29 December 2014
Cuti tanpa gaji aka cuti menjaga anak lagi
Well u no me kalau tak cuti tanpa gaji (ctg) mmg tak sah. My trademark. Aku ambil ctg dua bulan. I know ramai yang geramss kat aku but ramai jugak yg dah jangkakan. Udahlah hujung tahun nak closing akaun. Nasib ler korang . Akak tetap nak ctg. Nasib tahun ni tak ada AKB.
Aku tak sure aku akan ctg dua bulan sahaja atau akan sambung dan sambung sampai setahun dua tahun maybe. Hurmmm. Tapi kali ni macam tak leh cuti sampai dua tahun sebab rugi. Kalau ctg dua tahun dah jadi keseluruhan empat tahun aku ctg. Tahun keempat dah tak ada kenaikan gaji tahunan. Aku setakat tak naik jadi cc ok tp tak dapat kenaikan gaji tahunan rasa rugi sangat.
Kali ni aku for sure kalau aku amik cuti lelamaa diorang akan kick aku dri kdn. Sapa yang sanggup simpan orang yg asyik cuti like me kan? Hari tu pun diorang dah cuba nak poolkan aku tp nasib baik AG cakap tak cukup orang nk ganti tempat aku.
Actually aku kat kdn ni dah lebih kurang lapan tahun plus minus. Disudut hati aku yang paling dalam aku sayang ngan kdn ni tau. Ecewah ayat. . Walau pun selalu aku berchit chat ngan my sister kata kdn tak best. Tapi kalau kena keluar off course sedih itu pasti. Banyak kenangan suka duka aku di sini. Aku bermula dalam perkhidmatan awam sebagai pekerja sambilan di kdn. Nanti aku cerita pasal kehidupan seorang pekerja sambilan. Ada ke yg nk tahu? huhuhu. Yang paling tak best kat kdn ni parking payah nau. Kemek kemek keta i dibuatnya. .
21 December 2014
Tempahan beg jeans
Alhamdulillah walau pun berhenti menjahit sekejap sbb bersalin hari tu order tak putus putus. Terharu akak tau ada yg snggup tunggu smpi habis pantang. Mana tak putus putus, nk siapkn satu order sikit punya lama, dtg order baru bari hegeh hegeh nk siapkn. Maaf la aku ni mmg slow skit. hihihi.
Jom tengok picture. . .
Sling beg ni aku buat beberapa jam sebelum bersalin. Tak sempat nk siapkn tali dah datang tanda nk bersalin. Keluar darah. Gelabah time tu terus siap siap pi spital walaupun tak rasa sakit pun. Tak sempat nk siapkn talinya. Padahal nk buat tali tu perlukn sikit masa je lagi. Peram ler sampai pas abis pantang baru sambung jahit tali. Takpelah dah selamat smpai kt owner.
Backpack customer order untuk ank dia. Ni pun customer sanggup tunggu sampai aku habis pntg. Terharu. .
Yang ni order dari customer backpack td. Kawan dia yg nk katanya. Simple hand bag. Nak design luar tu guna kain love love. Last kopek kain tu. Cecukup tuk luar dalam guna kain corak lain. heee. . Memacam tau my customer punya feel. But i enjoy it. Challenging. .
Ni kakak aku nombor 2 yg request. 2 in 1 function. Boleh jadi sling beg atau pendekkan tali tu jadi la handbag.
Ok. Sekian show. Kalau nk tgk detail beg boleh jengok fb gallery jeans airis. for order mcm biasa email edyeda@gmail.com. :)
15 December 2014
Majlis kecemerlangan dan graduasi sofea
Dah bila cerita basi ni nak karang ayat pun rasa malas. Meh tengok apa gambar yang ada. Bnyak gmbr sebenarnya tp nk upload guna tab ni bercinta. Ini je yg mampu.
Ustazah Aizara nur sofea at that day. Sejuk perut mama mengandung. Moga berkekalan begini. Amin. .
Gambar ustajah lagi. Cikgu lin yg makeup. Mama mana ada blusher lipstik. Amukan papa kau nnti.
Alhamdulillah berjaya habiskn pengajian tadika 5tahun. Setahun lg sblm masuk sekolah rendah. Besar dah ank dara aku. Itu sebelah kanan tu cikgu tuang air panas kat kaki pia tu.
11 December 2014
Birthday wishes dan free sample lagi
Pagi ni pulak dpt ucapan tahniah atas kelahiran bby airis dan wish dari ex boifreng. Matik akak ni klu mr.mama tahu. Bini bukn nk selingku waktu laki tak de ye. Dia pn dh kawin. Unexpected. Dah bertahun tak berhubung tetiba dpt call nombor tak bernama. Macam tak mo angkat tp terangkat camna. Jodoh ler tu. kuikui. . Reason ex boifreng call sbb nk wish birthday dpt reminder dari email. Boleh caya ke? Rindu akak ler tu. . hahaha.
16/12 ni genap umur akak 33 tahun. Akk tak de nk sembunyi sembunyi umur. Berbangga apa adanya gitu.. hehe. Bila laki nk balik nih? Sebulan seminggu dah kt kg. Taknak sambut ke?
Terima kasih dentalpro and sanofi. Free sample dpt masa pi opis urus ctg hari tu. Seram akak tgk berus gigi warna hitam. Eh ibu menyusu boleh ke mkn vitamin sebarang sebarang?
