31 January 2013

Nak Edit Blog

Malam semalam punya cerita ....

Mr. edy : Buat apa tu.
I : Tak ada apa... (sambil senyum)
Mr. edy : Uiii buat belog.
I : hihi... nak tengok tak? Buruk kan belog mama.
Mr. edy : Comot jer...
I : Grrrrr.... nak edit lah macam ni (dalam hati)

Contoh surat Cuti Tanpa Gaji Kerana Menjaga Anak


Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas  cuti 60 / 90 hari bersalin uolls boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/98 dalam laman web JPA.

Hari yang ke 61 / 91 uolls tak boleh datang kerja. Kalau dah datang kerja uolls tak layak nikmati kemudahan cuti menjaga anak. Nak mohon atau nak sambung lagi cuti tanpa gaji kena mohon selewat-lewatnya sebulan sebelum tamat cuti bersalin.

Contoh surat boleh refer kat bawah ni. Ayat tak payah nak haibat sangat, sedap ke tak sedap ayat tu uolls confirm akan diluluskan cuti tanpa gaji.




Nama Anda 
Alamat Anda

Tarikh
______________________________________________________________________________ 

Melalui :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3 Blok D2 Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA


Kepada :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3 Blok D1 Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA


Tuan,

PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK BAGI PEGAWAI BERSALIN

Adalah dimaklumkan saya Nama Anda, No. K/P : No. I/C Anda ingin memohon kemudahan cuti menjaga anak bagi pegawai bersalin selama 150 hari (5 bulan) selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1998.

2.            Bersama-sama ini disertakan Lampiran A – Perakuan Bersalin dan Permohonan Cuti Bagi Pegawai Wanita (P.P Bil. 2/98) yang telah lengkap diisi untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

               
Yang Benar,



(Nama Anda)
Jawatan Anda


*Sila ubah perkataan yang di italic & di blod tu dan copycat dengan pantas dalam thumbdrive.

* Lampiran A boleh tengok di P.P Bil. 2/98

30 January 2013

Lelaki adalah Ketua Keluarga

Perbualan aku dengan mr. edy dalam bilik air. Sambil-sambil mr. edy mandi sambil-sambil aku sembang.

I : Confirm ke mama keje bulan empat ni?

Mr Edy : Ntah... Ikut mamalah... Papa tak kisah. Nak keje boleh, tak keje pun tak pe.

I : Ma keje jelah. Kesian papa kerja siang malam, pagi petang tuk bayar semua hutang-hutang mama.

Mr. Edy : Pa tak kisah, Papa tak penat pun.... Memang papa patut cari duit tanggung keluarga papa.

I : Sofea nak sekolah dah. Perbelanjaan makin bertambah... (dalam hati memang malas nak keje)

Mr. Edy : (Diam)

Haibat laki bini ni dalam bilik air pun boleh menyembang. Kau ada?

Pia Kakak Akeem Adik

Perbualan mama dengan sofea masa cuti thaipusam tempoh hari...

irfan sepupu sofea


Mama : Pia main elok-elok dengan adik ye 
Sofea : Heyyy... bukanlah... irfan
Mama : Habis tu adik siapa? Hakeem ker...
Sofea : Iyelah (angguk kepala). Hakeem tu...

29 January 2013

Senario Banjir

Jumaat lepas KL banjir kilat. Puchong pun sama.
Daun kering berguguran dihanyutkan air banjir. Berkeladak.......

Nasib sikit je tenggelam kalau separuh kereta mahu menangis tujuh hari tujuh malam.

Dulu bila banjir budak-budak yang suka. Senario sekarang, mak budak yang over excited. Tarik seluar sampai ke paha. Saje nak tayang peha u yang putih melepak ker?

Fuh tertekan mr. edy.. (",)

Jeans Backpack

Inikah yang dikatakan kreatif, cantik & bla bla bla.... hehehe...

Measurement : 12" height X 10" width X 2"
Price : RM 35.00 exclude postage
Interest email me : edyeda@gmail.com

*today nak pergi pos beg ni (",)

25 January 2013

Cara berkesan mendapatkan BE/CPUV

Aku memang tak layak nak bagi tips macammana nak dapatkan BE/CPUV. Berblog dah dekat tiga tahun tapi cashout baru sekali. Dapat first BE pun lepas lebih setahun berblog. huhuhu....

