Akaun facebook kena godam

Dua tiga hari lepas aku dapat satu email dari admin facebook. Lately byk sgt email yg unfamiliar masuk dalam inbox. Memang kena check satu persatu betul betul. Selalu kalau email daripada groupon, zalora, dealmates dan sebagainya memang aku terus delete sebab tahu diorang email pasal new update. Kalau email dari facebook pulak lebih kepada notification.

Tapi kali ni email yg aku terima dari admn facebook ni memang lain dari yg lain. Bukan notification sebaliknya nak bagitahu yg facebook aku telah di akses oleh seseorg dari tempat yg bukan kebiasaannya aku akses.


Email yg telah aku print screen yg aku terima dari admin facebook

Akaun aku di suspek di godam oleh seseorang dari ukraine.


Kemudian terus aku try log in my fb. Nak tengokla apa yg dh jd dgn akaun fb aku. Tapi admin fb dah sekat awal awal lg my fb akaun. Bagus jugak tahap security fb ni ye.

Diorang mintak aku tukar password yg baru klu betul bukan aku yg log in dari ukraine td. Terusla aku tukar password. Bila dh dpt log in check tgk xde apa apa pn yg berlaku. Iyelah aku bukan retis or somebody.

Ntah apa sbnrnya tujuan diorg nk godam fb aku. Aku risau tang gmbr je wlpn sbnrnya gmbr yg aku upload dlm fb hnya ada beberapa keping. Nak ikutkan dalam blog lg bykkn....

Terasa mcm nk deactive je my fb akaun tu. Takut gak jd apa apa di masa hadapan. Korang pernah tak jadi situasi yg mcm aku ni?. Aku rasa mybe aku kena tukar email baru sebab email sekarang mcm dh tak secure lg.

Cerita orang kuat makan

Aku tak nafikan mmg aku kuat makan. Tak kira makanan tu sedap ke tak berapa sedap ke semua aku bedal. Lebih lebih lg dalam keadaan aku yg masih menyusukan hakeem. Baru je makan dah terasa cepatnya lapar balik. Aku hanya tak akan sentuh mknn yg ada klu betul betul mknn tu xboleh nk lalu ditekak. Setakat kurang sedap aku tak berkira sgt.

Luckly aku jenis yg makan byk pn badan susah nk naik. Nak kata sebab genetik tak juga sebab sekarang semua adik beradik aku badan kemain kuss semangat. Cuma aku je yg tak berapa nak berisi wlpn itu dalah dambaan mr. edy.

Pasal makan mmg sedari kecik arwah mak ajar kami adik beradik mkn ontime. Pagi, tghari dan malam wajib makan. Menu pagi kitaorang biasanya nasi goreng or bihun goreng or mee goreng or nasi lemak. Semua berat berat kan. Paling simple roti. Itu pun aku baham empat lima keping jugak sementara tunggu mkn tengahari. Hihi... Takut lapor.

Tengahari dn mlm wajib mkn nasi berlauk. Kami tak reti nk mkn spageetti carbonara ke, pizza ke, ayam kepci ke. Semua tu tak mengenyangkan perut. Klu mkn pn mesti nak cari nasi jugak lepas tu. Jadi tabiat mkn byk ni mmg aku tak boleh nk cover depan sesiapa pn termasuk mil. Rasanya my mil pn dh tahu menantu dia kuat mkn. Pantang di ajak mkn tak pernah menolak.

Sehingga kejadian semalam aku, sofea dn mr. edy mengalami cirit birit. Mana taknya kami mkn lauk dua hari lepas. Lauk tak habis mil perangatkan. Malangnya yg cirit birit hnya kami bertiga. My mil dn yg lain tak kena. Bila aku suarakan pasal kemungkinan kami cirit birit disebabkan makan mknn yg dh dua hari punya, terus mil ckp aku yang mkn byk kata pulak sebab mil bgi mknn yg lama.

Auwww i sentap dgr statement tu tau. Walaupun aku tahu mil tak bermaksud apa-apa. Cuma mgkin bergurau sekadar menceriakan suasana sahaja. Aku pun bkn nk terasa. Tapi hati kecil manusia sedikit sebyk ttp akan terasa juga kan...

What ever pun mil dh kenal sgt perangai menantu dia. Byk sgt mood. Kejap mood happy, kejap moody, kejap baik kejap masam. Patutnya me yg kena jaga perasaan mil kan. Bukan mil yg kena sentiasa nk jaga perasaan menantu.