05 December 2014
Antara Gdex dan pos laju
Minggu lepas aku shopping online kt nile.com.my. Story rembatan nnti dulu. Nak cerita dulu pasal servis kurier yg diorang guna. Ni second time aku shopping kt nile. Meroyan nk blouse yg sama blouse dari salah satu top online shop. Tapi yg itu mahal klu kat nile boleh dapat separuh harga dari yg sinun.
Kalau nk tahu jika kita beli di nile kita boleh pilih nk guna kuier yg mana satu. Sama ada gdex atau pos laju. Aku pilih gdex sbb murah. Flat rate rm6.60. Aku tak pasti yer charge sebenar gdex mcm mana sbb aku tak pernah guna gdex sbgi penjual. Tapi kt nile ni berat berapa pn hrga tetap rm6.60. Hari tu berat parcel aku 600gram nile charge rm11++ kalau nk guna pos laju. That why aku pilih gdex. Wlpn lmbt smpi tp asal smpi sudah. Masa first time shopping dgn nile, tiga hari baru parcel smpi. Suprisely kali ni aku byr pagi hari esok tghari smpi. Macam poslaju jugak kenn. Suka ler tak sabo nk melaram ngn blouse tu.
Actually hari tu shopping ngan nile aku tersalah taip nombor phone. Biasalah guna hp. Tertinggal salah satu nombor hp. Nasib baik perasan sblm parcel dihntr. Tp sbb parcel dh send out diorg suruh call gdex trus. Aku pun callla customer service gdex. Ok phone pun cepat je angkat. Sejam lepas tu gdex subang pulak call aku bagitau diorg dah bgtau dh no phone aku kt orang yg akan hntr parcel. Alhamdulillah brg smpi dh kt tgn aku dgn selamat.
Selang dua hari pastu aku beli online lg. Kali ni beli dri individual. First time beli dri org perseorangan. Takut jugak tp berserah pd tuhan jer. Dah berkenan sgt dgn tudung yg dia jual. Murah dri biasa lak tu. Tengok fb mcm boleh percaya. Selalu promote kt group jual barang. Nk beli brg online ni kena selidik bebetul dulu. Kalau fb tu baru bukak pastu xpernah pulak letak status or gmbr sendiri baik ko jangan bermain dgn api. Walau pun kdg kita beli setakat sepuluh dua puluh ringgit duit jugak kn. Kalau individu ni mmg biasa diorg guna pos laju mcm aku pos beg jeans ler. . Aku beli hari jumaat. Isnin pagi baru dia pos. So patutnya parcel smpi selasa.
Hari selasa tu tunggu smpi petang tak de. Ok tak pe tunggu sehari lg. Sebab biasa kalau hari ujan pos laju postpone penghantaran esok paginya. Pagi tu pi aku pejabat pos sekejap pastu balik aku tunggu smpi ptg tak de jugak org hntr brg yg ditunggu. Kemudian ptg tu my sister bgi satu surat. Tengok dari pos laju. Surat tu bgtau tak dapat nk hntr parcel yg aku tunggu tu. Surat tu dtg pukul 2.33pm. Masa aku dpt surat tu dh dkt pukul 5. Pelik aku,. Masa bila ntah posmen dtg. Pintu pagar my tak tutup rapat. Pintu rumah sentiasa aku bukak. Pastu hp mmg aku kelik kehulu kehilir takut posmen call kan. Tp hari tu xada pn no. tak bernama yg naik.
01 December 2014
Ke GM klang kali kedua
Mr.mama tak ikut masih di kg. Laki aku ni bila semua orang berkumpul dia selalu tak de. Bz. .. Kalah menteri. Biorkan asal bini dapat shopping udah. kihkih. . Dah siap siap suruh mr mama bank in duit. Boleh pulak lupa bawak purse. Terpaksa pinjam ngan mak ngah.
Gm ni kalau nk murah kena beli banyak banyak. Kakak aku beli skirt satu rm38. Mintak kurang lg tak dapat. Nak kurang kena beli dua rm70. Kat tag harga rm49. Diorang siap siap dah bgi rega dulu sebelum kita tawar. Permainan diorang semua tu.
Coz pergi time belum gaji purse pulak tinggal aku just beli mainan akeem dan pia. Si cengeng hakeem tu apa lagi kalau bukan nak oteman. Selagi tak dapat dia punya berzikir sepanjang jalan. Pitam. . Kemudian beli beg sekolah pia. Udah ler pakai beg jeans yg aku buat setahun lepas kali ni kasi can pakai beg dora pulak. Beg hakeem belum decide samaada beg jeans atau ben10 kesukaan dia.
Sebelum balik g makan kat foodcourt. Aku mkn nasi campur. Kurang sedap ditekak aku. Nasi lembik tp orang ramai je beli. Laparkn. . Better klu korang nk mkn kt foodcourt tu belilah makanan panas. Pastu balik. Lebih kurang dua jam je kitaorang round dlm tu. Ok ok jr bagi aku gm ni.
28 November 2014
Aktiviti cuti sekolah
Cuti sekolah ni korang dah ada plan apa apa ker? Mesti ramai yang plan nk bercuti kan. Aku ada juga cadang nk pergi bercuti. Bulan dua belas pertengahan. Sesambil spend time ngan anak sesambil bolehla sambut my birthday hehe. Last year kitaorang ke morib. Tahun ni mr mama ada cadang nk pergi cameron. Boleh singgah tronoh sekali. Minggu lepas abang aku datang tak dapat jumpa mr.mama ada kat kg. Tapi cameron tanah runtuh takut pulak kenn.
