1. Saunakan muka.
Petua yang paling aku suka buat. Kira macam ni, ambil air yang benar-benar panas letak dalam bekas pastu talakan muka ke air panas tu, untuk dapatkan wap. Jangan rendam muka dalam air panas. Mahu melecur muka korang.

Tutup kepala dengan tuala or tudung supaya wap tu tak keluar. Kebaikannya aku pun tak berapa pasti. Yang aku tahu pas buat tu kulit muka rasa tegang dan fresh jer... Kata mak, kakak aku cara ni untuk keluarkan minyak yang ada kat muka. Boleh nampak minyak dalam bekas air panas melalui peluh yang jatuh. Tapi aku tak nampak pun. Mungkin sebab muka aku tak berminyak kot. (",) waulaua'lam...


2. Rendam kaki dalam air panas yang dicampur garam.
Kulit aku jenis sensatif. Tak boleh kena kotor sikit. Mesti gatal-gatal especially bahagian kaki. Dulu zaman muda-muda pergi U, pergi keje naik motor. Bila hujan habis gatal-gatal kaki kena pasir jalan. Kalau dah gatal tahu-tahu je lah. Mesti tergaruk-garuk.

Untuk hilangkan gatal, tu yang aku rendam kaki dalam air panas yang dibubuh garam. Memang mujarab. Air garam kan macam air laut... Air laut kan bagus. Tapi aku tak boleh mandi laut sebab aku mabuk laut. Pening kepala dibuat dek ombak laut... So this alternatifnya....


3. Tumbuk kulit kayu manis.
Petua ni untuk hilangkan parut. First time  cuba petua ni sebab nak keluar date dengan mr. edy. Time tu muka aku ada sedikit kesan parut. So nak hilangkan parut tu aku cuba petua ni. Aku tumbuk kulit kayu manis dan letak tebal-tebal kat bahagian parut tu. Supaya boleh hilang parut cepat. Akibatnya bukan parut yang hilang. Tapi muka aku jadi merah-merah... lebam-lebam.... Masa first date aku dengan mr. edy aku jalan dengan muka yang lebam-lebam tu... Lagi cacat muka aku. Nasib baik mr. edy tak pandang pada kecantikan luaran tapi sebaliknya kecantikan dalaman... ececeh....

Sebenarnya petua ni betul, mujarab dan berkesan cuma kena letak kulit kayu manis tu nipis-nipis je kat bahagian parut. Lepas lebam kat muka aku hilang, parut tu pun automatik pudar. Yang ni kena amalkan selalu baru berkesan. Jangan assume sekali letak esok dah nak hilang.


Yang ni jelah petua yang biasa aku buat. Banyak lagi petua lain yang mudah, jimat dan berkesan. Nanti aku share lagi...

Pelukan rindu sofea

Yang ni gambar dua minggu lepas time mr. edy dapat balik rumah sekejap. :-) Sofea sendiri yang minta tangkap gambar gaya dia tengah peluk mr. edy. Rindu bebenar nampaknya.... Time ni mr. edy pura-pura tidur...

*sayang both of u :-*

22 February 2013

Aku, pos laju dan online shopping

Tajuk dh macam tajuk novel dah... Hihihi...

Sekarang membeli belah secara online dah menjadi satu keseronokan pada aku. Iyelah cuci mata, klik klik, buat bayaran, tunggu sehari dua barang sampai depan muka pintu. Easy sesangat. Tak payah nak fikir psl parking, jem, masa, semua tu cost... Kalau dulu bukan main takut nak buat pembelian melalui online. Tapi sekarang dh kemaruk. Manusia memang cepat berubah.


Betul kata orang kalau sekali suami pernah naik tangan ke badan kita, maka tangan dia akan ringan untuk naik kali kedua ketiga dan seterusnya. Macam tula terjadi kat aku sekarang. Sekali dpt soping online terus rasa macam nak soping lagi dan lagi dan lagi. *apa kaitan pukul memukul dengan soping online* bhahaha..

Kalau hal kurier, setakat hari ini aku masih mempercayai perkhidmatn pos laju walaupun pos laju kengkadang tak laju macam kes hari tu. (baca cerita ketaklajuan pos laju di SINI). Tapi dek sebab dah terpikat dengan kemesraan dan kebaikan hati budi abg pos laju, tu yg pejam mata dgn ketidakefficient pos laju time hujan. Kih kih kih...