Memang kata kata mil tu benar. Menantu dia ni kuat mkn. Pernah waktu sahur aku tambah dua pinggan nasi pepagi buta. Terkejut semua org dibuatnya tengok aku semangat nak sahur. Nak buat macam mana mil masak sedap. Sesedap arwah mak masak..

Saya sekarang di kelantan

Dah dekat seminggu aku kat tanah merah kelantan. Umah mil. Balik tanpa dirancang. Asalnya sebab ngikut mr. edy pi event karnival jom masuk U. Dah alang2 terus blik kg.

We all balik naik kete asing asing. Mr. Edy bawak lori. Aku follow dengan kete kat belakang. Penat ooo bawak kete. Selalu blik kg mr. edy yg bawak kete sementara aku tido jer. Ni kena drive sendiri, ya ampun penatnya.

Mana taknye mcm pusing satu malaysia. Pi kuantan, pastu singgah terengganu. then baru balik kampung. Sampai tak tido dua malam dibuatnya. Sebelum tu sempat ke mahkamah dan jpj raub dulu. Naik court pasal kes lori kena saman. Yang ni nanti citer. Laptop takde sekarang. Ni pun gagah gagah taip guna phone. Heee budget ramai org nk baca my story, tu yg publish jgak satu entri dalam kepayahan.

Serius memang byk sgt benda yg berlaku kt kelantan ni yg nak dicoretkan. Nak cerita pasal masalah air disini, pasal perang kempen pilihan raya yg akan brlgsg tak lama lagi dan pasal sikap sesetengah pemandu di sini. Teruk ya amat keadaan kt sini aku tengok.

Klu nk tahu lebih lanjut kena tunggu aku balik kl dulu bru bleh story lelebih. Macam ada yang nak tahu sgt... (",)


*aziah, mr. edy janji nk blik rabu atau kamis ni.



Sape tak suka makan tauge? Meh baca ni

Korang suka tak makan tauge? Aku suka. Suka sangat-sangat okeh. Lebih-lebih lagi tauge mentah. Sedap kalau bubuh dalam mee sup. Nyum nyum...

Mungkin sedari kecik mak aku dah ajar kitaorang makan semua jenis makanan, tu yang tekak aku membujur lalu melintang patah kat semua makanan. Zaman dulu susah. So mak aku selalula beli tauge. Beli singgit boleh makan berkali-kali.

Aku tahu ramai yang tak suka makan taugeh. Tak sedap ke apa? Sampai tergamak cakap kembang tekak aku kalau makan tauge. Siap kuis-kuis ke tepi tauge yang ada dalam bihun goreng tu. Apa kata korang tak yah makan langsung kalau betul-betul tak suka. Ini buat potong stim orang lain nak menikmati hidangan tu.

Korang tahu tak tauge ni banyak khasiat sebenarnya. Tak tahu? Tak pe. Aku pun baru tahu. Dapat tahu masa bukak FB semalam tengok ada orang share pasal khasiat tauge. Terus aku nak copy cat kat sini. 

Korang baca yang aku highlight warna oren tu je sudah. Aku tahu korang malas nak baca panjang-panjang. 

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,`simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.

Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Nasib baik aku ada amik langkah berjaga-jaga kalau tidak mahu menambah sorang lagi umat muhammad gamaknya. kah kah kah...


Maxis broadband punya hal lagi

Sila baca dengan penuh ketelitian. Nama tertera bukan nama sebenar aku. Aku daftar maxis broadband ni guna nama kakak ipor. Nama aku blacklist untuk mendaftar dengan sebarang perkhidmatan rangkaian telefon berbayar. hehheh..


Sakit hati betul aku dengan maxis ni. Bukan ke baru je aku tulis pasal bil maxis aku melambung sampai seratus tujuh puluh dua hinggit. Baru je dua minggu bayar. Ini datang lagi reminder baru.

Email macam ni selalu jugak aku terima. Itu pun sebab dua bulan tak bayar. Ye aku antara individu yang suka membayar bil secara lamsum. Kalau orang yang jenis bayar tiap-tiap bulan @ mohon bil dipos, email macam ni memang korang tak kan pernah dapat tengok. Untungla korang dapat tengok email aku hari ni. heee...

Aku tak tahu kat mana silapnya baru 16 hari, bil dah cecah sampai 125.65. Nasib kali ni belum sampai seratus lima puluh ringgit diorang dah bagitau. Buatnya macam hari tu bil dah lebih seratus setengah, diorang pun terus block. Nak tak nak kena bayar.