Ala tak bawak anak anak pi bercuti berjalan buat aktiviti kat rumah pun okays jer. Asal diorang fun.
Sape dulu masa sekolah main lukis lukis keliling tangan angkat tangan. hiks ini cikgu pia ajar pastu pia lak ajar aku. Eleh macam aku tak tahu. Mama mkn garam dululah dari kamu. .
Lukisan dan tulisan sofea terkini. .
27 November 2014
#Airis : Checkup 2 bulan
Aku paling aku tak tahan dengan hakeem. Airis no hal behave. Tak de nak nangis sangat. Budak manja hakeem tu bukan boleh nak duduk satu tempat lelama. Memula mmg kemain gembira pi klinik. Bila dah lama duk kat situ mulala menangis mintak nak balik. Aku jenis tak tahan anak anak menangis. Kacau jiwa dibuatnya. Serba tak kena dibuatnya.
Macam biasa checkup kat sini paling awal dapat keluar dari klinik tu lepas dua jam. Bukannya lama sangat diorang nk check. Timbang ukur lilit kepala panjang hari tu semua budak pelatih yang buat. Tak jumpa misi pun. Jumpa masa nak cucuk je dah tu balik. Padahal banyak tau yang aku nak tanya. Pasal airis tetiba berak jadi kerap balik macam masa mula mula lahir. T**k pun dah kembali warna hijau.
24 November 2014
Koleksi free sample
Haa ni nk tunjuk kat korang koleksi free sample yang aku dapat sepanjang penglibatan aku dalam dunia internet. heheh. Kebanyakan barang free sample yang aku dapat adalah produk kecantikan. Iyelah aku selalu pi masuk web onlybeauty. Kat situ mmg untuk freebies.
Aku mmg suka sangat benda benda free gini. Ala korang pun suka kan. Orang nk bgi free sapa taknak. Siap google2 lg sample sample free 2014 kan. Banyak keyword tu kat blog aku ni. Kita sama :).
Aku tak kira kat facebook ke laman web ke ada je free sample laju je tangan ni isi borang. Korang kalau tau mana mana free sample cecepat kabo kan kat aku yer. Bukan pe free sample ni selalu limited time only.
19 November 2014
Masuk sup sayur guna periuk nasi alternatif gas habis
Masa nk masak tengahari td tetiba gas habislah pulak. Nak pergi beli sendiri mmg takla. Sapa pulak nk angkat gas tu nnti kt rumah. Berat aku kan baru lepas pantang. Tak mo la buat keje keje berat sangat. Dahla laki kat kampung kena denggi.
Mula mula ingat nk tumpang masak umah kakak aku. Tapi bila kenangkan nk mengangkut ikan minyak semua bagai malasnya walau pun umah kakak aku tu tak sampai sepuluh langkah dah sampai. Lagi pun malaslah nk tumpang tumpang time orang tak de kt rumah. Nanti bersepah ke hilang apa ke kan. Kakak aku baca ni mau mengundang menyampah. Macam tak biasa. . kihkih
Tapi tak kan aku nak puasa pulak hari ni kan. Klu aku puasa kesian pulak kat hakeem lapar. Nasib teringat hari tu pernah rebus tulang guna periuk nasi so why not kali ni kita try masak sup sayur pulak guna periuk nasi.
Masak dalam periuk nasi ni mula mula nk panas tu lmbt skit. Tp best sebab mmg tak hangus pastu rasa dan aroma bila masak dalam periuk nasi ni rasa lagi sedap. i loike. . Ke sebelum ni aku tak reti masak.
Keputusan peperiksaan tadika akhir tahun sofea
Actually sofea amik periksa akhir tahun ni berasingan dengan pelajar lain. Periksa hari tu 27/10 selama seminggu tapi kan sofea sebulan tak datang tadika. Ikut aku balik kampung pantang.
Jadi sofea amik minggu lepas seharian dengan dua tiga orang pelajar yang tak datang periksa. Kalau tengok result tu sama je markah keseluruhan mata pelajaran dengan periksa pertengahan tahun hari tu. Kedudukan dalam kelas pun tak banyak beza tp ada peningkatan, oklah.
Seharian amik periksa berbanding 5hari yang sepatutnya dah kira bagus dengan result mcm tu. Kalau amik sama sama dengan pelajar lain mgkin lg elok kot result tu. (Ayat nk sedapkan hati). Tengok kt situ ada jugak subjek yg dah menurun markahnya. Tahun depan dah 6 tahun pastu nk masuk darjah satu dah tak boleh main main ye pia.
17 November 2014
Pertama kali buat cheesekut
Rabu lepas aku buat cheese kut. Ok ok ai tahu ai ketinggalan ketapi.. Orang lain dah demam jeruk mangga asam boi pulak la ni. Aku baru hegeh hegeh nk buat cheese kut. aptb blah...
Actually aku mmg dah lama bercadang nk buat cheese kut ni. Dari raya hari tu. Dah beli pun cream cheese ada dalam tiga empat bulan lepas tp tu lah sifat M sangat2 menguasai diri. Tersadai jelah cheese tu dlm peti ais.
Ni musim hujan sekarang perut memanjang lapo tu yg terjadi rajin. Kebetulan masa pi giant hari tu ada jual biskut cream cracker paket kecik kecik singgit satu. Sukalah giant la ni diorang ada corner yg jual makanan rm1, rm2 dan rm5 asing asing siap dalam rak. Jimat masa and money i tau.
