30 April 2012

Nak jual novel terpakai. Anyone berminat?

Ada tak sesiapa kat sini yang suka baca novel? 

Selalu berapa kali ye korang baca satu-satu novel yang korang beli? Ada ke dalam lima enam tujuh lapan kali?

Kalau aku, novel yang aku suka sesangat paling kuat setakat tiga kali khatam jer. Pastu dah tak larat dah nak mengulang baca.

Aku suka karya Ramlee Awang Mursyid. Ramai yang tak suka kot dengan karya dia. Sebab lebih pada thriller.

Mesti kat luar sana ramai pencinta novel @ ulat buku kan. Jadi kalau boleh aku nak jual novel-novel yang dah tak nak dibaca lagi.

Aku pernah search, kalau nak jual pada collector diorang nak beli 5% dari harga asal novel. Sebuah buku dapat dalam seringgit dua je. Murah. Melampau betul.

Sebenarnya novel ni semua dari koleksi peribadi kakak aku. Aku mana ada beli beli novel ni. Senang cakap aku bukan pencinta novel. Sesekali baca boleh lah. Kalau nak baca pun biasa aku pinjam jer dari kakak aku. Kih kih kih.... Itu pun setahun sekali pun payah.

Semua novel yang aku nak jual ni ada yang keluaran lama dan yang terbaru sekitar hujung tahun 2011. Tapi keadaan buku memang sangat-sangat baik. Condition tip top tau.

Buku ni kakak aku hanya baca sekali dan paling banyak dua kali. Buat pengetahuan semua novel masih mempunyai 'bookmark'. Adalah dalam sepuluh buah novel yang aku nak jual. Kalau dapat jual bolelah rolling beli buku baru yang lain pulak.

Rasa-rasa ada tak sesiapa yang berkenan nak beli? Kalau ada nanti aku akan update tajuk novel/penulis/harga...

28 April 2012

Operasi pembersihan SAWI

Sekitar operasi pembersihan kereta savvy aku tu. Sementara mr. edy outstation aku dan anak-anak carilah satu aktiviti untuk menghilangkan kebosanan.


Mr. edy kalau cuci Sawi ni hanya bahagian luar jer. Dia kata dalam tak penting, orang tengok bahagian luar jer.


Bagi aku bahagian dalam yang paling penting. Kalau naik kereta kotor mana nak selesa. Jadi kalau bab bersih bahagian dalam aku take part. Bahagian luar mr. edy punya part.



Kereta korang sekotor ni ker?
kereta savvy boleh cabut kusyen belakang, keta viva tak boleh kan?
Kusyen ni aku siap clorox lagi. 
Tak tahan betul tengok berpeta-peta Malaysia, Singapore dan Thailand.

Budak ni suruh je apa-apa mesti mau tolong. 
Tapi jangan bila dah besar mula pandai cari alasan ye sayang..

Penat.

Hakeem pun sibuk jugak nak tolong. Sabar na.. besar sikit baru boleh.


Kereta aku kalau cuci pagi, petang naik confirm dah kotor. Mr. edy memang jenis yang anak nak buat apa semua ok jer. Makanlah apa-apa pun dalam kereta. Tumpah ke sepah ke dia jenis yang relax.

Korang yang ada anak alami tak masalah kekotoran bahagian dalam kereta yang melampau. Atau korang straight tak kasi anak makan dalam kereta. Atau kalau makan dalam kereta korang suapkan? Ke camana?

Dip 'N' Tell Pregnancy Test

Sempena ulang tahun kelahiran Hakeem yang pertama, budget nak bagi hadiah 'adik' kat Hakeem. Amboi statement tak agak-agak kan :P


Bukan apa sejak dua menjak ni aku rasa selera makan aku dah bertukar rentak. Makin menjadi-jadi kuat makannya.


Pastu nak makan benda yang masam-masam. Then nak makan aiskrim, air rootbeer dan paling parah asyik nak makan lauk berasaskan daging jer. Bila makan asyik rasa tak kenyang. Rasa nak tambah lagi, tambah lagi dan lagi.


Dapat pulak kakak aku cakap kalau suka benar makan daging tu maknanya nak beranak lagi tu. Betul ker? Berdebar jugak jantung aku di buatnya.


