*friendlyfashion telah ditutup secara rasmi pada 1July 2013*
Korang ada baju yang dah tak boleh pakai. Masih cantik cantik tapi tak muat. Tak tahu nak bagi siapa. Dah sedekah tapi still banyak lagi. Sayang nak bagi orang sebab cantik tapi tak boleh nak buat apa. Nak outer tak reti. Nak suruh orang outer kena duit pulak.
Kalau ada jomlah jual kat
FriendlyFashion (sila klik). Dah banyak dah blogger post pasal laman web friendly fashion ni. Aku dapat tahu pasal friendly fashion pun sebab terbaca kat satu blog. Pas baca terus aku pi sign up. Pastu senyap. Tak post apa-apa pun. Macam tak de keyakinan nak jual kat situ.
Kemudian aku terbaca lagi kat blog yang lain pulak. Kali ni ada keyakinan sikit then terus upload gambar baju-baju yang aku nak jual. Tak sampai sehari dah ada pun orang tanya pasal baju aku. Dan tak sampai seminggu dah terjual selai. Sebelum ni memang aku jual baju terpakai kat blog satu lagi tu. (Klik
SINI kalau nak tengok). Pastu aku ada jugak iklankan kat mudah.my. Tak tak mudah sangat nak terjual. Sebab mudah.my boleh iklankan bermacam-macam barang. So iklan kita cepat terkebawah.
But kat friendly fashion memang di khususkan untuk menjual barang terpakai. Korang boleh jual baju, kasut, accesories, beg dan macam-macam lagi. Semua user kat situ diorang punya interest adalah kepada prelove item. So senanglah sikit nak jual. Lagi satu laman web friendlyfashion ni user friendly. Sefriendly namanya.
Kalau kita berkenan kat satu satu baju tu bila kita klik nak tengok specification barang tu lebih lanjut, diorang akan show jugak barang-barang lain yang berkaitan dengan barang yang kita minat. Pastu kita boleh terus PM atau komen kat barang yang kita berkenan tu. Bolehfollow member dalam friendly fashion. Pastu ada forum jugak. Kat forum pun korang boleh promote barang-barang yang korang nak jual.
Pastu kalau korang nak swap barang korang dengan barang orang lain pun boleh. Kira macam sistem butter. Nak giveaway pun boleh. Mana tahu ada yang minat kat barang yang korang nak sedekah tu kan. Ala barang free mesti ramai yang minat punyalah. So tak ada istilah tak tahu nak buat apa dengan baju yang berlambak dalam gobok tu. Better clearkan sebelum di makan dek tikus@anai-anai atau seangkatan dengannya. Boleh jugak dapat sesikit duit buat beli baju baru ye dak?
Aku siap promote kat kakak-kakak kat opis yang berstatus makcik tu. Punyalah excited diorang dengar. Terlopong mulut sampai keluar air liur. Ok aku tipu... Tapi serius diorang berminat sungguh pasal jual-jual barang ni. Diorang bukan pandai nak godek godek internet macam kita yang memuda ni. Muda ker?
Pastu aku siap pesan kalau nak letak harga tu biarlah reasonable. Walau pun baju ko tu cantik, baru, ada manik, bling bling, baru pakai dua tiga kali tapi dah namanya baju terpakai harga tetap dah jatuh. Kalau baju kurung ko tu harga 120 hinggit janganlah nak jual seratus. Agak-agakla. Kalau aku seratus baik beli baru. Kecuali barang yang korang jual tu memang limited item or branded. Memang mahal tak ingat dunia kalau nak beli yang baru.
Baju aku semua aku jual range between 10 hinggit ke 30 hinggit je. Sebabnya kalau badan macam aku ni baju kurung tiga puluh sembilan hinggit pun dah boleh dapat. Baru pulak tu...
So apa lagi korang mehla usha-usha laman web friendlyfashion mana tahu ada baju yang korang berkenan.
Nampak tak kat sidebar aku tu ada "Prelove Item & DIY". Jangan malu-malu klik tetengok kot ada yang menarik hati korang. Aku jual baju aku, adik ipar dan kakak aku. Itu yang ada pelbagai size.
Harga yang aku tawarkan setanding kualiti. :-)