Actually resepi asal guna biskut deluxe cracker. Aku tersalah beli biskut cream cracker pulak. Nampak ada perkataan cracker je terus sauk. Pulak tu rm1. Tak fikir pnjg. Sekali bukak biskut lemak rupanya. Besar gabak. Lemak pun lemak lah... Dah nk cari mana biskut deluxe cracker memalam buta..
Haaa inilah hasil cheese kut hasil air tangan aku versi derhaka sikit. Atas tu aku topping dengan milo. Derhaka derhaka pun mabeles rasanya kan mak ngah, uncle and rosmahani kan kan kan. Anak anak aku ni jenis kampungan tak mkn benda macam ni, dapatlah aku bagi kakak aku ngan kawan yang datang melawat airis rasa. Rasa bahagia jer bila semua cakap sedap. Kembang weh. . .
Next resepi plisss?
14 November 2014
Jemput like Gallery Jeans Airis
Since aku mmg berhasrat nak serius menjahit insyaallah, tempahan so far ok baik aku buat pages untuk sesiapa yg minat nk tempah or nak tanya apa apa boleh tgk/pm je kat pages tu. Senang. .
Pada reader, customer, becoming customer jemput like GALLERY JEANS AIRIS kalau korang berminat. Klik SINI untuk like k. (^___^)
13 November 2014
Baby kuat berak
12 November 2014
Bawak airis jalan
Al mementang semlm dh merdeka berdesup keluar jln ye. Eh bukan sesaja tau nk bwk baby jalan tau tak bagus tp sebab nk pi pos beg jeans. Pukul 9.30am dah keluar kemain awal. Ngangkut lah airis ngan hakeem. Pia sekolah.. Selamba je ngendong airis gitu, tak fikir nk bwk bby carrier or stroller. Adeh nk patah tgn dibuatnya. Bukan setakat pi pejabat pos tawaf sekali giant tu. Penuh tgn ngendong airis ngan brg brg.
Mama kena pau lori sebijik. Pas tawaf giant singgah beli set kiddos yg ada nugget kt uncle jack tu kan dapat aiskrim.. Tertelan telan ailiur tengok. Tiga ringgit plus dua posen tax. Hakeem tak nk pulak aiskrim tu sebab dah ada lori. Nk bgi siapa pulak kan. Rasa nk slurp je sekali lelehan aiskrim itu....
11 November 2014
Abang hakeem yang penyayang
Hakeem ni jenis payah tido. Klu dia nk tido mesti cari 'port' dulu. Samaada tido bawah kipas, yg ni selalu sampai terkencing kencing kesejukan... tido celah celah lemari atau tido sebelah airis smbil pegang hp pun jadi...
Memang sayang btul dia dgn adik dia ni. Klu kita geram kt bby selalu kita cium cium gomol gomol atau cubit manja pipi bby tu dia pun sama jugak camtu. Sampai kengkadang tu aku risau kot ni tersakitkn airis. Jawab dia akeem buat pelan pelan jer... Pandai pulak jawab....
10 November 2014
Checkup airis sebulan
Hari ke 32 hari tu aku pi check up airis. Check up kt kg. Heaven tak de orang. Tak sampai sejam dh siap timbang, ukur, cucuk dan jumpa doktor. Klu kt kl jgn harap klu dtg kul 10. Merasala dua jam duk kt klinik tu...
Berat airis masa lahir 2.78kg. Jika dibndingkn dgn kakak dan abg dia semuanya 3kg+ masa lahir. Tp tak sangka lepas sebulan naik dah nk sama dengan berat pia dan akeem. Timbang hari tu naik 1.52kg. Banyakkan? Mana taknya susu untuk airis meriah. Tu yg disumbat sumbat juga puting ke mulut airis wlpn dia dah kenyang....
07 November 2014
Kedai dua ringgit ECO
Masa pantang kat kampung hari tu aku ada pergi kedai dua ringgit. Eh sekarang pun masih dalam pantang tp dah blik puchong. Kedai tu Eco namanya. Hanya ada di pantai timur sahaja. Jadi haruslah diterjah..
Pantang pantang pun semangat jalan. Actually terlangsung checkup airis sebulan dan nk beli brg basah tuk majlis cukur jambul airis tu yg larat ke EKO. Mek pun teruja nk pergi. Klu nk pergi sendiri payah prebet sapu kat situ. So moh ler kita bwk mek. Kesian mek...Walau hakikat sbnr menantu dia yg hover. Kena pandai cipta alasan tatut laki marah.. hihi... bijak x..
Eko ni tak sama cam kedai dua ringgit yg ada kt sini. Kalau kedai dua ringgit biasa mana ada jual makanan dan minuman. Kat sini semua ada. Alat tulis, mainan, besen, gunting, penyapu, botol susu. Pendek kata semua ada. Barang nk deko deko rumah ada. Sayur pun ada tau... rambang mana ai... Rasa semua nk angkut masuk dalam bakul.
Masa memula sampai tu nmpk tudung saji yg besar. Terus suruh mek tnya kt staff situ betul ke dua ringgit. Takut mcm kedai dua ringgit kt sini nama jr kedai dua ringgit tp ada brg yg harga selain dua ringgit. Kt sini tak tau semuanya rm2. Tp faham2 la kualiti rm2 mcm mana yer. Kata mr.mama tak pe ma dua ringgit je anak anak dapat main mainan tu sejam pun dah berbaloi. Rosak kita beli lg. Amboi... kaya sgt ni. Dua ringgit dua ringgit kali sepuluh dah berapa kennn.. Hari tu je lebur duit mak encik enam puluh lapan hinggit. Nk balik kl terbang lg tiga puluh empat ringgit pulak... ish ish ish...