Banyak dah blog yang buat entry macam mana nak dapatkan BE/CPUV. Ada yang kata kena selalu update blog. At least one entry perday. Pastu kena update survey dalam akaun nuffnang selalu. Paling tidak sebulan sekali. Kalau rajin updatelah seminggu sekali.

Pasal update survey ni aku tak pasti betul ke tak sebab masa tak pernah dapat BE dulu aku selalu update dengan harapan  BE akan menjelma. Tapi tunggu punya tunggu tak ada ada pun. Last-last aku malas dah nak update. Tapi time dah malas nak bukak akaun nuffnang time tu lah BE pertama aku menjelma. Sedar-sedar dah jadi ME baru perasan.

Sejak pertengahan tahun lepas kalau uolls nak tahu BE/CPUV yang nuffnang bagi kat aku tak pernah putus. Lepas satu satu bersambung.  Paling-paling busuk mesti ada satu CPUV yang on going. Tak putus-putus pun kalau uolls nak tahu amaunnya ciput je. Setakat boleh beli burger dua tiga bijik.. hehe...

Dan dua hari lepas aku check semua BE/CPUV dah credited. Terus aku apply tips update survey dalam akaun nuffnang. Hari Rabu tu aku update, hari kamis semalam aku check dah ada satu CPUV. Mungkin betul lah dengan update survey merupakan salah satu cara mendapatkan BE/CPUV. Atau mungkin juga kebetulan...



First BE untuk tahun 2013. 

*Sekadar mencoretkan pencapaian blog. Uolls mesti dah yang ke lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh.....

24 January 2013

Jeans Sling Bag

*Penata cahayaan kurang baik.  (",)

Hari ni nak show off  salah satu beg yang diorder oleh my friend. Beg ni talinya tak boleh adjust sebab kaki seluar jeans panjang mana je kan. 

Kalau nak buat yang boleh adjust kena pakai tali beg ready made tuh. So costy sikit..... 

Ada yang minat tak?

Kalau korang bangga tak?

Hari tu aku ada dapat text dari sorang customer nak order beg sandang. Weolls text macam-macam. Ala text bebyk pun pasal design yang macam mana dia nak. Kot nanti dah buat penat-penat tak berkenan pulak.

Dalam banyak-banyak text tu adalah satu statement (bajet retis ko) yang buat ai kembang sampai tak senang nak duduk dalam kereta. Text tu diterima waktu ai on the way balik kampung.

Ayatnya bunyi cam gini : saya sanggup tunggu dan sabar, sebab saya minat hasilkerja sis kreatif,cantik.... dan bla bla bla...

Aduhai memanglah bangga tapi risau pulak nak siapkan order customer ni sebab tinggi sangat expectation dia....

23 January 2013

Redeem Bonuslink

Uolls ada Bonuslink tak? Kalau uolls tak ada and nak apply boleh apply kat SINI. Pastu bolehla start kumpul point masa shopping kat kedai-kedai terpilih seperti SHELL, ONKING, PARKSON & etc. Cukup sekian-sekian point boleh redeem macam-macam barang.

Macam aku sebab point tak banyak pastu point pun dah nak expired, tak dapat nak redeem barang yang best-best. Setakat point dalam tiga empat ribu better redeem on the spot kat Shell. Tapi aku malas nak pergi ke SHELL (selected outlet) so aku redeem je apa yang ada kat website Bonuslink tu.

Barang yang aku redeem tak sampai seminggu dah dapat. Efficient... Diorang pos guna Skynet.  So barang di jamin selamat... (",)

Cantik jugak kan?

Since sofea tak lama lagi nak sekolah aku rasa bekas makanan dan minuman ni adalah barang yang paling sesuai nak diredeem. Budak-budak kan suka gambar cartoon princes princes cam gini... Kalau nak beli kat kedai pun mahal jugak....

Shopping di Nilai Square & Daiso

Semalam weolls keluar jenjalan kat Nilai Square. Nak tambah koleksi kain english cotton untuk buat beg. Kain yang ada dah nak habis. Banyak orang order lah katakan... har har har...

Seronok betul jalan time office hours. Lengang, orang tak ramai. Semua aktiviti (perjalanan + memilih barang) hanya mengambil masa tiga jam. Shopping yang paling sekejap dalam hidup. Suka mr. edy tak yah tunggu lelama. 

Hanya tiga beg plastik sahaja yang dibawa pulang tapi iollss puas hati sesangat.