Dua hari lepas daku terima satu lg parcel. Bulan ni jer dh tiga kali soping online. Rabakla kocek mr. edy. :). Macam biasa abang posmen yg itu hari jugak antakan parcel. Dengan naik motor kapcai yang ada tong besi di belakang sambil hon kuat kuat depan pintu pagar. Belum sempat aku nak bukakkan pintu pagar, abang posmen dah terus bukak pintu pagar sendiri. Berani ko yer. Mementang kita pernah together gether mesra..


Then episod sembang sembang mesti ada...


Abg posmen: beli barang lg ye...

I: haah.

Abang posmen: kali ni cepatkan. Semlm pos hari ni dh smpi.

I: ye. Mgkin sbb tak ujan kot..

Abg posmen: hiii...mgkinla kot...

I: okla. Terima kasih (budi bahasa kena jaga)


20 February 2013

Ciuman sofea untuk adiknya

Lately hakeem agak manja. Pantang nmpk aku bergerak mula menangis. Nak suruh aku dua puluh empat jam berkepit ngan dia jer. Mgkin naluri hakeem dh boleh rasa yg dia akn kena tinggal tak lama lg kot...

Kalau time tidur lgi la. Klu menyusu duduk, pastu tertido, alamat kena pgku smpi dia jaga. Klu angkat letakkan atas katil confirm melalak. Klu time xde keje mmg aku pgku je dr nk kena dgr dia jerit. Satu hal nk pujuk.

Then sementara duk pangku hakeem aku pn sembang2 dgn sofea....


Mama : adik comelkn bila tidur.

Sofea : tak come pun.

Mama : mai sayang hakeem. Tengok hakeem comel je tido.

Sofea : (cium pipi sikit ala2 kena xkena)

Mama: pandai... Mcm tu la syg adik.

Sofea : biar pia cium kuat2 (kali ni sofea cium ada bunyi)

Mama: ala pandainya anak mama. (smbil tepuk tgn)

Sofea : biar pia cium kuat2 dan laju (kali ni cium berbunyi dan letak mulut lama2 kt pipi hakeem.


Aku dah tak tahu nak kata apa dah. Sweet sgt2.... Hihihi...


*BE ke-dua, tiga & empat 2013 dh menjelma...

18 February 2013

Kearah fasa baru

Hujung bln ni genap hakeem satu tahun sepuluh bln. Tak smpi dua bln je lg aku akan kembali meredah jln pchong putrajaya. Tak sanggup weh. Sejujurnya aku lom sedia. Tanya sape pn akan jawab tak sedia jugak kan. Alangkan org yg cuti bersalin 3 bulan pn malas nk kerja. Inikan pulak aku yg dah dua tahun cuti. Lagilah bercinta....


Pulak tu macam macam preparation nk kena buat. Pasal bf hakeem, pasal pakaian keje yg tak tempah lg. Tu la pandai sgt pi jual segala baju yg ada. Kan bila nk keje dh xde baju. Itu belum lg pikiaq psl hari pertama kerja nanti. Dengan masalah parking yang teruk kat putrajaya tu. Tak kuasa sungguh nak memikiaq semua tu.


Sekarang aku tgh fokus fikir first step apa yg patut aku buat untuk stopkan hakeem susu badan. Patut terus tala garam mcm aku buat kat sofea dulu atau cuba kurangkan hakeem dari menghisap susu badan siang hari atau anyone ada suggestion.

Arghhhh sungguh tak ada kekuatan nak lakukan semua ni.... Stop bf.... Keje....

15 February 2013

Tolong Like Boleh?

STICKY POST
*new entry please scroll down*

Saya nak mintak tolong boleh? Saya nak uolls tolong like komen yang saya tulis kat pages APA KATA WANITA...Zamzarina (TV1)



Nampak tak Fb saya (Azi Azidah) tu. Kan saya komen "Best nyer dapat ikut APA KATA WANITA...Zamzarina (TV1) bercuti selama 3 hari 2 malam di Legend Resort Cherating". Semua orang pun komen macam tu. Sebab semua yang komen macam tu nak menang hadiah percutian ke Cherating bersama pengacara Zamzarina Zambri tu.