Haaa ni antara barang yg dijual kt eko dan last tu sebahagian hasil rembatan. Aku update blog pakai blogger app xreti nk susun gmbr elok2... janji adalah ye.06 November 2014
Cek ketiga dari nuffnang
Aku start blogging tahun 2010 sampai sekarang dah hampir nak masuk 5 tahun baru dpt tiga cek. Nampak sangat blog suam suam kuku kan. Kalau bukan sebab ada dapat sponsor post mahunyer tak tercash out lagi sampai ke hari ni apa. But alhamdulillah tuhan dah janji setiap orang punya rezeki adalah tu. Rezeki airis nih. Mengandung 5bln pun gigih travel ke melaka. Ni buat rasa semangat nak menaip lagi.
Dah 2minggu lebih tak berblog rindu sgt kt nk menaip tp sebab terpaksa berebut hp dengan anak anak tu jadi malas. Laptop pulak masih belum dibaiki baiki. Ni dapat update hari ni kita mulakanlah citer pasal pulus bgi naik semangat sikit. Ni pinjam ipad makngah eh laki mak ngah. Haruslah makngah kasi pinjam sebab nak jalankan aktiviti jual prelove item yang tertangguh tu kan, hee jangan marah ye kak jiah. Separuh nyawa nk menaip guna ipad ni haa. Ku gagahkan jua. :-)
14 October 2014
Kos bersalin di hospital kerajaan
Kali ni sbb keluar dah nk lewat petang, dh tak sabar empat hari duk dlm hospital tu yg ngikut ke kaunter. Baru nampak bil hospital ni.. Tambah sikit lg amaun boleh bersalin kt swasta dah...
Masa bersalin hakeem hari tu aku kan memula nk bersalin swasta. Survey bersalin kt kpmc dalam 1200 - 1400 klu normal. 3 tahun lepasla.. Sekarang tak tahula kalau dh naik.
Sapa2 nk bersalin tu prepare2 la duit yer. Yg ni aku duduk kelas ketiga. 6 orang satu wad. Duduk selama empat hari. Bersalin normal. Caeser harga lain tau. Nasib aku keje gomen so tak yah kena bayar. Swasta boleh claim kat majikan kan? Cuma ada terkilan sikit semalam kena duduk kat bilik transit. Aircond kipas xdak. Plug pun xde. Susah blogger ni nk update blog tau... hi3...
Disebalik nama Airis Sofea
Kemudian sibuk nk balik kg dn brulang klinik sbb kuning. Hari ke-12 baru dpt buat surat beranak. Itu pn sbb esoknya hari jumaat jpn kelantan cuti. Klu tak maunya hari ke-14 hari last sebelum kena denda tu baru nak buat.
Kitaorang sepakat pilih nama AIRIS SOFEA. hihi actually aku yg pilih nama Airis. Suka nama Airis sebab maksudnya sejenis bunga. Kan anak i perempuan. Sebelum dpt nama Airis aku selalu terpanggil Airis tu Hakeem. Dan selalu teranggap Airis ni lelaki. Sebab aku idam anak lelaki masa ngandung. so dengan nama Airis mmg sah Airis bunga hati kitaorang. Acewah...
Ni perbualan antara mek ngn pia...
Mek : siapa nama adik bby?
Pia : Nama sama jer...
Mek : Kenapa dlm byk2 nama, mama nk letak nama sama ngan pia?
Pia : Entahnya...
Act. nama Aizara tu kitaorang amik sempena nama klinik Ani Aizara. Dengan harapan mana tahu suatu hari pia jadi doktor ke kan. Airis pulak masa kuning hari dah nk kena msuk nicu. Tapi kitaorang merayu mintak tak nak masuk. Sorang doktor lelaki ni ckp sy dulu pn masa kecik pun kena masuk nicu sbb kuning. Mana tau nnti dh besar bby awak jd doktor macam saya.. Mudah mudahan... Amin...
09 October 2014
Barang ibu dan baby yang perlu di bawa ketika nak bersalin
Masih lagi cerita bersalin bersalin dan bersalin.. ha3.. muak dah yer...
Apa nk buat kengkadang ramai yg tak tahu apa barang yg nak di isi dalam beg bila nk bersalin. Like me .. tertangguh tangguh ngisi barang dalam beg sebab rasa semua kena bawak. Sudahnya misi cakap beratnya beg awak isi batu ker? kihkihkih...
Ada ke aku bawak baju persalinan sampai tiga helai belum masuk kain batik, barut, bedung berlai lai. oi selai jr cukup baju kita tu tuk keluar spital nnti. Dalam spital dari mula sampai terus dibagi pakai baju spital lor... Ishhh.. kata jer anak dah tiga...
Eh prosedur hospital ni berbeza beza la aku tgk tiga tahun lepas mcm lain. Kalau kt negeri lagi lain. Nak kuar wad dulu pn check out ada kaunter khas sekarang dah lain. Pemodenan namanya.. (^.^)
Ok ni aku nk share barang apa yg betul betul korang perlu bawak klu nk bersalin. Yg ni aku duk hospital serdang. Hospital lain mybe lain skit but asasnya inilah yg kita kena bawak. Xyahla nk bwak beg besar besar buat susah jer bg aku. Satu beg cukup untuk baby dan ibu. Ada tu aku tgk bawak beg plastik besar jer..