On the way balik dari Nilai Square weolls sempat singgah jap kat Daiso Ioi Mall. Barang-barang dalam kotak tu semua from Daiso. Each RM 5.00. Murah... Tapi kena pandai pilih barang apa yang untung untuk di beli. Kengkadang kat kedai biasa jual lebih murah dari kat Daiso. 

Dan itu dia kain English Cotton 9 1/2 meter yang sempat di rembat kat Nilai Square. Tak banyak choise. Corak-corak yang sama dari dulu.

Actually Nilai Square ni dekat je dengan Nilai 3. Memula weolls ingat nak cari kain kat Nilai 3. Tapi bila dah sampai tak jumpa pulak kedai yang ada jual Kain English Cotton sama macam kat Nilai Square. Nilai 3 dah la besar, malas iolls nak tawaf cari. Terus je weolls patah ke Nilai Square. 

Tapi yang paling best, uolls nampak tak kain warna putih + bunga hijau & ungu tu aku dapat harga murah. Kain English cotton ni semua kedai jual semeter RM 8.00. Tapi kain tu aku dapat 1 1/2 meter lima ringgit je. Memula diorang letak harga tujuh ringgit tapi lepas aku tawar-tawar dapatla lima ringgit. Last stock punya kain. Tak kisahla kan, ai memang suka barang yang murah-murah.


Show off beg yang customer order. 

Sebelah beg tu mask yang aku beli kat Daiso. Banyak blog yang review kata mask ni berkesan. Itu yang teringin sangat aku nak try. Malam tadi aku ngan mr. edy dah pakai pun. Later aku review hasilnya.

22 January 2013

Rezeki anak-anak dengan blog

Semalam mr. edy outstation ke Melaka. Orang booking lori suh anta barang ke Nilai & Melaka. Outstation-outstation pun balik hari jer. (',).

Sebelum tu mr. edy awal-awal lagi dah bagitau customer yang booking lori semalam dapat tahu pasal perkhidmatan weolls daripada my blog.

Alhamdulillah tak sia-sia buat blog ni. Selain dapat mempromosikan business mr. edy, blog juga dapat meningkatkan kepercayaan orang terhadap sesuatu business. Sebabnya kakak yang sewa lori ni cakap dia tengok feedback pasal mr. edy punya business macam ok. Itu yang dia berani nak booking lori dengan weolls. 

Iyelah kalau kita pun takut jugak booking-booking lori, lori tak sampai. Atau lori sampai tapi mungkin barang tak sampai ke destinasi kan... Kena survey kalau nak guna apa-apa perkhidmatan dalam talian ni. Sekarang banyak seller yang penipu. 

Oppss bukan seller je yang suka penipu, customer pun ramai yang penipu. Macam weolls dah banyak jugak terkena dengan customer. Dah guna khidmat tapi tak mahu bayar. So pendek kata kena lebih berhati-hati berurusan dengan orang yang kita tak kenal.

Memula tu aku tak pasti jugak betul ke kakak ni dapat tahu pasal servis mr. edy dari blog ni atau dari blog yang INI.  Tapi bila semalam mr. edy call masa on d way ke Melaka kata kakak yang sewa lori tu kirim salam *waalaikumsalam* dan ada bagi sofea dan hakeem duit. So memang betullah kakak ni dapat tahu daripada blog ni. Kalau tak masakan dia tahu kitaorang ada anak. Bukan sikit-sikit yang di bagi, sorang lima puluh ringgit. Terharu walau pun tak kenal tapi disebabkan blog ni tetiba rezeki anak-anak murah. Terima kasih. Ini yang makin sayang dengan blog ni....('^___^)

Sejak akhir-akhir ni aku perhatikan banyak customer mr. edy datangnya daripada pembaca blog ni. Alhamdulillah permulaan yang baik bagi blog ni untuk tahun 2013.

21 January 2013

Tak rugi berbuat baik pada orang

Dah seminggu dah tak menulis sebarang entri diblog ni. Ada tak yang rindu? weeeeee.... Semua ini disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan dan juga kekangan masa. Minggu lepas badan asal nak bangun mula rasa berpusing, rasa macam  nak pengsan.

Tapi alhamdulillah di kala faktor kesihatan yang kurang baik, order pula datang bertalu-talu. Tuhan Maha Adil.... Pada yang mengorder diharap bersabar sedikit sebab badan juga tangan ni tak berapa sihat lagi nak memegang mesin jahit.