Uolls semua mesti ada FB kan? Uolls boleh tolong tak like komen saya tu. Jangan like komen orang lain pulak tau... hehhee... Cari nama Fb saya Azi Azidah. Saya baru dapat satu like. Itu pun mr. edy yang tolong like. Daku paksa rela mr. edy... hehehe...

Memula uolls pi kat link ni ye https://www.facebook.com/AKWTV1/posts/10151250825548218cuba  pastu uolls cari slow slow komen saya.  Komen saya pada 19 January pukul 12:51. Fb saya (Azi Azidah) then uolls tekan button like bawah komen saya tu lelaju k. Uolls jangan like kat wall status tu tapi uolls like kat komen saya ye. Kalau like kat status tu undian tak dikira lorrr. (",). Lagi bagus kalau pakat ajak adik beradik,sedara mara, sepupu sepapat, jiran tetangga like komen saya tu. *mengambil kata-kata si ZZ*.

Kalau saya antara 10 orang yang terpilih untuk pergi bercuti kat Cherating nanti saya belikanlah uolls oleh-oleh. (",). First time tau saya masuk peraduan yang kena menagih orang like like ni. Malu seh.... Saya langsung tak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang tapi kalau ada rezeki best jugak. Apa salahnya mencuba...Yang penting percutian ini di taja. 

Uolls tolong like komen saya sebelum 15 Februari ni tau. Jasa baik uolls sangat-sangat dihargai.

- TIA -

Mama papa yang best

Start smlm mr edy dh sibuk dgn Karnival jom masuk U (later story psl event). Sebulan lebih akan outstation ke seluruh semenanjung. Kalau balik pn sekejap sekejap. Definitely hakeem n sofea rindu kt papa diorang. Yg pndai nyatakn kerinduan hnya sofea. Hakeem tahu panggil papa papa sahaja tatkala ingat kt mr. edy.


Sofea : pia nk papa...

Mama : sofea nk papa? Mama?

Sofea : pia nk papa je.. papa lg best.

Mama : haaa.. mama? (Sad ni dgr)

Sofea : mama pun best jugak...

Lega dgr :-). Then weolls berpelukan.


Ya allah terkedu, xsgka pndai sungguh sofea buat ayat dn ambil hati mama dia.



*Siapa ada nak jual pc memurah sila bgtau, xlrt nk update n blogwalk guna hp cenonet ni..


14 February 2013

Testing testing 123

Ini percubaan pertama taip entry pkai phone. Segala typo harap maaf.

Baru taip sikit rasa nak patah pergelangan taip. Mata rasa makin rabun. Screen kecik benar. Namun aku gigih jugak taip entry.

Last week mesin jahit problem. Semalam netbook pulak rosak. Aduhai dugaan apakah ini....


*mesin jahit rosak, netbook rosak, mr. edy outstation mmg suh spend time ngan anak anak ni...

13 February 2013

Belajar secara santai bersama anak-anak

Nak kata aku mama yang rajin tak jugak tapi bukan juga dalam kategori pemalas yea. Sedang-sedang sahaja lorr. Ada masa rajin, ada masa penyakit M datang jugak. Tapi setakat nak mengajar 123 dan ABC kat anak-anak memang jarang miss.

Aku kurang guna buku. Kalau tak guna video aku guna melalui dua kaedah. Yang pasti cara santai-santai sahaja. Diorang kan kecik lagi.




Strectching/senaman.
Jangan tak tahu ye stectching/senaman mampu merangsang minda anak-anak. Aku dapat tahu melalui rancangan Wanita Hari Ini. Aku mula buat strectching kat anak-anak lepas aku dah tak buat urutan baby.

Iyelah masa anak kita baby kan kita selalu buat urutan. Bila diorang dah besar sikit aku beralih ke strectching pulak. Tak payah buat heavy-heavy. Pusing-pusingkan buku lali, kaki, tangan, pergelangan tangan dah cukup. Pastu sambil strectch sambil kira sampai sepuluh. Secara tak langsung itu kan dah mengajar anak kita mengira. Nak mengajar anak tak semestinya kena pegang buku.

Memang cara ni bagus bagi aku. Anak-anak mengekek suka bila aku strectch diorang. Hakeem pun kadang-kadang mengira sama masa aku buat strectch.