1. Baju dan kain batik.
Bawak selai jer ye. Tuk kuar spital nnti. Dalam wad nnti tiap hari boleh tukar baju spital tu. Ada bilik utiliti yg sediakan baju bersih. Ambik jer...
2. Baju baby
Dulu masa hakem lps bersalin diorg mintak bju dari kita. Tp la ni diorg pkaikn bju spital. So lepas salin klu xsempat nk bawak beg kita pn actually no hal... Pastu klu kita salin normal esok boleh balik. Bawak selai baju baby pn dh cukup. Klu kena thn sebab kuning lagila xyah pakai bju kn... Klu bersalin caeser bawakla 3/4 lai. Kat spital serdang ni diorg tak mandikn bby pn tau. Inisiatif kitala lap sendiri. Diorg cuma tlg cuci tali pusat waktu pagi jer.
3. Bedung
Bawak selai je cukup. Bedung pun diorg sediakan. Boleh tukar setiap hari. Amik je kt bilik utiliti. Bilik utiliti dekat je dr wad. Setiap wad ada bilik utiliti sendiri.
4. Barut
Masa pia n akeem aku barutkn sejak dari dlm wad. Tapi yg ketiga ni xbarut pn dlm wad. Sebab kuning kena pakai pampers jer. So bawak dua lai cukup bgi yg salin normal. Caeser bawak lebih sikit sbb duk lama skit kt wad kn. Klu malas nk barutkn kt spital xyah pn xper. Huhu...
5. Mandian bayi
Batu yg misi cakap tu act. mandian bby tu aku bawak. Berat amat .. better xyh bawak ler. Bukan guna. Dah xmandi bby nk guna apanya kan. Tapi minyak telon bawakla sebab nk guna tuk barutkn bby. Aku guna minyak bayini mestika. Dulu guna minyak yuyi tp sejak kata ada dna babi tu xberani nk guna dah. Bawak jugak lada hitam@lada bena. Aku xbawak pn. Hari tu aku kena duk bilik transit sbb wad penuh. Mlm tu ada sorg bby mcm meracau sbb katanya bilik tu keras. Waulahua'lam...
6. Underwear dan barang mandi ibu
Actually kn lps bersalin korang bkn pakai bra pn. Hehehe... Misi pn kata xpyh. Senang nk menyusu ank nnti. Berus gigi ubat gigi pencuci muka semua tu bawakla sesuai dgn keperluan.
7. Pad dan pampers.
Dua ni terpaling penting tuk dibawa yer. Xde ni habis ler... Nak nak anak aku mmg jenis budak berberak sokmo... Dalam wad hari tu 10pampers sehari selamba je habis.. parah dik oi...
8. Stokin dan sweater
Untuk elak masuk angin, sejuk. Mil punya pntg xpakai stokin pn xpe kata dia.
Ini jelah yg aku teringat Yg lain lain tu kalau uolls rasa perlu dan nk guna bolehla bawak. Aku hari tu bawak beg mcm nk pergi bercuti. Nasibla duduk lama jugak 4hari...
06 October 2014
Pengalaman bersalin anak ketiga
Hari ni aku nk share pengalaman bersalin anak ketiga. Buat pengetahuan semua pengalaman bersalin setiap anak mmg berbeza beza. Semua orang pun rasanya begitu. Jangan expect anak pertama pecah air ketuban anak kedua pun cam tu...
Cuma satu yg aku boleh kata sama iaitu pasal jangka masa kesakitan. Rasanya sama antara ketiga tiga anak. Tak lama... Dari cerita kawan kawan pun ramai yang kata jangka masa sakit bersalin antara anak anak diorang semua pun lebih kurang. Kalau lama sakit anak pertama begitu juga anak kedua ketiga. Dan sebaliknya... waulahua'lam...
Actually kalau nak tahu due date aku 11/10. Ahad pagi 28/9 pukul 2 am aku bgn pagi sebab nk siapkan satu tempahan beg. Dah janji dgn customer nk pos hari isnin sblm bersalin. Aku jangka dan harap bersalin dalam 1 oct keatas. Sempatla pagi potong lengan baju my sister. Jahit beg customer tak siap tang tali jer...
Dalam tengah jahit tu dua tiga kali jugak gi tandas sbb asyik nk terkencing. Perut pulak asyik senak senak but aku ignore jer sbb mmg biasa dah rasa camtu diakhir ptegnancy. Last dlm pukul 4 terkeluar darah. Ini first time aku lalui kes keluar darah. Masa pia aku kena thn wad sbb dah smpi due. Masa akeem pecah air ketuban. Ingt yg ketiga ni pun akn pecah air ketuban. Mmg aku tak nak klu boleh keluar darah sbb ramai kata keluar darah sakit. Oh bagi yg tak tahu darah yg keluar tu mcm darah period. Ada ketulan hitam lagi mmh buat aku takut.
Cepat cepat call my sister suruh hntr ke hospital serdang sbb mr. mama tak ada outstation. Sampai wad bersalin terus pi register dan check bukaan. Semua urus sendiri. Tengok mommy to be yg lain dtg ditemani husband memasing sedih rasa. My sister tunggu kt kereta sbb anak anak tido.