Semalam aku terus pergi 7eleven beli pregnancy test. Tak tahan nak tahu keputusan mengandung ke tak. Aku kan sejak beranak tak pernah datang period.


Beli pregnancy test jenama Dip 'N' Tell. Brand ni memang serasi dengan aku. Time mengandungkan sofea dan hakeem aku uji kehamilan pakai jenama ni lah. Memang tepat. Ujian tu aku lakukan dalam minggu ke-5 usia kandungan.


Dip 'N' Tell di datangkan dengan FREE Urine Cup Inside dan dah boleh tahu result hanya dalam masa seminit. Sesetengah pregnancy test tak ada kasi urine cup tau. Menggagau lah ko cari benda nak tadah kan. Harga sekitar 11 hinggit jer.


Untuk melakukan ujian kehamilan dikatakan pada waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai.


Korang nak tahu ke apa result aku tadi?


Resultnya aku yang kuat makan tapi beri alasan macam orang mengandung mengidam itu ini. Negatiflah, tak pregnant pun.


Rugi 11 hinggit duit aku..

27 April 2012

Hari ini Muhammad Amrullah Hakeem genap setahun

Diam tak diam hari ini genap usia Hakeem setahun. Dan maknanya genap setahun jugak aku cuti menjaga Hakeem.

Tak terasa cepat betul masa berlalu. Tak sangka daripada wanita yang ada kerjaya boleh jadi surirumah sepenuh masa. Itulah kehebatan seorang wanita kan? Nak baca story bersalinkan Hakeem boleh check di SINI.

Sebenarnya dalam hati nak sangat sambut birthday Hakeem. Tak adalah planning nak buat besar-besaran.

Cuma ingat nak beli kek dan masak sikit-sikit untuk makan kitaorang sekeluarga dengan mak ngah dan pak su diorang lepas balik kerja petang ni. No sambut di kedai @ foodcourt @ McD @ KFC or whatever, makanan kat luar tak elok dan membazir banyak wang yea....

Kalau boleh sebelah pagi planningnya nak pergi Wetworld, Shah Alam. Hakeem dan Sofea suka sangat main air. Kalau dah masuk bilik air dua beradik ni memang susah nak keluar.

Aku pilih nak lepak kat Wetworld sebab tempat ni kecik jer sesuai sangat untuk budak-budak dan family. Fees pun murah.

Memang dulu-dulu kalau anak-anak buah mr. edy yang dari kelantan tu datang KL, kitaorang akan bawak diorang kat sini ler.

Tapi apakan daya, hari ini awal pagi aku dah bangun bukan sebab niat nak buat preparation tu tapi sebab nak kejutkan mr. edy kerja. Ada dua job menanti hari ini. Kerja sendiri macam ni lah. Kenalah berkorban sikit.

Tengoklah macam mana nanti, kalau mr. edy dapat balik awal ingat nak sambut kecil-kecilan pun jadilah. Btw Selamat Hari Jadi My Son.

Mama wish semoga Hakeem jadi anak yang soleh dan dapat menjaga keluarga kita. 


Amin.

26 April 2012

Free Gift t-shirt 'Minggu Saham Amanah Malaysia'

Posisi depan.
Posisi belakang.

Kita bukan nak jual baju tau. Baju ni aku dapat masa aku masukkan duit ASB dekat PNB, Shah Alam hari selasa hari tu. 

Kalau nak masukkan duit dalam ASB boleh jer kat pejabat pos, CIMB, Maybank atau RHB Bank. Tapi sebab aku nak buat buku ASB mr. edy yang hilang kenalah pergi jugak mana-mana cawangan PNB. Yang paling dekat dengan rumah kat Shah Alam ni ha je lah.

Bila dah selesai urusan masuk duit, abang kat kaunter cakap pergi kaunter hujung amik hadiah. Rupanya sekarang ni tengah berlangsung Minggu Saham Amanah Malaysia. Tak tahu pun aku. 

Nasib baik masukkan duit kat sini. Dapatlah rezeki t-shirt selai. Sebabkan t-shirt ni saiz XL dan maybe ikut saiz orang putih kot. Besar nak mampus. 3X jengkal tangan aku. Terus aku bagi dekat kakak aku. 