Berbual sebelum tidur
Masa aku dengar satu forum (tak ingat rancangan apa), penceramah ada bagitau supaya dalam sehari seboleh-bolehnya luangkanlah masa dengan anak-anak dalam lebih kurang 15 minit tanpa sebarang gangguan seperti tv, radio, h/p & etc. Bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

So aku pilih waktu sebelum tidur. Sebab waktu nak tido memang tv, lampu semua kita akan tutup. hihihi nak senang je aku ni... Apa yang aku buat, biasanya aku akan berbual dan tanya pasal apa yang diorang dah buat hari ni. Pastu aku tolong jawab balik sebab dah sah-sah 24 jam diorang dengan aku. (",).

Macam sofea yang dah faham sikit-sikit tu ada jugak dia cerita pasal cartoon totomen (ultraman) dia, pasal lagu. Kemudian aku suruh diorang nyanyi lagu seperti twinkle, abc, little indian. Baca ABC, bismillah, selawat, kira 123. Kira recall sebelum tidur supaya tak lupa.


*Sekarang tengah ajar baca Fatihah tapi separuh bacaan hakeem dan sofea tunjuk tangan suruh stop. Adehhhh....

Hakeem dah pandai ABC

Empat hari cuti tahun baru cina keje aku, my sis, sofea & hakeem makan, tido, makan tido plus adalah kemas rumah sikit-sikit bila rumah dah bersepah dibuat anak-anak. Sungguh bahagia duduk dengan anak-anak tak payah uruskan suami. ha3... sorry mr. edy siapa suruh outstation sangat. 

Time nak masak pun senang, aku lempar je anak-anak kat rumah my sister. Dah siap masak baru panggil semua makan. Tapi biasalah hakeem tak mahu sangat dengan orang lama-lama. Nak berkepit je dengan mama dia. Jadi sementara aku masak, hakeem aku bagi tengok CD belajar dan nyanyian. Duduklah dia sorang-sorang ngadap TV.


Gaya hakeem masa tengok CD ABC. Kemudian dengar hakeem sebut perlahan-lahan I, J, Y ....  
Alhamdulillah anak mama dah reti sebut ABC sikit-sikit...

12 February 2013

Tahun baru cina 2013

Tak seperti tahun baru cina yang lepas, sambutan tahun baru cina kali ni penuh drama air mata. Mana taknya hakeem dan sofea, setengah jam bunyi mercun & bunga api, setengah jam jugak diorang nangis. Sofea jenis takut dengan bunyi guruh, bunyi mercun dan segala bunyi dentuman. Hakeem pantang kakak dia nangis confirm dia nak ikut nangis. Sayang kakak ler katakan....


Dah nasib badan kitaorang tinggal membelakangkan kawasan putra height. Majoriti kaum cina yang duduk situ. Jadi malam tahun baru cina tu memang rasa nak pecah gegendang telinga kami semua. Percikan bunga api yang cantik tak mampu membendung ketakutan sofea. Sekejap-sekejap sofea menangis, sekejap-sekejap melalak, sekejap-sekejap menjerit..


Sepanjang malam aku kena peluk diorang berdua tu. Selamat sepanjang malam sorang tido bawah celah ketiak kanan dan sorang lagi belah kiri. heeee... Tak mahu berenggang langgung. Alih-alih bila sedar waktu pagi tilam dah basah. Sofea kencing daaa.... Sebab cuaca sejuk sangat atau sebab ketakutan melampau tak tahulah...


Mr edy? Owh as usual kalau orang lain mula cuti panjang time tu bermula jadual kerja mr. edy yang padat. Apa nak buat kerja sendiri.... Kami redha je kena tinggal sendirian kat rumah. *sambil kesat air mata*



11 February 2013

Pos laju yang tak berapa laju

Pesanan untuk diri sendiri dan rakan-rakan, jangan beli online time musim perayaan. Sebab apa last week aku ada beli barang kat satu blogshop ni. Aku order hari ahad malam, pagi isnin dapat reply *efficient*, pagi tu jugak aku buat pembayaran, tengahari dah dapat tracking number. Kalau ikut perkiraan aku selasa parcel dah boleh sampai. Tak pun paling lewat rabu kalau seller pos lepas pukul tiga.

Tunggu punya tunggu sampai hari rabu pun tak terima lagi parcel. Bila check kat Track & Trace pos laju pukul 10:31am hari rabu tu kata parcel ada kat PPL Puchong dalam process delivery. Bila petang dalam pukul 17:30pm tertulis pulak unable to delivery due to.... Tergantung macam tu tanpa reason. Risau aku. Takut pos laju dah hantar tapi aku tak dengar ker....