Masuk bilik pemerhatian doktor kata bukaan dah 3 cm. Yg check doktor pelatih. Kemudian diorang cucuk jarum kt tgn dan suruh tunggu kt sofa sbb nk bgi masuk wad katil penuh. Pukul 8 pagi doktor check sekali lg untuk pastikan betul ke bukaan dah 3 cm. Klu 1/2 cm doktor nk suruh balik dulu. No point tunggu sbb awal lg kata doktor. Bila check2 mmg bukaan still 3cm sbb dh keluar darah n lendir so tak leh blik. Masa check tu sempat aku sempat bgtau kt doktor dulu anak kedua bukaan 3cm seminggu pastu baru bersalin. Dengan harapan bolehla balik kan. Not ready yet...
Dah confirm doktor tolong bukakan jln bgi cepat. Dalam pukul 9am aku mula rasa sakit perut 5min sekali. Masa ni sakit ni biasa2 jer, boleh tahan. Doktor bgtau akan check bukaan balik dalam pukul 11.30am. Dalam pukul 10 tu sakit lima minit sekali mkin kuat. Rasa mcm ada benda sekat kt bawah tu...Nk jln pn dh tak berapa nk boleh.
Aku tnyala kt penunggu2 yg nk bersalin kt situ patut ke bgtau kt doktor. Semua suggest tunggu waktu 11.30 nnti. Mybe time tu bukaan dh 6/7cm. Sakit keluar darah ni selalu main2. Ntah2 mlm karang baru bersalin...
Sbb aku dah xleh nk thn, rasa mcm nk bersalin dh. Aku pi bilik air then tengok darah keluar balik. Keluar dari bilik air terus berpaut kt sorang misi ni sbb dh xleh nk jln.
Kemudian doktor check dh 9cm. Terus bergegas masuk labour room. Tepat pukul 10.52cm aku selamat lahirkn bby girl.
Nak tahu sepanjang tempoh aku sakit lebih kurang sejam tu mmg aku tak duduk lgsg. Aku sentiasa jalan. Bukan sbb nk jln sgt tau tp sbb berjalan lg mengurangkn kesakitan dari duduk. Compare masa brsalinkn hakeem mmg diorg kasi katil dan psg ctg jd tak dapat nk jln. Tp sakitnya ya amat... Lagi satu ada patient yg sama kes dgn aku hari tu, masuk sama sama check sama sama tp aku tgk mmg dia duduk jer lgsg xjln brsalin pukul satu tghari. Kesimpulan aku boleh kata berjalan mempercepatkn proses bersalin aku.
30 September 2014
Melihat dunia
Alhamdulillah pagi ahad tanggal 28 september 2014 aku dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 11pagi. Berat bby sekitar 2.7kg. Anak terpaling ringan nih... The exact weight n time aku update later sebab lepas bersalin doktor tak bagitau pun berat bby. Hari ahadkan... semua mcm malas jer...
Pengalaman bersalin antara ketiga tiga anak mmg semuanya berbeza. Nnti aku up satu entry lain ye. Hopefully ada yg nk baca. Hi3...
Hari ni masuk hari ketiga my princess (nama belum decide lgi) lahir kedunia dan kami masih berada di hospital serdang. Baby kena tahan sebab kuning.
Ikutkan mlm ni kena masuk nicu tp aku merayu supaya stay kt wad bersalin lg. Tak mo duk nicu. Klu dh duduk situ paling awal dapat keluar lps 5ari. Tak sanggup...
So doakan kami berjaya keluar pagi esok yer... klu tak berjaya, ada dua pilihan samaada bby stay kt nicu aku pun stay kt sana klu ada kekosongan tempat tinggal. Atau bby still stay kt nicu tp aku boleh blik rumah dan berulang dr rumah untuk bgi susu... dua dua pun tak mahu. Nak ibu dan anak boleh balik. Doakan mlm ni check darah kuning turun below 190 yr. Pukul 4 td 240...
update: berat baby : 2.78kg Waktu bersalin : 10:52pagi (ahad)Zero nuffnang
Sebelum kita citer pasal part bersalin kita citer pasal money dulula yer. Amik mood... Macam biasa hujung bulan jer mesti ramai blogger yang pi cashoutkn duit nuffnangkn.
Alhamdulillah tahun ni dpt dua kali cashout. Kira ada peningkatan dari tahun sebelumnya. Semoga sy akan jadi part time blogger ke full time blogger yg berjaya. impian semua ibu ibu di dunia kn nk jd WAHM. Betul ker?
ohya hari ni birthday kakak aku yang ke dot dot dot.. terima kasihlah sbb jaga pia n hakeem masa aku kt spital. Ni still kat spital. Gigih taip pakai phone..
Yey dh pndai printscreen kt phone. Nnti boleh buat tuto... heee... Aku cashout pepagi td. Riso je xberjaya guna phone ni. Tp ttp nk cashout jugak sbb ada perancangan nk guna duit ni for something.25 September 2014
Check up 37 weeks - Bahaya hb rendah
Pagi ni aku dah letak beg nak bawak kat spital dalam kereta. Selama ni beg dah ready tapi biar jer kat bilik tu. Ni macam takut je tetiba kang keluar tanda tak sempat balik rumah bersalin tengah jalan acaner... Kat paper kat fb banyak pulak share pasal bersalin sendiri dan kematian. Im not ready... huhhuhu...