Actually buku ASB mr. edy tak dapat buat lagi sebab kena photostat I/C dulu. Then mr. edy malas dah nak pergi balik patah balik. Terus kitaorang buat urusan yang lain pulak. 

Tapi ok lah dapat jugak masuk duit dalam bank. Dapat t-shirt selai dan dapat bersedekah lagi. Alhamdulillah. 

Kalau korang nak hadiah cepat-cepat pergi PNB. Menabung dan dapatkan free gift. Free gift ni berbeza berdasarkan amaun yang korang masukkan. Yang aku perasan ada hadiah tabung. Yang lain tak sure pulak.

Satu pujian yang menaikkan semangat


Tak fikir panjang terus printscreen. 
Image ber spek mata itu adalah teman opis aku. 
Aku kenal lebih kurang dua minggu je cam tu terus aku cuti beranak.
Tapi mesra macam dah kenai bertahun lamanya.
Image bertudung keluar jambul offcourse itu adalah my doter.


Tak tahulah aku kembang kat mana. Kembang tang pipi kah? Tang badan kah? atau tang bontot kah? Tapi dua hari jugaklah teringat-ingat kata-kata yang tertulis tu. Kih3...

Sape tak bangga mempunyai pembaca setia. Lebih baik seorang pembaca setia dari seratus visitor yang tak setia. Kan? Betul tak? 

25 April 2012

Di dalam Kereta

Monday story. Tara mr. edy tak ada job baik settlekan semua hal.

Plan asal nak pergi cimb, kelana jaya buat card bank mr. edy yang dah dipatah duakan oleh sofea. Nak pergi kedai sparepart lori kat batu caves, nak beli accesories lori.

Then nak ke TNB, Shah Alam settlekan hal meter yang masih belum berpasang-pasang. Jugak nak ke PNB, Shah Alam masukkan duit asb dan buat buku asb mr. edy yang dah hilang lebih dua tahun rasanya. Lastly nak pergi ke bank BSN, Maybank bayar hutang piutang.

Biasanya bila aku keluar dengan mr. edy, aku dan anak-anak banyak relax dalam kereta jer. Biar orang lelaki berpanas terik settle kan semua benda. Kitaorang duduk dalam aircond lagi bagus.

Mari layan gambar dalam kereta semasa on d way ke kelana jaya dan sewaktu menunggu mr. edy settlekan kerja. Pic taken by myself, so agak senget bengot.



Bergerak ke kelana jaya.

Asal sebut 'senyum' mesti nak buat aksi senget kepala.
Menanti penuh kesabaran.
Doter and me.

Berangkat pulang.


Dalam 5 hal yang nak di settlekan hanya berjaya siapkan dua benda jer. Bankcard cimb dan beli barang lori. Yang lain dah tak sempat, dah petang. Mana taknya bangun pukul 10.30 pagi keluar rumah dah dekat pukul 1 tengahari.

21 April 2012

Gelap atau Terang | Tutup atau Pasang

Kalau memalam sebelum tido korang suka tutup lampu kat luar rumah atau biarkan terpasang. Kalau aku prefer pasanglah kan.

Pada pandangan aku, kalau pasang bolehlah nampak apa yang berlaku kat luar tu. Intai-intai dari dalam mana tahu nampak pencuri yang lalu lalang. Tapi kalau dah tido mati tak guna jugak pasang.

Tapi pada fikiran mr. edy pulak, baik di tutup aje lampu tu. Kalau bukak buat senang pencuri nak curi barang jer. Nampak segala macam apa yang ada. Kalau tutup nak jalan pun payah. Silap-silap terlanggar benda, boleh jugak kita yang di dalam terdengar.

Tengok masa aku bukak lampu, hilang jugak helmet dua bijik. Masa tutup lampu pun hilang jugak bateri dan kasut timberland tu. Cuma cubaan curi moto jer gagal.

Jadi patut aku pasang atau tutup je lampu tu tiap-tiap malam? Aku dah naik penat, naik muak dah dengan pencuri ni. Tak ada rasa bersalah langsung. Kalau boleh nak curi lagi nak curi lagi, sampai aku pokai apa.