Bila telefon ke PPL Puchong tak berangkat-angkat. Esok pagi dalam kul 11:00am terus pi PPL Puchong nak tuntut parcel. Punya tak sabar tuan parcel. Bangun pukul 10:00am, 11:00am terus gerak pi PPL.  Sampai kat PPL Puchong orang kaunter kata parcel on the way ke rumah. Sekarang banyak parcel nak kena hantar tu yang lewat hantar.

Balik dari PPL Puchong tak dan 5 minit panas punggung dapat call dari abang posmen tanya rumah kat mana. Padahal baru sabtu lepas abang posmen yang sama datang antar parcel. Cepatnya abang posmen lupa ye.

Kemudian masa terima parcel sempat borak-borak dengan abang posmen :


I : Apsal lambat sangat antar parcel ni. Dah masuk hari ketiga ni.

Abang posmen : Haah lambatkan. Barang dari USJ je tapi sampai tiga hari baru dapat.

I : Raya cina banyak orang pos barang yea?

Abang posmen : Errrrkkk... (teragak-agak nak cakap)

Abang posmen : Saya dah datang semalam tapi patah balik sebab hujan. Tu yang datang pagi-pagi ni. Kan selalu datang petang.

I : Ermm... takpelah terima kasih (sambil beri senyuman paling comel tanda kelegaan parcel dah terima)

Abang posmen : Sama-sama.


* Dah save no. fon abang pos laju, nanti kalau parcel tak terima tak yah pi PPL, boleh call je abang posmen :-)

10 February 2013

Hadiah dari rakan blogger

Maskara & eyeliner for me. Stamp for my sister.

Hadiah ni aku dapat daripada blogger MJ sebab tolong undi dalam satu contest. Bestkan dunia maya ni tolong undi terus dapat hadiah. Nanti kalau ada sapa yang memerlukan undian saya sila jangan segan silu bagitau okeh. Dan jangan lupa sediakan hadiah sekali. :-P. hehehhe... gurau. Setakat klik-klik ni small matter.

Hadiah ni dah terima lama dah, lebih dari seminggu tapi tak ingat pulak the exact time. Member maya yang bagi kan. Kalau mr. edy yang kasi mesti ingat punya hari, tarikh, jam, minit & saat...

Btw thanks blogger MJ yang baik hati bagi hadiah yang menjadi kesukaan semua wanita-wanita di dunia. Malangnya aku tak dapat nak pakai. Mr. edy kalau nampak warna yang pelik-pelik tercalit kat kulit muka aku mampus kena sound. Walaupun tak boleh pakai jangan risau aku akan simpan sebaik mungkin mana tahu one day berguna untuk ke event ke dinner ke kan...

Thank again MJ . Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan.

09 February 2013

Beg daripada kain perca jeans

Cantik tak?

Aku buat dari lebihan kain seluar jeans. Pastu tambah manik bunga rose bagi naik seri sikit.
Ada tak yang berminat?

08 February 2013

Sofea dah tahu aplikasikan kiraan

Kalau tak silap sebelum hakeem lahir lagi sofea dah pandai mengira satu dua tiga. Beza sofea dengan hakeem dalam setahun lapan bulan. Means dalam setahun setengah sofea dah boleh kira satu dua tiga sampai sepuluh dalam Malay and English.

Maybe masa tu setakat sebut je tapi tak tahu apa fungsinya. Tapi sejak dua tiga minggu dan sejak sofea makin suka tengok cerita cartoon Diego dan Dora The Explorer, nampak sofea dah pandai aplikasikan kiraan dalam kehidupan seharian.

Dua rancangan cartoon ni memang rancangan yang bagus untuk perkembangan minda anak-anak tau uolls. Sofea banyak belajar vocabulary dari rancangan ni.

Suatu hari tu (sekarang makin kerap) sofea datang berborak dengan aku....

Sofea : Mama...mama... mari kira bersama saya.
Mama : Ermmm...
Sofea : one, two, three, four, five... (sambil tangan pegang CD ultraman, sambil tangan tunjuk objek gambar atas CD)
Mama : Ada lima ultraman ke kat CD tu?
Sofea : Iye... Ada lima...