Semalam pergi check up. Misi tanya tak ada lagi ke tanda nak bersalin. Kalau minggu depan dah ada tanda-tanda cepat cepat pi spital tau. Laporkan kelahiran sebaik sahaja bersalin. Amboi nampak macam nak kurangkan patient jer!. What ever... aku pun tak sabo sebenarnya nak bersalin. Eh nak bersalin seremmmmm... tak sabo nak cuti. Dah malas sangat nak pergi keje. Ni hari ni dengan esok ni ada bengkel. Baik! Saya yang menurut perintah. tskk... Tak boleh ke nak bagi aku bersenang lenang menikmati hari hari terakhir diopis. (^.^)
Macam biasa semalam checkup hb aku makin lama makin rendah. Pelik sangat. Malam sebelum check up puas aku makan sayur bayam banyak pun makin turun. 8.9. Misi tengok mata aku ok. Terus dia suh jumpa doktor terus. Doktor suruh amik darah sekali lagi tapi tak nak student yang amik nak staff nurse. Nasib naik 9.7 kalau tak dah kena pi spital masukkan darah.
Actually salah aku jugak, selepas disoal siasat misi sebab sekarang aku ketagih minum teh sebab tu hb low. Masa mengandung tak elok minum minuman berkafein kata misi. Nanti makanan berkhasiat yang kita makan tu tak jadi apa. Dah diserap dek minuman tadi. Mana tahu....
Kalau korang nak tahu juga jika hb kita low sangat bahaya untuk kandungan dan diri kita. Pelbagai komplikasi boleh jadi. Jika hb low mungkin anak yang lahir akan kekurangan oksigen. Ini boleh menyebabkan kematian kalau oksigen kurang dan tak sampai kat otak.
Sebab tu lepas bersalin doktor akan tepuk tepuk baby bagi baby menangis supaya oksigen akan mengalir ke otak. Hb low juga boleh menyebabkan anak yang lahir cacat. Ibu yang kekurangan hb juga boleh meninggal ketika melahirkan anak atau anak meninggal dalam kandungan. Sekali lagi akak insaf misi... Ini sangat sangat seram untuk didengar. Padahal kalau korang nak tahu aku baru sahaja membangga banggakan diri pandai buat teh tarik depan mr. mama.
Sungguh sebelum kawin hatta dah bertahun kawin baru ni aku reti buat teh tarik. Sebelum ni berapa kali je aku beli susu. Sebab aku teramat jarang minum minuman bersusu. Mak aku tak ajar. Tapi sejak mengandung ni dah berbotol botol susu aku beli semata-mata sebab nak buat teh tarik... Lepas ni no more susu ye until habis pantang. Aku kecewa dengan kepandaian membuat teh tarik itu....
23 September 2014
Beg Jeans For Sales
Beg beg ni ada yang aku buat sebelum tak larat dan orang reqeust. Lepas dah siap aku wassap pm senyap.. Aku ni jenis yang tanya sekali je. Kalau lepas tu korang senyap, bagi aku korang dah tak berminat. Dengan laki je aku tanya puluh puluh kali sampai laki pun kengkadang bosan.. hehehe...
22 September 2014
Card Holder
Bahaya Overdue
19 September 2014
Check up 36 weeks, scan jantina & anak soleh saya
Ni aku dah insaf setiap hari eh baru dua hari makan ubat yang klinik bekalkan tu. Itu pun sebab kena marah dengan mr. mama. Anak dalam perut tu ma... Baby tu... Kesian... Ok ok timbul kekesalan bila laki tegur. Udahlah dah tahu jantina baby lagi lah kekesalan datang bertandang. Iye masa ngandung jantina anak yang sama dulu punya lah kita berjaga makan minum segala. Ini adiknya buat tak tahu. Sian ko dik. Bersalah sangat mama... Tak pe sempat dua minggu lagi pun ok. Mama will care u more...
Check up 36 weeks lepas, dua hari sebelum check up aku makan bayam. First time sepanjang mengandung okeh. Teruk betul tapi result naik jugak. Hb dari 9.6 naik 10.3. Oklah ada kemajuan at least... Berat badan macam biasa naik bagai di pump2 dua minggu dekat tiga kilos.. Misi pun pelik kata makan buang makan buang tapi berat naik juga. Jangan katakan misi aku sendiri pun pelik. Aku syak timbang kat klinik tu dah weng.... Perut aku ni ramai yang cakap kecik... Doktor masa scan tu pun ingat aku baru tujuh bulan.
Tanda tanda bersalin.... Diakhir akhir check up ni memang misi duk tekankan pasal tanda bersalin sesaje. Tiga tanda bersalin yang biasa adalah keluar lendir/darah, sakit perut yang kerap dan pecah air ketuban. Antara tiga tiga tanda ni aku pernah alami satu jer. Pecah air ketuban. Yang lain tak pernah lagi so tak tahu camna kali ni. Berdoa jelah... Sakit perut kerap tu mmg bila aku dah duk dalam labour room. Harap jangan jadi kat opis. Seram akak...
Ni gambar semalam.. Masa solat zuhur aku teringin sembahyang pakai sejadah biru. Sejadah ni saiz kecik. Biasa aku rentang kalau hakeem nak solat sekali. Semalam aku solat dia tak ada. Tengah rakaat kedua dia masuk bilik mula membebel2 marah aku guna sejadah dia. Kata dia sejadah aku yang besar tu. Ni dia punya. Tak tenang aku nak sembahyang....
Nak amik lah... Ini dia simpan dalam almari baju. Kat tempat yang aku simpan khas untuk tuala dan toto. Tak nak gantung dah kat penyidai. Pandai betul....
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...