Berbalik kepada tajuk, hari ni nak kongsi satu cerita yang terjadi pada hari khamis minggu lepas. Disebabkan faktor kesihatan sangat-sangat memburuk, hari kamis tu aku dah tak larat dah nak memasak macam biasa. Awal-awal lagi dah mintak mr. edy pegi beli makanan kat luar.

So mr. edy pun belikan empat bungkus nasi berlauk. Untuk aku, mr. edy, pekerja mr. edy dan anak-anak. Semuanya enam belas ringgit. Standart ke harga tu? Kami jarang makan kat luar kecuali bila keadaan benar-benar memaksa.

Hari tu memang rezeki kami, makcik kedai pulak sedekahkan enam bungkus nasi lemak. Suka sangatla aku. Tak payah masak tengahari. Pantas aku suarakan ke mr. edy, nasi lemak untuk makan waktu pagi, nasi berlauk tu buat makan waktu tengahari.

Tapi rupanya mr. edy mahu berikan nasi lemak tu pada pekerja yang sedang membersihkan sampah jalan yang kebetulan sedang membersih dihadapan rumah aku. Terkedu seketika aku, tidak mengiakan mahupun membantah.

Kemudian mr. edy menambah lagi tak apala kalau ma dah fikir macam tu. Sebabkan tak nak mr. edy rasa bersalah aku cadangkan kami bahagikan separuh nasi lemak tu kita beri kepada pekerja pembersihan dan separuh untuk kami makan. Lagi pun pekerja tu cuma ada dua orang. Nasi yang ada pun banyak. Anak-anak makan banyak manalah sangat.

Selepas tu sepanjang hari aku tidur. Tak sihat kan... Bila petang aku keluar rumah aku tengok depan jalan rumah sangat-sangat berbeza daripada sebelum-sebelum ni. Dahan-dahan pokok rambutan yang dah hampir masuk kelongkang sudah di trim. Dalam longkang depan rumah yang penuh dengan daun-daun kering dan buah-buah yang gugur sudah clear. Bersih luar biasa.

Sebelum ni aku dan kakak aku ada soksek soksek pekerja yang membersihkan jalan buat kerja cincai. Buat ala kadar. Sampah yang dalam longkang tu memang diorang tak berapa nak kaut buang. Itu yang menyebabkan apabila hujan lebat air tersumbat dan berlaku banjir kilat.

Tapi hari ni disebabkan mr. edy bagi nasi lemak terus diorang bersih betul-betul. Sampaikan dahan-dahan pokok pun diorang kasi tebang walaupun sebenarnya itu bukan tugas diorang. See... kita buat baik kat orang, orang seribu kali buat baik kat kita.

Uolls janganlah fikir ala sebab kita dah bagi nasi lemak, tu yang diorang buat kerja betul-betul. Tak rugi pun kalau kita berbuat baik pada orang lain. Untungnya kita juga. Lagi pun memang iolls ada rezeki lebih apa salahnya share pada orang lain kan.....

11 January 2013

Dua beradik

Inilah wajah terkini hakeem dan sofea. Tiap-tiap hari diorang ni nak main kat luar rumah. Tak kira waktu, pagi petang siang malam.  Hujan panas pun tak hirau. Sebab tu kena pakaikan topi.

Hakeem tak ada topi. Aku pakaikan mr. edy punya. Pasni kena beli...

Tengok tu sampai basah rambut sofea. Kuat betul berpeluh.

Sofea sebenarnya bosan duduk rumah, tak ada kawan. Tiap-tiap hari cakap nak pergi sekolah... 
Tak lama dah, dua bulan lebih je nak anta semula ke taska.. Nanti boleh dapat ramai kawan.

10 January 2013

Rezeki Tahun Baru

1 Januari lepas kami sekeluarga pergi ioi mall sebab aku nak ronda-ronda di kedai RM5. Ala daiso tu, semua barang berharga RM5 sahaja... 

Lepas tu melarat pulak ke Jaya Jusco. Sekarang dah di panggil AEON. Nak beli baju  untuk hakeem dan sofea.

Inilah baju yang aku pilih untuk sofea. Bila dah beli baru perasan kebanyakannya dress sofea warna biru. Juga beli botol susu. Harap-harap ini botol susu yang terakhir sebab sofea dalam misi free botol susu. 

Yang ini pulak dua helai baju untuk hakeem. Mr. edy pilih. Mata lelaki memang lain dari mata perempuan. Apa ntah yang menarik tentang baju ni...