La ni aku kalau mr. edy outstation aku memang pasang lampu kat luar tu. Takut.... Tapi kalau mr. edy ada kat rumah aku ikut je rentak mr. edy, nak tutup boleh pasang pun boleh.


* Muak dah cerita perihal si pencuri. Next update hal my doter & son pulak lah.

19 April 2012

Anggaran Kerugian


Tak adalah rugi sampai puluh-puluh ribu. Cuma dalam seribu lebih jer. Walaupun tak banyak mana tapi sakit hati/makan hati/panashati jugaklah.

Setakat ni, antara barang-barang yang dah kena curi kat luar rumah aku tu, dua biji bateri lori tiap satu harga dekat RM700, kasut bot timberland harga dekat RM800, helmet apollo 2 biji, satu tu dalam RM30 lebih kalau tak silap.

Itu nasib baik tak ada rezeki pencuri tu nak curi moto LC aku. Kalau tak memang cipta satu kejayaan besar bagi si pencuri ni. Dan kalau tak memang sejarah tercipta buat kali kedua moto aku kena curi.

Tak di nafikan ada barang yang kena curi tu memang salah aku jugaklah tak simpan bebetul. Tapi dulu rumah aku ni bebas dari kes-kes macam ni. Aku pernah tertinggal kunci kereta/moto kat luar rumah semalam. Tapi memang tak ada lah orang nak curi.

Kitaorang memang dah aim kat sorang mamat ni. Dia ni dulu pernah jadi part time worker mr. edy. Dia memang dah biasa keluar masuk kawasan rumah aku.

Pernah hari tu dia saja-saja lalu masuk kawasan rumah aku, then aku tegur boleh pulak dia buat-buat  tak tahu, tak pandang langsung ke aku. Dia ni memang dah pernah kena tangkap sebab mencuri kat rumah sebelah aku. Budak bawah umur.


Agak-agak berapa ringgit pencuri ni dapat jual semua barang-barang aku.

18 April 2012

Terharu bila orang perasan akan kewujudan kita.

Speechless..

Terharu bila ada orang tolong promote my transport service dan blog transport aku.

Anyway thanks Hany.


Sebenarnya nak habaq yang mr. edy dah rasmi berhenti kerja. Dah tak nak kerja dengan orang lagi dah. Keputusan ini memang tough. Kalau berhenti kerja automatik pendapatan tetap tak ada dah. Tapi what to do...

Memang ada kerisauan. Tapi rezeki semua di tangan tuhan kan.

Kitaorang dah nekad nak buat business lori ni secara full time. Mr. edy berkeputusan begini sebab nak handle semua job yang datang dan menjawab semua pertanyaan orang berkaitan dengan service lori dengan tenangnya.

Ini semua sebab demi menjaga reputasi perkhidmatan kitaorang. Pekerja yang ada sebelum ni asyik sekejap datang kerja sekejap nak lari, pastu datang balik.

Sebabkan aku pun masih bercuti tanpa gaji dan mungkin akan terus menyambung cuti lagi, maka secara automaticly mr. edy lantik aku jadi tukang promote. Wife kenalah tolong suami kan...

Pada sesiapa yang ingin menyewa lori untuk pindah barang jangan segan calling-calling kita yea...(tutup muka, malu...)

Update Kisah Kecurian : Kawasan Panas

Semalam pagi mr. edy cari helmet kat halaman rumah yang bersepah tu (lihat tahap kesepahannya si SINI). Nak naik moto kena pakai helmet. Nanti kalau kat tengah jalan cili sos tumpah dan berdarah siapa nak jawab kan :D....

Cari punya cari hanya ada helmet yang gabak, yang dah tak musim je. Yang jenis apollo sebijik pun tak ada. Korang tau kan helmet jenis apollo tu camna. Ala yang mat rempit selalu pakai tu la.

Memula mr.edy ingat aku simpan helmet dalam rumah. Sebenarnya mata aku dah sakit tengok rumah bersepah sangat, jadi petang semalam aku dengan rela hati bertungkus lumus kemas kawasan halaman tu. Mr. edy pergi penang.

Siap susun 4 bijik helmet (2 helmet jenis gabak, 2 helmet jenis apollo) cantik-cantik kat atas para.

Tapi malang menimpa, kerajinan aku mengundang padah kerana pencuri dah rembat helmet apollo aku tu. Bukan sikit-skit. Sekali dua dia rembat tu.