Kali ni sebab tak kena block aku malas nak bayar. Tunggu sampai kena block baru bayar. Tak pun tak yah bayar terus. Aku ingat nak guna prepaid internet lagi senang. Seminggu dua lagi abang ipor pun nak amik balik laptop. Setakat nak berinternet/berblog guna telefon tak kuasa aku. Tak puas...

Walau macammana pun aku tetap tak puas hati, kena cari tahu apsal bil maxis aku boleh naik sebegitu tinggi padahal aku guna plan 4gb - rm68. Sepanjang dua tahun lebih guna ini pertama kali jadi kes cam gini. Nak kata aku amik additional plan tak de pulak. Semua aku klik no, proceed.

Baru aku teringat hari tu kakak kat kaunter maxis ada bagitau pasal aku main smskan...

Puas aku pergi check bahagian sms maxis broadband aku. Selama hari ni tak pernah amik port pun kat bahagian tu. Telek telek memang ada nombor lima angka selain daripada sms yang bagitau limit braodband dah habis. Ada tiga nombor lima angka yang berbeza. Setiap sms ada letak awalan RM3.00. 

Nampak kotak yang aku bulatkan tu. Itu untuk hantar sms, reply sms, delete sms. Aku baru tahu. Perak betul aku ni.

Setiap sms yang dalam tu aku dah pergi reply STOP ALL kecuali yang berkaitan maxis broadband. Dua tiga kali aku hantar. Langkah berjaga-jaga. Nombor lima angka tu pun dah reply bagitau semua service dah diorang terminate.

Dan aku try jugak hantar sms ke hp aku sendiri. Pun boleh rupanya. Tapi tak tahu berapa charge untuk satu sms. Tiga ringgit ke? Nanti dapat bil aku ngecheck. Mampus kalau satu sms tiga ringgit.

Selepas ni ada lagi sms tiga ringgit tu siap maxis aku nak pergi berkhutbah kat diorang pulak.



Kenapa jahitan atas dan bawah tak cantik

Lepas baca tajuk di atas korang dapat agak ke apa sebenarnya yang cuba aku nak tulis. Ke korang pun sama macam aku tak faham tajuk apakah itu. (",)

Straight to the point, hari ni aku nak share pasal mesin jahit. Pasal kenapa bila kita jahit baju ke, kain ke, beg ke *aku jahit beg jer* tetiba jahitan bahagian bawah / jahitan bahagian atas tak cantik, tak kemas atau melompat-lompat. Tak grip kata orang.

Sepanjang sembilan bulan aku ada mesin jahit dah tiga kali jahitan bawah buat hal. Tension aku. Kengkadang rasa nak nangis. Tengah syok syok jahit tetiba mesin jahit buat hal. Baru lima minit tadi aku jahit ok. Tak ada ribut taufan tetiba problem.

Selalu bila mesin meragam, yang aku tahu hanya call dan call technicion. Suruh diorang datang check. Mesin under warranty lagi kan. Tapi diorang ni bukan senang nak datang. Datang free siapa yang nak. Kita call hari ni seminggu kemudian baru nak datang. Itu kalau bernasib baik. Kalau bernasib buruk, aku kena tunggu dekat dua tiga minggu. Itu pun lepas dah puas aku beramuk bagai dalam telefon. Siap buat report kat HQ lagi.

Then bila diorang datang check,tak sampai lima minit dah siap. Tak berbaloi dengan air liur yang telah aku keluarkan. Tunggu pun sikit punya lama. Tengok-tengok kecik punya hal jer.

Kalau korang pun pernah alami situasi macam aku, jangan risau aku tahu dah kenapa. Tiga kali mesin jahit bermasalah makin banyak benda yang aku belajar.


Nampak anak panah tu. Itu tempat laluan benang bahagian atas. Kalau jadilah jahitan bawah tak kemas cuba korang korek-korek sikit dengan benda tajam kat tempat laluan benang tu. 
Dah dua kali jahitan bawah mesin jahit aku tak kemas disebabkan ada benang yang terputus dan tersangkut kat tempat laluan benang. Selagi benang putus tak keluar selagi tu lah jahitan bawah tak kan ok.

Haaa... macam mana pulak kalau jahitan atas yang tak ok. Minggu lepas mesin jahit aku jahitan bahagian atas pulak tak kemas. Aku try perodi sendiri. Tak kuasa dah nak memanggil technicion. Bercinta tunggu... Berjaya aku baiki..

