31 January 2012

Stage : Meniti

Pejam celik pejam celik, my son dah sembilan bulan. Dua tiga hari lepas dah boleh berdiri sendiri tanpa sokongan. Lama pulak tu. Ada dalam lima minit dan mungkin lebih.


Aku testing dia berdiri tanpa di sokong masa dia duk sibuk nak berdiri dekat TV. Kemudian boleh pulak dia terkedek-kedek meniti setapak dua walaupun belum boleh bangun sendiri. Suka...suka...


Bab nak bangun memang masih memerlukan sokongan orang, baru separuh badan je berjaya dia angkat sendiri. Tak lama lagi bolehlah berjalan. Inilah saat yang di tunggu oleh semua ibu-ibu.


Aku tahu hakeem pun memang dah tak sabar nak dapat kaki. Setiap hari kalau kita biar dia main sendiri mesti marah je kerjanya. Dia suka orang pegang tangan dia, pastu sokong dia berjalan.


Time sofea sepuluh bulan dah boleh berjalan. Rasanya hekeem tak bolehlah nak tandingi kakak dia. Anak lelaki ni biasa lambat sikit. Badan tulang temulang semua lebih berat dari perempuan. Tapi manalah tahu kan tetiba hakeem boleh bangun dan terus berlari.










Proud of u la son.

19 January 2012

The Store Warehouse Sales

Ahad lepas aku, mr. edy dan anak-anak ke Plaza Alam Central, Shah Alam. Rajin bebeno sekarang aku melepak di sini. Kerja aku menghabiskan duit laki je. Suri rumah tangga memang macam ni ke?


Tajuk pun dah tahu kenapa aku ke Plaza Alam Central kan. Kalau bukan sebab The Store buat warehouse sales tak semangatnye aku nak ke sini. Tempat ni boring. Aku kan suka barang murah-murah. Pencinta jualan gudang katakan.


Time aku sampai the store hari tu cun-cun diorang tengah jalankan sesi 'Happy Hour". Happy hour maksudnya barang terpilih di jual dengan harga lagi murah selepas dah diskaun. Barang terpilih time tu ialah Milo 1.1kg dan MummyPoko Easy Pant.


Milo diorang offer harga RM 13.90. Kalau aku beli kat mydin pun RM 15.90. Ni kira murah sesangat. MummyPoko Easy Pant aku tak ingat berapa harga diorang offer. Tak amik port sebab sofea dan hakeem pengguna tegar Drypers.


Aku tak beli pun kedua-dua item ni. Memang aku kuat minum milo tapi aku baru je beli setin besar milo. Tak nak membazirlah kononnya tapi disaat aku menaip entry ni milo aku tinggal suku tin. Menyesal pulak tak beli. huhuhu...


Aku cuma beli baju hakeem, sofea dan mr.edy. Dapatlah hakeem selai baju harian, setengah helai baju sofea (seluar jalan jer) dan mr. edy dua helai seluar kerja.


Harga seluar kain codroy (betul ke eja ni) mr.edy tu sehelai RM99.90 dapatlah RM29..90. 70% discount. Kat mana-mana pun boleh dapat harga ni rasanya.


Masa bayar aku dapat coupon 3 keping. Aku tak faham cam mana nak guna coupon ni. Aku just ignore tapi coupon tu masih ada dalam simpanan.


Kalau feeling bagus lain kali kalau aku lawat The Store aku nak tanya. Hari tu mood macam malas nak bertanya. Sebab aku rasa kalau redeem tupperware atas tu akui still kena bayar jugak kot.


Untuk aku, aku tak beli apa-apa pun. Aku ni memang fussy skit memilih baju. Kalau rasa macam baju cap Thailand, tak de brand skit plus mahal memang aku tak beli. Amboi berlagak aku ye...kih kih kih


Tapi sebenarnya memang barang yang dijual kat sini kurang menarik. Hanya certain item macam barangan baby jenama anakku je aku rasa ok. Masalah nya aku tak guna pulak barang-barang tu.