Sebelum ni pencuri aim nak curi moto LC aku. Korang boleh baca kisah pencuri nak curi motor LC aku kat SINI.

Kalau aku tahu baik aku biar je gudang aku tu bersepah. Baru kemas petang semalam, hari ini dah kena curi. Kemas nak bagi senang pencuri curi adalah.


"kawasan panas umah demo ni" ayat kawan mr. edy 
(aku anak jati kolumpo k :D)
bukan kawasan panas tapi hati aku yang panas.




17 April 2012

Milo Addict

I'm not drug addict but Milo Ais Addict. Minum milo ni bagus. Baca kebaikannya disini. Tapi milo AIS kurang bagus untuk ibu-ibu menyusu.

Zaman kecil dulu aku selalu makan milo ni gaul dengan gula. Korang biasa buat tak? Mesti biasa kan...

Tapi ada yang lebih luar biasa aku pernah buat. Ini arwah mak lah yang cipta. Minum milo dengan telur tak masak. Bukan setengah masak tapi yang tak masak langsung ok.

Telur tu off course ada bacaan jampi serapah mentera bagai. Orang dolu-dolu biasalah kan. Kita layan jer. Kalau tak kena marah. Hasilnya sekarang i'm still ok. Jadi Goverment servant (kuli) lagi tu. Kih Kih Kih.

Yang tak oknyer masa minum rasa nak muntah, meloya macam orang tengah mengandung (ok tipu). Memang lepas tu tak lalu dan tak suka nak minum air milo dah.

Sekarang sejak ada dua anak ni dah kembali jatuh cinta balik dengan air milo tapi MILO AIS jer lah. Dan only dari air tangan aku not di air tangan Kedai....

16 April 2012

Dah lama tak beli barang ni

Save duit berbelas ringgit jugaklah setiap bulan.

Kotex ke, whisper ke, laurier ke, stayfree ke.....

Aku mengandung Hakeem start bulan Ogos 2010 dan melahirkan hakeem pada 27 April 2011 (9 bulan).

Pastu belilah sampai habis keluar darah nifas. Then sampai ke hari ini hampir 1 tahun i'm free period/blood/haid.

Orang kata kalau kita tak datang period selagi tu production milk (susu badan) maintain.

Tapi for me aku suka sebab tak payah nak pergi beli barang ni.

Jimat banyak tu. Lama dah tak pakai.

Mari belajar akaun sekejap :
{1thn X 24bln} + 9bln = 33bln X RM 15.00 (anggaran) = RM 495.00.


* entry tercipta sewaktu nonton cerita Temanku Hawa. 0___0

Cari perbezaan gambar

Bukan cari perbezaan gambar macam dalam Harian Metro.
Lihat betul-betul.

Inilah my home sweet home. Rumahku syurga ku. What else nak sebut....


Gambar first tu sebelum owner barang suruh hantar barang dia ke rumah. Ada customer request suruh simpan dulu dalam warehouse (gudang). Manalah aku ada gudang. Business kocik jer. Kat luar ni je gudang yang ada.

Gambar second lepas dah hantar barang customer. Still tak surut-surut jugak. Anta satu, sepuluh lagi barang atang.

Adat jadi isteri driver lori memang kena butakan mata walaupun sakit mata tengok rumah yang berserabut macam ni.



Ini aku kasi close up halaman rumah yang bersepah. Dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Kemas-kemas, sepah balik.


up close lagi. 
oit sape makhluk baju cokelat tu?

Sofea lah sape lagi.
Budak ni memang pandai cakap "senyum...." 
Ready to snap lah maknanya...

11 April 2012

Posmen datang hantar hadiah IntanBerlian First Giveaway

Petang tadi my sister datang rumah hantar sampul surat yang tertera nama aku dengan tulisan tangan. Aku tak dengar bila masa posmen datang.


Memula tengok sampul surat, ingatkan member hantar kad kahwin. Sekali tengok di belakang sampul surat tertulis IntanBerlian's First Giveaway.


Bila keluarkan hadiah tu my sis kata itu je yang ko dapat. 


Aku : Iyelah itu pun nasib ada orang nak kasi hadiah saguhati. Kalau tidak memang langsung tak dapat apa-apa pun. 