Ayat mari kira bersama saya tu ayat biasa dalam rancangan diego kalau aku tak silap...

Pernah jugak satu hari tu sofea makan aiskrim sambil cakap nyum nyum delicious. Terkejut aku sebab ayat delicious tu nampak bombastik. Weolls jarang guna ayat tu.

Rupa-rupanya dalam rancangan diego & dora the explorer memang ada ajar macam-macam perkataan dalam Malay dan English.

Uolls ajaklah anak-anak uolls tengok rancangan cartoon ni kalau ada masa terluang. Setiap hari bermula dari pukul 2.30pm sampai kul 4.00pm, TV9 ada sajikan rancangan cartoon yang sangat bagus dan best sebagai bahan pembelajaran sampingan anak-anak.


* rumah i tak de astro nak tengok TV IQ.

Dimana nak soping barang craft?

Hari ni aku nak share blogshop yang jual barang craf yang menjadi pilihan aku. Actually aku jarang beli barang online sebab aku sedar diri aku jenis yang sangat fussy. Tak puas kalau beli barang tak dapat nak pegang-pegang nak tilik-tilik dulu. Lebih-lebih lagi kalau nak beli baju. Mesti aku nak try dulu. Terletak tak kat bahagian bahu. Fit tak kat body....

But sebab kebanyakan barang craft yang di jual di kedai biasa lebih mahal berbanding online, nak tak nak terpaksalah aku beli online. Tawakaltualaulah jer... Tapi alhamdulillah setelah beli dua kali kat dua blogshop ni memang aku puas hati. Sekarang ni pun dalam perkiraan nak soping kali ketiga kat blogshop yang lain pulak. Tungguuuuu blogshop mana yang bertuah aku nak terjah. hihihi...

First blogshop craft yang aku buat pembelian adalah blog Suti Craft. Barang kat sini tak banyak. Cuma ada magnetic button, D ring, O ring, slider metal, slider plastic, tali beg & zip potong. Tapi memenuhi kriteria yan sememangnya itu yang aku nak beli. Kalau nak beli magnetic button yang suti craft jual RM 1.30 kat kedai rumah aku RM 5.50. Kalau aku nak beli sepuluh mahu pengsan membayar. 

Blogshop kedua yang aku terjah adalah Love and Craft Supply.  Aku gamble je beli kat sini. Prinsip aku, aku suka support business small medium size. Love and Craft nampak banyak liker. Takut jugak kena tipu. My member pernah kena tipu ngan blogshop yang gah dah namanya. Yang gah bukan jaminan kebersihan hati individu. (^.~).

Dengan love and craft supply punyalah lama aku usha blog diorang. Dari tahun lepas tengok-tengok, minggu ni baru ada kekuatan nak order. Rupa-rupanya diorang base kat USJ. Dekat sesangat dengan rumah aku. Hari ni aku dah terima barang yang daripada love and craft supply yang aku order dari hari isnin hari tu. Lama kan walaupun guna pos laju? Nak tahu kenapa lambat aku terima parcel yang diorang pos later aku cerita.. 

Tapi kalau uolls nak beli barang craft dalam kuantiti yang banyak better beli kat AB Maz Design (FB : Maznin Mansor). Aku tak pernah beli kat sini sebab kena beli by borong. Kedai AB MAz Design terletak kat Jalan Tar berdepan Tune Hotel, KL. 

07 February 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013




Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-
1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013


* cepat join uolls, hadiah mabeles ... IB, i memang copy paste je entry ni...(",)

06 February 2013

Mai Mai Tengok Beg Jeans

Kalau korang tengok tajuknya pun dah tahu aku nak show gambar beg kan.. Tanpa melengahkan masa jom kita cuci mata tengok beg yang aku jahit dengan penuh kasih sayang. hew hew... Semua ni orang order. Bertungkus lumus buat sebelum raya cina.

Batu2 tu i design bentuk love. Uolls tengok jadi ke tak?
Measurement : 10" width X 6.5" height X 4"

Beg lenggang kangkung nak letak h/p ke, purse ke, buku nota ke & etc. Sangat selamat sebab atasnya berzip. Bahagian belakang customer mintak bubuh poket berzip. Nasib aku dah sempat study cara jahit poket berzip sebelum ini. (Tekan SINI untuk baca bagaimana membuat poket berzip)

Yang bawah ni pulak sling beg. Ada dua version. 