Ini skoci. Tempat untuk letak benang bahagian bawah. Mesi korang tahu kan.

Kalau kes jahitan atas tak kemas, korang boleh adjust skrew yang ada kat tepi skoci tu. Sebelah laluan benang. Adjust bagi ketat sikit. Kes aku hari tu tetiba je skoci tu melonggar sendiri. Kalau tak reti nak adjust beli je skoci baru. Habis cerita.
Kemudian bersih-bersihkan bahagian tempat letak skoci. Mana tahu ada jugak benang yang tersangkut. 


Yang ini tension. Mesin pun tahu tension macam manusia. Tujuan tension ni dicipta untuk mengawal kegrippan benang. Lepas adjust skrew skoci korang kasi adjust tension tu sikit. Tahap ideal tension adalah antara 4 ke 5.5. Confirm jahitan akan kembali cantik. 
Ingat tau kalau jahitan atas tak ok korang pergi tengok tempat benang bahagian bawah (tempat skoci). Kalau jahitan bahagian bawah tak ok korang tengok tempat bahagian benang atas

Ini berdasarkan pengalaman aku. Kalau tak boleh jugak cara ni korang rujuk lah pada yang pakar ye.

Sofea yang baik hati

Sofea sofea sofea... Cerita hakeem mana? Ala hakeem baik sangat. Tak banyak yang nak diceritakan. Asyik duk berkepit dengan maknye aje. Manja terlebih-lebih. Macam mana nak tinggal nursery ni sayang oiii...

Bukan macam sofea. Very independent. Campak kat mana pun tak pe. Sekejap je dapat kawan. Kalau hakeem kita bawak pi playground tunggu setengah baru nak mula main. Tak ditarik dek kakaknye tak mainlah dia.

Macam malam jumaat lepas, we all *mr. edy tak de* melepak kat playground giant putra height. Kalau nak tahu tempat tu je aku reti nak bawak bebudak nih. Nak drive lebih-lebih tak berani. Lebih-lebih lagi time mr. edy tengah travel. Buatnya jadi apa-apa sape nak tolong.

Apa-apa hal sebelum main kat playground kena sediakan makanan dan minuman. Lepas main confirm diorang lapar. Nanti tak sempat beli makanan mula mengamuk masing-masing. Tak menyabar. Beli dua buku roti gardenia hat 70sen tu, biskut chipmore paket kecik dan air mineral sebotol cukup. Tak dan masuk giant sebuku roti dan separuh biskut chipmore habis dah di ngap diorang. Lapo agaknya tak makan nasi.

Sampai kat playground sofea macam burung lepas sangkar. Merata pi cari kawan. Tapi selalu bukan semua orang kat playground tu nak kawan dengan dia. Diorang lebih suka main dengan adik beradik sendiri.. Lucky hari tu ada dua beradik boy and girl nak main dengan sofea. Kemain suka lagi sofea.

Bila dah penat main baru cari mintak makanan. Masa bagi biskut tu ada sofea cakap mama boleh tak nak main bahagi-bahagi. Memula aku tak faham. Last-last baru faham sofea nak share biskut dengan kawan-kawan dia.

Sebab biskut tinggal separuh dapatlah sorang merasa tiga keping. Masa nak agihkan kepingan yang terakhir tu datang lagi sorang budak. Mengendeng-ngendeng. Tapi biskut dah habis. Aku cakaplah kat budak tu tak dapatlah nak bagi biskut, biskut dah habis. Nasib budak tu okey .

Tapi sofea balas mama dia nak roti. Ni mesti sofea tahu dalam plastik ada sebuku roti 70sen tu. Aku jawab dah habis dah. tak dapat nak bagi. Kalau bagi roti, camna nak bahagi lima orang roti yang kecik tu.

Sebabkan kawan dia yang sorang ni tak dapat makan, sofea yang baik hati tu patahkan jadi dua biskut yang ada kat tangan dan bagi kat budak yang tak dapat tadi. Pastu separuh lagi biskut yang balance, sofea patahkan lagi jadi suku dan bagi pulak dengan kawan yang dah dapat biskut tadi tapi dah habis makan. Jadi yang tinggal kat sofea hanya suku.

Bagus betulkan anak aku. Berhati mulia. Rela berkorban demi kawan-kawan. Semoga berkekalanlah sikap yang baik ni sampai kebesar.

Tapi kenapa bila mama atau hakeem mintak kamu tak mau kasi? Tak fairlah kamu ni sofea.....