Kalau aku join giveaway/contest based on random/cabutan, memang selalu tak ada luck. 


By the way big thank to IntanBerlian atas hadiah flower h/p strap tu .


* Mungkin nak sangkut kat anak kunci, sbb tak sesuai letak kat my hp.

10 April 2012

Jangka hayat sehelai baju

Cuaca kat malaysia memang selalu hot kan. Nak nak kalau rumah yang non ada aircond. Rumah aku ler tu. Jadi kena pilih pakaian yang sesuai. Yang 100% cotton or nipis or seksi (eh!)

Aku biasa pakai t-shirt je kalau duk rumah. Yang berlengan pendek walaupun ada penghuni non muhrim dalam rumah. :( Tak tegar muslimah lagi.

Bila penghuni non muslim dah tak ada barulah boleh pakai baju tak berlengan. Sebab kes cuaca panas kan. Tapi aku memang dah tak banyak baju-baju yang tak berlengan. Masa belum kawin adalah. Banyaknya dah jadi kain buruk.

Seminggu dua ni aku bedek-bedek lemari jumpa selai. Masih elok, cantik boleh dipakai yang menarik perhatian aku.

Rupa baju tak de lengan tu lebih kurang cam ginilah.

Baju ni orang bagi. Bekas abang ipar aku belikan masa aku form 4 (16 tahun). Ko bayangkan sekarang umur aku hujung tahun ni dah nak cecah 31 tahun. Berapa lama dah baju ni? Cer kira?

Baju ni x-abang ipar beli harga RM 9.90. Murah je tapi dulu-dulu 10 hinggit pun besar harganya. Lebih-lebih kita yang student. Beli kat Giant, USJ. Tahan betul baju ni.

Inilah baju yang paling lama jangka hayatnya yang ada dalam simpanan aku. Korang?

Dua tahun enam bulan

Ada orang tanya sofea dah tiga tahun eh. Actually hari ini sofea genap 2 tahun 6 bulan.

Orang tu tanya lagi : Makan vitamin ker? Badan dia sihat walafiat. Tak ada makan satu vitamin pun makan nasi dan lauk banyak jer.

Dia ada pelat sikit kan?

Haah, sofea macam anak-anak orang lain jugak. Dah pandai mengira, baca bismillah, baca doa sikit-sikit, baca abc, baca alif ba ta. Pelat masih pekat.


But mama proud of you. 
*Memang gemuk kan expecially tang perut tu....

09 April 2012

Penyelesaian masalah nursery

Kalau dah dekat setahun hakeem duk bawah ketiak aku, memang payahlah kan dia nak ke orang lain. Makan, tido, mandi semua aku yang urus. Lagi satu, aku pun langsung tak ajar hakeem minum susu pakai botol.

Mama ti ada sound hari tu suruh ajar hakeem minum susu pakai botol mulai sekarang!. Memang aku dah mula tapi hangat hangat taik ayam. Sehari bagi empat hari kemudian duk kasi hakeem menetek jer. Hakeem sah-sah refuse. Kesian beb bila dia nangis-nangis nak menetek. Tu yang banyak skip.

Bila kenang hal nursery hari tu mulalah timbul dalam kepala otak aku ni macam-macam idea. Nak buat business online lah. Pada hal tak tau nak niaga apa. Kalau niaga ada ker orang nak beli. Erm..

Kemudian terfikir pulak nak cuti sampai hakeem dua tahun. Cuti menjaga anak kan ada lima tahun. Kalau amik dua tahun masih ada baki tiga tahun lagi. My planning nak anak empat orang. So next baby, sorang boleh cuti setahun setengah cukuplah kan. Ngam-ngam.

Itu pun kalau tuhan izinkan aku dapat anak sampai empat. Kalau tuhan nak kasi lima aku rasa macam banyak sangat. kih kih kih. Tapi kalau dapat tiga pun dah bersyukur sangat-sangat. Ini dah ada dua pun alhamdulillah. Sepasang pulak tu.

Tolong-tolong any idea nak selesaikan masalah nursery ni? Buntu buntu...

