Sebenarnyakan aku ni jenis yang old skol. Otak aku memang otak orang kampung. Yang susah nak terima segala macam perubahan sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Apa yang aku ada, apa yang aku tahu itu yang aku akan buat sampai bila-bila selagi tidak bekeperluan pada sesuatu aku tak kan ubah. If terpaksa mengubah sesuatu yang susah untuk diterima akal, aku perlukan masa yang lama. Aku akan mengkaji dan mengambil kira segala aspek. Walaupun hasilnya tak ler kebabom.. Selalunya fail jugak... hehe..
Like as internet... Umum sedia maklum setiap individu hatta budak sekolah *ayat kemahin* mesti ada hp dan internet. Aku jer... tanya hp apa aku ada. Internet ada ke? Whatapps lagi la kan. Mana mungkin tak ada hp ber'android', tak ada langganan internet nak ada whatapps... Tapi aku idak bodoh nak guna nak guna aplikasi whatapps tu ...
Telefon aku jenis nokia yang ada button-button. E5. Dah dekat lima tahun pakai. Lima tahun lepas tepon touch skrin belum berapa meluas penggunaannya. Aku jenis kalau beli telefon mesti beli model yang latest. Amboiii berlagaks...
Maksud aku bukanlah telefon latest yang mahal2 tu. Den bukan kaya. Lagi pun tak sanggup den nak perabih duit dua tiga ribu semata-mata nak ikut peredaran zaman. Aku beli hp yang keluaran the latest yang reasoble price lah. Sebab apa aku suka yang latest. Model model baru percentage diklonkan tu kurang. Tak adalah nanti aku kena tipu bayar memahal dua tiga bulan dah rosak. Sebulan dua bateri kong. Aku bukan pandai nak tengok tepon tu tiruan ke idak. Memang senang cashier kedai nak tipu aku nih!. Setakat ni telefon aku yang ni baru dua kali tukar batt. Itu pun sebab main internet sambil charge bateri. Memang rosak la batt...
Fyi, aku baru beli dua biji phone sepanjang hidup aku lepas tolak dengan nokia 3310 tu ler. Sebelum E5 aku pakai nokia jugak. Apatah namanya. Masa tu tengah famous 3g. Tepon yang ada 3g tulah. 6680 kalau tak silap. Pakai bertahun-tahun jugak pastu rosak sebab tepon tu tertinggal kat rumah masa pi keje. Letak kat lantai, banjir pulak petang tu tak sempat nak selamatkan. Sayang sangat tepon tu. Itulah telefon zaman bercinta. Semua sms yang cintan cinton ada dalam tu... *sedih tetiba*
E5 yang dah togel semua button. Ni gaduh ngan mr. mama pastu satu button tercabut terus merebak tertanggal semua button. Skrin pun dah retak. Berpeta-peta kat tmpt button tu sebab nak taip sms. Grrrr...
Walau macam ni, masih aku guna sebab best sangat telefon ni. Senang nak taip mesej. Camera 5 megapixel. Gambar cantik sangat dah. Tak yah guna compact camera pun tak apa. Easy to upload pic ke pc. Boleh guna untuk serve internet jugak tau uolls. Tapi ada limitation la... Like i say tak leh nak wechat, whatapps.. Nak bukak blogger.com pun boleh. Cuma tak puas la nak taip. Skrin kocik... Memang susah giler. Tapi pernah jugak aku publishkan satu dua entry guna phone ni.
Tak ke canggih tepon aku ni. Banding dengan yang touch skrin kena care lebih. Dah dua tepon touch sreen mr. mama hancur. Satu skrin retak. Satu lagi tak leh nak detect bila kita touch. Haisshh yang penting aku sayang giler ngan telefon ni. Nak ganti button baru kena rm60. Tu yang buat aku fikir banyak kali. Macam tak worth it. Tapi macam nak tukar juga. Susah nak tiap tak ada button. But nanti nantilah...
Cuma masalah sekarang setiap kali aku topup tak kira lima ringgit sepuluh ringgit atau lima puluh ringgit (tak pernah aaihh aku topup sebanyak ni sekaligus) esok pagi tengok balance o.oo. Elek... Kalau ada pun baki adalah tinggal o.o5 sen. Boleh ler buat aku sms ke nombor rangkaian yang sama. huhuhu,...Seteres bang hang.
Kalau sekali boleh maaf. Dua kali ok lagi. Ini bukan tiga kali, berkali kali... Setiap kali aku tambah kredit, esok pagi aku tengok baki zero. Aku tak tahu apa masalah. Hp aku yang ngong atau celcom memang suka telan duit macam ramai orang cakap.
Last kejadian sabtu lepas. Masukkan lima ringgit. Dua ringgit tolak credit advance, tiga ringgit hilang ntah kemana. Baki tinggal o.72 sen yang aku kredit advancekan dua hari lepas. Semua tu berlaku tak sampai satu minit. Nak nangis akak. Time tu dah la kat melaka.
Ada aku telefon celcom service centre sebelum tu. Yang talian 1111 tu. Diorang kata setting kat telefon aku tu yang tak betul. Aku cakap camna nak betulkan. Aku dah godek habis phone antique aku ni. Yang di tulis on semua aku offkan. Yang enable disable kan. Tapi still duit kena telan. Diorang suruh aku pi celcom centre suh orang sana betulkan setting kat hp. Masalahnya dengan telefon aku yang tak ada button tu mampukah diorang nak baiki.. Malu seh...
Orang 1111 suggest aku langgan internet terus dalam phone. Jangan guna wifi lagi. Katanya wifi tak kuat coverage tu yang dia sedut jugak kredit aku. Tapi macam aku cakaplah aku kan orang kampung. Aku tak nak masukkan internet sebab aku dah ada wifi. Yang aku rasa tak berkepentingan tu aku tak nak buat. Nak bayar internet langganan, wifi lagi.. Macam rugi... Tak nak tak nak buat last last aku jugak yang sakit hatikan...
So the optional penyelesaian aku rasa samaada pakai tepon baru atau tukar nombor baru. Aku macam lebih nak bye bye kan aje celcom ni. Tapi itulah dah lebih enam tahun guna nombor ni, ramai yang dah tahu. Susah jugak nak bermula dengan nombor baru...