Menyokong penyusuan susu ibu

ciri-ciri  bakal ibu yang penyayang lagi periang.


Minum susu belah kanan sayang.


Belah kiri pulak. Baru kenyang. 


Her baby. 

Mother with her baby one day. 


* I'm 100% support fully bf. Sofea also. Insyaallah.


Beg-beg separuh jalan

Nak cerita pasal beg. Semalam aku kemas-kemas bilik jahitan tengok punya banyak beg yang terbengkalai. Jahit separuh pastu tinggai pi buat beg yang lain pulak.

Kesian sape order beg kat aku. Kena tunggu lama. Haa yang mana rajin menanya, cepatlah aku gagahkan diri buat. Mana yang jenis senyap memang lambatlah dapat. Order dari adik beradik lagilah satu hapa pun tak sentuh. Sampai bising dah kakak. Kata ikut turn, tapi bila sampai turn aku pi tolak turn dia jadi kebelakang balik. (",).

Antara beg terbengkalai dalam bilik jahitan aku...

Beg diaper. Nak tak nak kena siapkan sebelum masuk keje. Sebab pas keje boleh terus passing kat tuan punya. Ex-office mate yang order. Ada masa sebulan untuk disiapkan... So boleh campak tepi lelama... hehheh..

Beg yang ada bunga bulat tu aku rasa dah siap. Cuma nak touch up bagi nampak boom sikit. Di tolak tepi sebab tetiba idea kering. Nak siapkan beg ni pun sikit punya lama. Dua bulan.

Kakak aku marah betul aku asyik duk buat beg macam gini. Asyik buat pattern yang sama. Tak ada variety. Nak buat camna, dah itu yang orang suka order.

Sebelah tu handbag. Percubaan kedua. First handbag tengok SINI. Berekperimental lagi dengan pinggang seluar jeans. Cantik ker? Nampak kosong tu yang tambah manik. Berenti jahit sebab manik tak cukup. Tak tahu bila nak pi belinya. Jarum pun elok melekat kat beg.


*ada dalam tiga empat order lagi tak siap, dua beg tak habis touch up. Nanti-nanti lah....


Perkataan-perkataan baru

Semalam aku ajar sofea buku pasal hidupan laut. Sejak duduk taska sehari tu makin suka pulak dia belajar. Satu satu sisi yang baik duduk ditaska (^.^)


Actually buku ni puzzle yang dibukukan. Tapi biasanya budak-budak memula je semangat berpuzzle pastu semangat mengoyak. Last baru semangat nak belajar. hi3..

Nampak tak nombor-nombor yang aku tandakan tu.. Semua tu benda yang sofea minat nak tahu...

Nombor 1 :
Sofea : yang ni apa?
Mama : boat.
Sofea : bukan lah ini kapal.
Mama : ooo... iye ke? kapal dalam bahasa melayu, boat dalam bahasa omputih.
Sofea : haaa.... ini kapal lanun.


Number 2 : 
Sofea : yang ni apa?
Mama : aaa.... apa ye...
Sofea : ini anjing laut.
Mama : ooo... iye ke?
Sofea : iyelah...


Number 3 : 
Sofea : yang ni apa?
Mama : bird
Sofea : ya betul correct


Number 4 :
Sofea : yang ni apa?
Mama : fish
Sofea : bukan ini cengkerang


Number 5 :
Sofea : yang ni apa?
Mama : Dolphin
Sofea : bukan ini ikan paus

Ye, aku bangga. Terkejut lagi bila sofea sebut anjing laut, cengkerang, kapal lanun... Yang paling best bila sofea sebut correct...

Aku suspek sofea belajar semua ni daripada cartoon upin & ipin, diego, dora & wonder pet...




Back to taska

Dua hari lepas aku hantar sofea ke taska. Di ulang taska ye, bukan tadika. Aduhai tak larat dengar tiap hari keluar ayat ni dari mulut sofea. Kan pia nak jumpa kawan pia kan... Kan pia nak pergi umah kawan...


Jadinya aku dan mr. edy decide hantar sofea ke taska lama sofea untuk sehari. Biar hilang sikit boring. Dah dua tahun tak hantar, aku tengok banyak pengasuh baru. Muda-muda lagi.