Semua ni aku bayar dengan harga lima ringgit sahaja. Murah kan?? Sebenarnya harga semua barang ni enam puluh lima ringgit. Tapi sebab aku ada voucher Jaya Jusco RM10 X 9 = RM90. So aku guna je lah voucher enam puluh ringgit dan balance lima ringgit aku bayar guna cash.

Dan kalau uolls nak tahu voucher tu aku dapat bukan sebab aku pelanggan setia JJ. Kad JJ pun tak ada. Mr. edy yang dapat time buat kerja pindah rumah tahun lepas. Customer kasi... Yang bestnya tentang voucher ni, dia tak ada valid date.

Alhamdulillah dah memang kata rezeki anak-anak.... Balance voucher tiga puluh ringgit tu aku ingat nak guna times ada sales. Kalau tak ada sales barang pun macam tak best jer nak beli....

09 January 2013

Misi free botol susu

Minggu ni adalah minggu yang sangat bizi. Bz mengurus hal rumah tangga, hal anak- anak, hal sendiri... Ini gara-gara preparation back to work. Masa semakin mencemburui. Banyak benda rasanya nak kena settle sebelum masuk kerja. 

Start semalam aku dalam misi freekan sofea botol susu. Alhamdulillah misi free pampers dah berjaya tahun lepas selepas sebulan train. Harap-harap misi free botol susu pun akan berjaya juga. 

Kalau dikira ikut tahun dan bulan sofea sekarang tiga tahun tiga bulan. Kalau digenapkan sofea sebenarnya dah empat tahun.  Disebabkan aku asyik ingat sofea masih tiga tahun plus plus jadi aku lupa sepatutnya tahun ni sofea dah boleh masuk tadika. Apatah lagi pampers pun dah tak pakai. Takpelah, dah terlepas... aku ingat tahun depan atau bulan enam lepas aku start kerja baru aku nak anta sofea ke tadika. 

Mungkin bagi sesetengah ibu bapa free botol susu ni tak penting sepenting free pampers. Itu terpulang pada diri individu. Bagi aku biarlah sebelum aku melangkah masuk keje bulan empat ni aku dapat buat semua benda dengan kudrat sendiri dan bukan atas usaha pengasuh. Kepuasan disitu.... (",). 

Sofea kalau leka bermain memang jarang nak susu botol kecuali waktu tido memang wajib nak isap. Kalau time kami tiga beranak nak tido *mr. edy tak masuk book* aku akan baring dan susukan hakeem, sementara sofea baring di sebelah aku sambil sebelah tangan pegang botol susu sebelah tangan lagi merayap-merayap meraba mama dia. 

Aktiviti meraba sudah sebati dengan sofea. Hakeem pun sama. Pendek kata kalau nak tido habis aku dikerjakan dek anak-anak.. Jadi dengan mengajar sofea minum susu dalam cawan diharap aktiviti meraba akan berakhir.  (^.~). 

Sofea memang anak yang mudah diajar dan dibentuk, setakat semalam so far so good. Hari ni masuk hari kedua, harap-harap misi ini berjaya..... 

*aku juga sedang berkira-kira menceraikan susu badan hakeem

07 January 2013

Belajar jahit poket berzip

Masih lagi cerita pasal beg. Tak sempat nak karang cerita pasal anak-anak lagi lorr...

Sebenarnya hati ni dah lama membuak-buak nak jahit beg berpoket yang ada zip. Nak buat beg make up. Sebelum ni pernah buat beg make up boleh tengok kat SINI tapi poket tak ada zip.

Ada zip ni bagus. Misalnya kalau  nak pergi sembahyang bolehla letak brooch dalam poket zip tu, xdelah kena campur dengan alat makeup. Atau kalau letak kat poket tak berzip kemungkinan untuk brooch tercicir tu tinggi.

Oklah macam biasa gambar kena tunjuk...


Abaikan material kain yang sangat buruk. Sayang nak guna kain yang elok, takut buat-buat tak jadi...  Abaikan juga dinding yang buruk hasil mural anak-anak...

Oh ya sesiapa yang berminat nak belajar cara jahit poket berzip boleh belajar kat SINI. Tutorialnya mudah dan senang difahami.


*sedang merencana nak menjahit sesuatu selain daripada beg pulak.

