Ingat tak aku pernah post pasal jual baju terpakai kat friendly fashion. Ramai blogger pun share pasal laman web tu. Bagi aku sepanjang berjualan kat situ alhamdulillah terjual jugak ler beberapa helai baju yang aku dah tak nak guna. Dapat jugak buat tambah duit tol & minyak. hiks...
Tapi nak buat macam mana jodoh tak berpanjangan, julai tahun lepas friendly fashion dah di tutup akibat sambutan yang kurang menggalakkan. Maybe tak capai target pengguna yang diorang nak. Tak pe hari ni aku nak share satu lagi medium untuk korang berjualan barangan terpakai/prelove item korang. Bukan kata prelove sahaja, barang yang baru yang tak nak guna pun boleh jual kat sini. Online seller pun duk promote barang diorang kat sini. Pendek kata banyak dah sekarang medium yang kita boleh guna untuk promosi barang yang kita nak jual. Sama ada nak dengan tak nak jer... IG ada, FB ada... Carousell ada...
Haaa... pernah dengar tak Carousell.? Carousell ni bukan laman web tapi adalah app yang korang kena download dalam telefon cerdik pandai korang tu sebelum boleh nak berjualan. Carousell wujud sejak awal tahun hari tu.
Aku lama dah tahu tapi korang tahu tahu lah telefon aku dulu tu jenis camna. Tak leh nak ber'google play' kan. Ni nasib mr. mama bagi telefon cerdik pandai LG, dapatlah i berwhatsapp, berinstgram, berfb dan ber'carousell' segala.. Seronok rasa... hihihi...
"Pa jangan lupa beli Asus zenfone or Lenovo yang dijanjikan tu" (^.~)
Hari ahad hari tu aku memang bosan giler tak tahu nak buat apa. Nak pergi rumah terbuka pia sakit. So tangan gegatal pi snap snap pic baju kurung yang dah tak nak pakai lagi tu.
App ni simple sangat. Daftar guna FB pun boleh. Lepas daftar dah boleh upload barang yang korang nak jual. Nanti kalau ada yang berkenan diorang akan komen or PM. Senang angat... Snap-List- Sell ....
boleh follow my carousell azi.azidah tau!
Hari tu aku masukkan dua gambar baju kurung ni. Ala jual murah-murah je. Sebab memang nak clearkan gobok kat rumah tu. Semak aku tengok banyak sangat barang dalam rumah. Aku kalau boleh nak jual baju mr. mama. Banyak sangat bajunya. Tapi memang tak kan dapat. Jadi juallah baju sendiri. Lemari rumah aku tu dah roboh tak mampu dah tampung baju yang banyak tu.
Hari ahad aku upload, isnin tu dah ada yang beli. Selasa dah selamat pos ke Kuching. Cepat, senang proses dealnya... Tak sabar nak buat projek snap gambar hujung minggu ni. Nak korek jual semua baju yang ada...