Masa hantar sofea, aku tengok sofea cuma nak dengan  sorang makcik dalam umur 50-an (umi). Umi ni memang ada dari memula aku hantar sofea kat situ. Yang lain semua muka baru. Membuatkan hati rasa tak sedap nak hantar anak-anak ke taska. Lebih-lebih lagi mama ti (owner taska) kata kalau nak hantar sofea anytime je boleh tapi hakeem start bulan empat lah. Taska tak cukup orang nak jaga.


Kalau ikutkan memang tak nak bagi sofea pergi taska. Tunggulah aku kerja nanti confirm memang kena duduk taska lapan jam sehari. Tapi sebab kesian tengok sofea macam boring sorang-sorang kat rumah tu yang decide hantar. Ingatkan sofea tak suka. Rupanya kemain suka lagi. Tak kisah pun kitaorang nak balik. Dulu pernah jugak aku on off hantar sofea kat taska. Masa tu masih bebaru cuti tanpa gaji. Sofea pun masih suruh aku temankan dia sementara dia cuba menyesuaikan diri dengan kawan-kawan. Ini langsung tak kisah. Menonong je masuk dalam taska.


Masa nak balik pun kemain payah lagi nak suruh balik. Tak nak balik katanya. Budak lain aku tengok muka memasing sugul je nunggu mak ayah diorang datang ambik. Tapi sofea boleh tarik muka empat belas nak tinggal lagi kat taska.


Kemudian balik dari taska aku check beg diaper sofea tengok kot-kot ada barang tertinggal ke apa. Tengok-tengok susu sofea dari penuh dah tinggal separuh. Kalau dari penilaian aku ada dalam 3/4 botol jugak susu yang sofea minum dari pagi aku hantar pukul 11 sampai aku amik pukul 4.30 petang. Banyak tu... Yang disyorkan pun setakat 2 ke 3 botol sehari. Terdetik dalam hati taska ni tak bagi sofea makan ker?


Aishhh... makin makin makin tak sedap hati nak hantar diorang ke taska macam ni....

ayat yang biasa sofea cakap tatkala mama dia tengah risau atau sedih...


Huggies Dry Pant di hatiku

48hours sponsored posts


Buat pengetahuan semua, kurang dari dua bulan lagi aku akan mula masuk kerja. Tapi ada satu hal yang sangat merungsingkan aku selama ini. 


Kalau dah kerja nanti pasti sibuk. Kalau nak tahu setiap hari aku kena travel ke tempat kerja seawal jam 6.30 pagi. Balik pulak kengkadang tak tentu masa. Lebih-lebih lagi time hujung tahun. Kena closing akaun. Confirm kena stay back sampai malam. Belum lagi kena kerja hari sabtu, ahad dan cuti umum. 


Terfikir jugak siapalah nak jaga anak aku nanti. Nursery mana bukak memalam buta. Nak suruh mak mertua jaga jauh. Nak harapkan mr. edy, selalu je outstation. Satu-satunya insan yang aku rasa boleh diharapkan ialah kakak aku yang single mingle tu. Dia memang calon yang paling sesuai. Tapi agaknya pandai ke dia nak tukar pampers hakeem nanti. Boleh ke nak handle hakeem yang tengah aktif melasak sekarang ni.


Tapi sejak aku mengenali lampin seluar HUGGIES DRY PANT, aku tahu masalah aku boleh diselesaikan. Ciri-ciri yang ada pada huggies dry pants menjadikan huggies dry pants adalah pilihan yang tepat bagi ibu-ibu yang mempunyai baby yang sedang membesar dan aktif. Didatangkan dengan empat size - M, L, XL & XXL sesuai untuk baby seberat 5 kg hingga 14kg. Pendek kata huggies dry pants bukan untuk baby yang dah boleh berjalan macam hakeem tapi juga untuk baby yang baru nak mula meniarap dan mengguling-gulingkan badan.


Yang paling best pasal huggies dry pant ni nak tahu sebab apa? Haaa.... Hanya perlukan kurang dari 30 saat untuk menukar huggies dry pants. Wowww... so fast...


Untuk menukar huggies dry pant hanya dengan tiga langkah diperlukan.
 Koyak, Salin & Lepas. 


Pertama Koyak pada bahagian jahitan tepi lampin huggies dry pants. Tak kisahlah nak koyak belah kanan atau kiri. Janji koyak bila nak tukar huggies dry pants. Bukan boleh pakai balik pun lampin tu.


Kedua Salin. Tak payah nak kena baringkan baby, dengan berdiri sahaja. Tak payah jugak nak kena lekat-lekat. Just sarungkan huggies dry pant ke kaki kiri dan kanan anak anda macam kita pakai seluar. 