08 April 2012

Dilema Nursery

Last week aku pergi jengok nursery sofea dulu. Nak bagitau kat diorang yang anak-anak akan tinggal sana start bulan 6. Cuti aku tamat 19hb Jun ni.

Masalah sekarang mama ti (owner nursery) tanya macam-macam. Anak minum tak susu botol. Anak nak ke kat orang. Anak makan nak ker? Mama ti kata kalau susah sangat nak jaga hakeem diorang surender nak amik. Sebab baby ramai sekarang. Terasa panas pulak telinga.

Pastu aku tengok pengasuh-pengasuh yang jaga pun dah banyak bertukar. Paling sadis mama ti hire bebudak muda macam baru abis belajar je. 

Dont judge book by its cover tapi memang aku tengok bebudak tu macam tak berapa pandai sangat jaga baby. Sofea langsung tak pandang bila diorang panggil.

Then aku tengok punyalah diorang bertungkus lumus nak tidokan baby sampai tekop kepala budak tu. Tak lemas ke? Risau-risau.....

07 April 2012

First BE Tahun 2012

Dalam pada orang lain sibuk BE yang ke-belas belas untuk tahun 2012 akhirnya adalah jugak rezeki aku dapat BE yang pertama tahun 2012. :P

Alhamdulillah.

04 April 2012

Kami bukan anak terbiar

What day is it TODAY
Today is Wordless Wednesday.

Anak korang kuat makan tak?

Jadual makan sofea hari ini :
Bangun tido pukul 11 pagi tau.
Pukul 12pm makan ayam goreng dua ketul. Pukul 2pm makan nasi goreng. Pukul 4pm makan nasi lauk ikan sardin dua pinggan. Pukul 10pm makan ayam goreng seketul dan nasi lauk ikan sardin sepinggan.
Tido pukul 12 malam.

Itu belum campur selang seli makan biskut, roti, susu... dah berapa botol sehari. Itu nasib baik telur kat rumah dah habis selamat dah berapa hari sofea tak dapat makan telur setengah masak.

Normal ker budak dua tahun setengah makan sebanyak ni? Aku risau sofea ni jadi obes...

03 April 2012

Mama izinkan saya keluar rumah

Hakeem kan baru setapak dua je boleh jalan. Tapi naluri kejalanan dia tu dah tak boleh ditahan-tahan. Tak mau dah nak heret-heret dada/badan.

Setiap masa banyakkannyer nak berjalan berpimpin tangan je. Matilah mama dia nak buat kerja pun payah. Kalau tak layan kehendak asyik nak nangis je.


Hari ni ku rajin bawak hakeem jalan-jalan sekitar rumah. Pakai kasut lama kakak dia jer. Memula pakai dan pijak tanah hakeem rasa janggal. Lama-lama bila biasa sampai tejerit-jerit nak kejar kakak dia. Bila letih selamba jer dia duduk di tengah jalan.



Tapi aksi tu xdapat nak snap sebab aku yang pegang hakeem jalan camna nak tangkap gambar lak. Tak sabar nak tunggu hakeem boleh jalan. Senang sikit kitaorang nak outing.

*usia sofea macam ni dah berlari satu GIANT dah

01 April 2012

Blog kita wajah kita



Ha... aku dah eliminite dah header warna biru yang buruk tu. Malas nak guna nama MamaAzi lagi. Nak rebranding. Penjenamaan semula gitu. Blog kita mestilah beridentitikan kita, wajah kita. chewah ayat falsafah.

Comei tak korang? Tak boleh tahan letak cartoon chibi maruku chan tu.

Pasal ayat tu memanglah aku suka pergi warehouse sales. Tapi adalah satu dua entry je yang ditaip kat dalam blog ni. Nanti kalau rajin aku taip bebanyak story jualan gudang. Macam ada orang nak baca. :P

Ini first time aku buat header transparent tau. Orang lain dah lama dah buat header transparent kita barulah nak bertatih. Sekarang dah masuk musim doodle la oi.

Tak pe sikit-sikit lama-lama pandai la kan. Masih tak puas hati lagi dengan header tu. Express header for trying. Nanti-nanti bila free kita kasi buat cantik-cantik lagi.

Pastu kita try buat doodle pulak. Ada anak kecik payah nak ngadap lappy lelama.

* dalam procees mengedit blog.