Measurement : 8" height X 7.5" width X 2.5

Satu jenis zip atas. Tak boleh adjust sebab tali tak panjang. Beg ni dah penah buat sebelum ni. Ubah design sesikit je. My sister kata macam kap lam ya nga. *sedih*. Customer yang sama order lagi untuk adik dia.

Measurement : 8" height X 6.5" width X 1

Satu lagi jenis butang ketip. Boleh adjust. Customer nak letak tab katanya. Suruh buat tali letak bahagian tepi kat luar dan buat panjang sikit dari beg yang atas tu dan suh letak adjuster. Senang anak beranak dari yang kecik ke yang besar semua boleh pakai. 

Beg ni kira limited edition sebab nak buat beg yang bertali kain jeans dan boleh adjust memang payah sebab orang malaysia tak tinggi mana. Susah aku nak jumpa seluar labuh-labuh. Jeans ni aku beli kat Kelantan. (^.~)


Berminat dengan hasil kerja tangan saya? Email edyeda@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

04 February 2013

Baju Pasar Malam

Semalam kami pergi pasar malam. Nak beli seluar jeans. Nak buat beg lor... Order kencang la ni.. ngeh ngeh ngeh...

Kemudian ternampak ada kedai yang jual baju macam-macam karakter cartoon like boboi boy, dora the explorer, ultraman & etc... Belilah selai untuk hakeem & sofea. Murah RM 6.00. Kualitinya setanding harga.


Agaknya berapa cost sehelai baju ni. RM 1, RM 2?


Anak siapa yang ganas sangat ni? Nak hancur dah basikal tu dibuatnya.

First time beli baju anak-anak brand pasar malam. Lekeh ker kalau pakai baju pasar malam? Kalau ye tolong jangan order my handmade bag sebab majoriti jeans aku beli kat bundle pasar malam.. ehhh!

Driver lori pun boleh jumpa artis jugak

Suatu petang dua minggu lepas mr. edy tepon aku tapi aku tak angkat. Balik rumah terus kami bersoal siasat....


Mr. edy : Apsal tak angkat tepon tadi.

I : Tak dengarla.... tengah mandikan anak time tu.

Mr. edy : Ma tahu tak siapa yang yang pa angkat barang tadi.

I : Siapa siapa... (muka cuak tp dh boleh agak mesti somebody)

Mr. edy : Aaron Aziz. Memang hensem dan macho lah aaron aziz tu... Patutlah ramai yang minat.

I : Tak tangkap gambar ker?

Mr. edy : Ala... terlupa lah pulak. Sibuk-sibuk buat kerja tadi.


Hampeh je kan mr. edy ni. Selalu lupa nak buat bukti. Nasib baik aku bukan peminat aaron aziz.

Kamis lepas aku pulak nampak face to face pelakon Puteri Sarah & pelakon lelaki dalam SPA Q yang jadi anak Qistina tu, ntah sapa nama dia ntah. Tengoh berlakon kat Shell Setapak. Diorang siap jeling aku lori aku lagi. Time tu aku dan anak-anak ikut mr. edy pi keje.


*Ai dah ada no tepon opis & h/p pelakon Aaron Aziz & Dynas. Kau ada....

01 February 2013

Be Positive, Think Postive

Antara msg yang diterima di FB....

Friend 1 : azie kak ecah nak order bag
I : ye k.ecah.. akak nk order beg yg mcm mana...
Friend 1 & I : bla bla bla... ( sedang berurusniaga)
Friend 1 : ok dik tq..luv u lah
I : luv u too la.. hiiii... dh siap kita gitau...
Friend 2 : azi... adik sy nk order lg 1beg yg tali pjg... dia berkenan beg tu.
Friend 2 & I : bla bla bla...  ( sedang berurusniaga)
Friend 2 : ok.. bila2 je... k. wat slow2.. hihi
I : orait

Ada lagi inbox, text & by lisan yang orang nak order beg. Walau pun tak banyak, syukur dengan rezeki yang ada.

Kalau mak masih ada mesti dia bangga sebab ini semua berkat arwah mak menghantar aku ke kelas jahitan 13 tahun lalu.

* masih tak ada keyakinan dengan apa yang aku lakukan sekarang.