Ketiga Lepas. Apa lagi dah siap bolehlah lepaskan anak anda meneroka setiap inci rumah. Easy right? Sangat menjimatkan masa dan tenaga.

Tak kanlah benda senang macam ni pun my sister tak boleh buat. Budak-budak sekolah pun boleh. Incase kalau aku kena bawak hakeem pergi opis atau travel rasanya pun tak de masalah time nak tukar lampin nanti. Tak payah nak cari baby room.


Satu lagi ciri menarik yang aku suka pada huggies dry pants ialah peregang di bahagian tepi. Peregang huggies dry pant sangat lembut dan juga elastik. Tidak terlalu ketat atau longgar. Ini memberi keselesaan pada baby ketika memakainya. Selain bertujuan membantu menghalang kesan merah semasa baby sedang bergerak ia juga bertindak sebagai sistem pengunci yang mengawal kebocoranDan satu lagi, jenama huggies telah terbukti secara klinikal sebagai lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang dapat membantu menghalang ruam lampin tau!!. 


Look at my son. So comfy... tiada masalah ruam lampin mahu pun kebocoran.

Jadi buat apa nak susah-susah fikir nak pakaikan pampers apa untuk anak anda kalau dah ada pampers yang di cipta untuk menyenangkan tugas seharian kita. Ibu-ibu bekerja seperti aku atau surirumah yang sentiasa padat dengan jadual harian tapi masih mementingkan keselesaan bayi anda, marilah ber TUKAR KEPADA YANG LEBIH SENANG - CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE. 

Nom i'm really-really falling in love  dengan Huggies Dry Pants. Tak akan bertukar kepada yang lain dah. Terima kasih huggies kerana membantu menyelesaikan masalah yang aku hadapi. 

Anda ingin rasai sendiri pengalaman bagaimana huggies dry pants dapat membantu memudahkan kehidupan anda seharian? Dapatkan  sample huggies dry pant secara percuma di http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx.  

Maklumat lanjut mengenai Huggies, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia

Sms-sms merepek

Aku pun tak pasti sejak bila, tapi dalam tempoh sebulan lebih 10x aku terima sms yang pelik-pelik. Bukan sms lucah tapi sms ajak kita join business diorang. Offer kita buat loan. Ajak kita ke seminar bagaimana cara meningkatkan penjualan sesuatu produk dan cara nak kembangkan business. Yang ni paling aku tak suka. Biasanya diorang hantar sms dalam pukul 2 3 pagi. Bukan sekali tapi sampai dua sms yang sama serentak. Hangin aku. Sedap-sedap tidur terjaga sebab dengar ada sms. Bila baca keluar ayat macam ni.....

RM0.00 Jemputan ke seminar PERCUMA, HOTTEST TREND in 2013! Rahsia peningkatan perniagaan anda anda sehingga 700% TERBONGKAR!! Ahad 17MAc'13 DePAlma Hotel Ampang 930am - 12pm. SMS nama dan bil peserta (no. h.p diorang


Maybe diorang dapat my hp dalam mudah atau kat my blogshop. Biasanya diorang sms guna nombor yang lima digit tu. Contoh nombor macam ni 63633, 66500.


Ada macam-macam versi sms lagi daripada individu yang berbeza. Aku dah tak ingat. Dah delete. Sms pasal nak beli barang yang aku jual pun ada. Guna no lima digit jugak.
Morning is your item on Mudah still available' reply me on my email (alamat email) Thanks and hope to hear from u soon. 


Kalau betul berminat nak beli kenapa tak guna real phone je. Pastu awat dia tak boleh nak email dulu kat aku ke kalau memang dia tak nak aku tahu number phone dia. Kat mudah bukan ke ada button yang membolehkan kita email terus kat advertiser tanpa tahu alamat email.


Korang pernah tak terima sms-sms macam ni...


Petua penjagaan muka di rumah Part II

Nak sambung petua @ tips berjimat yang aku bagi sebelum ini. {klik here part I}.


Mendapatkan kulit wajah yang halus. 
Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus kemudian lumurkan pada muka selama kira-kira 20 minit. Setelah itu bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato berfungsi untuk membersihkan kulit muka.

Testimoni dari aku : yang ni aku dulu selalu buat. Now dah malas. Memang berkesan kalau diamalkan.


Menegangkan kulit
Ambil tepung ubi kayu dan timun. Timun dihancurkan dahulu sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Sapukan di muka dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh dengan air.