04 January 2013

Beg-beg yang dijahit dengan kasih sayang

Ahaaa cerita pasal beg lagi. Senang.... Tak payah nak karang banyak ayat. Tepek gambo jer... Harap tak adalah yang tick boring.. ngeh ngeh...

Jom tengok beg yang dah berjaya di jahit. Sambil-sambil isi masa lapang belajar benda baru. Macamla lapang sangat....(",).

- SOLD -
Beg ni dah ada pun dalam shop aku tu. Nak tengok spec boleh clik shop here atas tu. Aku guna magnetic button.


- SOLD -
Cultch second edition. heeee... First edition boleh tengok SINI


- SOLD -
Beg untuk bawak jenjalan isi purse ke, h/p ke, buku nota ker... 
Yang ni pun aku ingat nak jual. Belum masuk dalam shop lagi. 
Panas-panas tunjuk kat sini. Jahitnya dah berabad lama. (",)


- SOLD -
Clutch seperti edisi pertama. Cuma guna kain yang berbeza dan tambah bead. Ada minat?


- AVAILABLE -
Beg untuk isi pencil ke, h/p ke, purse ke, buku bank ke... 
Giler besar beg ni, Siap jemari suriku menjahit bead diatasnya.
Ada minat?

Kalau uolls minat bolehlah email saya edyeda@gmail.com. (^.~)

03 January 2013

Beg jerut / Drawstring bag

Kerja menjahit masih diteruskan. Walaupun order hidup segan mati tak mahu... hik hik...

Kali ni try buat beg jerut@drawstring bag. Bukan teringin nak buat sangat. Asalnya nak buat untuk diri sendiri macam beg yang kat SINI.

Tapi sebab malas nak jahit zip terus tukar finishing guna tali. Aku tak prefer nak guna snap button sebab boleh mengundang perompak dengan mudahnya menyeluk beg. Aku dah pernah kena beg di seluk masa sedang enak membeli belah kat kamdar. Time tu pakai beg tak de zip...


Beg jerut pertama yang aku buat. Terus ada yang berkenan nak order. Kalau bukan sebab tali beg tu recycle punya dah lama aku juai yang nih...

Yang ni beg kedua aku wat. Kecik je beg ni. Pakai lebihan kain jeans yang ada. Yang ni aku bagi kat kakak aku. Actually beg yang first tu aku amik tali beg kakak aku so aku ganti yang ni... Tak adalah amik free... heheheh...

Dah siap pun beg yang orang order. Guna tali warna pink. Aku beli kat Daiso. Cantik pulak aku rasa. Siap pakej dengan biji butang lagi. Hope customer suka... 

Laman santai untuk anak anak

Minggu lepas mr. edy ada job pindah rumah dari puchong ke pajam. Masa deal, customer cakap banyak barang-barang yang dia nak buang. Dah tak boleh guna lagi dah. Dah buruk sesangat. So ok..

Sebenarnya aku tengok ada banyak barang yang tuan rumah nak buang tu aku rasa boleh guna lagi. Salah satunya meja empat segi ada cermin kat atasnya. Apa ntah nama meja ni. Coffee table ke, meja study ke aku pun tak sure. Bagi aku meja ni lawa lagi walaupun ada bahagian kayu yang dah terkopek.


Juga ada kerusi kecik empat yang dah tak empuk sangat, dah rasa kayunya. Tapi masih lagi boleh duduk. hehe...

Macam sesuai untuk jadikan meja belajar anak-anak. Dalam otak terus dapat idea nak decorate bahagian ruang tamu aku. Esoknya mentara mr. edy sibuk keje aku pun bertungkus lumus mengemas rumah. 

Sekarang ruang tamu rumah aku dah ada dua bahagian. Satu aku buat ruang untuk anak-anak belajar, main komputer. Ada satu sofa 2 seater aku letak mengadap ke meja cermin yang aku dapat tu. 

Satu bahagian lagi ruang untuk tengok TV. Ada sofa 3 seater aku letak mengadap TV. Bila mr. edy balik keje dia kata rumah dah macam tempat temuduga. Tapi lantaklah kan janji aku bahagia. Dah lama aku idam nak decorate macam ni. Ada ruang untuk anak-anak lepak baca buku,main-main....




Anak-anak aku pun bahagia tu..... Asyik nak belajar jer... hew hew..


* aku rasa customer ni dapat tahu servis lori mr. edy dari blog ni. Kalau dia baca lagi blog ni mesti dia tahu aku kutip barang dia.. hahaha...