Baju jenama anakku yang dijual banyak yang untuk baby newborn hingga setahun. Hakeem punya baju dah kena pakai yang setahun ke atas. Dah tembam sangat dia.


Overall tak pergi warehouse sales ni pun tak pe. Buat perabih duit jer. Kalau jalan mesti ada benda yang tak penting pun nak dibeli.


But if u all pandai memilih masih ada barang yang memang berbaloi untuk dibeli. Sebab limited space pun satu hal jugak bagi aku nak memilih barang dengan mengendong anak kecik lagi.


Btw, The Store Warehouse Sales ni berlangsung dari 13 - 29 Jan 2012. Sales discount up to 70%. Only at The Store, Plaza Alam Central.

CNY 2012 Angpow Giveaway - Win a Mahkota Hotel Melaka 2D1N Stay




  • 1st Prize: 2D1N Stay for 2 Pax in 1 Bedroom Deluxe Apartment + Complimentary Breakfast @ Mahkota Hotel Melaka + 150 Jigo points  (worth RM590.80)

  • 2nd Prize: Fully Customizable Image Wrap Photobook from Phototalkz + 100 Jigo Points (worth RM308) 

  • 3rd Prize: Personalized Landscape Calendar from Phototalkz + 50 Jigo Points (worth RM93.80) 

  • Since it's Chinese New Year, we are ushering in prosperity by giving away RM3 JigoPoints Ang Pow to EVERYBODY who participates!


Nampak tak hadiah-hadiah yang menarik kat atas tu. Best kan. Hadiah-hadiah ini giveaway dari JIGOCITY. 


Bukan aku punya giveaway tau. Tak mampu aku nak bagi sponsor hadiah yang bernilai hampir seribu ringgit tu.


Kalau korang pun sama macam aku berangan nak hadiah kat atas tu, korang hanya perlu mendaftar di JIGOCITY.


Kemudian korang dah boleh click 'buy now'. Jangan risau okeh bagi sesiapa yang tak biasa dan tak pernah membeli belah secara online. It's totally free.


Marilah kita bersama-sama berekperimental. Tak kena bayar apa-apa pun. Aku seumur hidup memang tak pernah membeli online. Takut tak puas hati. Aku fussy skit.
 

Back to hadiah, bestnya kalau aku insan yang bertuah dapat first prize tu, tapi kalau dapat second prize pun dah ok. Kalau tak luck jugak, dapat third prize pun dah ok maa....


Apa lagi moh ramai-ramai kita join beli online.


btw Happy Chinese New Year semua.

18 January 2012

Bubur Ikan Tenggiri

27/1/2012 akan datang usia hakeem akan menginjak ke 9 bulan. Aku rasa sudah tiba masanya, makanan hakeem di buat perubahan.


Kesian aku tengok asyik-asyik bubur ayam + kentang + couliflower. Apa mama dia ni tak berkembang ilmu pengetahuan ke nak pelbagaikan makanan baby atau sememangnya mama malas?


Jadi hari ini aku tukar cara pemakanan hakem. Biasanya aku campur lauk ayam dan sayur-sayur dalam bubur dia. Hari ini masak bubur dengan sayur jer.


Pastu aku goreng ikan tenggiri. Dalam fridge pun ada ikan dori. Boleh selang selikan. Masa time sofea aku tak pernah buat begini. Tak ada kekuatan. (kekuatan apa???). hihihi... Time sofea aku sibuk kerja.


Back to ikan tenggiri, orang kata hanya ambil isi ikan tenggiri tu bagi ke  my baby makan. Jadi xdelah rasa garam dan minyak tu di jamah dek Hakeem.



Tapi ikan tenggiri macam tak menjadi, susah je aku nak kobek isi ikan tenggiri mungkin pasni kena goreng tebal-tebal skit lagi.  Today jugak aku dah start bagi hakeem makan without blender.




* menu aku dan mr.edy ikan gelama bercili. first time masak. sedap pulak.

17 January 2012

Caca Merba Sofea



She cute right? (mama perasan jap)


Sofea 10/1/12 genap 2 tahun 3 bulan. Kalau nak kata bab kesihatan sofea, dia ni memang ok dari kecik hingga saat ni, bab sakit memang jarang-jarang. Demam sekali dua tu biasalah. Memang senang menjaga dia.


Tapi kalau nak kata bab perangai. Erm...susahnya nak describe. Buas, ganas, nakal skit macam budak lelaki. Anak aku ni terbalik, kalau yang kakak kemain berani kalau adiknya kemain penakut. Sikit-sikit tutup mata.


Kalau bab membebel, menyanyi dan menari dan pekena adik dia memang bagi ke sofea. Kengkadang aku memang hilang sabar tengok perangai sofea.


Budak-budak kecik yang diorang tahu main main dan main. Baru kemas seminit dah sepah. Baru bukak computer disuruh bukak tv, pasang cd.


But i know everyone loves sofea. Everyone.... Ini aku tak perasan. truth... Sesiapa yang jumpa sofea mesti suka dengan dia expecially pekerja kedai dari pakistan, bangladesh...

And i loves u too...

13 January 2012

New new item

Hujung tahun dan awal tahun memang musim untuk menghabiskan duit laki. Penghujung december memang banyak Y.E.S (Year End Sales) and awal tahun pulak sana sini kedai buat promotion Chinese New Year Sales.


Kata orang kalau nak beli barang murah-murah punya elok beli time nak raya cina. Sebab cina bagi diskaun giler-giler babi. Orang tu kakak aku yang kata. Kih Kih Kih. Entah betul ke tidak. Aku rasa betul.


Bermula dengan berbelanja sakan time christmas sales, diikuti dengan mencantikkan rumah dengan langsir baru, pastu sibuk pulak cari barang letrik, sebenarnya aku tak berhenti berbelanja di situ je, banyak lagi benda baru dah masuk ke dalam rumah aku.


Dari barang rumah hinggalah ke barang mainan sofea. Cuma barang hakeem je tak ada. Kesian anak jantan aku sorang ni. Selalu dapat barang second hand.



Sofa baru beb. Dah lama nak merasa duk atas sofa. Bontot aku dah naik kematu duduk atas lantai. Buku lali kaki pun dah hitam legam.

Kalau tak ada promosi CNY, harga sofa ni RM999. Sebab raya cina dapat lah diskaun 50%. 3 + 2 seater. Murah ker?

Beli jer sebab rasa rega sedang elok dan senang nak cuci kalau anak aku muntah ke apa atas sofa nanti.




Mr. edy mengidam dah lama dah kat basikal ni, bukan sofea. Beli kat OTK jer. Dekat RM100 gak. Sayang anak punya pasal. Nanti boleh peturunkan ke adik-adik.

Setakat ni sofea masih tak reti mengayuh. Kayuhnya ke belakang bukan ke depan. Last-last tersadai kat garage yang lebih.




google. malas snap.


Dah lama aku mencari cd 'Animation Education Kids Song'. Walaupun aku dah pandai download video dari you tube. Sofea tak minat video-video di you tube sangat. Cepat je dia bosan.


Semalam akhirnya dapat jugak cari cd ni kat pasar malam. Ini cd ketiga aku beli yang sama. Hanya  Cd ni je yang sofea paling suka, nak wat camna. Walaupun sepuloh hinggit je tapi kalau dah beli 4 5 keping dah berapa.


Aku rasa poket aku dah nak rabak dah ni. Kena stop berbelanja yang merapu kalau tak nak miss makan, miss susu anak, miss pamper anak. Stop it.

12 January 2012

Surat Panggilan Temuduga







Alhamdulillah.


Semalam aku terima satu surat. Nak tahu surat apa? Biasanya kalau posmen datang, surat yang aku terima mesti surat dari bank. Surat hutang. Tapi kali ni lain, surat dari SPA.


Rupanya surat panggilan temuduga. Temuduga jawatan Penolong Penguasa Kastam. Surat yang memang aku tak sangka langsung. Sebabnya borang permohonan online aku kalau tak silap dah luput lama dah. Bulan Ogos 2010 lagi.


Aku memang dah nekad tak nak renew (macam nak renew lesen pulak). Aku nak focus pada anak dan menikmati percutian yang berbaki tak sampai 6 bulan lagi. Sedap duk umah ngan anak-anak.


Actually, dah tiga kali aku isi borang spa ni, satu pun tak panggil. Inilah interview aku yang pertama selepas dua tahun aku grad Dip. in Bus. Transport dengan jayanya. Menyimpang langsung dengan interview jawatan yang di panggil.


Aku memang tak berapa berharap nak dapat jawatan ni. Tipulah kalau kata tak berharap langsung cuma tak menaruh harapan tinggi je. kih kih kih.


Bila dapat surat ni macam-macam aku fikir dan kena buat. Rasanya dah lapan tahun aku tak masuk bilik interview. Dah tak ingat dah macam mana nak berdepan dengan orang-orang spa.



Pasni mesti aku kena jadi macam student balik. Kenalah baca history kastam serba sedikit kan. Nanti interview nak jawab macam mana.


Pastu kena pulak beli kasut baru. Kalau temuduga kena pakai kasut bertutup kan?. Kena rajin, cepat-cepat perah susu badan bebanyak, nanti nak tinggalkan hakeem macammana?. Kena ajar dia minum guna botol dari sekarang ni.


Walaupun interviewnya setengah hari je tapi aku dah mula rasa kekusutan. Nak nak lagi memikirkan jawatan yang tak pasti macam manalah skop kerjanya.


Ini belum lagi dapat jawatan tu. Ada sesiapa yang tahu pasal jawatan penolong penguasa kastam ni tak?.

11 January 2012

Bila suami melahirkan kekecewaannya

Aku dengan mr. edy dulu bercinta dengan sms je hampir setahun. Lepas kawin haram mr. edy nak sms-sms ngan aku. Memang payah naa nak dapat sms dari mr. edy. Dalam sebulan boleh bilang dengan jari berapa kali jer.


But petang semalam dalam pukul 7 ++ aku terima msg dari mr. edy melahirkan perasaannya atas apa yang berlaku hari semalam. Bukan hal aku dan mr. edy tapi hal business.


Bila dapat sms cam gini terasa feeling tak boleh nak cakap. Otak pun mula berfikir macam-macam. Teringat pulak zaman bercinta macam-macam nak update kat boyfriend. 


Hurm.. semua ini ujian dari Allah. Semoga kita sekeluarga tabah menghadapinya.

Haier Warehouse Sales

Sabtu dan ahad lepas - 7 - 8/1/12 ada jualan gudang haier. Because i'm a warehouse sales lover, off course setiap jualan gudang yang ada wajib aku pergi. Lebih-lebih lagi yang dekat ngan rumah.


Ini pertama kali aku pergi jualan gudang anjuran haier. Aku tak pasti sama ada sebelum ni haeir pernah buat warehouse sales ke tak.


Memandangkan beberapa bulan ni memang aku tengah menyevey  vacuum, memang cunlah kalau aku pergi. Manalah tahu ada vacuum yang berkenan di hati.


Fyi, aku tahu pasal warehouse sales melalui laman web offerstation dan shopping and sales. Tiap minggu memang tak lengkap hidup kalau tak jengok laman web ni.


Tapi Haier warehouse sales ni aku dapat tahu melalui paper Harian Metro. Kedua-dua laman web ni tak update pulak pasal this warehouse sales.


Hari sabtu tu dalam pukul 10 pagi, aku, anak-anak dan kakak aku dah gerak ke tempat jualan. Mr. edy sekarang memang tak ada masa nak temankan aku. Busy memanjang.


Gudang Haier ni letaknya di Pusat Bandar Puchong. Tak jauh dari rumah aku. Tak sampai setengah jam dah sampai. Masa aku sampai orang tak ramai sangat macam kebiasaan warehouse sales yang aku pergi.





Benda first yang aku cari off course Vacuum. Inilah vacuum pilihan hati aku. Harga RM 125 / 1400 watt. Aku beli satu. Kakak aku beli satu. Kalau kat pasaraya yang tak ada jenama 1400 watt ni kakak aku kata dalam RM199.



Antara barang yang aku ingat harganya.

 
Oven letrik ni RM 70.


Table fan ni RM 30. Murah kan? Kalau kat pasaraya yang tak de jenama pun dah RM 50 plus minus.



Thermo pot ni ada RM 77 dan RM 85. Kalau kat luar dalam seratus lebih jugaklah.


Induction cooker ni starting from RM 130. Banyak pattern.
* pic semua aku copycat dari laman web haier*



Selain tu ada jugak jual peti ais, tv, dvd player, washing machine dan air cond. Ada yang baru dan second hand. Aku tak pasti apsal ada barang second.


Tv pulak semua jenis yang gabak. Tak ada flat screen. Yang paling murah seingat aku RM90 yang 21 inci. Dvd player hanya RM 35. Murah giler.


Pasal service aku puas hati. Siap ada kasi free gift pada sesiapa yang daftar keahlian. Keahlian percuma, cuma perlu ada email dan facebook. Terus dapat tisu 2 kotak dan cartoon wall deco free. Nanti ada masa aku nak deco fridge rumah aku.


Cuma aku geram kat indian pak guard kat pintu masuk tu, berlagak sikit. Suruh kitaorang parking kat luar. Padahal ada je orang lain yang parking kat dalam. Tak kesian langsung kat aku yang bawak baby tengah-tengah panas terik.


Kalau korang nak tahu petang sabtu tu kakak aku pergi sekali lagi dengan adik aku pulak. Adik aku nak beli wall fan.


Bila kakak aku sampai kat pintu masuk gudang, staff haier tanya nak beli apa? Peti ais dan washing mashice ada lagi. Kakak aku cakap nak beli kipas. Staff tu cakap kipas dah abis pukul 2 tadi.


Then kakak aku still masuk jugak tengok2 kat dalam. Kat dalam tu, kakak aku kata semua aircond, tv dah bertulis nama untuk tujuan penghantaran. Confirm kalau pergi esok dah tak ada apa-apa.


Aku sarankan pada sesiapa yang baru pindah rumah dan nak cari  barang eletrik pada harga budget jualan gudang macam ni memang bagus untuk di pergi.


Overall best warehouse sales ni. Next time kalau ada lagi confirm aku nak pergi.

09 January 2012

Retak seribu

Jumaat lepas excited update/promote business di internet sampai Hakeem dan Sofea menangis pun aku buat dont know jer. Maaflah anak-anak mama, mama ada kerja urgent yang nak di siapkan.

Bila dah siap kerja memang tak sempat nak shut down netbook. Bergegas nak ambik/dukung Hakeem. Jadi terus tutup je netbook tanpa shut down. Dalam tergesa-gesa tu tak sedar rupanya wayar charger netbook dah tertindih dengan screen netbook.

Bila bukak balik netbook tak lama lepas tu tengok screen dah retak seribu. Separuh permukaan screen dah keluar warna putih dan hitam. Aku cuba-cuba try (3x ayat sama ni) lap screen sana sini. Ingat boleh elok. Tapi tak jalan. Kena antar ke pakar jugak.

Bila bagitau mr. edy, terus mr.edy call asus service centre, diorang kata kalau nak baiki sebab kerosakan macam tu biasa dalam RM500. Memula asus akan check dulu netbook, kemudian keluarkan quotation then kalau kita setuju diorang akan baiki. Kalau tak setuju still kena bayar RM100 untuk khidmat pengeluaran quotation. Mak ai mahainya asus. Terus aku tak jadi nak baiki kat asus.

Baik aku pergi kedai baiki komputer yang biasa2 aje. Aku decide pergi kedai kat kg. melayu subang. Kawan ipar duai punya. Bila dah check kedai ni nak RM450, pas tawar menawar dapatlah kurang RM380 dan diberi tinted percuma. Kalau nak murah dalam seratus lebih ada, barang second hand. Tapi kalau nak pakai second hand punya barang pun kena tunggu dulu tak tahu bila.

Aku memang malas nak survey-survey dah kat kedai lain. Aku dan mr.edy tawakal baiki je kat kedai tu. Senang citer. Memang urgent nak guna netbook. Kalau tak de netbook susah nak buat kerja.

Haa...that why dah dua hari tak dapat online and update blog. Anyone missing??

05 January 2012

Beli Susu S26 Progress/Promise 1.2kg dapat free gift

Minggu lepas macam biasa kalau pegi OTK (Ong Tai Kim) wajib beli susu sofea sebab kat sini susunya lagi murah berbanding pasaraya lain yang ada di Malaysia ni. Sofea minum susu jenama S26 sejak dia lahir. Susu ni kakak ipar aku yang suggest. Aku mengikut je time tu sebab tak tahu langsung susu apa yang bagus nak di beri ke baby. Di tambah pulak time tu susu badan memang tak cukup. Sejam menetek pun sofea masih tak nak lepas.


Alhamdulillah susu ni memang serasi dan terus lekat dengan sofea sampai ke hari ini. Tiada alahan/masalah pun setiap kali nak beralih susu ke stage berikutnya. Range harga susu ni pun bukan di tahap paling murah dan paling mahal. Lingkungan pertengahan. Semua ibu bapa mampu beli.


I know ramai mommies2 yang tak confident dengan brand ni. Rakan sepejabat aku dulu pernah tanya kat aku: kak azi bagi sofea minum susu apa?  Bila aku jawab S26, dia tanya susu apa tu? Kenapa bagi susu tu?.


Dia ni bagi ke anak dia susu yang mahal-mahal je aku tengok. Kalau tak silap dia bagi enfalec, mamil gold dan macam-macam jenama lagi lah dan yang pastinya lebih mahal dari susu S26 aku tu dan aku tengok dia kerap bertukar susu. Tak sampai berapa bulan tukar, tak serasi katanya.


Kali terakhir dia jumpa aku dia tanya lagi : kak  azi bagi sofea susu S26 Progress kan. Saya pun bagi kat anak sy susu tu. Aku pulak tanya:  kenapa dia bagi susu tu ke anak dia. Dia jawab susu tu elok, sesuai dengan anak dia. Kawan opis dia yang suggest. (kitaorang dah lain opis sekarang)


So u all fikirlah sendiri bagus ke tidak susu ni. Jangan menilai tanpa usul periksa ye. Kan berbalik pada diri sendiri. Tak semestinya susu yang mahal itu elok dan yang murah tu tak elok. Last-last anak dia memang serasi dengan susu yang murah ni.


Kalau korang tak kenal susu s26 ni korang boleh tengok kat rancangan upin ipin. Upin ipin minum susu ni tau. Company ni salah satu yang sponsor rancangan upin ipin ni.


Alkisah sebenarnya nak bagitau masa beli susu S26 Progress 1.2kg, kat tepi kotak tu diorang ada tepek PERCUMA BERUS GIGI BERKUASA BATERI. Siap ada warranty card 3 bulan. Promotion ni ada untuk susu S26 Promise 1.2kg(tahap 4) jugak. Berus gigi percuma ni menggunakan bateri dan boleh dilaraskan berusnya mengikut kelajuan yang kita kehendaki. Serius aku tak tahu ada berus gigi cam gini.


Apa lagi terus aku rembat 2 kotaklah. Kalau tak ada gift pun memang aku biasa beli dua kotak terus. Susu tahap 3 ni payah sangat nak dapat. Selalu je habis kat pasaran. Kalau ada yang tinggal pun kat pasaraya yang harganya memang mahal dari biasa. Tu yang tak ada orang nak beli tu. Susu ni pun jarang ada bagi free gift. Dulu sekali adalah bagi puzzle rumah upin ipin.


Apa lagi sapa-sapa yang ada anak minum susu ni jom kita serbu pasaraya beli banyak-banyak. Boleh jimat beli berus gigi anak-anak tu. Comel pun comel berus giginya... Kih Kih Kih

04 January 2012

Twinkle Twinkle Little Star Song

Hari ini hari Rabu, patutnya kena tepek gambar tuk support Wordless Wednesday.

Malas ah aku nak godam komputer dan hp cari gambar apa yang nak di WW kan.

But hari ini aku nak post satu video yang dah 2/3/4/5 hari ni sofea asyik dengar.

Video ni dah lama dah, sekitar 6 bulan yang lepas. Sebelum aku pandai download video dari you tube dan selepas habis semua cd yang aku beli di pasar malam jahanam dikerjakan dek sofea.

Kaedah ini jelah yang mampu aku lakukan.

Time ni my son dua bulan dan sofea pulak setahun sembilan bulan. Banyak masa lagi time tu aku dapat spend tuk si sofea ni. Sekarang masa tuk sofea sgt limited. Kesian my daughter....

Btw, jom layan suara mama dan sofea yang sedap ni.






*Lagu dan image baik tuk merangsang perkembangan otak baby.

Tempahan Langsir

Minggu lepas direct tiga hari cuti. Sabtu Ahad dan Isnin sempena Tahun Baru. But nothing different for me as a full time housewife. Tiap hari pun dikira cuti dan tiap hari pun kena buat kerja rumah.

Back to the weekend holiday, aku anak beranak dan kakak aku merangkap pemandu pelancong dengan penuh keriangan telah menyerbu Nilai 3. Tinggallah Mr.edy di rumah sensorang.

Niat hati ingin membuat langsir. Memang dalam sebulan dua ni kitaorang asyik dok sok sek sok sek pasal Nilai 3 je. Sejak pindah, rumah aku memang tak berlangsir. Togel jer.

Kedai pilihan kitaorang tak lain tak bukan 
KEDAI KAIN CHING. 

Lot 244&245, Jalan Nilai 3/8, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri 9.

Amik ko alamat lengkap aku bagi.

Dari dulu memang kakak aku serasi dengan kedai ni. Aku ngikut jer mana yang baik. kih kih kih. Kedai Kain Ching ni letak kat area belakang. Bersebelahan dengan kedai kain Nafisa dan berdepan dengan satu-satunya kedai menjual barangan baby + kedai runcit.

Aku sebenarnya bukan nak blame kedai melayu tapi servis kedai cina ni memang superblah kalau nak dibandingkan dengan kedai melayu. Anyone agree with me??

Staff diorang pun berpengetahuan dan pandai ambil hati pelanggan. Staff melayu tau. Aku ni kalau kedai tu murah cam mana pun tapi servis hampeh, memang aku rak beli, malah blah terus. Kalau kedai tu mahal tapi servis bagus aku tak kisah nak kuarkan duit lebih. But bonuslah kalau kedai tu murah plus servis pulak bagus, lagilah aku suka.

Walau bagaimana pun, sebelum kitaorang decide nak menempah kat kedai ni kitaorang still buat survey kat kedai-kedai lain. Kedai indian, pakistani dan malay. Kedai indian nampaknya mahal skit. Kedai malay ada yang murah dan biasa-biasa. Tapi service memang tak bagus.

Ko tahulah kalau nak buat langsir ni bukan macam buat baju kurung. Buat langsir perlukan kiraan kepanjangan, kelebaran dan macam-macam ke lah. Sales man dah boleh jadi accountant aku tengok. Bukan sesuka hati ko boleh jadi salesman. Banyak benda kena belajar kalau kerja kat kedai langsir. Tapi kalau aku je menanya ko menjawab pun tergagap-gagap apa ke hal. Jawabnya hi hi bye bye lah kedai ko tu.

Masa kat Kedai Kain Ching aku beli kain langsir yang semeter RM 3.80 punya. Murah kan? Old fashion actually but i like. Who cares... Bidang 60.

Boleh terus jahit. Tempahan untuk sekeping RM8. Kalau nak buat 2/3/4 layers atau berapa ribu layers pun harga RM15. Kalau pergi kedai Pakistani memang mencekik darah. Ade ke dia nak bantai aku harga RM 27 above bagi tempahan langsir jenis ada layers. Ko gila apa...

Tempahan langsir kat mana-mana kedai di Nilai 3 semuanya boleh siap dalam sejam. Tapi sebab aku ngan kakak aku menempah untuk rumah memasing jadi dua jam lah kena tunggu. Badly sebab kitaorang tempah berlayer-layer kena tambah sejam lagi masa extra.


ABAIKAN VIEW YANG BURUK. FOCUS ON CURTAIN ONLY



Tapi hasilnya memang puas hati (walaupun dalam hati tak berapa puas sebab kakak aku punya langsir lagi cantik). Btw, rumah aku dah tak togel lagi. :)

03 January 2012

Accepted

 
bukan nak promote transportation tp klu berminat just call jerk



Dah lama tak kena tag dek orang.  Nasib baik penganjur accept jugak my entry walaupun lewat beberapa jam dari deadline melalui pemberitahuan di shoutbox.

Eh shoutmix dah lama dikuburkan oleh sesetengah blogger kan? Kita-kita ni memang suka dengan barang free. Jangan risau  banyak lagi benda dalam dunia internet ni yang free. Blogspot pun free ma... 

Banyak pilihan, tak semestinya tanpa shoutmix kita tak boleh berlive chat. Antaranya ishoutbox, Cbox dan Fibox. Ini yang aku tahu dan sempat aku godek. But i'm choose ishoutbox. You all?

It's totally free. Kalau susah-susah sangat tak payah letak shoutbox. Biar reader tinggalkan tapak kaki di ruangan komen.

01 January 2012

"Photogenic" Contest ! Promo : Free Outdoor Photoshoot Session.

Jom join this contest by clicking banner above.


Bagaimana untuk anda sertai ? Senang je dengan 3 langkah :

1 . Emailkan sekeping gambar anda sendiri yang photogenic ( gambar cantik yang korang sendiri suka ) ke email kami , 64aperture@hotmail.my . Harus disertakan dengan nama anda , nama profile FB , email , blog url dan tempat tinggal .
2 . Copy banner dan langkah2 ini , post baru entri di blog anda dan tag 2 blogger yang aktif .
3 . Like Fanpage 64 Aperture Photographer.


TAKE NOTE !
- sebarang perubahan contest akan di buat di blog wanaBphotosnap .
- gambar anda akan dinilai oleh wana sendiri dan ahli 64 aperture .
- gambar yang gelap , tidak menampakkan muka , dan kurang jelas tidak diterima .
- jika ada pertanyaan boleh di sertakan di ruang komen atau terus ke facebook wana sendiri .
- gambar luch2 atau seksi2 / myspace / gambar over edit sampai lain dari muka asal tidak diterima juga . Maaf .
- sila gunakan Bahasa Melayu / English untuk berkomunikasi , Bahasa EWWW tidak boleh


*****
This is first entry 2012 and i hope i will choose by judges.

Tapi aku tak pasti diterima masuk contest ini atau tidak sebab due date adalah pukul 12 pagi on 1 Januari 2012. Just try my luck.

Kalau penyertaan tak diterima aku anggap ini sebagai entri warm up 2012. Semoga aku akan lebih rajin menaip dan menulis. Juga rajin ber'contest' supaya boleh menang hadiah. :)

Aku tag 2 blogger : Pnstoberi dan Dayah sebagai pelengkap syarat.

*****