Yang ni aku tak pernah buat.


Menghilangkan jerawat 
Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbukan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada muka yang mengalami jerawat. seterusnya bersihkan muka dengan air bersih. Kesannya akan kelihatan jika diamalkan selalu.

Testimoni dari aku : {tambahan cara dari part I} yang dulu selalu aku wat guna kayu manis dan bedak sejuk jer. Mujarab cuma as aku cakap sebelum ni apa-apa pun kena consistent ye..


Mengelakkan kulit muka daripada cepat berkedut.
Bersihkan sebatang lobak merah kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.


Petua-petua yang melibatkan telur aku tak buat. Tak berkesan for me & rasa nak muntah letak telur kat muka.



Sumber : FOMCA



I love denim

Semua orang mesti ada sesuatu yang dia minat. For me sejak bila ntah jatuh cinta dengan jeans ni pun i tak tahu. Yang aku tahu setiap kali searching pasal beg jeans, pasal seluar jeans, pasal denim mahunya boleh tak tidur sampai ke pagi.

Satu laman web yang aku suka sangat PINTEREST. Dari situ boleh dapat link blog-blog orang yang suka DIY pasal denim. Kebanyakannya blog omputih. Orang malaysia maybe tak suka yang recycle kot.

Btw, jom kita tengok gambar DIY daripada denim yang diorang buat tu...

aku suka beg ni...


kalau jaket jeans pun dah mahal yang ni pulak berapalah regenya...


sesuai untuk ke tema parti..

ini pun diorang boleh terfikir nak buat.


chinese suka pakai kasut cam gini..

kalau aku buat bip ni ada tak yang nak beli?


mat ni aku dalam proses buat...


simple tapi cantikkan?

Ni pun cantik jugak







kalau beli kat kedai skirt macam ni boleh tahan jugak harganya...



cantik payung ni


elegant!



Semua cantik-cantik kan. Kreatif dan unik. Kalau nak tengok gambar yang lain-lain boleh search keyword pinterest denim atau pinterest blue denim atau tengok kat link http://better12.blogspot.com/2012/02/blog-post_13.html siap ada tutorial.


*minat korang pulak apa?

Beg Jinjit Jinjit Lagi

Aku tak tahu nak bagi nama apa kat beg ni. Tapi sebab kalau nak pakai beg ni hanya boleh jinjit dengan tangan, tak muat nak letak atas bahu celah ketiak jadi aku sesukati namakan beg ni sebagai Beg Jinjit. Sama  je macam beg yang pernah aku sebelum ni kat SINI dan SINI


 
Measurement : 10" width X 6.5" height X 3"

Cuma kali ni ada pertambahan poket di bahagian depan. Customer request. Poket depan tu aku guna poket seluar jeans pastu aku potong bahagian bawah kasi jadi empat segi. Tetambah bling bling sesikit. Hat bunga zip jeans tu boleh cabut kalau tak suka sebab aku buat macam brooch. Beg ni akan menemui pemiliknya di terengganu.  

Berminat dengan hasil kerja tangan saya? Email edyeda@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Kuat hirup kuah

Arwah mak aku dulu memang suka masak makanan yang berkuah. Lauk yang paling arwah mak suka  masak kentang masak air. Aku pun suka makan. Sape tahu resepi tu ??? 

Dapat pulak makan dengan ayam goreng + nasi putih. Makanan tersedaplah bagi aku. Kalah mcd, kepci, pizza tau. Kalau ada sambal belacan lagi terangkat. Pastu bubuh kuah atas nasi bebanyak. Dah abis nasi hirup pulak kuah pakai sudu mulut. Perghhh...

Ya allah anak siapalah kan ni.. Anak iolls la, Muhammad Amrullah Hakeem.

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. 

*uolls pun mesti pernah buat kan...

Beg Diaper

Orderan dari orang jauh nun di Perlis. Mak mak budak biasa cari beg diaper la. Nak letak baju, pampers, botol susu untuk bawak pi nursery. 

Depan & belakang.
Satu poket depan. Satu poket belakang. 2 poket di kiri kanan.
Measurement : 10" height X 13" width X 4"
Rege RM 30.00 exclude postage

Zip closure.
Bahagian dalam ada 2 compartment. 

Beg diaper bagi aku xpenting sangat bab design-design ni. Apa yangg penting besar. Boleh sumbat semua benda. But bila buat dengan recycles jeans tak dapat nak buat besar besar. Saiz ni jelah yang bolehnya. 

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY